Anda di halaman 1dari 7

Soalan KPP 4023 (APLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN)

1. Sebagai guru, bagaimana anda ingin membantu pelajar anda di kelas berdasarkan pendekatan Konstruktivisme? Mohon berikan contoh-contoh yang sesuai. (5 markah) Mengikut Konstruktivisme, pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir. Individu ini tidak menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya. Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya. Terdapat pelbagai jenis pendekatan kontruktivisme yang boleh diguna dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu pendekatan seperti konstruktivisme sosial,kognitif bersituasi,scaffolding,perantis kognitif,tutoring,pembelajaran koperatif dan kolaboratif. Pendekatan ini mampu membantu pelajar meneroka ilmu pengetahuan untuk menyelesaikan masalah pembelajaran disekolah dan kehidupan harian. Pertamanya ialah penggunaan set induk ,fasa ini bertujuan untuk menarik perhatian dan minat pelajar serta memotivasikan pelajar agar mereka terus berminat dalam pengajaran yang berlangsung. Antara contoh aktiviti yang boleh dijalankan dalam fasa ini dengan mengunakan pendekatan konstruktivisme sosial iaitu dengan mengemukakan soalan-soalan yang boleh menjanakan perasaan ingin tahu kepada pelajar-pelajarnya.Contohnya untuk subjek sivik,dibawah tajuk kebersihan diri. Disini saya mampu mengenalpasti pengetahuan sedia ada pelajar tentang kebersihan diri berdasarkan jawapan yang diberikan oleh mereka. Berdasarkan jawapan yang diberi,barulah saya mampu menerangkan maksud dan kepentingan kebersihan diri sebagai input pembelajaran. Keduanya ialah kognitif bersituasi. Kognitif bersituasi (situated cognition) merujuk kepada suatu pemikiran idea yang terletak dalam konteks sosial dan fizikal dan bukan dalam minda individu (Santrock, 2004). Kognitif bersituasi mempunyai beberapa implikasi untuk sistem pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ini merangkumi kemahiran-kemahiran pemikiran yang tinggi, mewujudkan kesedaran dalam meningkatkan daya penaakulan ke arah penyelesaian masalah, menggunakan kemahiran-kemahiran metakognitif untuk melihat masalah pembelajaran, berfokus pada pertumbuhan kognitif pelajar. Jadi,saya sebagai seorang guru perlu menjelaskan murid tentang apakah yang tersirat di sebalik erti kebersihan diri dengan cara menjelaskan bagaimana aspek kebersihan itu memberi kesan kepada diri sendiri .Selain itu saya juga mengaitkan dengan pentingnya kebersihan dari sisi agama contohnya dari aspek agama islam,iaitu bagaimana islam begitu menitik beratkan kebersihan dan menghubung kaitkan bersuci dari hadas dengan aspek kebersihan diri. Pendekatan seterusnya ialah kaeah scaffolding,dimana ia membawa maksud satu teknik yang digunakan untuk untuk membantu mereka yang lemah.Mengunakan pendekatan ini menjadikan

pelajar lebih berminat untuk melibatkan diri dan mengembangkan pengalaman disamping meningkatkan kadar keupayaan pembelajaran.Scaffolding juga menjelaskan bahawa bukan guru sahaja yang memberi kemahiran tetapi kalangan rakan sekelas juga.Ini mampu mengurangkan jurang malu pelajar dan mengelakkan adanya rasa randah diri dikalangan pelajar.Contohnya menyentuh kepada suci dari hadas,menunjukkan bagaimana pelajar mampu mengajar rakan sekelasnya tentang cara dan kaedah bersuci kepada mereka yang kurang mahir. Elemen keempat dalam pendekatan Konstruktivisme, iaitu Perantisan Kognitif memberi maksud iaitu guru memberi bantuan dan sokongan kepada pelajar untuk mengusai dan mahir dalam sesuatu topik pembelajaran Jadi sebagai contoh, saya sebagai seorang guru perlu menjelaskan kepada murid tentang kepentingan bersuci , dan menjelaskan kaedah bersuci yang sebenarnya.Disamping itu juga saya juga mampu menjelaskan kesan kebersihan yang mempengaruhi gaya kehidupan seseorang. Elemen kelima ialah tutoring. Pada asasnya tutoring adalah idea digunakan seorang pakar untuk membantu seseorang pelajar menguasai kemahiran kemahiran tertentu dalam sesuatu subjek. Elemen seterusnya ialah Pembelajaran Koperatif,dimana pendekatan menjelaskan beberapa orang bekerja dalam satu kumpulan kecil untuk membantu sesama mereka untuk belajar. Sebagai guru saya perlu ada keseimbangan dalam menentukan ahli di dalam suatu kumpulan kecil,kerana ianya perlulah heteregenous iaitu mempunyai kepelbagai.Jadi dalam situasi ini,saya menentukan ahli setiap kumpulan kecil dan meminta pelajar menjalankan aktiviti mengenai bersuci yang berbeza. Elemen akhir yang pula adalah pembelajaran kolaboratif, saya akan mengunakan konsep pembentangan hasil perbincangan. Dengan pendekatan kolaboratif melalui perbentangan hasil perbincangan Semua sekali dapat memahami konsep dan kaedah bersuci dengan baik.Sebagai seorang guru saya perlu memberikan peneguhan positif contohnya pujian kepada mereka melakukan pembentangan.

2. Apakah perbezaan utama pemikiran kritik dan kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran. Sila berikan contoh.

Menurut Stenberg (2007),memikir secara kritis merupakan aspek penting dalam psikologi kerana kaedah ini terkandung dalam semua disiplin. Pemikiran kritis memberi peluang kepada remaja melibatkan diri dengan idea dan tidak menyelesaikan jawapan yang mudah. Menurut King (2008), pemikiran kritis bermaksud keadaan minda terbuka,ingin tahu dan berjaga jaga dalam sebaran tindakan. Kreativiti adalah keupayaaan untuk memikirkan sesuatu dalam keadaan keadaan luar biasa dan bersedia untuk menyelesaikan masalah secara unik.Jadi dapat dilihat perbezaan utama antara pemikiran kritik dan kreatif ialah cara atau prosesnya.Pemikiran kritikan terlibat dengan pemikiran secara reflektif,produktif dan menilai bukti buktinya untuk memperoleh dapatan yang logik dan tepat.Sebagai contoh , sewaktu P& P,dengan tajuk kebersihan diri,saya bukan sahaja bertanyakan maksud kebersihan diri tetapi,apakah kebaikan dan keburukan mengabaikan kebersihan diri dan bagaimana ia memberi kesan kepada individu itu sendiri.Dari persoalan yang dikemukakan pelajar akan berfikir dan mencari fakta dan hujah bagi mengukuhkan jawapan mereka tidak terhad hanya kepada satu mata pelajaran,dimana mereka akan cuba kaedah hubung kait. Apabila pemikiran kritik diransang,pelajar akan lebih terbuka dan ingin tahu lebih lanjut berkaitan sesuatu tajuk . Tidak lagi melihat kepada pengertian asas tetapi kepada penerapan nilai-nilai dan juga aktif kepada menyelesaikan masalah yang berkaitan. Ia juga memberi ruang kepada murid untuk menerokai sendiri jawapan melalui pemikirannya itu. Manakala pemikiran kreatif pula merujuk kepada keupayaan pelajar melahirkan idea-idea baru. Contohnya perdebatan antara YB Khairy Jamaludin dan Saudara Rafizi yang berdebat tentang PTPTN dan masa depannya baru ra. Boleh saya katakan kedua-dua mereka ini mempunyai pemikiran yang kritik dan kreatif. Dari debat ini dapat menunjukkan Yb Khairy menggunakan pemikiran kritik berbanding saudara Rafizi yang menggunakan pemikiran kreatif dimana penilaian dibuat berdasarkan ungkapan serta jawapan balas yang mana ianya adalah proses pemikiran.

(5 markah)

3. Bagaimana anda ingin mengaplikasikan teori Pembelajaran Behaviorisme dan Teori Pembelajaran Sosial dalam pengajaran di kelas anda? Pada amnya, teori pemb. Behaviorisme boleh diklasifikasikan dlm 2 kategori yg utama, iaitu Teori Pelaziman Klasik (yang dipelopori oleh Pavlov dan Watson) dan Teori Pelaziman Operan (yang dipelopori Thorndike dan Skinner). Teori Pelaziman Klasik menekankan pembelajaran melalui perhubungan rangsangan dengan

gerak balas. Di sini konteks gerak balas adalah merujuk kepada penggunaan pelbagai jenis bahan bantu mengajar dan kaedah yang guru gunakan untuk melibatkan murid-murid secara

berkesan dan menyeluruh. Sebagai guru kita harus memastikan rangsangan dalam bilik darjah (termasuk tingkah laku guru) menimbulkan persaan keseronokkan serta keselesaan dan bukan perasaan takut atau risau. Bahan Bantu Mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Kepelbagaian BBM dapat mempelbagaikan kegiatan atau pengalaman murid-murid belajar mengikut peringkat atau kebolehannya daripada mudah ke sukar, seperti pengalaman langsung ke pengalaman abstrak, demontrasi, pameran, gambar-gambar, bahan rakaman, filem-filem dan sebagainya. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid. Daripada teori ini, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerakbalas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari.Kaitan antara rangsangan dengan gerakbalas dapat diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerakbalas, semakin kukuh gerakbalas terlazim itu. Contohnya, apabila guru memberi pujian ( rangsangan ) setiap kali murid mendapat hasil yang baik ( gerakbalas ), maka gerakbalas itu menghasilkan sesuatu yang baik dan berterusan. Motivasi juga memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran. Contohnya dalam bilik darjah, guru perlu memotivasikan murid-murid dengan menunjukkan sesuatu yang menarik sebelum mereka dapat memberikan penumpuan yang teliti. Pembelajaran juga boleh berlaku melalui latihan, pembiasan atau pengalaman. Oleh itu, guru perlu melibatkan murid-murid

dalam proses pengajarannya seperti mengadakan aktiviti kumpulan, perbincangan dan sebagainya. Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna , sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Konsep pemulihan serta merta juga dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran.

(5 markah)

Kes 1 4. Konichiwa mendakwa dirinya adalah manusia paling malang di dunia ini. Beliau sering menyalahkan orang lain di atas kegagalannya dalam bidang akademik. Konichiwa menghadkan pergaulan dengan keluarga dan rakan-rakan atas alasan tidak sesempurna orang lain. Beliau menuduh semua orang tidak membantu dirinya untuk berjaya dalam pelajaran. Beliau mendakwa bahawa dirinya tidak boleh berjaya seperti orang lain. Kadang-kadang pelajar ini mempunyai perasaan untuk membunuh individu yang beliau rasa tidak suka. Konichiwa benci kepada kejayaan orang lain, sedangkan dirinya sendiri tidak seperti orang lain. Keadaan ini berlarutan sehinggalah beliau merasakan semua orang tidak memberi sokongan kepadanya untuk berjaya dalam hidup.

Berdasarkan kes 1 di atas, sebagai seorang guru bagaimana anda ingin memotivasikan pelajar berkenaan? Berdasarkan kes 1, perkara pertama yang dapat dianalisis ialah konsep kendiri yang dikemukan oleh Albert bandura, iaitu manusia mempunyai suatu gambaran atau pandangan tentang diri sendiri. Didalam kes ini menunjukkan Konichiwa mempunyai konsep kendiri yang negatif dan esteem kendiri rendah. Sekiranya kita mempunyai esteem kendiri yang rendah, ia turut mempengaruhi cara kita berhubung dengan orang lain. Ini menjejaskan hubungan kita dalam masyarakat,Contohnya Konichiwa menghadkan perhubungannya dengan keluarga dan rakan rakannya

Motivasi merupakan satu penggerak dari dalam hati seseorang untuk melakukan atau inginkan mencapai sesuatu matlamat. Dalam satu-satu kelompok kumpulan, motivasi menjadipenggerak kepada kejayaan kumpulan. Seorang pakar psikologi terkenal,Abraham Maslow,mengemukakan teori yang mengatakan manusia mempunyai 5 peringkat keperluan. Keperluan itu boleh timbul,kemudian tenggelam dan muncul semula dari waktu ke waktu. Menurut teori beliau,keperluan kita memiliki sifat prepotensi,ertinya keperluan itu berkaitan antara satu sama lain yang keperluan yang lemah akan timbul setelah keperluan yang telah lebih kuat sudah dipenuhi. Sebagai contoh,keperluan kita untuk mengenyangkan rasa lapar adalah prepotensi, yang selagi kita lapar kita tidak dapat hendak memikirkan keperluan lain seperti keperluan untuk bersahabat atau berkasih sayang. Mengikut Maslow,keperluan idividu yang pertama ialah keperluan- keperluan sebagai manusia iaitu udara,makanan,air,tidur,seks dan membuang najis. Keperluan ini sangat kuat dan ia boleh mendorong kita melakukan bermacam macam perbuatan untuk memenuhinya. Contohnya Konchiwa memerlukan keluarganya ,dimana keluarga mampu mendorongnya dalam melakukan sesuatu. Tetapi disebabkan kerana terasa dirinya kurang dia telah meletakkan jurang antara dia dan keluarga.Hal ini belarutan menyebabkan dia merasakan kehilangan dorongan keluarga.Selaku gurunya,saya akan berusaha mendorongnya dan menyakinkan bahawa keluarganya sentiasa menyokongnya. Peringkat kedua ialah keperluan untuk keselamatan. Individu perlu berasa jawatannya sekarang selamat kerana ia adalah punca rezekinya. Individu juga perlu berasa harta bendanya selamat. Individu juga perlu berasa selamat dalam masyarakat. Individu takut pada keadaan politik yang tidak stabil. Individu juga perlu berasa selamat daripada kemalangan,penyakit dan kemiskinan. Pada peringkat ketiga, individu mempunyai keperluan untuk berkelompok. Keperluan ini muncul selepas individu berada dalam keadaan selamat. Individu mungkin mementingkan kedudukanya dalam kelompok keluarga dan kaum kerabat sahaja. Atau individu memilih untuk menganggotai pelbagai persatuan dan kelab. Keperluan ini timbul dan tenggelam dari waktu ke waktu. Ada kala ianya sangat kuat dan ada kalanya ia sangat lemah. Adakalanya individu cuba memiliki symbol kepada kelompok yang ingin individu masuk. Keperluan peringkat yang lebih tinggi ialah keperluan untuk menikmati estim dan kasih sayang. Apabila individu menjadi anggota sesuatu kumpulan,individu ingin supaya dirinya dikasihi oleh anggota lain dalam kumpulan itu. Individu ingin diri individu dihargai dan di perlukan oleh mereka. Contohnya Konichiwa,Beliau menuduh semua orang tidak membantu dirinya untuk berjaya dalam pelajaran. Beliau mendakwa bahawa dirinya tidak boleh berjaya seperti orang lain.Dimana beliau merasakan tidak dihargai dan tidak diperlukan. Selaku guru, saya akan luangkan masa secara mutlak kepada dirinya untuk mengenalinya secara dekat dan cuba mendekatinya selaku sahabat Menurut teori Maslow keperluan estim tidak pernah rasa cukup. Keadaan ini mendorong individu mencari sumber sumber estim-diri yang lain seperti taraf dan status. Apabila individu tidak benar benar berjaya mendapat taraf dan status itu,individu cuba memiliki symbol

simbolnya. Dengan itu individu berasa dirinya oleh anggota kumpulannya,dan seterusnya individu merasakan estim-dirinya sihat. Keperluan individu yang paling tinggi menurut Maslow ialah hasrat untuk menjadi diri individu sebagaimana yang diimpikan. Maslow menamakan keperluan ini self-actualization.Keperluan ini sentiasa di dalam jiwa individu. Keperluan ini tercapai dalam saat apabila individu mengalami kemuncak pengalaman peribadi. Ia berlaku pada peristiwa apabila individu berasa sangat seronok dan puas. Selain itu saya selaku guru juga akan lebih kerap memberi peneguhan berbentuk positif kepada Konichiwa.Ini kerana peneguhan adalah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu perlakuan diulangi.

(5 markah)

SELAMAT MENJAWAB SOALAN DAN MENGHANTAR TEPAT PADA MASANYA -

Anda mungkin juga menyukai