Anda di halaman 1dari 26

LEMBAGA PEPERIKSAAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA


MAKLUMAT CALON
PENDIDIKAN MUZIK 2621/2
AKTIVITI C: APRESIASI

NAMA : SCOLYSTA RYTHCEAL PASTEUR


ANGKA GILIRAN :
NO. KAD PENGENALAN : 050119-12-1092
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGHARGAAN 3

2.0 OBJEKTIF 4

3.0 LAPORAN

3.1 Pengenalan 5

3.2 Sejarah Muzik Gamelan di Malaysia 6

3.3 Bentuk Muzik 8

3.4 Alat Muzik 13

3.5 Fungsi Muzik 16

3.6 Cara Persembahan 17

4.0 RUMUSAN 18

5.0 RUJUKAN 19

6.0 LAMPIRAN 20
PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Tuhan kerana

dengan limpah dan kurnianya, saya telah menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Pertama

sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru mata pelajaran muzik yang

dihormati, Cikgu Joshua Athur James kerana tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya telah

membuka ruang untuk saya menjayakan tugasan ini.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan penghargaan terima kasih yang tidak terhingga

kepada ibu bapa saya yang memberi pemudah cara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka

juga telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral sepanjang saya melaksanakan

tugasan ini.

Bukan itu sahaja, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan

saya kerana telah banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Mereka banyak

membantu saya dengan memberikan pendapat.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara

langsung dalam penghasilan kerja kursus ini. Terima kasih.


OBJEKTIF

i. Untuk mengetahui dan memahami asal usul sejarah muzik gamelan.

ii. Untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang muzik gamelan.

iii. Untuk melahirkan generasi muda yang lebih menghargai muzik gamelan.

iv. Untuk mengenal pasti alat-alat muzik gamelan yang digunakan.

v. Untuk mengetahui dan mempelajari cara bermain alat gamelan.

vi. Untuk memastikan alat muzik gamelan tidak akan terhapus.


PENGENALAN

Gamelan berasal dari Indonesia dan kebanyakannya terdapat di pulau Jawa, Madura, Bali dan

Lombok di Indonesia dalam pelbagai jenis ukuran dan bentuk ensembel. Di Bali dan Lombok hari ini,

dan di Jawa lewat abad ke-18, istilah gong lebih dianggap sinonim dengan gamelan. Secara

ringkasnya, perkataan gamel iaitu dalam bahasa Jawa yang bermaksud dipukul, diketuk atau

ditabuh.

Namun, gamelan merupakan satu orkestra yang mengandungi alat-alat muzik seperti gong,

kenong, gambang, bonang, saron, gendang dan slenthem yang diperbuat daripada gangsa dan alat-

alat ini dipukul, diketuk atau ditabuh untuk mengeluarkan bunyi. Alat-alat tersebut digunakan bagi

memainkan lagu-lagu gamelan yang dipilih mengikut kesesuaian majlis. Terdapat beberapa

persamaan dan perbezaan konsep persembahan gamelan dalam negeri-negeri di Malaysia. Hal ini

bergantung kepada pengolahan masyarakat setempat mengenai gamelan.

Umumnya, gamelan dipersembahkan sempena merayakan pertabalan, majlis perkahwinan,

berkhatan, bertindik, ulang tahun keputeraan, majlis-majlis jamuan yang istimewa dan hiburan raja

dan permaisuri bersama kaum kerabat dan rakan-rakan baginda

Dalam tradisi kesenian gamelan, terdapat pantang larang yang harus dipatuhi oleh penari-

penari dan pemain gamelan bagi memastikan acara yang dijalankan berjalan dengan lancar tanpa

sebarang masalah atau gangguan.


SEJARAH MUZIK GAMELAN DI MALAYSIA

Gamelan Melayu yang wujud di Malaysia dipercayai merupakan warisan kesenian daripada

kesultanan Riau-Lingga, Pahang dan Terengganu. Dikatakan bahawa sekumpulan penari dan

pemuzik bersama instrument muzik gamelan telah dibawa dari Pulau Penyegat, Riau pada 1811

bagi menyerikan perkahwinan Wan Esah, adinda kepada pemerintah Pahang, Bendahara Tun Ali

(1806-1857) dengan Tengku Hussain, putera sulung kepada sultan Riau-Lingga, Sultan Mahmud

Syah III (1761-1812).

Kesenian tersebut kemudian berkembang di istana Pahang dan dikenali sebagai 'Joget

Pahang'. Malah turut disaksikan oleh Frank Swettenham, seorang pegawai British, sewaktu

menjadi tetamu istana Sultan Ahmad al-Muadzam Shah (1882-1914) di Pekan, Pahang pada tahun

1875, seperti yang diceritakan dalam penulisannya berjudul ‘A Malay Nautch'. Pengaruh kesenian

ini berkembang pula ke Terengganu apabila Joget Pahang dipersembahkan di majlis perkahwinan

Tengku Long, puteri Sultan Ahmad dengan Sultan Zainal Abidin III (1881- 1918) dari Terengganu

pada 1885.

Walaubagaimanapun perkahwinan diraja ini tidak bertahan lama, Sultan Zainal Abidin III

yang telah tertarik kepada seni gamelan meneruskan kesenian ini di istana Terengganu dengan

meminjam instrument dan pemuzik dari Riau-Lingga, tanpa penari. Seterusnya, perkahwinan

Tengku Sulaiman, putera Sultan Zainal Abidin III dengan seorang lagi puteri Sultan Ahmad,

Tengku Mariam pada 1913 bukan saja memulihkan hubungan dingin kerajaan Pahang dengan

Terengganu, malah telah menyumbang kepada kesinambungan gamelan Melayu di Terengganu

setelah kesenian ini lenyap di au-Lingga dan Pahang.


Selepas kemangkatan Sultan Ahmad pada 1914, tiada pewaris takhta yang berminat

memelihara tradisi Joget Pahang manakala isteri-baginda, Che Zubedah berangkat ke Terengganu

untuk menetap bersama puterinya, Tengku Ampuan Mariam, dan turut membawa bersama set

gamelan miliknya. Tengku Ampuan Mariam yang sememangnya terlatih dalam seni Joget Pahang

meneruskan kesenian tersebut di Terengganu, dengan sokongan Tengku Sulaiman yang juga

menunjukkan minat terhadap muzik gamelan.

Pada 1920, apabila Tengku Sulaiman menaiki takhta dengan gelaran Sultan Sulaiman

Badrul Alam Syah, baginda berhasrat menubuhkan kumpulan Gamelan Terengganu lantas

menggunakan khidmat bekas pemuzik Pahang bagi melatih pemuda-pemuda tempatan bermain

gamelan; sementara permaisuri Tengku Ampun Mariam memimpin latihan gadis-gadis tempatan

menari Joget Pahang yang telah ditukar namanya menjadi tari gamelan Terengganu. Sultan

Sulaiman bersama Tengku Ampun Mariam kemudian berjaya memiliki set gamelan sendiri pada

1936 dan persembahan gamelan sering diadakan di Istana Maziah, Kuala Terengganu. Tengku

Ampuan Mariam turut menghasilkan manuskrip yang mengandungi huraian dan lakaran tarian

gamelan, yang kini menjadi rujukan sejarah dan tradisi gamelan Melayu.

Dikatakan terdapat 95 buah ciptaan lagu gamelan, kira-kira 60 daripadanya adalah bersama

tarian. Sebahagian besar daripada repertoir tersebut merupakan lanjutan tradisi di Pahang

manakala selebihnya diperkembangkan sewaktu di Terengganu. Walau bagaimanapun, gamelan

Terengganu mengalami zaman gelap apabila Perang Dunia II menular ke Tanah Melayu pada

1941, diikuti dengan kemangkatan penaungnya, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah pada 1942.

Sejak itu, set gamelan baginda tersimpan rapi di Istana Kolam, yang menjadi kediaman Tengku

Ampuan Mariam.
Pada 1966, Mubin Sheppard, seorang pengkaji seni bina Melayu, menjumpai set gamelan

tersebut sewaktu melawat Istana Kolam, lantas memohon izin Tengku Ampuan Mariam untuk

menghidupkan semula gamelan Terengganu. Setelah diperkenankan, Puan Adnan binti

Abdullah(Mak Nang) yang merupakan bekas penari istana ditugaskan melatih penari baru serta

menari bersama, sementara bekas muzik istana, Encik Muhammad bin Ismail(Pak Mat) melatih

muzik.

Kumpulan pemuzik gamelan ini yang dikenali sebagai Orkestra Gamelan Diraja

Terengganu telah membuat kemunculan kali pertama di khalayak umum di Pesta Muzik dan

Drama Asia Tenggara yang berlangsung di Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 1969.

Kumpulan ini sekali lagi diberi penghormatan membuat persembahan di Universiti Malaya pada

tahun berikutnya iaitu di Temasya Seni Melayu (1970), dengan turut menampilkan panari generasi

baru. Sejak itu, kesenian ini berkembang di luar lingkungan istana dan diajarkan di sekolah-

sekolah serta institusi pengajian tinggi di serata Malaysia.

Walaupun alat muzik dan kesenian gamelan secara asasnya berasal dari Jawa; gamelan

Melayu mempunyai identiti tersendiri seperti skala nada , teknik memainkan alat muzik, struktur

lagu serta ciri-ciri lain yang membezakannya dari muzik gamelan Jawa, Bali, Sunda; mahupun

genre gamelan lain di dunia.


BENTUK MUZIK

NOTASI

Pada permulaannya, permainan gamelan dimainkan tanpa notasi. Notasi tidak penting dan lagu
lama tidak dicatat. Muzik ini dipelajari secara tidak formal melalui pendengaran bermula dengan
yang mudah dan beransur kepada kompleks. Pada abad ke-19, sistem menggunakan nombor
diperkenalkan untuk memudahkan pemuzik memainkan ‘repetoire’/lagu yang telah banyak
berkembang. Sistem menggunakan nombor ini dikenali sebagai Sistem Kepatihan dan sistem ini
kekal digunakan sekarang.

Contoh 1 :

| 1 1 2 3 | 5 3 2 1 |

Notasi ini ditunjukkan secara dalam konsep yang lebih mudah yang tidak merujuk kepada

instrument tertentu. Di mana notasi ini boleh dimainkan oleh pemain dengan menggunakan semua

instrumen gamelan. Nada ini diajar pada peringkat permulaan kepada pemain bagi memudahkan

pemain mudah mentafsir melodi.

CONTOH NOTASI LAGU “TIMANG BURUNG”

Lagu Timang Burung merupakan lagu asas yang di ajar kepada pemain dengan

menggunakan konsep asas “Generis Expression”. Biasanya pemain akan mula bermain dengan

belajar mengetuk alat gamelan berdasarkan nota asas tersebut,


| - 5 5 2 | 32 3 5 | - 3 5 6 | 5 3 2 5 |

| - 5 5 2 | 32 3 5 | - 3 5 6 | 5 3 2 3 |

| - 3 2 1 | 1 2 3 1 | 3 2 1 1 | 5 6 i 2 |

| - 2 2 3 | 65 3 2 | 3 2 1 1 | 5 5 3 5 |

Lagu Timang Burung ini sangat popular dan boleh dikatakan lagu wajib dimainkan di upacara-

upacara perkahwinan dan persembahan di sesebuah acara.

MELODI

Kebanyakan skor muzik gamelan hanya mencatatkan melodi utama sahaja. Terdapat juga

catatan yang menunjukkan melodi intro lagu. Oleh kerana itu setiap pemain mestilah membuat

analisis dan menyesuai notasi berdasarkan alat muzik masing-masing. Biasanya setiap pemain

dalam kumpulan gamelan mempunyai pengetahuan dalam memainkan semua alat muzik gamelan.

Pic Dicatatkan Menggunakan Sistem Nombor,

Titik Di Atas / Bawah Nombor Menunjukkan Oktaf

Skor atau notasi muzik Gamelan ditulis menggunakan nombor-nombor dan tanda titik

(kadangkala koma). Nombor menunjukkan pic manakala tanda titik bermaksud oktaf. Tanda 1’’

menunjukkan pic 1 pada ketinggian dua oktaf.


Tanda Titik Untuk Rehat atau Not Panjang

Tanda titik pada tengah detik menunjukkan rehat atau bunyi panjang dari not sebelumnya.

Contohnya

2 . 3 1 bermaksud minim – krocet - krocet.

Not Bernilai Setengah Detik

Not kuaver dicatatkan dengan tanda garisan di bawah dua not-not, contohnya

2 2 3 2 1 bermaksud krocet (2), krocet (2), kuaver(3), kuaver (2) dan krocet (1)

TEKSTUR

Tekstur muzik gamelan adalah polifoni. Polifoni bermakna gubahan yang mempunyai banyak
lapisan suara . Ciri utama muzik gamelan ialah bentuknya yang berulang . Setiap frasa diulang
muziknya dan bergerak dalam bentuk bulatan. Permainan gamelan memerlukan kemahiran
muzikal serta teknikal, perasaan yang peka kepada tekstur keseluruhan serta kerjasama dan
hubungan yang baik di antara setiap alat atau pemain.

ALAT MUZIK
1. BONANG

Bonang mengandungi 2 oktaf yang berlaras ‘ anhemitonic pentatonic’. Sifat bunyi berprinsip

kepada dengung secara dikotomi ‘bonang’ yang beroktaf rendah dikenali sebagai

‘wedok’(perempuan) dan yang beroktaf tinggi sebagai ‘lanang’ (lelaki) mengikut bahasa Jawa.

Bonang merupakan alat

terpenting dalam ensemble yang memvariasikan melodi pokok ataupun satu melodi pendek yang

juga berfungsi sebagai intro lagu khususnya untuk gendhing bonang (penghias lagu). Bonang

dimainkan dengan menggunakan pengetuk kayu yang hujungnya berbalut. Bonang membunyikan

bunga-bunga melodi dan dimainkan secara oktaf, ketukan bergilir not pertama diketuk sebelum

rentak dan kedua selepas rentak.

2. GAMBANG
Gambang adalah sejenis alat muzik ‘metallaphone’ yang diperbuat daripada kayu keras seperti

cengal, medang atau dari batang nibong. Gambang mempunyai 4 oktaf panjang dan mempunyai 21

keping kayu berbentuk 4 segi panjang dan setiap satu daripadanya berbeza panjang dan tebalnya.

Kepingan kayu ini terletak di atas kotak kayu panjang yang diasingkan setiap bilahnya dengan

sebatang kayu. Gambang biasanya dimainkan oleh seorang pemain sahaja. Pemain memerlukan 2

bilah pengetuk yang diperbuat daripada tanduk kerbau (pemegang) dan bahagian pemukulnya

berbentuk bulat pipih dengan tepinya disalut dengan lilitan kain. Alat pemukul ini juga dikenali

sebagai ‘'mallet'. Cara permainannya ialah dengan mengetuk menggunakan kedua-dua belah

tangan secara serentak mengikut not-not lagu. Bunyi gambang berbeza daripada alat lain kerana

bunyinya adalah paling rendah berbanding alatan lain yang diperbuat daripada logam.

2. KENONG

Kenong adalah sejenis alat idiophone yang ditemui di Asia Timur Selatan. Kenong

mempunyai satu set alat yang menyerupai gong tetapi lebih nipis dan bulat berbanding gong yang

berbentuk pipih dan lebih tebal. Alat ini diletakkan di atas tali yang diikat pada kayu yang

diperbuat daripada kayu keras untuk menghasilkan nada merdu setelah diketuk dengan

menggunakan alat pengetuk seperti alat pengetuk bonang. Alat pengetuk Kenong terdiri daripada
kayu dan tali yang dililit pada bahagian atas kayu tersebut. Kenong dimainkan dengan cara

mengetuk sekali setiap not lagu. Peranannya adalah untuk mengeluarkan bunyi yang lebih lembut

berbanding bunyi yang dihasilkan oleh gong.

4. SARON

Alat idiofon yang berbentuk bilangan ataupun ‘slay-type’ yang diperbuat daripada

perunggu. Bilah-bilah tadi disusun di atas tapak kayu dan disokong oleh bahan pengalas sebagai

memenuhi prinsip ekustiknya. Pada tapak berkenaan satu ruang udara telah dibuat bagi

mengimbangi suaranya dan sekaligus bertindak sebagai ruang gema bagi alat saron berkenaan.

Bilahan bagi alat saron lazimnya dibuat daripada besi yang menggunakan teknik kikir dan tempa.

i. Saron Demung

Saron demung berperanan sebagai alat yang membawa melodi pokok dan melodi

cincang sebagai bunga-bunga lagu dalam persembahan dan mempunyai oktaf yang

terendah dalam keluarga saron. Ianya dilaraskan mengikut sistem skala

‘anhemitonic pentatonic’. Dalam proses penghasilan bunyi, kayu pemukul khas

digunakan lazimnya dari jenis yang lembut.


ii. Saron Baron

Alat ini mempunyai oktaf tengah yang juga berperanan membawa melodi pokok

dan cincang. Pada fizikalnya, bilah-bilah bagi alat saron baron berukuran lebih kecil

daripada saron demung dan mampu menghasilkan suara yang lebih nyaring

berbanding saron demung. Dari segi pemakaian alat, teknik ‘perdam’ digunakan

pada nada-nada tertentu mengikut konteks lagunya. Ini bagi mengelakkan daripada

berlakunya pencemaran bunyi setelah ianya dimainkan secara serentak. Alat

pemukulnya yang berbentuk seperti penukul (hammer) diperbuat daripada jenis

kayu yang lembut.

iii. Saron Pekin


Alat ini pula merupakan alat penambahan baru bagi essemble Gamelan Melayu.

Teknik perdam juga diamalkan dalam konteks pemakaiannya dan ianya mempunyai

oktaf tertinggi dalam keluarga saron serta mampu menghasilkan suara lantang dan

nyaring. Dari segi fizikalnya, saron pekin mempunyai bilah yang berukuran lebih

kecil tetapi lebih menebal jika dibandingkan dengan bilah yang ada pada saron

baron. Alat pemukul bagi saron pekin juga berbentuk penukul yang diperbuat

daripada tanduk kerbau.

5. GONG

Gong adalah sejenis alat muzik ‘idiophone’ berasal dari Asia Timur Selatan. Gong penting

berperanan sebagai tulang belakang dalam essemble persembahan muzik gamelan. Alat ini terdiri

daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan

bersama-sama mengikut rentak lagu. Kebiasaannya, 1 atau 2 drum dimainkan serentak untuk

mempelbagaikan irama muzik yang lebih unik. Gong telah banyak dijumpai di seluruh Malaysia

sebagai alat utama dalam upacara khas dan persembahan muzik tradisional. Alat ini terjamin

berkualiti tinggi kerana cara pembuatannya adalah sukar dan memerlukan kos yang agak tinggi.

Melodi yang dihasilkan adalah untuk memberi isyarat pada permulaan dan penghabisan lagu.
6. GENDANG ( the leader of music gamelan instruments)

Gendang merupakan salah satu alat yang perlu dimainkan setiap persembahan gamelan.

Tanpa pukulan gendang, irama gamelan akan menjadi tidak lengkap malah pincang.

Gendang dalam gamelan mempunyai fungsi tersendiri yang sifatnya tiada pada alat-alat

lain. Gendang merupakan alat membraphone. Membraphone merupakan alat muzik yang

terdiri daripada selaput-selaput kulit. Alat-alat membraphone dimainkan secara tabuhan.

Gendang adalah alat penting di dalam memimpin rentak bunyian baik rendah ataupun

tinggi.
FUNGSI MUZIK

Zaman Dahulu

● Sebagai persembahan hiburan diraja

● Kesenian Gamelan pada suatu masa dahulu hanya berpatronkan raja

● Hanya golongan istana sahaja yang dapat menyaksikan persembahan gamelan


Zaman Sekarang

Persembahan gamelan oleh pasukan gamelan SMK Bandaraya di Shang-ri La


Rasa Ria Resort, Tuaran.

● Dimainkan dikhalayak ramai selepas mendapat kebenaran daripada Tengku Mariam pada

1970

● Masih dimainkan dalam istiadat istana

● Dipersembahkan dalam majlis-majlis rasmi seperti majlis konvokesyen, majlis

perkahwinan dan penyampaian anugerah

● Sebagai muzik iringan ketibaan tetamu kehormat

- Persembahan gamelan boleh diadakan dalam dua bentuk iaitu tarian dan drama yang

dipetik daripada repertoire yang sememangnya sudah dicipta sejak dahulu lagi.

- Kumpulan gamelan terdiri daripada penari kanak-kanak perempuan yang diiringi orkestra

kaum lelaki yang memainkan alat-alat gamelan.


CARA PERSEMBAHAN

Alat muzik gamelan dimainkan dalam keadaan duduk atau bersimpuh. Namun terdapat

juga kumpulan yang menyediakan tempat duduk khas yang sesuai dengan postur ketika bermain

alat tersebut. Muzik gamelan digunakan bagi mengiringi tarian gamelan mengikut lagu-lagu yang

dipilih. Bagi muzik gamelan Jawa pula, ia berperanan mengiringi persembahan tarian kuda kepang

dan wayang wong.

(Susunan pemain gamelan)


RUMUSAN

Melalui kerja laporan kajian ini, saya telah memperoleh banyak pengetahuan tentang muzik

gamelan dalam dunia muzik. Gamelan yang berasal dari Indonesia telah diperluaskan atau

diperkenalkan di Malaysia pada abad ke-14 dan ke-15. Gamelan seterusnya mula dimainkan di

Johor dan Terengganu lalu dimainkan di seluruh negara sejak 1970.

Bukan itu sahaja, saya juga dapat mengetahui tentang jenis alat muzik yang digunakan

dalam Gamelan. Secara amnya, gamelan mempunyai 8 instrumen utama iaitu bonang, kenong,

saron pekin, saron baron, saron demung, gambang, gong dan gendang. Alat-alat tersebut diperbuat

daripada gangsa dan dimainkan dengan cara memukul atau mengetuk dengan menggunakan

pemukul.

Tambahan pula, saya juga mengetahui bahawa gamelan bukan sahaja dimainkan di majlis

kerabat diraja. Hal ini boleh dilihat apabila gamelan mula diperluaskan pada tahun 1970 sehingga

kini. Gamelan kini dimainkan di majlis-majlis rasmi seperti konvokesyen, majlis kahwin dan lain-

lain. Mengikut arus kemodenan kini, muzik gamelan mempunyai potensi besar untuk

diperkembangkan dari semasa ke semasa.

Akhir kata, gamelan merupakan warisan turun temurun dan merupakan harta pusaka negara

yang tidak terhingga nilainya. Maka, semua pihak haruslah bekerjasama dalam memelihara dan

memperkembangkan alat muzik ini melalui pelbagai usaha proaktif agar tidak ditelan zaman.
RUJUKAN

1. Gamelan folio. pdfslide.net. (n.d.). Retrieved August 24, 2022, from

https://pdfslide.net/documents/gamelan-folio.html

2. Rie, N. (2016, April 27). Analisa Muzik tradisional Dan Klasik Barat.

Academia.edu. Retrieved October 3, 2022, from

https://www.academia.edu/8289677/ANALISA_MUZIK_TRADISIONAL_DAN_

KLASIK_BARAT

3. Unknown. (1970, January 1). Fungsi Gamelan. FUNGSI GAMELAN. Retrieved

October 3, 2022, from http://9gamelan.blogspot.com/2018/04/fungsi-gamelan.html

4. farahaziran Follow. (n.d.). Pembentangan muzk3193 gamelan melayu. Share and

Discover Knowledge on SlideShare. Retrieved October 3, 2022, from

https://www.slideshare.net/farahaziran/pembentangan-muzk3193-gamelan-melayu-

71638588

5. Sejarah Dan Latar belakang gamelan melayu - orkes gamelan Kebanyakan

Terdapat di Pulau Jawa. Madura. StuDocu. (n.d.). Retrieved October 3, 2022, from

https://www.studocu.com/my/document/universiti-sultan-zainal-abidin/risk-and-

insurance/sejarah-dan-latar-belakang-gamelan-melayu/15414010

6. Gamelan. PANITIA MUZIK. (n.d.). Retrieved October 3, 2022, from

http://panitiamuziksmsah.blogspot.com/p/sejarah-gamelan-terengganu.html

7. Unknown. (n.d.). Notasi Dan Lagu. Notasi Dan Lagu ~. Retrieved October 3, 2022,

from http://saywhatratna.blogspot.com/2014/05/sejarah-gamelan-melayu.html
8. Fadzil. (1970, January 1). Mari Berkenalan Dengan gamelan. MARI

BERKENALAN DENGAN GAMELAN. Retrieved October 3, 2022, from

http://bijakmuzik.blogspot.com/2011/12/mari-berkenalan-dengan-gamelan.html

9. Latif, N. H. N. (n.d.). Alat-alat gamelan Malaysia. Alat-Alat Gamelan Malaysia.

Retrieved October 3, 2022, from http://gamelanmelayu.blogspot.com/2009/09/alat-

alat-gamelan-malaysia.html
LAMPIRAN

(gambar di bawah diambil semasa persembahan gamelan yang dipersembahkan oleh pasukan
pemain gamelan SMK Bandaraya Kota Kinabalu di Shangri-la Rasa Ria Resort Tuaran)

Anda mungkin juga menyukai