Anda di halaman 1dari 24

Perkembangan Awal Remaja

Disediakan oleh, Pn.Fairus Bt Mohd Long S.K.Kamunting,34600 Kamunting Perak.

Siapakah Remaja?
Kanak-kanak 7-11 Remaja 12- 18 Awal Dewasa 19- 24 Dewasa 25 keatas Pertindihan

Peringkat remaja adalah peringkat ketidakseimbangan

dan ketidakserasian fizikal. Fizikal remaja mengalami perubahan yang cukup drastik sehingga anda rasa mengalami masalah. Anda berada dalam keadaan dilema kerana anda bukan lagi kanak-kanak yang dimanjakan dan bukan pula golongan dewasa yang sudah matang dibebani dengan pelbagai tanggungjawab. Di samping itu anda berada dalam keadaan ketidaktentuan berhubung masa depan fizikal anda. Adakah seseorang remaja itu menjadi seorang yang tinggi pada masa akan datang ataupun sebaliknya? Adakah dia seorang yang kurus ataupun gemuk? Ini secara tidak langsung menyebabkan krisis personaliti dalam diri seseorang remaja. Perkembangan biologi remaja dapat dibahagikan pada dua peringkat; peringkat awal remaja dan peringkat remaja. Peringkat awal remaja dikatakan dalam lingkungan 10 sehingga 18 tahun.

Awal Remaja

Pada peringkat awal remaja, perkembangan psikomotor remaja terjadi begitu pesat seperti berlakunya perubahan daripada segi rangka tulang, struktur saiz tubuh, dinding pembuluh darah dan Bagi remaja perempuan, bentuk tubuh mengalami perubahan yang ketara iaitu saiz dan berat semakin bertambah khasnya selepas kedatangan haid yang pertama. Pada umumnya remaja perempuan menunjukkan sifat-sifat kewanitaan dan terdapat pertumbuhan sel-sel lemak terutama di bahagian punggung dan dada. Bagi remaja perempuan saiz badan yang besar menjadi masalah bagi dirinya. Kematangan seksual yang dialami oleh remaja perempuan amat mempengaruhi pemikiran ini. Anda sudah menjadi semakin matang selepas kedatangan haid dan mempunyai perasaan ke atas remaja lelaki. Oleh itu anda cukup risau apabila saiz badan terlalu gemuk kerana ini menyebabkan anda dipandang rendah oleh remaja lelaki.

Alam remaja peralihan dari alam kanak-

kanak ke alam dewasa Alam remaja jejambat antara alam kanakkanak dam alam dewasa Alam remaja tidak begitu kanak-kanak, tidak begitu dewasa dalam tindakan Alam remaja alam gelora Alam remaja penuh emosi yang menjadi rintangan untuk dia berkembang

PERUBAHAN KE ARAH KEDEWASAAN


Ketika ini remaja-remaja lelaki dan perempuan secara sedar atau tidak akan mengalami perubahan dari segi bentuk tubuh badan dan emosi. Perubahanperubahan ini berlaku akibat tindakan hormon dalam badan.
Kadar pembesaran dan perubahan zaman remaja adalah berbeza di antara remaja lelaki dan perempuan. Malah kadar pembesaran adalah berbeza di antara seorang individu dengan individu yang lain

PERUBAHAN FIZIKAL
REMAJA LELAKI

o Suara menjadi garau.


o Misai dan janggut mula tumbuh. o Bahu dan dada menjadi bidang. o Jerawat mula tumbuh. o Mengalami mimpi yang menghairahkan sehingga
mengeluarkan air mani. Pengalaman inilah menunjukkan anda telah akil baligh. o Zakar dan buah zakar mula membesar.

PERUBAHAN FIZIKAL
REMAJA PEREMPUAN

o Buah dada ( payudara ) mula membesar.


o Bulu mula tumbuh di celah ketiak dan ari-ari. o Punggung melebar menunjukkan ciri-ciri
kewanitaan. o Jerawat mula tumbuh. o Mula didatangi haid. Suara mungkin berubah dari suara keanakanakan kepada suara yang lebih matang.

Tumbesaran Badan
Selain daripada menjadi lebih tinggi , pinggul dan paha akan menjadi besar.

Payudara ( Buah Dada)


Payudara akan semakin membesar .Jangan bimbang jika sebelah lebih besar dari yang satu lagi.Pada akhir baligh saiz keduaduanya akan lebih kurang sama.

Peluh dan Bau Badan


Kelenjar peluh di bahagian ketiak mula berfungsi pada masa ini dan akan menyebabkan perpeluhan yang akan mendatangkan bau badan.

Jerawat dan Rambut Berminyak


Kulit dan rambut akan lebih berminyak dan perlu dibasuh dengan lebih kerap lagi.

Bulu Badan
Bulu mula tumbuh di kawasan pubik iaitu kawasan V dimana kaki anda akan bersambung dengan badan. Bulu juga akan tumbuh pada ketiak dan kaki.

Keputihan
Cecair jernih dan keputihan akan mula mengalir dari kemaluan anda.Ia akan meninggalkan sedikit kesan pada seluar dalam.

Menstruasi ( Haid)
Menstruasi adalah petanda badan anda sihat dan berfungsi dengan baik.Ia merupakan sebahagian hidup setiap wanita.

Perubahan utama semasa akil baligh.



Badan menjadi tinggi Badan membesar secara melintang(terutama punggung) Perkembangan pada payu dara Badan berpeluh dengan lebih kerap & mungkin berbau Rambut menjadi lebih berminyak Kulit muka bermunya & mungkin berjerawat Bulu mula tumbuh di bahagian ketiak,kaki & pubik Mula mendapat keputihan Mula alami menstruasi ( haid) JANGAN RISAU!!!!!!!

Tanda awal menstruasi


i.kira-kira 2 tahun selepas payudara berkembang. ii.Tidak lama selepas pertumbuhan bulu pubik. iii.Selepas anda mengesan keputihan iv.Sakit atau kekejangan bawah perut v.Sakit pinggang vi.Sakit di bahagian dalam paha vii.Rasa malas dan letih

viii.Rasa sedih, cepat marah atau kekok. xi.Payu dara terasa sakit,bengkak @ tembam. x.Sakit kepala,jerawat & cirit-birit

Pusingan haid bermula hari pertama


berlaku antara 28 hingga 35 hari. Tempoh haid 3 hingga 6 hari

Cara Menggunakan Pad ( Tuala wanita) Tanggalkan kertas pelekat pada bahagian bawah pad. Tekan bahagian bawah pad yang berpelekat pada seluar dalam pakailah. Cara Membuang Pad. Lipatkan pad terpakai dan balut dengan kertas atau plastik Masukkan ke dalam tong sampah. Jangan buang pad dalam mangkuk tandas.

Kebersihan Peribadi
Tuala wanita perlu ditukar selalu Basuh kemaluan menggunakan sabun dan
air Mandi dan bersihkan diri sekurangkurangnya dua kali sehari.

PERUBAHAN EMOSI DAN PSIKOLOGI


Bersama perubahan fizikal, akan berlaku perubahan emosi dan psikologi. Semasa menjangkau usia remaja, anda akan mula tertarik kepada remaja berlainan jantina. Perasaan ini adalah normal dan merupakan sebahagian dari proses pembesaran. Tetapi perasaan ini perlu dikendalikan dengan bijaksana supaya tidak menghancurkan masa depan remaja.

PERUBAHAN EMOSI YANG BERLAKU.

Perasaan ingin mencari identiti diri. Ingin berdikari dan memikul


tanggungjawab sendiri. Ingin mencuba perkara-perkara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

RAKAN SEBAYA

Penerimaan rakan sebaya adalah penting.


Pada usia inilah pengaruh-pengaruh buruk yang berada di persekitaran seperti pergaulan bebas, merokok, pengambilan dadah, lepak, pemakanan tidak sihat dan sebagainya yang cuba meracuni golongan remaja.
Bimbingan keluarga , pelajaran dan agama adalah pedoman untuk menunjuk arah masa depan.

SOKONGAN SOSIAL
Dalam melalui saat-saat manis alam remaja, anda perlu berinteraksi dengan rakan sebaya, keluarga dan masyarakat. Alam remaja penuh cabaran dan masalah. Remaja akan mampu mengatasi cabaran hidup secara berbincang dan bertukar fikiran dengan :
. Ibubapa . Rakan sebaya. Pilih rakan sebaya yang baik akhlaknya . Guru / orang dewasa yang boleh dipercayai

AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT

Tidur secukupnya Menjaga Kebersihan diri Pemakanan yang seimbang Bersenam secara tetap

ZAMAN REMAJA ADALAH MENYERONOKKAN SEKIRANYA..

Memahami mengenai perubahan fizikal, emosi,


mental dan sosial semasa remaja.
remaja.

Mahu belajar dan bertanya mengenai alam Mahu berkongsi perasaan dan emosi anda dengan
ahli keluarga. anda.

Hormati dan sayangilah diri serta tubuh badan

PESANAN UNTUK REMAJA ANDA ADALAH HARAPAN NEGARA


Lengkapkan diri anda untuk menjadi pelapis generasi akan datang.
Usia remaja penuh cabaran, Setiap detik perlu keputusan, Sesetengah keputusan perlu dibincang, Tanpa pengawasan keputusan pincang.

Anda mungkin juga menyukai