Anda di halaman 1dari 4

Nur Jannati baca 300 novel muncul Tokoh Nilam Perak

IPOH 14 Okt. - Minat mendalam terhadap karya-karya agung hasil nukilan para sasterawan negara membawa tuah kepada Nur Jannati Syakirin Ramli sehingga dinobatkan sebagai Tokoh Nilam Negeri Perak kategori sekolah rendah. Ketika rakan-rakan seusianya lebih gemar membaca buku bacaan ringan, Nur Jannati Syakirin Ramli, 11, pula mengakui 'jatuh cinta' dengan novel-novel berat karya penulis tersohor dari dalam dan luar negara. Percaya atau tidak, anak seorang penternak lembu di Felda Trolak Selatan itu sudah membaca lebih 300 novel tempatan termasuk yang berbahasa Inggeris. Tidak hairanlah, pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan Trolak Selatan itu turut dipilih memenangi Anugerah Nilam bagi kategori sekolah luar bandar sekali gus melayakkannya membawa pulang trofi, wang tunai bernilai RM900 dan sijil penyertaan. "Saya amat meminati karya- karya besar seperti DetikDetik Diri di Daerah Daif yang ditulis oleh Shahnon Ahmad dan Debu Hiroshima karya Othman Puteh. "Meskipun ia mungkin agak 'berat' untuk dibaca, saya dapat menimba ilmu pengetahuan daripadanya dengan menyingkap pengalaman yang dicoretkan penulis," katanya selepas Majlis Anugerah Pusat Sumber Sekolah (PSS) Cemerlang dan Anugerah Nilam 2011 Peringkat Negeri Perak, di sini semalam.

Nur Jannati Syakirin Ramli bersama piala setelah diumumkan Tokoh Nilam Negeri Perak di Ipoh, kelmarin.

Majlis penyampaian anugerah tersebut disempurnakan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri, Abd. Majid Yusof yang mewakili Pengarah Pelajaran Negeri. Sementara itu, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Taman Tasik, Taiping, Anand Phraseart Ma Noon, 16, pula muncul sebagai Tokoh Nilam Negeri Perak bagi kategori sekolah menengah. Anak kepada pasangan berketurunan Siam, Sormon Nai Liew dan Ma Noon Ta Oo itu juga meminati karya penulisan sasterawan negara seperti novel Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad dan Hujan Pagi hasil nukilan A. Samad Said. "Bagi saya, elemen sastera sangat berkait dengan kehidupan dan ia mampu menterjemahkan ideologi yang didukung oleh seseorang penulis. "Novel sebegini dapat mengajar kita bagaimana menjalani liku-liku kehidupan dan seterusnya berjaya mengharungi kesulitan dalam hidup," katanya. Anak sulung daripada tiga beradik itu memberitahu, dia sering mengambil peluang membaca pada waktu lapang di sekolah meskipun sibuk mengikuti pelajaran dalam aliran sains tulen.

Syarat Pemilihan Tokoh Nilam

1. a. b. c. d. 2.

Jumlah bacaan buku 72 143 naskhah (Anugerah Gangsa) 144 215 naskhah (Anugerah Perak) 216 287 naskhah (Anugerah Emas) 288 + naskhah (Anugerah Nilam) Calon yang menguasai lebih daripada satu bahasa mempunyai kelebihan.

3. Calon berkemahiran bertutur/berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. 4. Calon dapat menulis esei spontan dalam kedua-dua bahasa utama. Kategori Sekolah Menengah 150 patah perkataan manakala kategori Sekolah Rendah 100 patah perkataan. 5. Calon berkeupayaan untuk mengulas senaskhah buku, sama ada karya besar (karya Sasterawan Negara) atau karya agung (Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah dsb.). 6. Calon dapat memberikan respons tentang isu-isu semasa, berpengetahuan luas dan mampu membuat persembahan ringkas dalam sesi temu duga. 7. Calon mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan (akademik) sama ada di peringkat sekolah atau peperiksaan awam, yakni UPSR dan PMR serta terserlah dalam bidang kokurikulum dan kesahsiahan diri.

PERATURAN PERPUSTAKAAN MINI 1. Semua murid boleh menggunakan perpustakaan mini .2. Tidak dibenarkan membawa balik buku cerita yangterdapat di perpustakaan mini. 3. Semasa berada di perpustakaan mini hendaklah senyap,tidak makan serta bermain yang boleh mengganggupengguna lain 4. Selepas penggunaan hendaklah meletakkan semula bahandi tempat asal. 5. Murid yang hendak meminjam buku, hendaklah merekodkanpinjaman dalam rekod penggunaan yang disediakan. 6. Tidak dibenarkan sama sekali mencabut keluar,menggunting atau mengoyak buku-buku dan bahan diperpustakaan mini. 7. Sila patuhi arahan guru kelas dari masa ke semasa. 8. Murid-murid hendaklah melaporkan kepada guru kelassekiranya terdapat kehilangan dan kerosakan bahan-bahandi perpustakaan mini.

PROGRAM NILAM

LOGO NILAM

LAGU NILAM

Membaca dan belajar Amalan hidup mulia Jadikanlah panduan Wawasan anda Nilam program membaca Memberikan semangat Membaca dengan jaya Budaya kita Bina Tabiat membaca Matlamat Nilam kita Ganjaran yang diberi tidak terhingga Jadi rakan pembaca Juga capai jauhari Pembaca yang bestari Anugerah diberi

c/o Nilam Nilam Anugerah Nilam Menerangi jalan suram Nilam Nilam Anugerah Nilam Idaman pembaca jaya Membaca dan belajar Amalan hidup mulia Bina tabiat membaca Matlamat Nilam kita Dunia indah sekali Pasti lebih berseri Amalan membaca Menjana minda bestari (ulang Chorus) Amalan membaca Menjana minda bestari NILAM

Anda mungkin juga menyukai