Anda di halaman 1dari 10

Folio Pendidikan Muzik Tahun 6

Alat muzik tradisional/Moden

1)Nama:MUHAMMAD DANIEL DZUNUANUS BIN


MUHAMMATSAHIRRIN

2)Kelas:6 Cerdas

3)Tajuk:Alat muzik tradisional gamelan

4)Nama Guru:cikgu Suriyana


ALAT MUZIK GAMELAN

Asal usul nama gamelan dan Sejarah Gamelan.


Gamelan (Bahasa Jawa: ꦒꦩꦼꦭꦤ꧀, dibaca 'Gamelan') (Bahasa Sunda: ᮌᮌᮌᮌᮌᮌ, dibaca

'Gamelan') (Bahasa Bali: ᮌᮌᮌᮌᮌᮌ, dibaca, 'Gamelan') adalah himpunan alat muzik

(ensembel) yang terdiri daripada alat muzik membranofon seperti gendang, idiofon

berbentuk bilah dan pencon, aerofon seperti seruling, dan kordofon seperti rebab dan zither

Gamelan berasal dari Indonesia dan kebanyakan terdapat di pulau Jawa, Madura, Bali,

dan Lombok di Indonesia dalam pelbagai jenis ukuran dan bentuk ensembel.

Di Bali dan Lombok hari ini, dan di Jawa lewat abad ke-18, istilah gong lebih dianggap

sinonim dengan gamelan.

Perkataan Gamelan berasal dari perkataan Bahasa Jawa, yang boleh merujuk kepada jenis

Mallet yang digunakan untuk memukul instrumen atau perbuatan yang menarik dengan

Mallet.

Istilah karawitan merujuk kepada klasik Gamelan muzik dan amalan prestasi, dan datang

dari perkataan rawit, bermakna ' rumit ' atau ' halus bekerja '.

Perkataan ini berasal dari perkataan Jawa, 'rawit', yang merujuk kepada rasa kelancaran

dan keanggunan ideilan dalam muzik Jawa. Satu lagi perkataan dari akar ini, pangrawit,

ertinya seseorang dengan perasaan itu, dan digunakan sebagai gelaran apabila

membincangkan yang dihormati Gamelan pemuzik.


Perkataan Jawa tinggi untuk Gamelan ialah Gangsa, dibentuk sama ada dari

perkataan tembaga dan rejasa merujuk kepada bahan-bahan yang digunakan dalam

pembinaan gangsa Gamelan (tembaga dan tin), atau tiga dan sedasa merujuk kepada

perkadaran mereka (tiga dan sepuluh).

Perkataan ‘gamel’ dalam Bahasa Jawa bermaksud memukul atau menabuh.

Manakala akhiran ‘an’ berfungsi membentuk kata kerja.

Gamelan diperkenalkan oleh masyarakat Jawa pada zaman kerajaan Hindu-Buddha di

Indonesia. Gamelan Jawa berkembang pesat pada zaman kerajaan Majapahit dan telah

tersebar ke beberapa daerah seperti Bali dan Sunda.

Selari dengan perkembangan muzik gamelan pada masa itu, terdapat perbezaan muzik

gamelan yang ketara di antara daerah-daerah ini. Muzik Gamelan Jawa memiliki nada yang

lembut, Gamelan Bali lebih cenderung kepada muzik yang lebih rancak manakala muzik

Gamelan Sunda lebih mendayu dan didominasi oleh alat muzik seruling.

https://www.kompasiana.com/dewisundari/591e558ac322bdfe0856a30b/sejarah
-gamelan-jawa-perkembangannya
Gamelan Melayu

Terdapat banyak alat muzik tradisional yang terdapat di Malaysia.

Antara yang popular serta sering mendapat tempat di hati pemuzik adalah Gamelan.

Perkataan gamelan berasal daripada Bahasa Jawa iaitu “Gamel” yang bermaksud memukul,

diikuti sebutan ‘an’ yang menjadikannya sebagai kata benda.

Gamelan mula diperkenalkan ke Tanah Melayu pada tahun 1882, ketika zaman

pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah, yang memerintah Pahang pada ketika itu.

Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah telah meningkatkan muzik gamelan dan diikuti oleh isteri

kedua Sultan iaitu Che Bedah. Puteri mereka iaitu Tengku Ampuan Mariam telah berkahwin

dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah pada 1913, dan telah membawa Gamelan ke

Terengganu.

Gamelan terdiri daripada himpunan alat muzik seperti Bonang, Kenong, Gambang, Saron,

Gendang dan Gong. Ianya juga dapat dibahagikan kepada lima jenis iaitu Gamelan Jawa,

Gamelan Bali, Gamelan Sunda, Gamelan Bayuwangi, dan Gamelan Kromong.

Gamelan Melayu yang wujud di Malaysia hari ini dipercayai merupakan warisan kesenian

daripada kesultanan Riau-Lingga, Pahang dan Terengganu.

Walaupun alat muzik dan kesenian gamelan secara asasnya berasal

dari Jawa, Indonesia; gamelan Melayu mempunyai identiti tersendiri seperti skala nada,

teknik memainkan alat muzik, struktur lagu serta ciri-ciri lain yang membezakannya daripada

gamelan Jawa, Bali, Sunda; mahupun genre gamelan lain di dunia.

Rekabentuk alat-alat muzik gamelan melayu juga sedikit berbeza jika dibandingkan dengan

alat-alat muzik gamelan yang lain.


Gamelan Melayu lazimnya dimainkan di majlis-majlis diraja sewaktu pemerintahan Sultan

Ahmad dari Pahang (1882-1914) dan Sultan Sulaiman dari Terengganu (1920-1942).

Berdasarkan set gamelan diraja yang ditemui pada tahun 1966 at Istana Kolam, Terengganu,

Set gamelan Melayu terdiri daripada 7 alat muzik asas, iaitu:

1. Keromong, juga digelar Bonang Barung (set 10 gong kecil yang dibaringkan)

2.

3. Gambang (sebuah zilofon kayu)

4. Saron Kecil, juga digelar Saron Barung (satu set metalofon)

5. Saron Besar, juga digelar Saron Demung (satu lagi set metalofon, saiznya lebih besar

daripada Saron Kecil)

6. Kenong (set 3 gong besar yang dibaringkan)

7. Sepasang Gong yang bergantungan, iaitu Gong Kecil dan Gong Besar

https://ms.wikipedia.org/wiki/Gamelan_Melayu

Gamelan di Malaysia

Perkataan "gamelan" berasal daripada perkataan Jawa "gamel", bermaksud memukul

ataupun tukul. Gamelan diperkenalkan ke Pahang ketika pemerintahan Sultan Ahmad

Muadzam Shah. Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah telah meningkatkan muzik gamelan

dan diikuti oleh isteri kedua Sultan iaitu Che Bedah. Puteri mereka iaitu Tengku Ampuan

Mariam telah berkahwin dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah pada 1913, dan telah

membawa gamelan ke Terengganu.

Pada tahun 1914,apabila Sultan Ahmad Mangkat, isterinya Cik Zubedah telah berangkat ke

Terengganu untuk tinggal bersama puterinya, Tengku Ampuan Mariam di istana. Tengku
Ampuan Mariam amat meminati gamelan dan dengan itu pada 1915, set gamelan di bawah

jagaanya di Pahang telah dibawa ke Istana Maziah Terengganu. dan melatih pemuda-

pemudi Terengganu untuk bermain/menari gamelan.

Pada 1920, selepas kemahkotaan Sultan Sulaiman, usaha dipergiatkan dengan membawa

bekas penari Pahang, Yang Khoja dan Cik Meriam untuk melatih penari Terengganu dan

dinaungi oleh Tengku Ampuan Mariam sendiri.

Demikian pula, En, Wan Mohd, En.Wan Ahmad & En.Ahin, bekas pemain muzik Pahang

bersama melatih kumpulan Terengganu yang dikelolakan oleh Sultan Sulaiman. Sehingga

1936, Sultan dan permaisuri berjaya memiliki set sendiri.Berbagai-bagai lagu dan tarian

dicipta termasuk lambang sari, geliung, ketam renjong,togok,gagak seteru, lancang kuning

dan sebagainya.Tengku Ampuan Mariam telah menulis sebuah manuskrip mengenai tarian

sementara Sultan Sulaiman telah bertanggungjawab menukarkan nama "Joget Pahang"

kepada "Joget Gamelan Terengganu".

Bagaimanapun gamelan Terengganu mengalami kejatuhan pada zaman penaklukan Jepun

pada 1941 dan kemangkatan Sultan Sulaiman,1942. Tengku Mariam berpindah ke Istana

Kolam dengan membawa set gamelan bersama 2 orang bekas penarinya, Cik Adnan Abd.

Set gamelan telah dikembalikan ke Pahang , 1973 setelah berlakunya tawar-menawar yang

tidak menyenangkan antara kerajaan Pahang dan kerajaan Terengganu. Set Gamelan

tersebut telah dianugerahkan kepada Muzium Pahang di Pekan dan dipamerkan

Alatan Gamelan

Muzik gamelan biasanya dimainkan dalam majlis formal dan tidak formal di istana dan untuk

mengiringi joget Pahang. Pemuzik gamelan terdiri daripada lelaki seramai sembilan orang

dan penarinya adalah wanita seramai enam orang. Alatan muzik yang digunakan ialah Gong

Agong, Gong Sawokan, Gendang Ibu, Gendang Anak, Saron Pekin, Saron Baron I dan

Saron Baron II, Gambang serta juga Kenong.


Tuning dan pembuatan orkes gamelan adalah suatu proses yang kompleks. Gamelan

menggunakan empat sistem tuning, iaitu sléndro, pélog, "Degung" (khusus daerah Sunda,

atau Jawa Barat), dan "madenda" (juga dikenali sebagai diatonis hare, sama seperti skala

minor asli yang banyak dipakai di Eropah.

Jenis-jenis gamelan[

 Gamelan Jawa
 Gamelan Bali

 Gamelan Sunda
 Gamelan Banyuwangi

 Gambang Kromong

 Gamelan Amerika

Gamelan sanggar Melayu Kami menyediakan perkhidmatan persembahan Gamelan untuk

majlis - majlis seperti majlis perkahwinan, konvokasyen, corporate events dan apa jua majlis.

Mereka mempunyai lebih 30 buah lagu-lagu gamelan melayu tradisional yang biasa

dipersembahkan seperti Timang Burong, Topeng, Antawada dan lain-lain lagi. Selain itu, kami

juga boleh mempersembahkan lagu-lagu rakyat seperti Wau Bulan, Dikir Puteri, Lenggang

Kangkung dan banyak lagi.

Kesimpulannya gamelan merupakan alat tradisional yang berkembang pesat dan dimainkan

kini di negara barat dengan elemen muzik barat Gamelan merupakan suatu alat muzik

tradisional yang tak lekang dek panas dan tak luput dek hujan.

Anda mungkin juga menyukai