Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL BUTTERWORTH LAPORAN NILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LNPT) TAHUN 2013

ANDA PERLU AMBIL PERINGATAN BAHAWA LAPORAN NILAIAN PRESTASI (LNPT) ADALAH PENTING UNTUK

Mempertingkatkan prestasi dan motivasi pegawai. Mengenalpasti potensi pegawai. Kemajuan kerjaya seperti kenaikan pangkat, latihan, penempatan dan pembangunan pegawai. Anugerah perkhidmatan cemerlang/bintang kebesaran/surat penghargaan. Penentuan pergerakan gaji.

APAKAH PERKARA YANG DINILAI DALAM LNPT?


Penghasilan Kerja Pengetahuan dan Kemahiran Kualiti Peribadi Kegiatan dan Sumbangan

ANDA SEBAGAI SEORANG PEGAWAI PENILAI HENDAKL AH MEMASTIKAN


Berfikiran tenang, terbuka dan objektif. Menilai berasaskan kriteria yang ditetapkan dalam borang LNPT sahaja. Memperuntukkan masa yang secukupnya untuk membuat penilaian. Tidak membuat penilaian dalam keadaan tergesa-gesa. Tidak mengamalkan pilih kasih. Tiada unsur prasangka dan prejudis. Tiada unsur membalas dendam. Pegawai Yang Dinilai (PYD) mempunyai Sasaran Kerja Tahunan (SKT) yang telah dipersetujui bersama. Anda mengenali dan mengetahui tugas PYD. Anda telah memberi bimbingan secukupnya kepada PYD.

A. Bagaimana menilai 'Penghasilan Kerja' PYD?


Anda hendaklah membandingkan SKT PYD yang telah ditetapkan dengan hasil kerja yang telah dicapai dalam tahun yang dinilai. SKEL 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 ASPEK PENGHASILAN KERJA Hasil kerja sentiasa menemui tahap maksimum yang telah ditentukan. Hasil kerja kerapkali menemui tahap maksimum yang telah ditentukan. Hasil kerja kadangkala menemui tahap maksimum yang telah ditentukan. Hasil kerja sentiasa melebihi tahap minimum yang telah ditentukan. Hasil kerja kadangkala melebihi tahap minimum yang telah ditentukan. Hasil kerja sentiasa menemui tahap minimum yang telah ditentukan. Hasil kerja kerapkali menemui tahap minimum yang telah ditentukan. Hasil kerja kadangkala menemui tahap minimum yang telah ditentukan. Hasil kerja kerapkali di bawah tahap minimum yang telah ditentukan. Hasil kerja sentiasa di bawah tahap minimum yang telah ditentukan.

B. Bagaimana menilai "Pengetahuan dan Kemahiran" PYD?


Anda hendaklah menilai tahap pemahaman dan kebolehan serta pengalaman PYD dalam melaksanakan tugas rasminya. SKEL 10 & 9 ASPEK PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang sangat luas dan mendalam dalam bidang tugasnya, diakui kepakarannya serta sentiasa menjadi sumber rujukan dalam dan luar organisasi. Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang luas dalam bidang tugasnya serta kerapkali menjadi sumber rujukan dalam organisasi. Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi untuk menjalankan tugas dalam organisasinya. Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang agak kurang dalam bidang tugasnya dan perlu diberi bimbingan oleh pegawai atasannya. Tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang tugasnya dan memerlukan tunjuk ajar.

8&7

6&5

4&3

2&1

C. Bagaimana menilai "Kualiti Peribadi" PYD?


Anda hendaklah membuat pengamatan ke atas tingkahlaku PYD semasa menjalankan kerjanya dan mendapat maklum balas daripada pihak yang ada hubung kait dengan proses kerjanya.

SKEL 10 & 9 8&7 6&5 4&3 2&1

ASPEK KUALITI PERIBADI


Sentiasa menghayati dan melaksanakan ciri-ciri kualiti peribadi dengan cemerlang. Menghayati dan melaksanakan ciri-ciri kualiti peribadi dengan baik.

Menghayati dan melaksanakan ciri-ciri kualiti peribadi dengan memuaskan.

Kurang menghayati dan melaksanakan ciri-ciri kualiti peribadi.

Tidak menghayati dan melaksanakan ciri-ciri kualiti peribadi.

D. Bagaimana menilai 'Kegiatan dan Sumbangan' PYD?


Pastikan hanya penglibatan dan sumbangan PYD di luar tugas rasmi jawatannya sahaja seperti aktiviti sosial, sukan dan sukarela yang diambilkira. SKALA ASPEK KEGIATAN LUAR DAN SUMBANGAN DI LUAR TUGAS RASMI Enam (6) tahap penglibatan iaitu Sangat Aktif, Aktif, Sederhana Aktif, Kurang Aktif, Tidak Aktif dan Tiada Aktiviti tanpa mengira peringkat penglibatan iaitu Komuniti/ Daerah/ Jabatan/ Kementerian/ Negeri/ Negara/ Antarabangsa dengan menggunakan skala 0 hingga 10 seperti berikut: Tahap Sangat Aktif 10 9 Aktif Sederhana Aktif Kurang Aktif 4 3 2 Tidak Aktif 1 Tiada Aktiviti 0

Skala

TAHAP Sangat Aktif

SKALA 9 - 10

PENJELASAN i) Sangat aktif dalam pelbagai kegiatan persatuan/program/aktiviti sukan atau lain-lain aktiviti luar dan memegang jawatan kepimpinan utama atau yang setaraf atau ii) Memberi sumbangan kreatif seperti penemuan-penemuan baru/hasil kreatif yang memberi manfaat. i) Aktif dalam pelbagai kegiatan persatuan/program/aktiviti sukan atau lain-lain aktiviti luar sama ada sebagai AJK, pemain atau sebagainya yang merupakan penggerak kepada aktiviti atau ii) Memberi sumbangan kreatif seperti penemuan-penemuan baru/hasil kreatif yang memberi manfaat. Sederhana aktif dalam kegiatan persatuan/program/aktiviti sukan atau lain-lain aktiviti luar dan terlibat sebagai Ahli Jawatan Kuasa (AJK), pemain atau yang setaraf. Kurang aktif dalam kegiatan persatuan/program/aktiviti sukan atau lain-lain aktiviti luar dan hanya terlibat sebagai ahli biasa atau sebagainya. Tidak aktif melibatkan diri atau memberi sumbangan dalam aktivitiaktiviti persatuan/program/ sukan atau lain-lain aktiviti luar. Tiada sebarang aktiviti disenaraikan.

Aktif

78

Sederhana Aktif

56

Kurang Aktif

34

Tidak Aktif

12

Tiada Aktiviti

CONTOH PEMBERIAN MARKAH Peringkat kegiatan/aktiviti/sumbangan (Jawatan atau Pencapaian)


- Peringkat Antarabangsa/ Negara/ Negeri/ Daerah/ Zon/ Kementerian/ Jabatan/ Komuniti - Pengerusi /Ketua Pasukan/ Setiausaha/ Bendahari dan lain-lain jawatan kepimpinan utama - Peringkat Antarabangsa/ Negara/ Negeri/ Daerah/ Zon/ Kementerian/ Jabatan/ Komuniti - Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Persatuan/ Program/ Aktiviti Sukan - Aktiviti lebih dari tiga (3) tambahan 1 markah - Peringkat Bahagian/ Cawangan/ Sektor / Unit - Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Persatuan/ Program/ Aktiviti Sukan - Aktiviti lebih dari tiga (3) tambahan 1 markah - Peringkat Antarabangsa/ Negara/ Negeri/ Daerah/ Zon Kementerian/ Jabatan/ Komuniti/Bahagian/ Cawangan/ Sektor / Unit - Ahli Biasa - Aktiviti lebih dari tiga (3) tambahan 1 markah - Peringkat Bahagian/Cawangan/ Sektor / Unit - Ahli Biasa - Aktiviti kurang dari tiga (3) - Tiada aktiviti disenaraikan

Markah
9 -10

7-8

5-6

3-4

1-2

E.

Kategori Pencapaian Prestasi Pegawai

KATEGORI

MARKAH

PENJELASAN KATEGORI PENCAPAIAN Memiliki kualiti kepimpinan yang cemerlang dalam memastikan fungsi dan objektif organisasi tercapai.. Penghasilan kerja yang cemerlang dan sentiasa melebihi standard yang ditetapkan. Mempunyai pengetahuan/ kemahiran/ kepakaran yang tinggi dalam bidang tugas dan diakui serta sentiasa menjadi pakar rujuk. Memiliki kualiti peribadi yang cemerlang dan dijadikan contoh ikutan. Berupaya mentadbir/ menyelia dengan baik dalam memastikan fungsi dan objektif organisasi dipenuhi. Penghasilan kerja yang baik dan sentiasa menepati standard maksima yang ditetapkan. Mempunyai pengetahuan/ kemahiran/ kepakaran yang tinggi dalam bidang tugas dan menjadi sumber rujukan Memiliki kualiti peribadi yang baik. Berupaya mentadbir/ menyelia dengan sederhana dalam memastikan fungsi dan objektif organisasi dipenuhi. Penghasilan kerja yang sederhana dan menepati standard yang ditetapkan. Mempunyai pengetahuan/ kemahiran/ kepakaran yang sederhana dalam bidang tugas dan boleh memberi nasihat dalam bidang-bidang kerja tertentu. Memiliki kualiti peribadi yang sederhana. Penghasilan kerja yang kurang memuaskan dan seringkali tidak mencapai standard minima yang ditetapkan. Mempunyai pengetahuan/ kemahiran/ yang kurang memuaskan untuk melaksanakan tugas Memilikii kualiti peribadi dan tahap disiplin yang kurang memuaskan Penghasilan kerja yang lemah dan tidak mencapai standard yang ditetapkan. Kurang berpengetahuan dan kurang mahir dalam melaksanakan tugas. Memiliki kualiti peribadi dan tahap disiplin di bawah tahap yang diharapkan.

Cemerlang

90-100%

Baik

80-89.99%

Sederhana

60-79.99%

Kurang Memuaskan

50-59.99%

Lemah

49.99 ke bawah

PENUTUP
Diharapkan anda dapat membuat penilaian yang objektif, adil, telus dan bertanggungjawab. Ingatlah bahawa penilaian prestasi bertujuan untuk mempertingkatkan prestasi pegawai dan juga organisasi anda.

INGATLAH BAHAWA KECEMERLANGAN ANGGOTA DAN ORGANISASI ADALAH TANGGUNGJAWAB ANDA

Anda mungkin juga menyukai