Anda di halaman 1dari 9

AYAM DIDIK DI MANA DIA DIDIKKU TADI DI MANA DIA SAYANG DIDIKKU TADI DIDIK KU JUMPA DI BAWAH TANGGA

(2X) DI MANA DIA ADIKKU TADI DI MANA DIA SAYANG ADIKKU TADI ADIKKU SORANG TERSANGAT MANJA (2X) DI MANA DIA DIDIKKU TADI DI MANA DIA SAYANG DIDIKKU TADI BERAS KU TUMPAH DI BAWAH KAWAH (2X) DI MANA DIA ADIKKU TADI DI MANA DIA SAYANG ADIKKU TADI ADIKKU SORANG TERSANGAT LAWA (2X)

AYAM BERTELUR
KOK KOK KOK KOK AYAM BERTELUR BERKOKOK KOKOK TELUR SEBIJI KOK KOK KOK KOK AYAM BERTELUR DAN ESOK PULA SEBIJI LAGI. KOK KOK KOK KOK AYAM BERTELUR SATU DENGAN SATU JADI DUA KOK KOK KOK KOK AYAM BERTELUR DAN SEKARANG SUDAH JADI TIGA.

KOK KOK KOK KOK AYAM BERTELURIJI DALAM RAGA ADA TIGA BIJI DALAM RAGA KOK KOK KOK KOK AYAM BERTELUR DAN TAMBAH BERAPA JADI LIMA. BAPAKU PULANG BAPAKU PULANG DARI KOTA BAPAKU BELIKAN KERETA KERETA KERETA KECIL WARNA MERAH BOLEH KU BAWA KE SEKOLAH. PON PON PON PON PON PON PON PON KERETA KECILKU BERBUNYI MARILAH ADIK MARI NAIK BOLEHKU BAWA JUMPA NENEK. BUNYI BINATANG SAYA AYAM KOK KOK KOK KOK SAYA ITIK KUEK KUEK KUEK KUEK SAYA BURUNG PIT PIT PIT PIT KAMI BUNYI KOK KOK KOK KOK KUEK KUEK KUEK KUEK KUEK PIT PIT PIT PIT PIT

BURUNG DAN SUASANA


PAGI DAH MENJELMA BERSINAR SURIA HARI PUN CERAH BURUNG-BURUNG PULA TERBANG SINI SANA MENYANYI RIANG BILA HARI PETANG BURUNG-BURUNG PULANG MASUKLAH KE SARANG HARI MULA KELAM SURIA TERBENAM HARI PUN MALAM.

HARAPAN BANGSA
MARI KAWAN IKUT BARISAN AYUH LANGKAH MAJU HADAPAN MAJU MAJU MAJU JALAN BERSAMA MAJU KITA HARAPAN BANGSA.

HUJAN DAH TURUN


TIP TAP TIP TAP HUJAN DAH TURUN TIP TAP TIP TAP HUJAN DAH TURUN TIP TAP TIP TAP BAJU DAH BASAH MARI KITA AMBIL PAYUNG.

GERAK BINATANG
KATAK MELOMPATTEPI PERIGI IKAN BERENANG DI DALAM KOLAM AYAM DAN ITIK BERLARI-LARI BURUNG GEMBIRA TERBANG DI AWAN.

HADIAH AYAH
ALANGKAH SENANGNYA HATI MENDAPAT HADIAH AYAH SEBUAH BASIKAL MERAH AKAN KU BAWA PERGI SEKOLAH AKAN KU JAGA SETIAP MASA.

JALA JALA IKAN


JALA JALA IKAN JALA TEPI PANTAI KITA NAIK SAMPAN KERJA RAMAI RAMAI DAYUNG-DAYUNG SAMPAN MANA ADA IKAN SITU KITA TUJU. JALA JALA IKAN JALA TEPI PANTAI DAPAT BANYAK IKAN EMAK MASAK GULAI

KASIH IBU
KASIH IBU SEJATI MEMBAWA BAHAGIA HARUSLAH DIHORMATI HIDUPMU SEMPURNA. JANGANLAH KAU DERHAKA TERHADAP IBU BUDINYA AMAT BESAR TERHADAP KAMU. DARI ITU INGATLAH HORMAT IBU BAPA TERHADAP IBU BUDINYA AMAT BESAR AGAR HIDUP SEMPURNA SELAMA-LAMANYA.

ANGKAT TANGAN ANGKATLAH TANGAN KIRI ANGKATLAH TANGAN KANAN GOYANGKAN TANGAN KIRI GOYANGKAN TANGAN KANAN. TUNJUKKAN KAKI KIRI TUNJUKKAN KAKI KANAN HENTAKKAN KAKI KIRI HENTAKKAN KAKI KANAN. KUCING DAN TIKUS BADAN TIKUS KURUS KUCING TUNJUK GARANG KUCING KEJAR TIKUS TIKUS MASUK LUBANG. KUCING JADI GERAM INTAI DALAM LUBANG TIKUS DIAM-DIAM GIGIT MISAI PANJANG. MAKAN ROTI KITA RASA GEMBIRA MAKAN ROTI PERATA RASA KENYANG LA LA LA KITA MAKAN BERSAMA. MARI MARI SEMUA BASUH TANGAN BERSAMA HATI SUKA LA LA LA MARI MAIN SEMULA

PASAR MINGGU ALANGKAH RIANGNYA DAPAT IKUT BERSAMA IBU DAN AYAHKU PERGI KE PASAR MINGGU. MEMBELI MAKANAN SAYUR-SAYUR DAN IKAN KU MINTAKAN AYAHKU BELIKAN BAJU BARU.

PINTAL TALI
MARILAH KITA MEMINTAL TALI TALI DIPINTAL BUAT PELITA SAMALAH KITA MENYANYI-NYANYI MENYANYI LAGU SENANDUNG RAKYAT. BUATLAH APA TALI DIPINTAL BUAT MENGIKAT SI KAYU API BUATLAH APA LAGU DINYANYI BUAT MENGHIBUR HATI NAN SEPI. TALI DIPINTAL BUAT PENGIKAT BUAT PENGIKAT SI KAYU API INILAH LAGU SENANDUNG RAKYAT BUAT MENGHIBUR HATI NAN SEPI. BUATLAH APA SI KAYU API BUAT MEREBUS UBI KELADI BUATLAH APA UBI KELADI BUAT MAKANAN SI ANAK TANI.

SATU DUA TIGA


SATU DUA TIGA EMPAT LIMA BOLEH KITA JALAN SAMA-SAMA ENAM TUJUH LAPAN DAN SEMBILAN SIAPA LAMBAT KETINGGALAN SATU DUA TIGA EMPAT LIMA CUBA LIHAT ITU RAMA-RAMA ENAM TUJUH LAPAN DAN SEMBILAN DIA SUDAH BERTERBANGAN.

SANG KANCIL DENGAN BUAYA


DENGARLAH SUATU CERITA SANG KANCIL DENGAN BUAYA SANG KANCIL JALANLAH BERJALAN SAMPAI KE TEPI SUNGAI. NAMPAKLAH DI SEBERANG SANA BANYAK POHON BUAHAN SEGALA BUAYA YANG ADA BERATUR SAMPAI SANA. SANG KANCILPUN MELOMPAT MENGIRA DENGAN CEPAT SATU DUA TIGA DAN EMPAT IA SAMPAI KE DARAT.

SUNGAI
AIRMU MENGALIR DARI GUNUNG JAUH DI SANA JERNIH DAN SEJUKNYA SUNGGUH INDAH DIPANDANG MATA.

KAU TETAP MENGALIR WALAU APA HALANGAN TIBA TAK BERHENTI-HENTI HINGGA SAMPAI DI LAUT NANTI. MASA JUGA KAN BERLALU TAK MENUNGGU KITA GUNAKANLAH SEPENUHNYA JANGANLAH LEKA KAU TETAP MENGALIR WALAU APA HALANGAN TIBA TAK BERHENTI-HENTI HINGGA SAMPAI DI LAUT NANTI.

ULEK MAYANG
UMBUK MAYANG DI UMBUK UMBUK DENGAN JALA JEMALA ULEK MAYANG DIULEK ULEK DENGAN PUTERINYA DUA PUTERI DUA BERBAJU SERONG PUTERI DUA BERSANGGUL SENDENG PUTERI DUA BERSUBANG GADING PUTERI DUA BERSELENDANG KUNING UMBUK MAYANG DI UMBUK UMBUK DENGAN JALA JEMALA NAK ULEK MAYANG DIULEK ULEK DENGAN PUTERINYA EMPAT PUTERI EMPAT BERBAJU SERONG PUTERI EMPAT BERSANGGUL SENDENG PUTERI EMPAT BERSUBANG GADING PUTERI EMPAT BERSELENDANG KUNING

UMBUK MAYANG DI UMBUK UMBUK DENGAN JALA JEMALA NAK ULEK MAYANG DIULEK ULEK DENGAN PUTERINYA ENAM PUTERI ENAM BERBAJU SERONG PUTERI ENAM BERSANGGUL SENDENG PUTERI ENAM BERSUBANG GADING PUTERI ENAM BERSELENDANG KUNING UMBUK MAYANG DI UMBUK UMBUK DENGAN JALA JEMALA NAK ULEK MAYANG DIULEK ULEK DENGAN PUTERINYA TUJUH. PUTERI TUJUH BERBAJU SERONG PUTERI TUJUH BERSANGGUL SENDENG PUTERI TUJUH BERSUBANG GADING PUTERI TUJUH BERSELENDANG KUNING UMBUK MAYANG DI UMBUK UMBUK DENGAN JALA JEMALA NAK ULEK MAYANG DIULEK ULEK DENGAN TUANNYA PUTERI.