Anda di halaman 1dari 11

SONGKET: RATU TENUNAN TANGAN

Olahan Cerita

11/29/2007

Olahan Cerita
ACT I
Sedang gambar fade-in daripada hitam ke opening credits,
kedengaran alunan bunyi-bunyian gamelan yang lembut tetapi
mistik. Alunan ini kedengaran bertambah kuat sedang imej-imej
berwarna-warni yang berkilauan tetapi kabur mula kelihatan.
Apabila imej-imej ini bertambah jelas, suara seruling buluh
Melayu yang eksotik menyertai iringan itu-dalam membentuk
sebuah

muzik

yang

merdu

dan

harmoni.

Imej-imej

yang

disaksikan adalah montaj rekaan dan corak songket Melayu yang


berbeza-beza-semuanya
Beberapa

ketika

dipamerkan

selepas

itu,

dalam

judul

gaya

SONGKET:

yang
RATU

indah.
TENUNAN

TANGAN muncul di layar, di atas imej-imej tersebut.


Bersama

deruan

ombak

yang

memukul

pantai,

kedengaran

sebuah nyanyian syair yang mengagumi keindahan songket.

Dari

situ, kita dissolve ke sebuah peta lama yang menunjukkan


kawasan Nusantara--dengan tumpuan kepada Semenanjung Tanah
Melayu. Suara latar akan menceritakan bagaimana, pada masa
silam--iaitu ketika zaman kekuasaan Kesultanan Melayu Melaka
pada kurun ke-15 dan 16 Masihi, sebuah perdagangan tekstil
yang

aktif

seperti

sutera

halus,

broked,

kapas,

kimkha

Eropah, pelekat India dan satin Cina yang didapati dengan


melimpah-ruah dan senantiasa dibawa masuk menerusi pelabuhan
Hak Cipta (C) 2007 Tokdalang Productions Sdn. Bhd. Semua Hak Cipta Terpelihara

SONGKET: RATU TENUNAN TANGAN

Melaka,

telah

Olahan Cerita

mewujudkan

era

paling

11/29/2007

agung

untuk

2 .

songket.

Fesyen, pada ketika itu, wujud dalam bentuk corak dan motif
yang

berjalin-jalin,

ditenun

dengan

tangan

pada

kain-kain

yang mahal, dan dipakai hanya oleh kerabat diraja, pegawaipegawai

atasan

istana

dan

juga

oleh

tokoh-tokoh

penerima

darjah bintang dan kebesaran. Sedang imej dissolve kembali ke


deruan

ombak

menceritakan

yang

memukul

bagaimana

pantai,

melalui

suara

peredaran

latar

zaman,

terus
tradisi

pemakaian songket telah dipelihara dari generasi ke generasi


dan seni tenunannya telah diwarisi dan diperkemaskan oleh
penenun-penenun masa kini, terutamanya di negeri Terengganu.
Sesudah itu, kelihatan sepasang kaki yang memasuki frame dan
menginjak tanah. Sewaktu ianya pergi dan meninggalkan kesan
tapak kaki yang jelas di pantai, kelihatan sekelibat hujung
sarung songket yang dililitkan di betisnya.
Kita

berpindah

Sabtu--iaitu

sebuah

ke

establishing

pusat

yang

shots

didirikan

Pura

Tanjung

berdasarkan

seni

bina kayu istana Melayu lama. Selain menjadi pusat peranginan


mewah

yang

menawarkan

pengalaman

kehidupan

perkampungan

Melayu, Pura Tanjung Sabtu turut menempatkan koleksi songketsongket

Melayu

berharga

yang

dipakai

oleh

kerabat

diraja

Terengganu pada masa lalu. Kita menemu bual pengasas dan


pemilik pusat tersebut, YM Tengku Ismail Tengku Su berkenaan

Hak Cipta (C) 2007 Tokdalang Productions Sdn. Bhd. Semua Hak Cipta Terpelihara

SONGKET: RATU TENUNAN TANGAN

Olahan Cerita

11/29/2007

3 .

koleksi songket yang dipulihara dan dipamerkan di sana. YM


Tengku Ismail ditanya berkenaan kepentingan pemakaian songket
dalam kebudayaan Melayu, terutamanya bagaimana ianya bermula
dan bagaimana khususnya pada waktu itu, ianya hanya diamalkan
oleh

golongan

bagaimana

bangsawan.

tradisi

itu

Beliau

telah

juga

ditanya

memberikannya

tentang

inspirasi

untuk

menubuhkan Pura Tanjung Sabtu-dalam membangunkannya menjadi


sebuah

pusat

memelihara

eksklusif

dan

untuk

menghidupkan

tenunan

sebuah

songket,

tradisi

yang

dalam
telah

diwarisi secara turun temurun daripada penenun istana.


Kita

kemudiannya

berpindah

kepada

Habibah

Zikri,

seorang penenun songket yang sangat masyhur di Terengganu.


Kita bersamanya, sedang dia diam berdiri di tepi pantai dan
merenung Laut China Selatan yang luas terbuka--dalam mencari
inspirasi untuk rekaan songket. Kita mengikutinya, sedang dia
sekali lagi mencari inspirasi dengan cara mengamati kehidupan
flora

dan

fauna

di

persekitarannya.

Kita

menemu

bualnya

tentang corak yang menarik dan berbeza-beza yang digunakan


sebagai

motif

untuk

rekaan

songket.

Habibah

menerangkan

bagaimana alam semula jadi and persekitaran sekeliling begitu


memberi

kesan

kepada

penenun

songket

dan

bagaimana

keindahannya mempengaruhi kesenian mereka. Dr. Siti Zainon


Ismail, seorang ahli akademik daripada Universiti Kebangsaan

Hak Cipta (C) 2007 Tokdalang Productions Sdn. Bhd. Semua Hak Cipta Terpelihara

SONGKET: RATU TENUNAN TANGAN

Olahan Cerita

11/29/2007

4 .

Malaysia dan juga seorang budayawan, kemudiannya memberikan


pendapatnya berkenaan elemen-elemen yang telah mempengaruhi
bentuk dan corak motif dalam rekaan songket. YM Tengku Ismail
juga akan menyuarakan pendapatnya. Temu bual-temu bual ini
akan diselang-selikan dengan motif songket yang menarik dan
berbeza-beza.

ACT II
Kita saksikan bagaimana persiapan untuk menenun songket
dilakukan di bengkel Bibah Songket di Kuala Terengganu. Kita
saksikan bagaimana pertama-tamanya dan yang paling penting,
benang, iaitu bahan yang paling utama dalam tenunan songket
dipilih-berasal
yang

sering

warna-warna

daripada

digunakan
lain

pada

sutera

ialah

dan

benang

benang

juga
asli

diperolehi

kapas.
emas

Walaupun

dan

perak,

menerusi

teknik

pencelupan warna. Sambil menunjukkan proses tersebut, Habibah


turut menerangkan prosedur yang diambil dan menerangkan akan
kepentingan setiap peringkat. Kita beralih pula ke bengkel
menenun songket di Pura Tanjung Sabtu, di mana proses yang
sama sedang dilakukan-sambil YM Tengku Ismail menerangkan
teknik-teknik

yang

digunakan.

Dr.

Siti

Zainon

kemudiannya

berkongsi maklumat tentang bagaimana pada masa lalu, sumbersumber alam semula jadi yang berasal daripada tumbuh-tumbuhan

Hak Cipta (C) 2007 Tokdalang Productions Sdn. Bhd. Semua Hak Cipta Terpelihara

SONGKET: RATU TENUNAN TANGAN

umpamanya,

telah

warna-warna

Olahan Cerita

digunakan

benang

tetapi

sebagai

11/29/2007

bahan

kini--pada

untuk

zaman

5 .

mencelup

moden,

telah

digantikan dengan warna-warna kimia yang diimport daripada


barat--terutamanya Amerika, Jerman dan England.
Proses

yang

lebih

panjang

tetapi

menarik

kemudiannya

ditunjukkan, iaitu proses menenun songket itu sendiri. Di


sini,

kita

menyaksikan

bagaimana

kei

iaitu

sebuah

alat

menenun tradisional digunakan untuk secara halusnya menenun,


benang

demi

benang,

kain-kain

songket.

Visual-visual

yang

secara dekatnya mendedahkan penciptaan rekaan-rekaan motif


songket ditunjukkan. Kita juga menghampiri secara lebih dekat
penenun-penenun

itu-di

kedua-dua

Bibah

Songket

dan

Pura

Tanjung Sabtu, sambil mereka menunjukkan kepada kita teknik


menenun

dan

diperlukan

berkongsi

untuk

kemahiran

menyudahkan

tugas

serta
yang

kesabaran
amat

yang

memerlukan

ketelitian ini.
Dari sana, kita beralih kepada Azah Aziz, seorang lagi
budayawan--di mana beliau berkongsi dan menunjukkan kepada
kita pemakaian dan penggunaan songket yang berbagai-bagai, di
mana dalam komuniti Melayu, songket telah menjadi kedua-dua
seni hiasan dan juga seni yang berfungsi. Beliau menerangkan
bagaimana, daripada status sanjungannya sebagai simbol diraja
pada masa lalu, taraf itu telah kini diangkat oleh masyarakat

Hak Cipta (C) 2007 Tokdalang Productions Sdn. Bhd. Semua Hak Cipta Terpelihara

SONGKET: RATU TENUNAN TANGAN

kontemporari

untuk

Olahan Cerita

melambangkan

maruah

11/29/2007

bangsa.

6 .

Beliau

menjelaskan bagaimana dalam fungsinya sebagai sebuah tekstil


istiadat, songket dipakai khususnya sewaktu upacara-upacara
istimewa
pangkat

seperti
dan

perkahwinan;

majlis

darjah
dan

penabalan

kebesaran,

juga

secara

raja-raja,

perayaan

amnya

pengurniaan

keagamaan

untuk

upacara

dan

sosial

seperti majlis rasmi makan malam, konsert dan oleh penaripenari

tradisional

ketika

mempersembahkan

tarian-tarian

mereka. Azah menunjukkan cara pemakaian songket yang berbezabeza; daripada kain sarung--sebagai kain tudung yang menutupi
kepala, selendang yang serba boleh dan sebagai kain sampin
untuk melengkapi baju Melayu lelaki kepada baju kurung dan
baju

kebaya

perempuan

sehinggalah

sebagai

tengkolok

yang

dipakai di atas kepala. Dr. Siti Zainon juga bersama-sama


berkongsi pengetahuannya.
Kita kemudiannya singgah di majlis perkahwinan sepasang
pengantin Melayu, di mana di bilik persalinan, Mak Andam
sedang

membantu

pakaian

songket

kedua-dua
yang

mempelai

lengkap.

mengenakan

Mereka

ditemu

sesalinan

bual

tentang

mengapa songket dipilih sebagai pakaian istimewa pada hari


mereka

bergelar

raja

sehari.

Mak

Andam

turut

berkongsi

pengalamannya berkenaan songket yang menjadi pilihan ramai

Hak Cipta (C) 2007 Tokdalang Productions Sdn. Bhd. Semua Hak Cipta Terpelihara

SONGKET: RATU TENUNAN TANGAN

Olahan Cerita

11/29/2007

7 .

sebagai salinan pengantin dan mengapa ia begitu digemari oleh


orang ramai sewaktu musim perkahwinan.
Seterusnya, kita bertemu dengan Normadiati Omar, pemilik
Omar Ali--sebuah butik yang menjual dan menerima tempahan
membuat baju Melayu di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur.
Beliau

menunjukkan

koleksi

diperbuat

daripada

berkongsi

pengalamannya

menceritakan

songket

bagaimana

berbagai-bagai
yang

menjual

dijual
songket

permintaan

di

sampin
sana.

selama

untuk

Beliau

ini

songket

yang

dan
akan

meningkat pada musim perayaan, terutamanya pada Hari Raya.


Para pelanggan yang datang untuk membeli sampin songket di
Den Wahab--sebuah lagi butik yang serupa di ibu kota, juga
ditunjukkan. Kita menyaksikan bagaimana pelanggan-pelanggan
ini memilih dan mencuba pelbagai jenis songket yang terdapat
di sana. Kita menemu bual mereka tentang kepentingan memiliki
songket dan menyarungkannya pada Hari Raya. Pemilik butik
tersebut
beliau

iaitu

berkenaan

Zaharudin
citarasa

Wahab,
para

menceritakan

pelanggannya

dan

pengalaman
bagaimana

mereka juga akan mendapatkan songket untuk upacara-upacara


yang

lain

seperti

majlis-majlis

rasmi

dan

perkahwinan.

Kemudiannya ditunjukkan orang ramai yang keluar berpusu-pusu


meninggalkan masjid setelah menunaikan solat sunat Hari Raya,

Hak Cipta (C) 2007 Tokdalang Productions Sdn. Bhd. Semua Hak Cipta Terpelihara

SONGKET: RATU TENUNAN TANGAN

Olahan Cerita

11/29/2007

8 .

masing-masingnya mengenakan pakaian baju Melayu yang lengkap


bersampinkan songket.

ACT III
Kita cut-to ke establishing shots kompleks Kraftangan
Malaysia

di

Kuala

bertanggungjawab,

Lumpur.
di

Kita

mana

menemu

beliau

bual

pegawai

menerangkan

yang

rancangan-

rancangan yang telah digubal oleh agensi kerajaan tersebut


untuk

membangunkan

seni

tenunan

songket

menjadi

sebuah

industri desa yang maju. Beliau berkongsi tentang pembangunan


yang sedang berlaku, tentang bagaimana agensi tersebut telah
membantu mengenal pasti dan memupuk penenun-penenun desa yang
berbakat serta berkemahiran dan kemudiannya membentuk mereka
menjadi usahawan-usahawan yang bukan sahaja ahli dalam kraf
mereka tetapi juga adalah pengusaha-pengusaha sebuah industri
yang berpotensi serta menguntungkan. Beliau juga menjelaskan
bagaimana kerajaan menilai seni tenunan songket dan bagaimana
mereka melihatnya sebagai suatu khazanah warisan bangsa yang
sangat-sangat

berharga

yang

harus

terus

dihidupkan

dan

dipelihara demi generasi masa depan.


Kita

beralih

kemudiannya

ke

butik

Bibah

Songket

di

kedua-dua Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu, dan menyaksikan


bagaimana

susunan

koleksi-koleksi

songket

dipamerkan-

Hak Cipta (C) 2007 Tokdalang Productions Sdn. Bhd. Semua Hak Cipta Terpelihara

SONGKET: RATU TENUNAN TANGAN

Olahan Cerita

11/29/2007

9 .

kesemuanya sedia untuk dijual kepada para pelanggan. Habibah


menunjukkan berbagai-bagai rekaan songket yang ditawarkanmeliputi

pelbagai

motif

dan

warna,

dan

menceritakan

pengalamannya dalam memasarkan songket sepanjang 25 tahun.


Sebagai pemiliknya, Habibah berkongsi bagaimana dia memulakan
perniagaannya itu-apa yang merangsangkannya dan bagaimana
dia

telah

melihatnya

berkongsi

berkembang

selama

ini.

pengiktirafan-pengiktirafan

diterimanya,

terutamanya

Anugerah

Habibah
yang

Kraftangan

juga

pernah

Negara

yang

diterimanya dalam tahun 2007. Kemudiannya, kita mempelajari


daripada
Pura

YM

Tengku

Tanjung

songket

untuk

Sabtu

Ismail
dan

berkenaan

bagaimana

golongan-golongan

pengalamannya

ianya

atasan,

masih

membina

menyediakan

terutamanya

untuk

kerabat-kerabat diraja dan pembesar-pembesar negara. Beliau


berkongsi

pengalamannya

bagaimana

menerusi

menguruskan

kemahiran

dan

pusat

kepakaran

tersebut
mereka

dan

dalam

menenun songket, Pura Tanjung Sabtu dapat memenuhi permintaan


untuk songket bagi pasaran kelas atasan.
Kemudiannya, kita bertemu YM Tengku Nooralina IbrahimEddy, Pengerusi dan Pengasas Yayasan Tuanku Nur Zahirah. YM
Tengku Alina, sepertimana beliau lebih dikenali, menjelaskan
objektif

penubuhan

yayasan

tersebut

dan

bagaimana

ianya

berhasrat untuk membangunkan seni kraf tangan di Terengganu.

Hak Cipta (C) 2007 Tokdalang Productions Sdn. Bhd. Semua Hak Cipta Terpelihara

SONGKET: RATU TENUNAN TANGAN

Beliau

menerangkan

Olahan Cerita

mengapa

yayasan

11/29/2007

tersebut

telah

10.

memilih

songket sebagai projek permulaannya dan mengapa khususnya,


ianya

mempunyai

Permaisuri

tempat

Agong

yang

Tuanku

istimewa

Nur

di

Zahirah.

hati
YM

DYMM

Tengku

Raja
Alina

menggariskan rancangan-rancangan yang telah dirangka untuk


membangunkan seni tenunan songket di Terengganu dan berkongsi
aspirasi mereka dalam melihat tradisi itu berkembang menjadi
suatu komoditi eksport untuk pasaran antarabangsa. Setelah
itu, kita menjenguk koleksi songket yang dimiliki oleh Azah
Aziz.

Beliau

menerangkan

mengapa

beliau

begitu

menghargai

tekstil tradisional itu dan mengapa beliau telah bersungguhsungguh

mengumpul

berbagai-bagai

jenis

songket.

Azah

seterusnya menghuraikan berbagai-bagai corak dan rekaan motif


yang terdapat dalam koleksi songketnya.
Kita berakhir dengan mendengar pendapat Dr. Siti Zainon
tentang

penghargaan

yang

diberikan

oleh

masyarakat

kontemporari terhadap songket dan nilai kepentingannya dalam


kebudayaan

Melayu;

aspirasi

YM

Tengku

Ismail

terhadap

kesinambungan seni tenunan songket oleh generasi akan datang;


dan keyakinan YM Tengku Alina terhadap pembangunan industri
itu dalam menjadi sebuah perusahaan antarabangsa yang berjaya
untuk

penenun-penenun

songket

desa

di

Terengganu.

Habibah

juga menyatakan harapannya agar tradisi seni menenun songket

Hak Cipta (C) 2007 Tokdalang Productions Sdn. Bhd. Semua Hak Cipta Terpelihara

SONGKET: RATU TENUNAN TANGAN

itu

dapat

terus

kemahirannya
usahawan

dihidupkan

akan

baru

Olahan Cerita

yang

terus

oleh

tetap

lain.

11/29/2007

penenun-penenun

dipelihara

Akhirnya,

Azah

oleh

muda

11.

dan

usahawan-

menekankan

akan

kepentingan tekstil songket sebagai simbol maruah bagi bangsa


Melayu.
Kita tamat dengan cut-to pada deruan ombak yang memukul
pantai sambil mendengar nyanyian syair tentang nilai songket
sebagai khazanah warisan bangsa sebelum fade-out ke montaj
pelbagai

imej

tekstil

tersebut

yang

berwarna-warni

dan

berkilau-kilauan--dimainkan bersama alunan muzik gamelan yang


eksotik sebelum akhirnya fade-out ke hitam untuk memainkan
end credits.

TAMAT

Hak Cipta (C) 2007 Tokdalang Productions Sdn. Bhd. Semua Hak Cipta Terpelihara

Anda mungkin juga menyukai