Anda di halaman 1dari 10

ALIRAN KUBISME

Disediakan oleh :
MUHAMMAD FIRDAUS B ISMAIL PISMP PSV SEM5

Pengasas :
Pablo Picasso George Braque.

Mula bertapak di Paris Diperkenalkan pada tahun 1907. Istilah Kubisme diberi oleh pengkritik seni Louis Vauxcelles dalam ulasan pameran Braque berjudul Cube.

Kubisme disifatkan sebagai satu aliran penting pada abad ke-20 serta dianggap sebagai ibu kepada seni lukis abstrak serta berkonsep intelek. Kosep utama aliran ini adalah untuk membebaskan bentuk dari rupa semulajadinya. Mereka mengubah bentuk semulajadi kepada satah-satah visual serta memperlihatkan kepelbagaian sudut pandangan dalam sesebuah karya.

Ciri dari aliran ini adalah mengaplikasikan bentuk-bentuk realisme kedalam bentuk geometri dengan pendekatan bentuk dan warna di atas kanvas yang diibaratkan sebagai media pecahan kaca. Prinsip umum pada catan kubisme adalah menggambarkan bentuk objek dengan cara memotong, pertindihan , transparansi, dan susunan dalam aneka bentuk.

Proto Kubisme (1902- 1908) Analitik Kubisme (1908-1909) Kolaj (1910-1915) Sintetik Kubisme (1912-1930)

Bentuk-bentuk semulajadi dipermudahkan, berlandaskan teori Cezanne bahawa alam terbentuk berasaskan bentuk-bentuk geometrik seperti kon, silinder dan sfera. Contoh-contoh karya :

Braque, The Large Nude (1907)


Picasso, Les Demoiselles dAvignon (1907)

Bentuk-bentuk semulajadi dipermudahkan serta digambarkan dalam bentuk pecahan satah-satah geometrik. Pelbagai sudut dipersembahkan di atas permukaan catan yang bersifat dua dimensi. Warna lebih bersifat monokromatik.

Picasso, Reservoir at Horta (1909)

Alam benda menjadi subjek utama catan. Kolaj dibentuk menerusi penampalan keratan-keratan kertas seperti akhbar dan majalah ke atas kanvas atau pun panel. Contoh karya :

Picasso, Still Life with Chair (191112)

Objek-objek yang boleh dikenali kembali wujud dalam catan dengan penggunaan warna-warna yang lebih cerah. Contoh karya : Picasso, Three Musicians (1921)

Anda mungkin juga menyukai