Anda di halaman 1dari 1

PUSTAKA

MALAYSIA

www.u-pustaka.gov.my

Tip Gaya Hidup Sihat

Dalam Perkhidmatan

u-Pustaka
u-Pustaka menawarkan khazanah ilmu pengetahuan sebagai dorongan untuk menjaga kesihatan yang mampan.

Sumber keilmuan yang berkisar kepada penjagaan kesihatan kian mendapat tempat pada hari ini. Menyentuh mengenai tip gaya hidup sihat, membawa kita kepada inisiatif u-Pustaka, yang mudah dilayari di www.u-pustaka.gov.my di mana-mana dan pada bila-bila masa. Konsep u-Pustaka adalah mudah, walaupun visinya adalah amat besar. Penggerak Inisiatif u-Pustaka Inovasi yang mendokong konsep PUSTAKA 1MALAYSIA bagi menyediakan akses kepada gedung sumber ilmu pengetahuan diilhamkan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan dibangunkan oleh

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dengan sokongan dari 8 perpustakaan Konsortium u-Pustaka serta rakan strategik. Kandungan Portal u-Pustaka u-Pustaka menampilkan mutiara keilmuan untuk golongan kanak-kanak, remaja dan dewasa disamping khidmat rujukan Tanyalah u-Pustaka yang menggalakkan budaya suka membaca dan menyuntik semangat ingin mendalami keindahan ilmu dalam meniti pembelajaran sepanjang hayat. Pelbagai tip gaya hidup sihat boleh dirungkai dari koleksi rangkaian perpustakaan dan kemudahan penghantaran serta pemulangan buku secara terus ke rumah dan dari rumah

boleh disediakan. Gelongsor buku disediakan bagi memudahkan anda memulangkan buku pada bila-bila masa. Manfaat Sebagai Ahli u-Pustaka Menjadi ahli u-Pustaka adalah mudah. Keahlian gabungan kepada Konsortium u-Pustaka adalah percuma, untuk seumur hidup. Anda hanya perlu mendaftar di portal u-Pustaka dengan menggunakan nombor MyKad /MyKid/ MyPR, manakala emel digunakan sebagai saluran komunikasi. u-Pustaka membawa perpustakaan ke rumah dan mendekatkan rakyat dengan perkhidmatan maklumat berlandaskan perkhidmatan jalur lebar.
UTAMAKAN PENGETAHUAN, INGATLAH u-PUSTAKA

365 Tip Sihat Gaya Rasulullah

Buku ini merumuskan panduan gaya hidup sihat berdasarkan konsep kesihatan yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. Ia diperincikan dalam 365 tip harian yang dapat dipraktikkan dalam tempoh setahun dan bukan sekadar menyentuh aspek kesihatan fizikal, malahan aspek penjagaan kesihatan rohani, emosi dan sosial diberi penjelasan yang mantap.

The Longevity Project

Longevity Project: Surprising Discoveries for Health and Long Life from the Landmark EightDecade Study merupakan karya Prof. Friedman dan Prof. Martin yang menggunakan pengajian dalam bidang psikologi untuk mengutarakan penilaian mengenai watak manusia yang boleh mempengaruhi jangka hayat hidup lebih lama dengan amalan gaya hidup sihat. Buku ini amat menarik untuk anda!

Practical Diabetes Care

Huraian mengenai garispanduan untuk penjagaan pesakit kencing manis tahap 1 dan 2, dikemukakan dalam Practical Diabetes Care. Hasil penulisan ini merupakan rujukan yang amat bernilai kepada pengamal dan pakar perubatan yang mengkhusus dalam bidang endokrinologi dan diabetes yang berhadapan dengan pengendalian kes-kes perubatan berkaitan dengan penyakit kencing manis.

Anda mungkin juga menyukai