Anda di halaman 1dari 19

VLAN (Virtual Local Area Network)

Rangkaian kawasan setempat maya atau lebih dikenali dengan


nama VLAN definisikan sebagai

“Kumpulan logikal dua atau lebih nod yang mempunyai nombor


rangkaian (network number) yang sama tetapi tidak semestinya
berada di dalam segmen rangkaian yang sama.”

Untuk memudahkan kita memahami apa itu VLAN sila rujuk


rajah 1.

Rajah 1: VLAN (Virtual Area Network)

Merujuk rajah 1, terdapat dua suis yang berada ditingkat 2 dan 5


serta mempunyai dua vlan iaitu Vlan Akaun dan Vlan Teknikal.

168
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
Di tingkat 5 terdapat nod A, B, C dan pelayan E, di tingkat 2 pula
terpadat nod M, N, P dan pelayan F. Walaupun nod A berada di
tingkat 5 tetapi secara maya (virtual) nod A berada di dalam
kumpulan yang sama dengan nod M, N, P dan pelayan F.

Kenapa perlunya nod A berada di dalam Vlan Teknikal?

Senarionya begini, tingkat 2 menempatkan kakitangan teknikal


dan pelayan F merupakan pelayan yang dikhaskan untuk
pengguna teknikal sahaja. Memandangkan jabatan akaun
memerlukan seorang kakitangan teknikal berada ditingkat 5 untuk
membantu mereka sekiranya berlaku kerosakkan komputer dan
sebagainya. Maka seorang kakitangan teknikal akan berpindah ke
tingkat 5 tetapi beliau masih lagi merupakan kakitangan teknikal
dan perlu menggunakan pelayan F bukannya pelayan E yang
dikhaskan untuk kakitangan akaun. Dengan ini, walau dimana
nod A berada, beliau masih lagi secara maya berada di dalam
rangkaian kawasan setempat dengan rakan teknikal yang lain.

Siaran Terkawal (Broadcast Control)

Walaupun secara fizikal nod A berada di dalam suis yang sama


dengan nod B, C dan pelayan E. Tetapi nod A tidak dapat
berkomunikasi dengan nod lain disuis tersebut kerana berada di
dalam VLAN yang berlainan.

Di dalam bab SUIS, ada terangkan yang suis dapat memisahkan


pelanggaran domain tetapi tidak dapat memisahkan broadcast
domain. Cara untuk memisahkan broadcast domain hanyalah
dengan menggunakan Router. Tetapi dengan mengunakan suis
yang menyokong VLAN, broadcast domain dapat dipisahkan.
Oleh itu penggunaan VLAN dapat mengawal broadcast frame
daripada keluar keVLAN yang lain.

Dengan itu, kita tidak perlu lagi menggunakan Router, cukup


sekarang mempunyai suis. Salah! Sekiranya kita membuat VLAN
yang berlainan seperti rajah 1. Penguna VLAN Teknikal dan
VLAN Akaun tidak akan dapat berkomunikasi antara duaVLAN
ini. Oleh itu kita memerlukan Router untuk menjadi orang tengah

169
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
diantara dua VLAN ini ataupun kita menggunakan suis yang
beroperasi pada lapisan ketiga iaitu lapisan rangkaian.

Mungkin ada yang masih lagi keliru macam mana broadcast


bekerja dan keperluannya. Banyakkan semasa anda berjalan-jalan
dengan anak isteri, tiba-tiba terdengar satu pengumuman.

”Sesiapa ada kehilangan anak lelaki berumur 3 tahun, sila ke


kaunter pertanyaan.”

Pengumuman ini merupakan broadcast kerana semua pengguna


yang ada akan berhenti untuk mendengarnya. Hanya pengunjung
yang menyedari anak tersebut adalah anak mereka, maka
pasangan tersebut akan pergi ke kaunter pertanyaan untuk
mengambil anaknya.

Di dalam sistem rangkaian, broadcast digunakan untuk


memberitahu perkhidmatan yang disediakan atau mencari
sesuatu. Antara contoh kegunaannya.

“Apa alamat MAC untuk alamat ip 192.168.1.101?”


Ini digunakan apabila data hendak dihantar.

”Ini alamat MAC saya, sila beri alamat IP kepada saya.”


Ini digunakan semasa komputer yang baru dihidupkan ingin
memperolehi alamat IP dari pelayan DHCP.

”Saya adalah Router, ini saya beri senarai jadual routing.”


Senarai ini diserahkan kepada Router berhampiran.

Apabila broadcast diterima, semua stesen perlu menerimanya,


oleh itu suis atau ab akan menghantar kepada semua port. Setiap
komputer yang menerima paket tersebut akan memprosesnya dan
menentukan sama ada untuk membuangnya atau memberi
maklum balas kepada pengirim tadi.

170
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
Terdapat tiga kebaikan apabila kita mengguna VLAN.

1. Meningkatkan Prestasi

2. Kawalan dan keselamatan dapat dipertingkatkan

3. Tidak dibataskan oleh topologi secara fizikal

Meningkatkan Prestasi

Dapat memisahkan pelanggaran (collision) domain dan broadcast


domain. Ini menyebabkan trafik di dalam sistem rangkaian dapat
disekat dari keluar dari kumpulan tersebut. Trafik broadcast yang
berlaku dapat dikurangkan dengan menentukan stesen yang
mempunyai tugasan yang sama berada di dalam kumpulan yang
sama tanpa mengira lokasi sebenar stesen tersebut. Selain dari itu,
pelayan juga boleh dipasang berapa NIC (network interface card)
dan mempunyai VLAN yang berlainan untuk setiap NIC.

Rajah 2: menunjukkan kesemua PC perlu melalui hanya satu


talian untuk mencapai Pelayan F. Tanpa VLAN, keseluruhan
rangkaian hanya mempunyai 1 broadcast domain.

171
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
Sekiranya satu NIC ditambah, masih lagi hanya satu talian sahaja
yang aktif di dalam sesuatu masa. Ini kerana STP (Spanning Tree
Protocol) yang ada pada suis akan menutup talian kedua.
Sekiranya dua talian dipasang dari pelayan ke hab maka
broadcast storm akan berlaku dan seterusnya rangkaian akan
pincang.

Rajah 3: Penambahan talian ke pelayan tidak membantu prestasi


capaian ke pelayan kerana talian bertindih akan dimatikan oleh
STP dan hanya akan aktif apabila talian utama tidak berfungsi.

Rujuk rajah 4, sekiranya suis tadi menyokong VLAN, maka


pengguna dari tingkat 2 dan 5 boleh diasingkan broadcast domain
melalui VLAN ID yang berlainan. Kedua-dua talian di pelayan
akan aktif kerana disetkan pada VLAN yang berlainan maka
prestasi capaian ke pelayan akan meningkat.

172
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
Rajah 4: VLAN memisahkan broadcast domain, ini membolehkan
kedua-dua talian pada pelayan aktif dan meningkatkan prestasi
capaian ke pelayan.

Kawalan Dapat Dipertingkatkan

Setiap suis yang menyokong VLAN boleh dikawal melalui


aplikasi seperti Telnet atau Web Browser atau kedua-duanya.
Setiap pangkalan (port) pada suis boleh dikawal dan ditentukan
VLANnya. Ini membolehkan pihak pengurusan menentukan
VLAN untuk setiap port dan memastikan hanya pangkalan disuis
yang tertentu boleh menggunakan pelayan tertentu sahaja.
Sekiranya tanpa VLAN, sesiapa sahaja boleh memasuki
rangkaian dengan hanya menggunakan mana-mana pangkalan
disuis tersebut.

Tanpa VLAN, sekiranya pelayan untuk Jabatan Teknikal hanya


untuk kakitangan teknikal sahaja maka pelayan tersebut perlu
diletakkan pada kawasan yang sama untuk mengelakkan
pengguna lain mencapai pelayan tersebut. Manakala Jabatan
Akaun juga mempunyai pelayannya sendiri dan ditempatkan

173
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
pada kawasan mereka sendiri. Ini menyukarkan pihak pengurusan
untuk mengawal selia pelayan tersebut.

Dengan menggunakan VLAN, lokasi pelayan boleh ditempatkan


pada bilik yang dikhaskan. Pelayan Jabatan Teknikal
menggunakan VLAN Teknikal, manakala pelayan Akaun
menggunakan VLAN Akaun.

Tidak Dibataskan Oleh Topologi Secara fizikal

Pembahagian kumpulan boleh dilakukan tanpa bergantung kepada


kedudukan fizikal topologi.

Sebagai contoh:
Jabatan Sumber Manusia berada di tingkat 5 menggunakan
VLAN 150 dan Jabatan Teknikal berada di tingkat 3
menggunakan VLAN 130. Sekiranya 5 pekerja dari Jabatan
Sumber Manusia perlu diletakkan sementara di tingkat 3.
Perubahan hanya perlu dilakukan di dalam suis di tingkat 3
dengan membuat 5 pangkalan (port) di suis menjadi VLAN 150.
Dengan ini konfigurasi seperti alamat IP, subnet mask dan
sebagainya tidak diubah pada komputer peribadi.

Jenis VLAN

VLAN boleh dikategorikan kepada dua:

1. Statik VLAN

2. Dinamik VLAN

Statik VLAN

Statik VLAN merupakan langkah yang baik untuk memudahkan


kita mengawal nod. Dikenali sebagai statik VLAN kerana kita
perlu memberikan VLAN ID pada setiap pangkalan di suis. Ini
kerana seperti VLAN mempunyai ID tersendiri. Sebagai contoh,
pengguna di Jabatan Sumber Manusia mungkin diberi satu VLAN
yang dikenali sebagai HR. HR merupakan nama VLAN yang kita
beri, tetapi sebenarnya nama HR tersebut mempunyai ID nya

174
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
sendiri iaitu 500. Nilai ID tersebut kita perlu berikan, tetapi
pastikan tiada VLAN yang menggunakan ID yang sama. Sila
rujuk rajah 5. Nombor ID ini yang menentukan pangkalan berada
di dalam VLAN yang mana.

Rajah 5: Menunjukkan kegunaan nombor ID berserta Nama Vlan

Di dalam perkakasan suis yang besar seperti Avaya P882, nama


dan nombor ID akan dipaparkan sekali. Ini untuk memudahkan
kita mengetahui ID nombor 500 adalah untuk Jabatan Sumber
Manusia. Tetapi untuk perkakasan suis yang lebih kecil seperti
Avaya P334T hanya nombor ID yang digunakan. Sila rujuk rajah
6.

Rajah 6: Menunjukkan kegunaan Vlan ID

175
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
Dinamik VLAN

Dinamik VLAN akan memberikan nod yang disambungkan


kepada pangkalan secara automatik. Ini dapat dilakukan dengan
menggunakan perisian seperti VLAN Management Policy Server
(VMPS). Caranya dengan memasukkan alamat MAC di dalam
pangkalan data.

Sebagai contoh:

Merujuk rajah 7, alamat MAC 00-01-A4-EB-F6-08 di masukkan


di dalam pangkalan data supaya menjadi VLAN 20.

Rajah 7: Alamat MAC adalah alamat pada NIC

Apabila nod ini di masukkan ke dalam satu pangkalan disuis yang


tidak ditentukan lagi VLAN ID (iaitu ID nya adalah 1). Perisian
VMPS akan melihat alamat MAC tersebut di dalam pangkalan
data dan memberitahu pangkalan suis supaya ditukar menjadi ID
20. Dengan ini, ke mana sahaja nod ini pergi, ia masih lagi di
dalam VLAN yang sama.

Pengecaman VLAN

Di dalam satu suis mungkin terdapat lebih dari satu vlan, oleh itu
suis mesti memastikan setiap kerangka (frame) pergi ke VLAN

176
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
yang betul. Sila rujuk rajah 8. Suis menggunakan teknik frame
tagging untuk memastikan kerangka (frame) pergi ke pangkalan
yang betul di suis.

Rajah 8: Menunjukkan di dalam satu suis terdapat banyak VLAN

Terdapat dua jenis talian di dalam suis.

Access Links
Juga dikenali sebagai Native Vlan. Mana-mana nod yang
bersambung ke pangkalan access link tidak akan dapat keluar dari
kumpulan VLAN nya kecuali adanya penghala (router). Rajah 9
menunjukkan pangkalan disetkan sebagai native vlan.

Trunk Links
Pangkalan yang disetkan sebagai trunk berkemampuan untuk
membawa frame tagging dari Vlan yang berlainan. Pangkalan
(port) jenis ini digunakan sebagai sambungan kepada suis atau
penghala. Rajah 10 menunjukkan pangkalan jenis trunk.

177
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
Rajah 9: Menunjukkan pangkalan disetkan kepada Vlan ID 101
dan mod pangkalan adalah native vlan. Perhatikan Binding mode
yang digunakan adalah static dan diruangan Vlan allowed on
trunk hanyalah 101.

Rajah 10: Menunjukkan pangkalan 1/51 dan 1/52 disetkan kepada


Vlan ID 101 tetapi disebabkan Binding mode adalah jenis bound
to all vlans (dikenali sebagai trunk) maka diruangan Vlan allowed
on trunk adalah dari 1 sehingga 3071. Ini menunjukkan Vlan ID
yang boleh melalui pangkalan 1/51 dan 1/52 adalah dari 1
sehingga 3071. Apabila menjadi trunk, nilai 101 pada Native Vlan
tidak akan berfungsi.

Tidak semua suis menggunakan perkataan yang sama untuk


menunjukkan pangkalan tersebut merupakan pangkalan trunk.
Rajah 9 dan 10 menggunakan suis Avaya P333T dan P334T.
Untuk Avaya P550 dan P882 ayat bound to all vlans ditukar
menjadi Bind to All.

178
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
Rajah 11: Menunjukkan konfigurasi Vlan Statik pada Bay Stack
450. Perhatikan PVID adalah 195 (nombor VLAN ID) dan
Tagging adalah Untagged Access bermaksud pangkalan tersebut
sebagai merupakan Access Link atau dikenali juga sebagai Native
Vlan.

Rajah 12: Menunjukkan konfigurasi pangkalan trunk pada Bay


Stack 450. Perhatikan PVID adalah 40 (nombor ID VLAN) dan
Tagging adalah Tagged Trunk. Apabila pangkalan disetkan
sebagai trunk, maka PVID atau nombor ID VLAN tidak berfungsi
lagi. Ini kerana pangkalan yang disetkan sebagai trunk akan
menerima semua frame dari semua VLAN.

Routing antara VLAN

179
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
Penggunaan VLAN akan memecahkan broadcast domain, ini
menyebabkan pengguna dari VLAN ID yang berlainan tidak akan
dapat berhubung dengan VLAN yang lain. Ini kerana data frame
tidak dibenarkan keluar dari VLANnya. Penggunaan Penghala
(router) atau Routing Switch (suis yang berada dilapisan ketiga)
dapat menjadi penghubung antara VLAN.

Pada masa kini, Routing Switch lebih banyak digunakan daripada


penghala. Perkataan switch membuatkan ramai yang keliru. Suis
berada dilapisan kedua di dalam Model OSI, Tetapi bila sebut
Routing Switch, ia merujuk kepada lapisan ketiga di dalam
Modem OSI.

Jadi persoalannya:

1. Apa itu routing switch?


2. Perbezaan fungsi antara penghala (router) dan routing
switch?

Apa itu Routing Switch?

Terdapat 2 jenis suis yang ada dipasaran sekarang. Sekiranya


produk tersebut hanya menyatakan switch maka suis tersebut
beroperasi sehingga lapisan kedua. Penghantaran frame dilakukan
pada lapisan kedua dengan melihat alamat perkakasan atau lebih
dikenalikan dengan nama MAC Address.

Pada asasnya istilah routing switch diberi nama oleh pengeluar


produk sistem rangkaian untuk mengambarkan bahawa produk
mereka lebih laju dari penghala yang sebenar. Jadi tidak timbul
teknik bagaimana data paket disuiskan. Boleh dikatakan istilah
routing switch merupakan gimik perniagaan sahaja.

Sekiranya produk tersebut merupakan routing switch, maka ia


melakukan tugas sebagai penghala dan beroperasi pada lapisan
ketiga. Segala tugas penghala dapat dilakukan oleh routing
switch. Apabila kita membeli routing switch, kita perlu
mengetahui protokol yang disokong. Kebanyakkan routing switch
tidak menyokong protokol IPX dan Appletalk ataupun tidak
berfungsi dengan baik.

180
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
Perbezaan fungsi antara penghala (router) dan routing
switch?

Terdapat beberapa perbezaan antara penghala dan routing switch.


Antaranya ialah:

Penghala:

1. Beroperasi menggunakan berasaskan perisian sama seperti


jejambat

2. Lambat – kerana menggunakan perisian

3. Mahal

4. Mudah menambah sokongan terhadap protokol kerana


hanya perlu menukar perisian

5. Penghala melihat alamat IP destinasi dan menentukan


sama ada perlu dibawah kehadapan dan sebagainya. Data
senantiasa dihantar keluar dari LAN berlainan melalui
lapisan ketiga

Routing Switch

1. Beroperasi menggunakan berasaskan perkakasan sama


seperti suis

2. Laju – kerana menggunakan perkakasan (wire speed)

3. Murah

4. Sukar menambah sokongkan terhadap protokol kerana


perlu membina perkakasan untuk menyokong protokol
tersebut
5. Routing switch melihat alamat IP destinasi dan
mencarinya di dalam jadual MAC sama ada sudah ada

181
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
atau tidak. Sekiranya ada, data dihantar menggunakan
lapisan kedua. Sekiranya tidak ada di dalam jadual MAC
barulah data tersebut dihantar melalui lapisan ketiga

Penjelasan lanjut mengenai perbezaan penghala dan routing


switch akan dibincangkan pada Bab 10 Router & Routing Switch.

Ringkasan

182
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
1. VLAN – Virtual Local Area Network merupakan
rangkaian kawasan setempat maya dimana dua atau lebih
nod yang mempunyai nombor rangkaian (network
number) yang sama tetapi tidak semestinya berada di
dalam segmen rangkaian yang sama.

2. Siaran Terkawal (Broadcast Control) – Vlan dapat


memecahkan broadcast domain, suis tanpa Vlan hanya
boleh memecahkan collision domain.

3. Vlan yang berlainan, perlu mempunyai penghala (router)


atau suis yang menyokong lapisan tiga seperti routing
switch untuk membolehkan hos tersebut berkomunikasi
menyeberangi VLAN.

4. Antara kebaikkan VLAN adalah meningkatkan prestasi


rangkaian, kawalan dapat dipertingkatkan dan tidak
dibataskan oleh topologi secara fizikal.

5. Terdapat dua jenis VLAN iaitu statik dan dinamik. VLAN


static disetkan pada suis dan VLAN dinamik memerlukan
pangkalan data untuk menyimpan alamat perkakasan dan
VLAN yang dikhaskan untuknya.

6. Terdapat dua jenis talian di dalam suis iaitu Access Links


(Native VLAN) dan Trunk Link. Data ditalian ini hanya
boleh berhubung dengan VLANnya sahaja dan
memerlukan penghala untuk data tersebut menyeberangi
VLAN. Trunk link pula, boleh membawa semua data dari
VLAN yang berlainan melaluinya.

Soalan

183
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
1. Nod atau hos yang berada pada VLAN yang berlainan
memerlukan _______ untuk membolehkan mereka
berkomunikasi.
a) Hab
b) Suis
c) Repeater
d) Penghala

2. VLAN membawa maksud ______________________

3. Suis tanpa VLAN hanya boleh memisahkan?


a) Broadcast domain
b) Collision domain
c) Spanning Tree Domain
d) Network Domain

4. Suis dengan VLAN boleh memisahkan collision domain


dan _________
a) Broadcast domain
b) VTP domain
c) Spanning Tree Domain
d) Network Domain

5. Pihak pengurusan boleh membuat VLAN dengan dua


cara.
a) Statik
b) Menggunakan pelayan DHCP
c) Menggunakan pelayan DNS
d) Dinamik

6. Dinamik VLAN ID dapat dilakukan dengan


menggunakan?
a) Pelayan DHCP (Dynamic Host Configuration Protocol)
b) Pelayan DNS (Domain Name Server)
c) Pelayan VMPS (VLAN Management Policy Server)
d) Web browser

7. Sekiranya rangkaian semakin membesar, peralatan di


bawah dapat meningkat prestasi rangkaian.

184
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
a) Suis (Switch)
b) Hab
c) Repeater
d) Tranceiver

8. Jika satu pangkalan (port) disuis perlu disetkan untuk


memastikan ia tidak keluar dari kumpulan VLAN nya.
Maka pangkalan itu perlu disetkan sebagai _______.
a) Access Link
b) Trunk
c) Penghala
d) STP

9. Pangkalan yang disetkan sebagai ________


berkemampuan untuk membawa frame tagging dari Vlan
yang berlainan.
a) Access Link
b) Trunk
c) Penghala
d) STP

10. Nombor IEEE standard untuk frame tagging adalah ___


a) 802.2
b) 802.1q
c) 802.3z
d) 802.3u

11. Kenyataan dibawah mana yang benar?


a) Penghala (router) menggunakan perisian untuk
melakukan proses routing
b) Penghala (router) menggunakan perkakasan untuk
melakukan proses routing
c) Suis menggunakan perisian untuk melakukan proses
routing
d) VLAN dibuat pada hab dan suis

12. Kenyataan dibawah mana yang benar?


a) Penghala (router) menggunakan perkakasan untuk

185
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)
melakukan proses routing
b) Suis menggunakan perkakasan untuk melakukan proses
routing
c) Suis menggunakan perisian untuk melakukan proses
routing
d) VLAN dibuat pada hab dan suis

13. Di dalam satu suis terdapat empat VLAN ID dan satu


talian disambung ke Routing Switch. Talian tersebut perlu
diset sebagai _________ untuk membolehkan kesemua
empat VLAN ID berkomunikasi antara satu sama lain.
a) Access Link
b) Trunk
c) Redundancy
d) Native VLAN

Jawapan

1. d) Penghala
2. Virtual Local Area Network
3. b) Collision domain
4. a) Broadcast domain
5. a) Statik dan d) Dinamik
6. c) Pelayan VMPS (VLAN Management Policy Server)
7. a) Suis (Switch)
8. a) Access Link (juga dikenali sebagai Native Vlan)
9. b) Trunk
10. b) 802.1q
11. a) Penghala (router) menggunakan perisian untuk
melakukan proses routing
12. b) Suis menggunakan perkakasan untuk melakukan proses
routing
13. b) Trunk

186
Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

Anda mungkin juga menyukai