Anda di halaman 1dari 14

Hari ini (29 Mei 2011) semasa perjalanan baik dari Chenderong Balai, saya bawa isteri masuk ke

tapak perlombongan timah suatu ketika dahulu di Tanjung Tualang, Batu Gajah. Pertama kali saya
jelajah Batu Gajah hingga ke hulunya dan pertama kali saya menjejak kaki ke dalam Kapal Korek
Bijih Timah terakhir Malaysia bernama TT5 !
Perkara paling saya kaget :
Ada panduan keselamatan (safety) kilang dalam pelbagai bahasa termasuk tulisan jawi! Orang
Melayu dahulu hanya membaca tulisan jawi atau english rumi.

Saya dan isteri menjumpai banyak rekod maintenance (mungkin bilik maintenance yang kami
masuk), rekod perjalanan bucket (timba besar yang kaut timah dalam air), dan pelbagai kertaskertas berselerak. Walaupun kami bayar RM 5 untuk masuk, kami bayangkan ia akan dijaga

macam muzium lain di Malaysia, sayangnya kerajaan Malaysia masih menangguh-nangguh masa
untuk penyelenggaraan bahan bernilai ini! Patut rekod-rekod itu dibingkaikan dan dipamer dalam

muzium!

Saya jumpa blower, valve besar, motor, pipe, yang berusia sejak tahun 1930an jenama Allen Weat
dari England. Saya cuba fahamkan konsep perjalanan kapal korek itu melalui pengalaman

kejuruteraan saya yang masih terhad ini.

Saya jumpa jamban buang najis terus ke dalam lombong, tiada mangkuk tandas dan semestinya air

lombong itu cukup tercemar.

Saya cuba bayangkan kebisingan bunyi kapal korek ini. Kapal yang dahulunya meriah dengan
aktiviti pekerja yang dimaki hamun supervisor, manager yang pening untuk mengurus production
dan saya bayangkan para foreman yang bertungkus-lumus memastikan kapal itu mampu
beroperasi 24 jam secara efisyen.

Kini kapal itu macam kapal hantu, suram, senget dan akan tenggelam dalam masa terdekat.

Karat dan kerosakan metalurgi menjalar ke seluruh plat-plat besi kapal itu...dan saya tetap berdoa
anak saya mampu melihat khazanah negara ini suatu ketika nanti.

Anda mungkin juga menyukai