Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS PERHIMPUNAN

ALLAHUMMA YA RAFIA AL DARAJAAT, WA YA QADHIAAL HAJAT

Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran di atas kurniaan-MU yang bernilai tidak terhingga. Jadikanlah kami hamba-hamba-MU yang sentiasa bersyukur sama ada kurnia nikmat yang sedikit, lebih-lebih lagi anugerah nikmat yang melimpah ruah kepada kami.

YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM

Sesungguhnya ENGKAU Maha Mengetahui bahawa kami di sini masih menimba ilmu-MU yang sangat luas bagi, mengembangkan potensi kami sebagai hamba-MU yang ENGKAU redhai. Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami ilmu-MU. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-MU. Semoga dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya.

YA HAKIM, YA HALIM, YA ZAL JALALI WAL IKRAM

Kurniakanlah jua kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri kami, keluarga, masyarakat dan negara. Kami memohon dengan kudrat dan Iradat-MU. Berikanlah kekuatan dan ketabahan menghadapi perjuangan kami menimba dan mencari ilmu pengetahuan, anugerahkanlah kejayaan dan kecemerlangan kepada kami dalam segenap lapangan bidang yang kami ceburi.

Anda mungkin juga menyukai