Anda di halaman 1dari 5

Pada peringkat permulaan iaitu di set induksi saya telah menggunakan strategi berpusatkan bahan.

Hal ini dapat dilihat daripada penggunaan bahan ICT iaitu penggunaan video rama-rama. Tujuan saya menggunakan aplikasi video ini adalah untuk menarik minat pelajar serta mengekalkan fokus pelajar terhadap tajuk pembelajaran pada hari tersebut. Hal ini bertepatan dengan pendapat Benjamin dan Angela (1998), berdasarkan kajian mereka, penggunaan video membantu manusia untuk mengingati dan memahami sesuatu keadaan atau perkara dengan lebih efektif kerana melalui tanyangn video ia telah memberi pengalaman dan ransangan langsung sacara maya kepada penonton selain membantu pengguna membina peta mental bagi suatu informasi. Oleh itu saya beranggapan penggunaan video ini amat sesuai digunakan dalam permulaan sesi pembelajaran kerana ia mampu memberi ransangan kepada pelajar dalam menjana idea untuk aktiviti yang selanjutnya. Seterusnya, berkaitan dengan kaedah pula saya telah menggunakan kaedah simulasi. Kaedah ini saya aplikasikan dengan mengarahkan murid melakonkan pergerakkan rama-rama seperti yang terdapat di dalam video. Kaedah ini amat sesuai dengan umur dan peringkat murid-murid yang gemarkan permainan dan pergerakkan. Hal ini disokong oleh. Hal ini kerana menurut Jean Piaget (1970) dalam buku yang bertajuk Perkembangan kanak-kanak hasil tulisan Mook Soon Sang yang menyatakan bahawa kanak-kanak yang berusia lingkungan tiga hingga sebelas tahun gemarkan pergerakkan dan permainan bagi meningkatkan pengalaman baru mereka sambil mematangkan penggunaan motor halus mereka. Seterusnya, berkaitan dengan pendekatan yang saya aplikasikan dalam set induksi ini ialah pendekatan pendidikan seni visual John A. Micheal (1983). Pendekatan yang dicadangkan oleh John Micheal (1983) adalah pendekatan kemanusiaan. Ia diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran yang akan memberi peluang kepada pelajar mengenali dirinya dan hubungan dengan alam sekitar. Ia bertepatan dengan tema yang telah saya pilih iaitu alam semula jadi berkaitan dengan ramarama. Seterusnya, berkaitan dengan teknik pula, saya telah mengaplikasikan teknik penyoalan di dalam set induksi ini. Saya menggunakan teknik soal jawab ini kerana dengan adanya teknik ini saya dapat menjana pemikiran kreatif murid-murid. Hal ini bertepatan dengan pendapat Norwegia Gunvor Rand (1981) yang menyatakan bahawa kreativiti seseorang teransang apabila menerima ransangan untuk berfikir (soalan).

Seterusnya, pada peringkat persepsi estetik pula saya sekali lagi menggunakan strategi berpusatkan bahan. Yang mana pada peringkat ini saya telah menggunakan tiga jenis bahan bantu mengajar (BBM) iaitu kad imbasan, accordion book dan model bingkai gambar rama-rama yang telah saya hasilkan sendiri. Ketiga-tiga bahan bantu mengajar ini saya gunakan bertujuan memberi pendedahan awal dan merangsang idea kepada murid untuk menghasilkan karya yang bertepatan dengan tema pada pengajaran hari tersebut. Selain itu, dengan adanya penggunaan imej ini pembelajaran akan menjadi lebih berkesan. Hal ini bertepatan dengan pendapat Hofstetetter (1995) yang menyatakan integrasi penggunaan imej membolehkan proses pembelajaran menjadi lebih berkesan disampin meningkatkan daya imaginasi seseorang. Maka daripada pernyataan di atas dapat disimpulkan bahawa dengan adanya penggunaan imej, ia akan memudahkan suatu interaksi itu berjalan dengan lebih baik dan berkesan. Seterusnya, pendekatan yang saya gunakan adalah pendekatan behaviorisme. Melalui pendekatan behaviorisme ini semua gerak balas murid-murid adalah disebabkan oleh ransangan (penggunaan bahan bantu mengajar) dan ianya boleh mempengaruhi tingkah laku pelajar dan membentuk pengetahuan baru kepada pelajar. Jika dilihat contoh teori oleh Edward L. Thorndike (1962), beliau memperkenalkan bahawa pembelajaran berlaku hasil gabungan S-R iaitu

Stimulation (rangsangan) dan Responses ( tindakbalas) dan ada perkaitannya dengan hukum pembelajaran. Maka dapat disimpulkan bahawa dengan adanya ransangan dan tindak balas ini ia dapat membuktikan bahawa suatu proses

pembelajaran itu telah berjalan dengan baik dan berkesan. Selain itu, berkaitan dengan penggunaan teknik pula, saya masih lagi menggunakan teknik penyoalan. Hal ini kerana sebelum saya melaksanakan aktiviti penghasilan karya, saya perlu pastikan bahawa murid-murid benar-benar memahami apa yang ingin saya ajarkan secara teorinya sebelum mereka melakukan praktikal. Dengan adanya teknik penyolan ini, saya dapat menilai sejauh manakah pemahaman murid terhadap apa yang telah saya sampaikan disamping dapat menjana pemikiran kreatif mereka.

Seterusnya, kita beralih pula kepada aplikasi seni. Pada peringkat ini saya sudah mengubah semua pedagogi yang digunakan pada set induksi dan persepsi estetik yang digunakan pada peringkat awal dalam (rph) ini. teknik yang saya gunakan dalam aplikasi seni ialah teknik tunjuk cara. Hal ini dapat dilihat pada awal aktiviti, guru telah menunjukkan cara menghasilkan corak tiupan dengan pelbagai teknik kepada murid-murid. Hal ini amat penting dilkasankan oleh guru kerana menurut Corris (1984) menyatakan kaedah ini sebagai satu cara untuk membiasakan murid dengan prosedur yang perlu diikuti oleh mereka semasa membuat aktiviti. Tambah beliau lagi sesuatu tunjuk cara tidak akan berjaya dan lengkap jika tidak diberi peluang murid membuat sesuatu yang menunjukkan mereka telah menguasai maklumat, proses atau prinsip tertentu. Setelah melihat daripada pernyataan Corris (1984) di atas, dapat saya simpulkan teknik tunjuk cara ini amat penting dilaksanakan oleh guru sebelum melakukan aktiviti yang melibatkan praktikal kerana ianya melibatkan langkah-langkah. Seterusnya, pendekatan yang digunakan pula adalah pendekatan berpusatkan murid. Setelah guru menunjukkan cara atau ilustrasi, murid-murid diminta menjalankan aktiviti tiupan tersebut secara individu dan guru hanya bertindak sebagai pembimbing sahaja. Pendekatan ini amat sesuai diaplikasikan kerana ia mampu meningkat komunikasi dan interaksi antara guru dan murid. Sebagaimana yang kita ketahui, semasa menjalanakan aktiviti yang melibatkan praktikal atau amali, komunikasi ini amat penting kerana guru mudah untuk membimbing dan membentuk murid-murid. Selain itu, penggunaan pendekatan pemusatan murid ini juga lebih menyeronokkan kerana kepimpinan guru bersifat demokratik dan murid-murid bebas mengutarakan pendapat mereka. Manakala berkaitan dengan strategi pula saya telah mengaplikasikan strategi akses kendiri. Strategi ini amat sesuai diaplikasikan pada peringkat ini kerana ianya melibatkan praktikal. Melalui kaedah ini murid-murid belajar atau melakukan aktiviti secara kendiri menggunakan alat dan bahan yang telah disediakan oleh guru. Seterusnya menurut J. Herrison (1986) menyatakan bahawa pengalaman kendiri mampu menjadikan seseorang itu lebih matang dan cekap melakukan aktiviti tersebut. Dengan adanya strategi seperti ini secara tidak langsung saya telah menyuntik sikap atau nilai keberanian dan keyakinan dalam diri pelajar seperti yang telah diungkap oleh J. Herrison (1986).

Seterusnya, pada bahagian apresiasi seni visual pula saya telah menggunakan pendekatan Disipline based art education (DBAE). Pendekatan ini jika dilihat secara mendalam ianya sudah membentuk suatu pedagogi yang lengkap. Hal ini kerana dalam pendekatan ini ia mempunyai struktur kurikulum yang tersendiri. Struktur kurikulum yang dimaksudkan adalah penghasilan produk seni, mengkritik seni, sejarah seni dan estetika. Berdasarkan struktur kurikulum yang telah disenaraikan diatas dapat kita lihat bahawa setelah pelajar selesai menghasilkan karya pada peringkat aplikasi seni mereka perlu membuat kritikan. Hal ini bertepatan dengan (rph) yang telah dihasilkan di bahagian apresiasi seni visual yang mana mereka perlu membuat kritikan dan menceritakan hasil kerja sendiri dan rakan-rakan. Secara amnya dapat saya katakan bahawa proses apresiaisi ini mampu meningkatkan keupayaan berkomunikasi secara lisan, pernyataan tampak dan penulisan mengenai produk. Hal ini bertepatan dengan pendapat seorang tokoh catan barat iaitu George Seurat (1977) yang terkenal dengan catan aliran postImpressionisme yang menyatakan bahawa apresiasi atau kritkian seni ini memberi banyak peluang untuk seseorang berfikir secara kritis, menganalisa dan membuat sntesis anatara karya dengan karya yang lain, antara media, alat, proses dan teknik. Selain itu, saya sekali lagi menggunakan teknik penyoalan diakhir sesi apresiasi seni ini. Saya menggunakan teknik ini kerana saya ingin menjana idea mereka terhadap proses apresiaisi ini setelah mereka selesai menghasilkan karya. Seterusnya di bahagian penutup pula, saya telah menggunakan pendekatan humanistik. Saya menggunakan pendekatan ini kerana ianya sesuai dengan aktiviti di bahagian penutup sesi pengajaran. Aktivtii yang dimaksudkan adalah aktiviti rumusan guru terhadap penghasilan karya murid-murid. Melalui pendekatan humanistik yang telah ditegaskan oleh Carl Rogers dan Abraham Maslow seseorang guru itu perlu memberi pujian atau peneguhan kepada pelajar agar mereka rasa lebih dihargai. Menurut Maslow lagi beliau telah mementingkan unsur motivasi ini kerana ia boleh menggerakkan manusia untuk mencapai kesempurnaan kendiri apabila telah berusaha untuk mencapai keperluan asas sebelumnya. Diakhir sesi ini guru digalakkan memberi kritikan kepada pelajar. Guru harus bersikap profesional dalam memberi kritikan kerana kritikan ini melibatkan emosi pelajar. Guru haruslah memberikan kritikan yang membina kepada pelajar. Hal ini bertepatan dengan pendapat Clifford (1990) yang mengatakan bahawa guru mestilah seorang yang

bersifat supportive dan tidak mengkritik pelajar atas kesilapan yang mereka lakukan. Yang terakhir adalah penggunaan teknik pada peringkat penutup. Teknik yang saya gunakan adalah teknik penyoalan. Teknik ini amat penting dilaksanakan oleh guru kerana diakhir sesi ini, guru dapat menilai sejauh manakah objektif pengajaran yang hendak disampaikan berjaya dikuasai oleh pelajar. Begitulah sedikit sebanyak pedagogi kurikulum seni yang telah saya aplikasikan di dalam rancangan pengajaran harian dunia seni visual yang telah saya hasilkan.

Anda mungkin juga menyukai