Anda di halaman 1dari 5

Bios komputer anda…?

Files under komputer, perkakasan | Posted by admin

Apa itu BIOS..?

BIOS (basic Input Output System) merupakan satu kod aturcara yang
asas dan penting bagi sesebuah sistem komputer. Saiz dan kapasiti
simpanannya adalah kecil iaitu 256KB atau 512KB.

BIOS disimpan di dalam sebauh cip memori yang dipanggil CMOS.

Fungsi utama BIOS pada papan induk :

• Melaksanakan pengawalan, pemasangan dan pengesanan terhadap perkakasan &


peirisian komputer.
• Sistem melaksanakan POST (Power On Self Test) secara automatik.
• Setelah pengesanan perkakasan dan perisian yang berkaitan seperti cakera kera, pemacu
cakera liut, cakera CD-ROM, dan sebagainya selesai, ia akan mencari kedudukan sistem
operasi dan menghidupkannya.

Ringkasannya, BIOS diibaratkan penterjemah di antara perkakasan dengan perisian komputer


supaya kedua-duanya boleh berkominikasi.

Selain itu, kita juga perlu tahu tentang CMOS (Complimentary


Metal Oxide Semiconductor) yang berperanan menyimpan
maklumat penting sistem semasa komputer dihidupkan.

BIOS dan CMOS saling memerlukan. BIOS melaksanakan aturcara


apabila komputer dihidupkan dan menyimpan maklumat yang didapati di dalam CMOS. BIOS
juga akan membaca nilai penetapan yang sebelumnya dari CMOS supaya proses menghidupkan
komputer berjalan dengan lancar.

Bios - bhg 2
Telah diterangkan BIOS (Basic Input Output System) merupakan program asas komputer yang
menjalankan operasi input - output semasa POST (Power On Selt Test). Program BIOS ini
disimpan di dalam satu cip memori yang dikenali
CMOS (Complimentary Metal Oxide Semiconductor).
Gambarajah di sebelah adalah proses POST berjalan semasa komputer dihidupkan.

Setiap komputer mempunyai BIOS yang berlainan bergantung kepada jenis dan pengeluar
komputer tersebut. Berikut merupakan beberapa pengeluar BIOS dan jenis BIOS yang terdapat
di pasaran.

Pengeluar BIOS

• Acer Labs
• American Megatrends Ins (AMI)
• Pheonix Technologies
• LSI Logic

Jenis-jenis BIOS

• AMI Bios
• Award Bios
• Phoenix Bios
• Microid Research (MR Bios)

Biasanya setiap pengeluar menghasilkan BIOS yang berbeza dari segi Error Code, POST Code
& Interrupt Key. Oleh itu, cara memasuki dan cara penggunaan sistem BIOS ini juga adalah
berbeza-beza.

Cara Memasuki System BIOS

BIOS boleh dimasuki dengan menekan kekunci


“Interrupt Key” semasa proses POST komputer berjalan.
Interrupt Key adalah satu kekunci atau kombinasi 2
kekunci yang telah ditetapkan oleh pengeluar BIOS
tersebut.

Antara Interrupt Key yang biasa digunakan ialah :

• Del
• F1 atau F10
• Esc
• Ctrl + Alt + Esc
• F2

Semasa proses POST berjalan, anda boleh melihat di bawah skrin tertulis seperti :

“Press F1 to Enter Setup”


Bila ayat di atas tertera, tekan F1 dan anda akan memasuki sistem BIOS.

Di dalam sistem BIOS, anda boleh melakukan beberapa konfigurasi ke atas komputer anda
seperti menetapkan proses “boot” , mengesan cakera keras, mengubah tarikh, overclocking dan
sebagainya.

Namun anda dinasihatkan berhati-hati semasa melakukan konfigurasi tersebut. Jika anda tidak
biasa melakukan perubahan ke atas BIOS, lebih baik anda tidak melakukan apa apa terhadap
BIOS komputer anda. Kesilapan boleh menyebabkan komputer anda tidak dapat berfungsi
dengan baik.

Bina kata laluan pada BIOS…


Kali ini kita bincangkan pula secara ringkas bagaimana kita boleh meletakkan password pada
BIOS komputer kita. Ini bertujuan untuk mengelakkan BIOS komputer kita dimasuki oleh orang
lain.

Cara-caranya ialah :

• Masuk ke dalam sistem bios komputer anda dengan menekan “Del” , “F1” (bergantung
kepada komputer anda)
• Pilih “Set User Password” dan tekan “ENTER“
• Isikan maklumat password yang dikehendaki.
• Tekan F10 untuk save .

Restart semula komputer anda dan bila anda cuba memasuki BIOS anda dikehendaki
memasukkan password seperti apa yang telah anda lakukan melalui langkah diatas. Masukkan
password untuk memasuki BIOS.

Post akan datang kita bincang pula mengenai bagaimana kita boleh memecahkan password
BIOS bila kita terlupa password tersebut.
BIOS - Terlupa Kata Laluan
Sebelum ini kita telah membincangkan tentang bagaimana untuk meletakkan kata laluan pada
BIOS. Kali ini kita bincangkan pula bagaimana kita nak memecahkan kata laluan bila kita
terlupa.

Terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk memecahakan kata laluan pada BIOS
komputer anda :

• Mengeluarkan Bateri Merkuri - Maklumat penetapan BIOS disimpan dalam RAM.


Maklumat pada RAM tidak hilang walaupun bekalan kuasa terputus. Ini kerena bateri
merkuri membekalkan kuasa kepadanya. Kata laluan dapat dipecahkan dengan
mengeluarkan bateri itu dan memasangnya semula.
• Mengeluarkan Jumper - Biasanya pengeluar membekalkan jumper yang boleh
memadamkan penetapan pada BIOS. Tanggalkan jumper dan pasangkan semula selepas
beberapa saat. Setelah itu, hidupkan komputer semula dan kata laluan sudah di
padamkan.
• Pemecahan Berdasarkan Nasib - Kata laluan serba guna AMI BIOS : (AMI , BIOS ,
PASSWORD , AMI?SW , A.M.I , LKWPETER)………Kata laluan serba guna AWARD
BIOS : (AWARD_SW , SER , SKY_FOX , aLLY , Syxz , j322 , ALFAROME)
• Menggunakan Perisian - Terdapat perisian yang boleh digunakan untuk memecahkan
kata laluan BIOS seperti AMI.ZIP , AW.ZIP , ZW.COM , AMIDECOD.ZIP.

BIOS - Isyarat Kesilapan


Kali ini kita bincangkan pula berkaitan dengan isyarat kesilapan BIOS yang biasanya muncul
semasa komputer anda dihidupkan. Berikut adalah beberapa isyarat kesilapan tersebut :

CMOS Battery Failed

Ini bermaksud bateri tersebut lemah atau tidak berfungsi. Ini menyebabkan maklumat penetapan
dalam BIOS hilang. Jadi tukar bateri kepada yang baru.

CMOS Checksum Error

Ini mungkin disebabkan kesilapan penetapan pada BIOS. Cuba simpan penetapan dengan
memilih “Save & Exit Setup” sebelum keluar. Periksa bateri sama ada ia berfungsi atau tidak.

Keyboard Error

Periksa sama ada papan kekunci disambung dengan betul atau tidak. Ganti papan kekunci jika
berlaku kerosakan pada papan kekunci tersebut.

Memori Test Fail


Pastikan kad memori dimasukkan ke dalam slot dengan betul. Bersihkan pin kad memori dengan
pemadam atau tukar kad memori jika berlaku kerosakkan.

Floppy Disk Fail

Periksa sama ada wayar pemacu cakera liut dan wayar pembekal kuasa disambung dengan betul.
Pastikan pemacu cakera liut tidak mengalami kerosakan.

Primary Master Hard Disk Fail

Pastikan wayar pemacu dan wayar kuasa cakera keras utama disambungkan dengan betul.
Periksa BIOS untuk mengenal pasti penetapan cakera keras sepadan dengan pemacu cakera
keras.

ERROR…Can’t write ESCD

Fungsi menulis pada ESCD tidak dapat dilakukan. Masuk ke “PnP/PCI Configuration” dan
aktifkan fungsi item [Reset Configuration Data].

Disk Boot Failure, Insert System Disk And Press Enter

Periksa sama ada susun atur menghidupkan komputer di dalam BIOS tepat atau tidak. Periksa
juga pemacu cakera keras dapat dikesan atau tidak. Pastikan BOOT disk tidak dimasukkan ke
dalam cakera liut semasa komputer dihidupkan. Seterusnya periksa sama ada perkakasan yang
dihidupkan terlebih dahulu disambungkan dengan tepat atau tidak.

Anda mungkin juga menyukai