Anda di halaman 1dari 4

Pantun kahwin Situasi pertama. Wakil lelaki : Biji durian tersekat di halkum, Assalaimualaikum.

Wakil perempuan

: Makan nasi dalam talam, Waalaikumussalam..

Wakil lelaki

: pergi pantai mengail ikan, Mengail ikan sampai ke malam, Loceng rumah sudahlah di tekan, Bolehkan kami masuk ke dalam

Wakil perempuan

: Bukan ketuk sebarang ketuk, Ketuk besi membuang karat, Jangan masuk sebarang masuk, Masuk ke mari ada bersyarat

Wakil lelaki

: sungguh ayu si anak dara, Dipandang mata hati tergoda, Kalo begitu puan berbicara, Katakan saja syarat dipinta..

Wakil perempuan

: makan tauhu byk khasiatnya Jangan lupa tumis berlada, Kalau hendak tahu syarat-syaratnya, Serahkan saja duit yang ada..

Wakil lelaki

: cari belut di pasar lama, Belikan sayur biar sesuai, Satu amplet silalah terima, Harap dikira selai-selai..

Wakil perempuan

: pagi-pagi ke rumah pak Yakup, Minum pagi sarapan pulut, Duit dikasi belum lagi cukup, Tambah lagi jangan kedekut

Wakil lelaki

:masak nasi periuk ditutup, Mari masak di dalam kawah, Duit dikasi kata x cukup, Memanglah awak ni makan rasuah

Wakil perempuan

:makan megi bercampur kuah, Kuahnya pula biarlah pekat, Bukan kami makan rasuah, Ini semua memanglah adat.

Wakil lelaki

:buah pinang rasanya pekat, Jangan diletak diatas para, Kalau memang mengikut adat, Kami tidak banyak berbicara

Wakil perempuan

:akar tongkat ali didalam pinggan, Buat minuman diwaktu malam, Terima kasih kami ucapkan, Silalah tuan masuk kedalam..

Situasi kedua Wakil lelaki :letak mee di dalam mangkuk. Buat sarapan diwaktu pagi, Kata tadi kami dh diberi masuk, Kenapa puan hendak hadapi.sayangggggg

Wakil perempuan

:silat gayung sangatlah tangkas, Tiap pagi main senjata, Syarat yang pertama memanglah dah lepas, Ada lagi syarat yang kedua

Wakil lelaki

:baju melayu berkain kapas, Hebat juga berkain sampan, Bukalah dulu suis kipas, Raja muda hendak bersanding

Wakil perempuan

:kerana membela teman seiring, Derhaka jebat kepada sultan, Kalo raja hendak bersanding, Bayar cepat cukai pendapatan.

Wakil lelaki

:pak guard menteri dating melutut, Menunggu perintah baginda sultan, Kerna hati dua sudah berpaut, Segala perintah kami turutkan

Wakil perempuan

:raja berdaulat memerintah negeri, Bergelar sultan tiada bandingan, Segala syarat sudah di beri, Marilah duduk tuan bersanding

Anda mungkin juga menyukai