Anda di halaman 1dari 19

SOLAT WITIR

Solat Witir boleh dikerjakan 1 rakaat, 3, 5, 7, 9 atau paling banyak 11 rakaat. Ia dilakukan dua-dua rakaat dan diakhiri dengan 1 rakaat, atau berakhir 3 rakaat (1 tahiyyat 1 salam). Solat Witir dilakukan setelah solat Isyak hingga menjelang fajar (subuh). Ia dapat dikerjakan sebagai pelengkap solat Tahajjud atau solat Tarawih. Ia sebagai penutup segala solat yang dilakukan hingga menjelang Subuh.

Cara Melaksanakannya:
. 1. Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:

U-shol-lii sun-na-tal wit-ri rok-a-tai-ni lil-laa-hi ta-aa-laa. Daku Solat Sunat Witir dua rakaat, kerana Allah Taala. . 2. Bacaan selepas Fatihah: Rakaat pertama: Surah Al-Alaa Rakaat kedua: Surah Al-Kafiruun . 3. Sesudah salam, terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi rakaat Witir. . 4. Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:

U-shol-lii sun-na-tal wit-ri rok-a-tan lil-laa-hi ta-aa-laa. Daku Solat Sunat Witir satu rakaat, kerana Allah Taala. . 5. Selepas Al-Fatihah pada rakaat terakhir, dibaca Surah Muawwizat iaitu: a) Al-Ikhlas, b) Al-Falaq dan c) An-Naas.

* Tatacara mengerjakannya Rakaat Pertama 1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) 9) 10) 11) Takbiratul Ihram Doa Iftitah Membaca surah al-Fatihah Membaca Surah al-Quran Rukuk Iktidal Sujud Duduk antara dua sujud Sujud kali kedua Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua 1) 2) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10) Duduk untuk tahiyyat akhir

3) Memberi salam kanan dan kiri dan bagun untuk mengerjakan rakaat terakhir Rakaat Ketiga 1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir 2) 3) 4) 5) 6) 7) Takbiratul Ihram Doa Iftitah Membaca surah al-Fatihah Membaca Surah al-Quran Rukuk Iktidal

8) 9) 10) 11) 12)

Sujud Duduk antara dua sujud Sujud kali kedua Duduk untuk tahiyyat akhir Memberi salam ke kanan dan ke kiri

SOLAT TARAWIH

Jadual Surah Solat Tarawih Lapan Rakaat Rakaat Pertama Kedua Ketiga Keempat Kelima Keenam Ketujuh Kelapan Surah At Takaatsur Al Ashry Al Humazah Al Fiil Al Quraisy Al Mauun Al Kautsar Al Kaafiruun

. Niat:

. . 2. Bacaan Selawat, Tasbih dan Doa Solat Tarawih . 1. Setelah selesai melakukan solat fardu dan solat sunat Badiah Isyak, maka Bilal memulakan Solat Tarawih dengan menyeru:

Maha Suci Tuhan Pemiliki (alam) yang disembah (dipatuhi), . 2. Bilal dan jamaah sama-sama membaca:

. . 3. Bilal menyeru dengan lafaz bagi permulaan mendirikan solat sunat Tarawih;

. . 4. Imam dan jamaah sama-sama mendirikan 2 rakaat pertama solat sunat Tarawih; Bacaan selepas Surah Al-Fatihah: Rakaat pertama: Surah At Takaatsur Rakaat kedua: Surah Al Ashry . 5. Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-2; Bilal dan jamaah bersama-sama mengucapkan zikir dberikut:

. . 6. Imam dan jamaah bersama-sama mendirikan solat sunat Tarawih untuk rakaat ke 3 dan 4; Bacaan selepas Surah Al-Fatihah: Rakaat ketiga: Surah Al Humazah Rakaat keempat: Surah Al Fiil . 7. Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-4; Bilal dan jamaah membaca Tasbih dan Selawat:

. . 8. Diikuti dengan Imam membaca doa berikut:

. . 9. Sebelum mendirikan 4 rakaat lagi, bilal dan jamaah membaca kalimat:

. . 10. Imam dan jamaah sama-sama meneruskan Solat Sunat Tarawih rakaat yang ke 5 dan 6; Bacaan selepas Surah Al-Fatihah: Rakaat kelima: Surah Al Quraisy

Rakaat keenam: Surah Al Mauun . . 11. Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-6; Bilal dan jamaah bersama-sama mengucapkan zikir dberikut:

. . 12. Imam dan jamaah bersama-sama meneruskan solat sunat Tarawih untuk rakaat ke 7 dan 8; Bacaan selepas Surah Al-Fatihah: Rakaat ketujuh: Surah Al Kautsar Rakaat kelapan: Surah Al Kaafiruun . .

13. Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-8 (akhir); Bilal dan jamaah membaca Tasbih dan Selawat:

. . 14. Apabila selesai mendirikan 8 rakaat Solat Tarawih, membaca doa berikut; .

Doa Solat Tarawih


.

. .

Ya Allah! Rahmatilah dan sejahterakanlah ke atas penghulu kami Muhammad dan ke atas keluarga penghulu kami Muhammad SAW dengan selawat terafdal di mana Dikau berselawat ke atasnya dengan selawat itu; Wahai yang mempunyai Kemuliaan dan Kemurahan, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang! Dan keredhaan Allah kepada kesemua sahabatnya dan telah redha kepada kami, kedua ibu bapa kami dan keselurahan orang-orang yang beriman. .

. .
Ya Allah! Jadikanlah kami golongan yang imannya sempurna, dapat menunaikan segala kewajipan agama, menjaga solat, menunaikan zakat, menuntut dan mencari segala kebaikan di sisi-Mu, mengharapkan keampunan-Mu, sentiasa berpegang teguh dengan petunjuk-petunjuk-Mu, terhindar dari segala penyelewangan, mencintai keduniaan dikurangkan, terpelihara di akhirat, meredhai ketentuan qadak dan tabah menerima ujian, mensyukuri segala nikmat-Mu dan semoga di akhirat nanti kami dimasukkan sebaris di bawah naungan panji-panji jujungan kami Nabi Muhammad SAW, dapat melalui telaga yang sejuk, dimasukkan ke dalam syurga, terhindar dari api neraka dan duduk di atas Tahta Kehormatan di dampingi bidadari syurga dengan memakai pakaian kebesaran dari sutera yang berwarnawarni, menikmati santapan syurga yang lazat, meminum susu dan madu yang suci lagi bersih di dalam gelas-gelas dan kendi

yang tidak kering selamanya, bersama-sama dengan orang yang telah Dikau berikan nikmat pada mereka, daripada golongan para nabi, para siddiqin, syuhada dan orang-orang yang soleh dan baik sekali mereka menjadi teman-teman kami. Demikianlah kemurahan dan kecekapan daripada Allah yang Maha Mengetahui dan segala puji bagi Allah Tuhan Seluruh Alam! .

[ ])3( . .

Ya Allah! Yang membezakan batil dan hak, yang menurunkan AlQuran dengan hikmah serta penjelasan, [berkatilah kami ya Allah di dalam bulan Ramadan ini - (3x)] Kurniakanlah kepada kami ya Allah (Ramadan ini dan Rahmat-Nya), tahun demi tahun atas apa yang Dikau kasihi dan redhai; Wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang! .

])3( [. [. ])3( .

Ya Allah! Sesungguhnya Dikau pada malam ini dan pada setiap malam bulan Ramadan membebaskan ahli-ahli neraka. Maka jadikanlah kami Ya Allah, kedua ibu bapa kami, anak-anak kami, isteri-isteri kami, orang-orang tua kami, guru-guru kami, kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami, orang-orang yang masih hidup dan bapa-bapa kami dari kalangan mereka yang Dikau bebaskan dari neraka. [Ya Allah! Selamatkanlah kami dari api

neraka dengan kesejahteraan - (3x)]. Masukkanlah kami dan mereka ke dalam syurga sebagai orang-orang yang sejahtera. [Ya Allah! Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Pemurah, Dikau amat suka mengampunkan, maka ampunilah kami! - (3x)].

Rahmatilah dan sejahterakanlah ke atas semulia-mulia makhluk, penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarganya dan para sahabat Baginda kesemuanya. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam! . .

SOLAT SUNAT TAHIYATTUL MASJID

Tertib Sebaik-baik sahaja sampai di dalam masjid hendaklah lakukan pekara2 berikut: . 1. Bila seseorang jemaah hendak masuk sesebuah masjid disunatkan membaca doa:

. . 2. Berniat iktikaf.

. . 3. Dan apabila sampai di tempat hendak duduk, bagi menambahkan kecekalan hati dalam menghadapi syaitan eloklah dibaca:

. . .

Cara Melakukan Solat Tahiyatul Masjid Sebelum duduk, boleh terus mengerjakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid dua rakaat. Caranya sama dengan solat sunat yang lain, hanya niatnya saja yang berbeza. . 1. Niatnya :

. . 2. Bacaan surah selepas Al-Fatihah: Rakaat pertama Al-Kafirun. Rakaat kedua Al-Ikhlas. .

. 3. Zikir Selepas Solat Sunat Tahiyatul Masjid a. Kemudian selepas selesai Solat Sunat Tahiyatul Masjid itu bacalah 100 kali;

. . b. Selepas itu berzikirlah lagi dengan lain-lain Istighfar, tasbih, tahmid, tahlil atau sesuatu zikir sehingga sampai mendengar azan. . . . Fadhilat Solat Sunat Tahiyatul Masjid 1. Melatih masyarakat ke arah meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT. 2. Menyuburkan perasaan menghormati segala makhluk Allah SWT. 3. Dapat meningkatkan ketenangan jiwa dan perasaan. 4. Mendidik diri lebih berperatuan dan berdisplin. 5. Memperolehi pahala yang berlipat kali ganda. . Ulama hadis terkemuka, Sufyan at-Tsauri menyatakan, di antara perkara yang termasuk dalam pekara sia-sia ialah apabila seseorang itu masuk ke dalam masjid, kemudian dia keluar kembali dari masjid tanpa mengerjakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid. . . . Permasalahan Solat Sunat Tahiyatul Masjid . 1. Jika seseorang itu telah masuk masjid dan terus duduk dengan sengaja, maka tiada lagi Solat Sunat Tahiyatul Masjid baginya. .

2. Jika duduk itu dengan terlupa ada 2 keadaan. a. Terlupa yang sekejap kemudian ingat kembali, maka dibolehkan bangun dan terus solat. b. Jika terlupa yang panjang waktunya, kemudian teringat, tiadalah lagi dibolehkan bangun bersolat. . 3 Sekiranya masuk masjid dan didapati azan sedang berkumandang, maka perlulah menjawab azan tersebut sambil berdiri, kemudian melakukan solat sunat Rawatib yang dikira sudah memadai sebagai memenuhi tuntutan Solat Sunat Tahiyatul Masjid. . 4. Apabila masuk masjid, khatib sedang berkhutbah atau majlis ilmu sedang dijalankan, hendaklah mengerjakan solat Tahiyatul Masjid dua rakaat, sebelum duduk. Solat tersebut hendaklah dilakukan secara ringkas dengan mengambil yang wajib sahaja. Malah Rasulullah SAW pernah menegur orang yang masuk ke masjid kerana tidak Solat Sunat Tahiyatul Masjid sewaktu khutbah Jumaat dijalankan. . Dari Jabir bin Abdillah r.a., dia menyatakan: Sulaik al-Ghifani pernah datang pada hari Jumaat ketika Rasulullah SAW sedang menyampaikan khutbah lalu dia terus duduk. Beliau SAW pun berkata kepadanya: Wahai Sulaik, berdiri dan rukulah dua rakaat serta pendekkanlah dalam melaksanakannya. Kemudian beliau bersabda: Jika salah seorang di antara kamu datang pada hari Jumaat ketika imam sedang berkhutbah, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat dengan seringkasnya. (Hadis Riwayat alBukhari) . 5. Orang yang tidak dapat mengerjakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid disebabkan sudah dimulakan solat jemaah atau dia telah duduk atau dia sekadar masuk sebentar untuk sesuatu keperluan, maka dianjurkan membaca 3 kali: Subhanallah Walhamdulillah Walailahailallah Wallahu Akbar.

Dari Abu Hurairah r.a., Nabi SAWbersabda: Jika iqamah solat sudah dikumandangkan,tidak ada solat lagi, kecuali solat wajib. (Hadis Riwayat Muslim) . 6. Sekiranya seseorang itu sedang dalam rakaat pertama Solat Sunat Tahiyatul Masjid dan para jemaah pun mendirikan solat fardhu, maka wajib baginya membatalkan solat tersebut dan menyertai solat fardhu kerana ada tegahan daripada Rasulullah SAW: Apabia didirikan solat fardhu, maka tiada solat ketika itu melainkan solat fardhu. (Hadis Riwayat Muslim) Tetapi jika dia berada di rakaat kedua, maka hendaklah dia mempercepatkan dan sempurnakan rukun-rukun yang berbaki sehingga salam sebelum menyertai jemaah solat fardhu. . 7. Tiada tuntutan untuk Solat Sunat Tahiyatul Masjid di luar masjid, contohnya di padang atau kaki lima. Sekiranya datang sewaktu imam berkhutbah, kena duduk diam mendengar khutbah. Jika tiba sebelum imam memberi khutbah dan selepas azan pertama, maka boleh Solat Sunat Qabliyah Jumaat. . 8. Bagi mereka yang menunaikan haji atau umrah, apabila memasuki Masjidilharam hendaklah melakukan Tawaf sebagaimana yang diamalkan Rasulullah SAW dan bukannya Solat Tahiyatul Masjid. Kata Ibn Abbas r.a. Tahiyat Kaabah ialah Tawaf. . 9. Mereka yang telah bermukim di Makkah dan datang ke masjid untuk solat, menuntut ilmu dan seumpamanya, sebaik-baiknya mereka hendaklah melaksanakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid bukannya mengerjakan Tawaf. .

Anda mungkin juga menyukai