Anda di halaman 1dari 13

Pengekalan dan Pemindahan

Disediakan oleh: CHEONG JENG SHUAN ELLA TIONG SHI YUN INDIRAKUMAR A/L SATASIVAM OO WOEI TIAN TAN WAN TING

Teori-teori Pemindahan Pembelajaran


Pembelajaran adalah suatu proses perubahan tingkah laku hasil daripada pertembungan di antara individu dengan persekitarannya, sama ada secara langsung atau sebaliknya. Pembelajaran juga boleh dihasilkan melalui latihan. Menurut Drowatzky (1975), proses di mana seseorang itu menggunakan pembelajaran lepas di dalam situasi baru yang berlainan daripada asalnya, maka akan berlakulah proses pemindahan pembelajaran.

Mengikut Sage (1977), pemindahan pembelajaran adalah kesan pembelajaran lepas ke atas penerimaan sesuatu pembelajaran baru. Pembolehubah pemindahan pembelajaran merujuk kepada kesan kemahiran sedia ada ke atas kemahiran baru yang hendak dipelajari. Situasi pemindahan pembelajaran boleh dilihat apabila pembolehubah pengalaman pembelajaran lepas mempengaruhi proses pembelajaran yang sedang berlangsung.

Jenis-jenis pemindahan pembelajaran yang umum


Pemindahan positif Pemindahan negatif Pemindahan sifar Pemindahan bilateral

Mengukur Pengekalan dan Pemindahan


Penilaian dan pengukuran bagi jumlah pemindahan kemahiran dapat dilakukan mengikut prinsip berikut: Pengetahuan asal dan latihan mempengaruhi pembelajaran Latihan yang asal mempengaruhi pembelajaran berikutnya Pembelajaran yang telah sedia ada dalam sesuatu tugasan mempengaruhi pemindahan pembelajaran dalam tugasan yang lain.

Pengukuran Pengekalan dan Pemindahan


Pemindahan Positif Pemindahan positif ialah pemindahan yang merujuk kepada situasi di mana kemahiran sedia ada membantu pembelajaran kemahiran yang baru. Contohnya seorang yang mempunyai kemahiran gimnastik akan lebih mudah mempelajari kemahiran acara terjun. a. Perpindahan Pembelajaran Proaktif Positif Sekiranya ada penggunaan kemahiran-kemahiran lama untuk pembelajaran kemahiran-kemahiran baru b. Perpindahan Pembelajaran Retroaktif Positif Sekiranya penggunaan kemahiran-kemahiran lama meningkat akibat penggunaan kemahiran-kemahiran baru

Pemindahan Negatif

Pemindahan negatif merujuk kepada situasi di mana kemahiran sedia ada mengganggu proses pembelajaran kemahiran baru. Contohnya, badminton dan tenis di mana kemahiran pukulan pepat dalam permainan badminton boleh mengganggu pembelajaran kemahiran pukulan kilas dalam tenis.

a. Perpindahan Pembelajaran Proaktif Negatif - sekiranya penggunaan kemahiran-kemahiran lama menjejas pembelajaran kemahirankemahiran baru. b. Perpindahan Pembelajaran Retroaktif Negatif - sekiranya penggunaan kemahiran-kemahiran lama menurun akibat gangguan pengunaan kemahiran-kemahiran baru

Pemindahan Sifar
Pemindahan sifar ialah pemindahan yang merujuk kepada situasi di mana kemahiran sedia ada tidak memberi sebarang kesan ke atas proses pembelajaran kemahiran yang baru. Contohnya kemahiran bola sepak tidak mempengaruhi keupayaan untuk mempelajari kemahiran golf.

Perpindahan Pembelajaran Bilateral (sisi) - sekiranya perpindahan maklumat dari anggota dominan kepada yang bukan dominan.

Pemindahan pembelajaran dapat berlaku dengan berkesan sekiranya terdapat syarat-syarat:


i. ii. iii. Kefahaman - Pemain-pemain telah benar-benar memahami satusatu konsep atau prinsip yang telah disampaikan sebelum ia dapat menggunakan dalam satu-satu situasi yang lain. Kesamaan - Pemain-pemain hendaklah berupaya melihat kesamaan di antara dua aktiviti yang terlibat. Kemahiran - Pemain-pemain terlah memperolehi kemahiran pada tahap yang tinggi dalam satu-satu situasi sebelum dapat dipindahkan kepada situasi yang lain. Motif - Sebelum pemindahan pembelajaran dapat berlaku, seseorang pemain hendaklah mempunyai hasrat untuk melakukannya. Contoh seorang pemain bola keranjang wanita yang telah mempelajari prinsip-prinsip menjaring hendaklah mempunyai hasrat memindahkannya ketika dia bermain bola jaring. Celik akal - Celik akal yang diperolehi dari satu-satu konsep, prinsip atau hukum membolehkan pemindahan pembelajaran boleh dilakukan.

iv.

v.

Pengekalan dan Memori Motor Kebolehan untuk mengulang sesuatu pergerakan yang dikuasai selepas tempuh masa. Prinsip ini penting kerana sesuatu kegiatan pergerakan yang telah dipelajari itu adalah asas kepada penguasaan pergerakan-pergerakan lain yang lebih kompleks. Ingatan jangka pendek (short term memory) mempunyai beberapa limitasi : Pelupaan yang cepat Item yang tidak diulangi (rehearse) boleh hilang dalam 20-30 saat Gangguan dan luput adalah 2 jenis kehilangan maklumat Tetapi gangguan adalah sebab utama yang menyebabkan manusia lupa Gangguan boleh berlaku sebelum (proaktif) atau selepas (retroaktif) item diuji Keupayaan - recall adalah lebih berkesan apabila proses chunking. Dilakukan pada sekumpulan maklumat

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai