Anda di halaman 1dari 12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, SG.

PETANI, KEDAH

SITI ALIA BINTI SANUDIN 901111-08-5288 IP8E NAMA PENSYARAH: ENCIK THANABAL A/L MUNIANDY

Topik 1 Konsep asas kecederaan dalam sukan dan prinsip asas pertolongan cemas
Skop pertolongan cemas

Prinsip pengurusan situasi kecemasan

Amali pengambilan kadar denyutan nadi

Skop pertolongan cemas


DEFINISI
Pertolongan cemas adalah bantuan permulaan atau

rawatan awal yang diberikan kepada mangsa atau pesakit menggunakan objek sekeliling sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan atau sebelum mangsa dihantar ke hospital.

Tujuan Pertolongan Cemas


Selamatkan nyawa Memberi bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa

di dalam situasi yang mengancam nyawa seperti pendarahan yang banyak, terhenti pernafasan dan jantung, terbakar dan melecur dan lain lain lagi. Mengelakkan dari kecederaan bertambah buruk Mengurangkan kesakitan Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk memberikan kelegaan kepada pesakit

Sikap Yang Perlu Ada Pada Pemberi Pertolongan

Cemas
BERPENGETAHUAN TENANG BERKEYAKINAN LEMAH LEMBUT TAJAM PENGAMATAN BERTANGGUNGJAWAB PANTAS BERTINDAK AMANAH

Prinsip-prinsip pertolongan cemas: 1.Menyelamatakan nyawa 2.Mengurangkan kesakitan 3.Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk 4.Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital

Peraturan Am Pertolongan cemas: 1.Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu. 2.Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya pernafasan pesakit itu. 3.Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya sahaja bertujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa. 4.Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.

Prinsip pengurusan situasi kecemasan


Tindakan serta merta pertolongan cemas:

1.Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik. 2.Memberikan rawatan renjatan dengan segera. 3.Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah. 4.Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna. 5. Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk membuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga dll.

Amali pengambilan kadar denyutan nadi


Cara mengukur nadi tubuh
Pusing tapak tangan dengan cara menghadap ke depan. Letakkan indek dan jari tengah tangan yang sebelah lagi ke

pergelangan tangan anda sekurang-kurangnya seinci di bawah tapak tangan. Tekan jari anda ke bawah antara gugusan tendon tengah dan luaran. Anda akan merasa denyutan nadi. Kira berapa kali ia berdenyut dalam masa 10 saat, dan kemudian gandakan dengan 6. Ini akan memberikan bacaan nadi anda untuk seminit.

Contoh: Jika anda mengira 12 denyutan untuk 10 saat,

gandakan 12 x 6=72. Ini bermakna kadar denyutan nadi anda ialah 72. Satu cara lagi yang popular adalah dengan mengukur pada bahagian leher. Ini selalunya dilakukan semasa menjalani senaman. Formulanya adalah sama seperti dengan mengukur pada pergelangan tangan. Mengukur kadar denyutan nadi tanpa sebarang senaman dikenali sebagai 'Kadar Denyutan Masa Rehat'.

Mengira Kadar Nadi Rehat (KNR) Kadar nadi rehat (KNR) iaitu denyutan nadi pada

masa tidak melakukan aktiviti. Untuk mencari KNR, ambil denyutan nadi pada waktu pagi, bangun daripada tidur, sekurang-kurangnya dua hari berturut-turut selama 10 saat pada tiap-tiap bacaan. Pada waktu tersebut kita belum melakukan sebarang aktviti. Kemudian ambil purata daripada bacaan tadi yang telah dilakukan dan di darab dengan 6 untuk mendapatkan KNR untuk selama seminit.

KLASIFIKASI SKOR KADAR NADI REHAT


STATUS KADAR NADI REHAT(denyutan seminit) 50 dan kurang 51 69 Cemerlang (excellent) Bagus (good)

Pertengahan (average)
Sederhana (fair) Buruk (poor)

70 79
80 89 Melebihi 89

Sekian,

Anda mungkin juga menyukai