Anda di halaman 1dari 10

PSV3106_Pedagogi Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah

1 Teori
Pengenalan Teori pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran PSV
Teori Behaviourisme
Teori Kognitif
Teori Humanis
Teori Psiko-analitik
Teori Konstruktivisme

2 Pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran PSV
Pendekatan Proses dan Produk
Pendekatan DBAE ( Discipline-based Art
Education)
Pendekatan Chapman - Pemerhatian,
Penerokaan, Penghasilan, Apresiasi
Pendekatan PSV KBSR
Pendekatan Pendidikan Seni
( John A.Michael )


3 Strategi dalam pengajaran dan pembelajaran PSV
Mengenal Konsep
- Kajian Masa Depan
- Kepelbagaian Kecerdasan
- Teknologi Maklumat dan Komunikasi
- Pembelajaran Kontekstual
- Pendekatan Konstruktivisme
- Kemahiran Berfikir
- Pembelajaran Masteri
Aplikasi strategi ke dalam 4 Bidang Kegiatan

4. Pendekatan, Kaedah dan Teknik dalam pengajaran dan pembelajaran PSV
Pendekatan Individu dan kumpulan dalam
PSV
Kaedah simulasi, sumbangsaran, projek,
akses kendiri, dan lawatan
Teknik soal jawab, teknik memberi arahan,
Teknik tunjukcara, teknik tindakbalas, teknik
bercerita, kawalan kelas, menggunakan
Sumber Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
Teknik penerangan menggunakan contoh, ilustrasi dan sumber P & P
Teknik Penutup




5 Proses Pengajaran Mikro
Fokus penguasaan kemahiran mengajar
Perancangan dan Persediaan
Perlaksanaan
Maklumbalas
Kemahiran-kemahiran pengajaran


6 Proses Pengajaran Makro
Mengenalpasti bidang, jenis, kandungan
Menulis hasil pembelajaran mengikut aras, tahap dan latarbelakang murid
Merancang alat dan bahan untuk penghasilan
Mereka bentuk Bahan Bantu P & P
Menggunakan strategi, kaedah dan teknik P & P
Mereka bentuk set induksi
Mereka bentuk langkah-langkah P & P
Mereka bentuk aktiviti pengajayaan dan penambahbaikan
Mereka bentuk aktiviti apresiasi dan refleksi.
Mereka bentuk penutup
Membuat maklumbalas refleksi dan tindakan pembetulan


7. Perancangan dan Persediaan Mengajar.
Perancangan Tahunan dan Semester
Aplikasi 5P dalam pengajaran dan
pembelajaran KBSR
Rancangan Pengajaran Harian PSV
- Bidang Kegiatan
- Jenis aktiviti
- Kemahiran dan hasil pembelajaran
- Pemilihan sumber
- Aktiviti induksi set
- Langkah-langkah pengajaran dan
pembelajaran
- Penutup
- Refleksi

8. Sumber Pengajaran dan Pembelajaran
Bahan Bantu Mengajar
Alat dan Bahan penghasilan
Pemilihan dan Penyediaan Sumber
Penggunaan Sumber Bahan Cetak dan
Elektronik



I. Pengenalan Teori pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran PSV
Untuk teori psikoanaliti sila rujuk sini http://www.slideshare.net/artventure/psv-3107-teori-
psikoanalitik-presentation
Pendekatan Behaviourisme
Di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual, pendekatan Behaviorisme dapat
dilaksanakan terhadap pelajar bagi membolehkan ia meresapi nilai intelektual mereka. Menurut
pendekatan ini, semua gerak balas yang berlaku adalah disebabkan oleh rangsangan dan ianya boleh
mempengaruhi tingkah laku pelajar. Pendekatan R-G (ransangan gerakbalas) ini telah dipelopori oleh
Ivan Pavlov, Thorndike, Skinner dan John B. Watson.
Jika dilihat contoh teori oleh Edward L. Thorndike, beliau memperkenalkan bahawa pembelajaran berlaku
hasil gabungan S-R iaitu Stimulation (rangsangan) dan Responses ( tindakbalas) dan ada perkaitannya
dengan hukum pembelajaran kesediaan, latihan dan kesan. Hukum kesediaan ialah apabila seseorang
itu bersedia untuk melakukan sesuatu maka tindakannya itu akan memberi kepuasan kepada dirinya
sama ada dalam kesediaan psikomotor, afektif dan kognitif. Beliau memberi pandangan lagi dalam
hukum latihan pula rangsangan dan tindakbalas akan bertambah kukuh sekirannya ada perulangan
latihan. Manakala hukum kesan pula ia menjelaskan jika ada perubahan dari persekitaran dan
menyeronokkan pula maka ia akan meningkatkan kesan pembelajaran itu sendiri dan begitulah juga
sebaliknya.
Pendekatan yang dicadangkan tadi dapat membentuk rangsangan yang kekal bagi seseorang pelajar
kerana adanya pembentukan fenomena yang menyeronokkan. Guru perlu kreatif dalam menyediakan
perlaksanaan fenomena yang menyeronokkan. Penglibatan pengajaran yang menyentuh perasaan,
kemahiran fizikal dan juga pemikiran perlu dipertimbangkan.
Pendekatan pembelajaran secara pemikiran yang diketengahkan oleh Graham Wallas (1926)
sebenarnya adalah di antara pendekatan yang baik bagi menimbulkan nilai kreativiti di kalangan pelajar
yang berhubung kait dengan pemikiran mereka. Beliau telah mengelaskan kepada empat tahap yang
perlu dilalui di antaranya ialah proses persediaan pelajar untuk mengenal pasti fakta dan maklumat.
Pelajar lebih dimahirkan untuk mencari idea dan juga inti pati yang bakal diserapkan di dalam
pengkaryaan mereka. Kemudian ialah proses Inkubasi (pengeraman) yang membolehkan pelajar untuk
cuba mendapatkan ilham dalam beberapa waktu sebelum dicetuskan dalam proses iluminasi yakni
terbentuknya idea-idea asli dan baru yang dapat menyelesaikan di dalam minda dan akhirnya kebolehan
untuk proses verifikasi yang mana hasil pemikiran diserlahkan ke dalam bentuk karya dan penulisan.
Menurut B.F. Skinner (1953) pula peneguhan kepada manusia akan menggalakkan satu ulangan
perlakuan atau diperkuatkan. Dalam hal ini di dalam bilik darjah peneguhan yang positif akan
meningkatkan tahap motivasi pelajar. Pelajar akan memperolehi satu bentuk secara berterusan seperti
kata-kata pujian, menepuk bahu, memberi senyuman dan sebagainya yang membolehkan proses
berkreativiti dalam diri pelajar berlaku secara positif.
Kita tahu peneguhan yang positiflah satu cara pendekatan yang menentukan mutu kerja pelajar berkualiti
tinggi jika sekiranya disampaikan secara jelas dan bersistematik. Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian
yang memberi kesan di antaranya ialah memuji secara ikhlas, cepat, spesifik, usaha, tanpa pilih kasih
dan respon yang spontan. Jelasnya kesungguhan guru untuk mengaplikasikan elemen seperti di atas
merupakan satu titik tolak yang dapat memberi peneguhan yang positif kepada pencapaian pelajar.
Justeru itu, bentuk persekitaran yang berlaku akan memberikan satu pengalaman baru untuk memajukan
diri mereka bagi menghasilkan sebuah karya atau ciptaan dengan baik. Bentuk galakkan ini termasuklah
dengan memberi ganjaran dan juga pujian sekiranya mereka berjaya menghasilkan sesuatu karya yang
kreatif dan unik dari yang lain.
Pendekatan Humanistik
Pengajaran Pendidikan Seni Visual visual amat sesuai juga untuk diterapkan dengan pendekatan
humanistik. Pelopor yang terkenal seperti Abraham Maslow dan Carl Rogers berpendapat bahawa
seseorang itu berfikir melalui interpretasi individu dengan pengalaman atau kejadian luar. Dengan kata
lain ia adalah hasil kesedaran penyempurnaan kendiri dan tidak terkongkong oleh persekitaran luar dan
bebas. Oleh itu, pelajar adalah berhak untuk mengeluarkan idea dan kreativitinya berlandaskan kepada
konsep dan pengalaman yang diterima dan dilalui dalam hidupnya.
Ini tentunya memberi cabaran yang hebat kepada pelajar kerana mengadaptasikan proses
pengalamannya ke bentuk visual dan juga pernyataan karya. Melalui proses tertentu , mereka harus
boleh memberi keyakinan kepada penganalisis dan pengkritik akan keberkesanan mesej yang ingin
disampaikan.
Apa yang dilihat dalam pendekatan humanistik ini setiap individu pelajar mempunyai pengalaman
tersendiri yang tidak dapat difahami oleh orang lain. Oleh itu, pembelajaran ini adalah melalui proses
kebebasan kepada pelajar untuk membuat penilaian kendiri di mana mereka mesti berada dalam
keadaan tenang dan tidak tegang semasa belajar. Justeru itu Maslow ada mengatakan bahawa
keperluan psikologi perlu dalam hidup manusia sebagai keperluan asas sebelum dia mencapai peringkat
akhir yang akan mencapai kecemerlangan diri.
Sehubungan dengan itu jugalah pelajar mesti bersifat bertanggung jawab dengan tindakannya sendiri
bagi meningkatkan potensi mereka. Apa yang perlu ialah adanya penekanan tingkatan harga kendiri
yang positif terhadap diri pelajar supaya ada rasa bertimbang rasa dan penuh kasih sayang, berlakunya
penekanan aspek komunikasi dan kesannya ke atas motivasi intrinsik.
Pendekatan seterusnya berhubung kait dengan psikologi penyerapan nilai motivasi. Motivasi berlaku
akibat ketegangan fisilogi dan psikologi menuju ke arah pencapaian matlamat. Ini termasuklah
pergantungan nilai terhadap faktor situasi, matlamat yang menarik perhatian, imbuhan dan faedah . Jika
dilihat motivasi intrinsik ialah lahirnya dari jiwa dalaman manusia dan dipengaruhi oleh sikap, emosi dan
tingkah laku yang akan menghala tujukan seseorang itu untuk melakukan sesuatu.
Maslow telah mementingkan unsur motivasi ini kerana ia boleh menggerakkan manusia untuk mencapai
kesempurnaan kendiri apabila telah berusaha untuk mencapai keperluan asas sebelumnya. Menurut
Lepper (1988), suasana kelas yang tidak ada gangguan dapat meningkatkan motivasi intrinsik pelajar
untuk mengikuti pengajaran guru dengan baik. Oleh itu, bilik darjah boleh memupuk naluri ingin tahu
belajar dan jauh dari rasa ketegangan.
Clifford (1990) pula telah mengatakan bahawa guru mestilah seorang yang bersifat supportive dan tidak
mengkritik pelajar atas kesilapan yang mereka lakukan. Kita harus lihat kesilapan pelajar itu adalah
sebagai peluang untuk mereka belajar sekaligus mengelakkan dari pendekatan yang sama sahaja.
Naluri belajar yang bermotivasi tinggi harus didorong dan dirangsangkan bagi menarik perasaan ingin
tahu dan juga perhatian pelajar. Morris (1984) berkata tugas guru yang penting ialah meningkatkan naluri
ingin tahu pelajar dengan menggunakan set induksi yang menarik dan mendorong pelajar pada
permulaan pelajar. Amatlah berketepatan bahawa pelajar didedahkan dengan kehendak soalan yang
menghairankan dan mengejutkan bagi membangkitkan perasaan ingin tahu mereka.
Banyak kajian yang menunjukkan bahawa terdapat kesan yang besar lagi positif dan berpanjangan
apabila pembelajaran murid-murid mendapat sokongan dan peneguhan daripada ibubapa (Morgan dan
Lyon, 1986; Honig 1982; Topping 1985; Herrison, J. 1986)
Pendekatan Pembelajaran Kolaborasi
Pembelajaran secara Kolaborasi merupakan pembelajaran yang dilakukan di dalam kumpulan. Mengikut
Slavin ( 1990 ) , pembelajaran ini dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar kerana mereka lebih
bantu membantu semasa mereka dan pelajar yang lemah dapat meningkatkan pencapaian kerja mereka.
Dalam Pendidikan Seni Visual, pelajar yang agak sederhana tidak akan merasa tersisih ataupun
disingkirkan kerana adanya kesepaduan idea dan emosi dalam membina sesuatu projek atau karya. Oleh
itu mereka dapat menyampaikan mesej dengan lengkap dan spesifik. Ini disebabkan pendekatan ini akan
mewujudkan aktiviti dan atmosfera menyokong dan menghormati pandangan ahli.
Ajarlah kepada mereka berkata benar, di samping mengajarkan al-Quran. Jauhkan mereka daripada
orang-orang jahat, kerana orang-orang jahat itu menghindarkan perintah Tuhan dan tidak berlaku adil.
Ahmad Shalaby, 1976; ms 33
Pendekatan Teori Permodelan Bandura
Pembelajaran seni boleh menggunakan pendekatan permodelan Bandura kerana ialah lebih menjelaskan
kepada pelbagai tingkah laku sosial seperti persaingan, keagresifan, peranan jantina dan sebagainya.
Apa yang dapat dilihat di sini ialah pembelajaran ini diperolehi dengan aktiviti melihat, meniru dan
memerhatikan tingkah laku orang lain. Oleh itu pelajar akan membuat pemerhatian gerak balas yang
diketengahkan oleh orang lain supaya boleh dipelajari melalui bahasa, contoh dan teladan. Dalam
Pendidikan Seni Visual visual hendaklah berupaya menyimpan hasil pemerhatiannya di dalam ingatan
melalui imaginasi dan boleh menyusun maklumat.
Situasi pengalaman pemerhatian yang dilaluinya boleh disampaikan melalui penggunaan situasti realistik.
Dalam pendekatan ini guru Pendidikan Seni Visual boleh menyuruh pelajar yang pandai dan pelajar yang
lemah dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan. Sebagai contoh juga, pelajar yang popular dan
baik dalam Pendidikan Seni Visual untuk tajuk tertentu menjadi model dalam pembentangan di hadapan
kelas supaya pelajar yang lemah, malu dan takut dapat melihat dan meniru tingkah lakunya.
Pendekatan Pembelajaran Gagne
Teori pembelajaran Gagne yang memperkenalkan teori pemprosesan data dan maklumat melalui
penggunaan deria dan organ manusia boleh diaplikasikan di dalam Pendidikan Seni Visual itu sendiri.
Menurut Gagne, organisma menerima pelbagai jenis rangsangan daripada persekitarannya secara sedar
dan tidak sedar. Apa yang dilihat ialah berlakunya proses daripada mudah kepada yang paling kompleks
dan secara berperingkat-peringkat untuk meninterpretasikan maklumat. Menurut Gagne( 1968 ) lagi,
kemahiran intelek atau kebolehan kognitif adalah sebagai tingkah laku yang dipelajari. Individu
berkembang dari satu tahap ke satu tahap dalam mencapai sesuatu matlamat.
Di dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual Visual , pelajar akan melibatkan penggunaan prinsip,
rumus, generalisasi, konsep dan hokum untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru.
Mereka akan menggunakan kaedah penemuan dan membuat penyelesaian sendiri di mana berlakunya
langkah-langkah spesifik dalam proses penyelesaian masalah seperti mengenal masalah, mencari
maklumat, membuat hipotesi, memilih cara menyelesaikan masalah, menguji hipotesi dan membuat
rumusan.
Pendekatan ini juga turut membantu pelajar untuk mendapatkan konsep dengan mudah dan jelas.
Mengikut Tennyson dan Cocciarella ( 1986 ), terdapat empat langkah dalam pengajaran konsep iaitu:-
menghuraikan sesuatu konsep dan memberikan cirri utama dan penting
menghuraikan istilah penting dan definisi konsep
memberi contoh positif dan negatif untuk menghuraikan cirri utama
menghuraikan contoh-contoh tadi mengikut pengelasan tertentu.
Oleh itu, dalam pembelajaran seni visual itu sendiri, guru memberikan situasi masalah yang perlu diatasi
oleh pelajar di samping adanya proses bimbingan mengenai hukum dan konsep.
Pendekatan Pembelajaran Bruner

Teori Bruner mementingkan pembelajaran melalui penemuan bebas atau penemuan berpandu, atau
latihan penyiasatan. Justeru itu terdapatlah pendekatan seperti cara manusia berinteraksi dengan
persekitaran, perkembangan mental manusia dan pemikiran, pemikiran logikal, penggunaan istilah untuk
memahami susunan, pemikiran analisis dan intuitif, pembelajaran induktif menguasai konsep dan
pemikiran metakognitif.
Dalam pembelajaran Pendidikan Seni Visual Visual, pelajar boleh diajar cara melihat dunia iaitu melalui
peringkat enaktif, ikonik dan simbolik. Oleh itu, pengalaman pelajar secara meneroka, memegang,
mencium dan merasa dapat menyediakan pelajar untuk menggunakan pengalamannya di dalam projek
dan pengkaryaan. Keupayaan pelajar untuk melakukan aktiviti sedemikian akan mendorong pelajar untuk
melihat perkaitan antara konsep dengan idea-idea yang tergolong di dalamnya. Seterusnya akan berlaku
pemikiran intuitif penting yang dapat mendorong pelajar melihata pertalian antara ransangan yang
berlainan.
Apa yang menarik ialah pendekatan ini juga membantu pengamatan dan penanggapan pelajar jika
mereka terlibat dalam pembelajaran kajian luar yang membolehkan belajar banyak konsep, perkaitannya
dan boleh mengubahsuaikan kaedah dan strategi pengajaran mengikut tahap dan kebolehan pelajar.
Oleh itu guru perlu memberi banyak contoh semasa pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar boleh
membentuk konsep, membuat kategori dan membuat perbandingan di antara konsep-konsep.
II. Pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran PSV

a) Pendekatan John a micheal
1. PENDEKATAN SECARA LOGIK
Pendekatan ini adalah berbentuk tradisional danmemerlukan pemahaman intelek semata-matadan
banyak berfaktakan kepada aspek andaiandan munasabah pada yang melihat sesuatukarya seni
tersebut.

Secara Penerangan:
membaca, mengkaji, bila dihasilkan, tujuan /teknik pelukis, media, proses, nilai-nilaiestetika dan
pengaruh.

Secara Pemerhatian:
Balai seni, pameran, filem, slaid, mengumpuldan menyusun gambar-gambar.

Secara Perbandingan:
Analisa, penilaian perbandingan antara satudengan yang lain serta menimbulkanperasaan.

Secara Penghasilan:
Membuat gaya artis / stail, menimbulkankefahaman masalah nilai, nilai khas,kepuasan, menghubungkan
diri konsep danzaman.


2. PENDEKATAN SECARA PSIKOLOGI

Pendekatan ini merangkumi perkara-perkarayang lebih menjurus kepada perasaan peribadi,lebih
bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada penghasilan dan penghayatan sesuatukarya
seni.Pendekatan ini akan dapat meninggalkan satupengalaman yang amat berkesan dan mendalam.Ini
akan lebih realistik dan dapat memerima response dan pendapat orang lain. Kesan tindakbalas akan
lebih terserlah terhadap bahan sertaalat yang digunakan.
Cadangan aktiviti pendekatan secara psikologi:
- Secara perbincangan dan perbandingan.
- Secara proses inkuiri atau penemuan.
- Secara kritikan mengenai lukisan / hasil kerjaseni.- Secara menyediakan setting / set induksi.
- Secara membesarkan gambar.
- Secara mengolah bahan-bahan sebenar.
- Secara aktiviti permainan seni.
- Secara lawatan / pameran.
- Secara koleksi buku-buku skrap dan lakaran.


b) Pendekatan DBAE ( Discipline-based Art Education)

Dal am pendi di kan seni ber asaskan di si pl i n i ni t er dapat empat bahagi an yang menj adi
struktur kurikulumnya iaitu,
menghasilkan produk seni,
mengkritik seni,
sejarah seni dan
est et i ka.

Akt i vi t i menghasi l kan produk seni bol eh membant u pel aj ar ber f i ki r secar a bi j aksana
t ent ang menci pt a i mej -i mej vi sual , membant u mer eka bel aj ar menci pt a i mej yang
mempunyai tenaga eksprasif, coherence, cel i k akal ( insight ) dan pandai mencipta(ingenuity).

Manakal a mel al ui kri t i kan seni pul a akan membant u keupayaan pel aj ar mel i hat ,
bukan sekadar memandang sahaj a, mel al ui keupayaan mel i hat dengan t el i t i bol eh
menbi na kual i t i yang l ebi h ber er t i t ent ang duni a per seki t ar annya yang ber sel er akan
dengan hasi l kerja-kerja seni yang formal.

Di si pl i n sej arah seni pul a bol eh membant u pel aj ar t ent ang hubungan ant ar a kar ya
seni atau hasil-hasil peninggalan seni dengan dimensi masa, ruang, manusia dan seniman serta
pemikiran mereka seterusnya membolehkan pelajar memahami bentuk-bentuk tamadun mer ent asai
di mensi masa dan r uang ser t a bangsa secar a per bandi ngan. Ti ada hasi l seni
y a n g b e r a d a d a l a m k o n t e k s v a k u m, s e b a h a g i a n d a r i p a d a ma k n a
y a n g d i p a n c a r k a n mener usi kar ya seni ber gant ung kepada kef ahaman dan
pener i maan dal am kont eks semasa atau setempat.

Disiplin estetika pula merupakan satu displin yang baru diperkenalkan dalam kurikulumpendidikan seni,
berkaitan dengan asas-asas teori untuk menilai kualiti sesuatu yang kita l i h a t . Ma n u s i a a d a l a h
ma k h l u k y a n g s e n t i a s a g e ma r me mb u a t p e n i l a i a n . Ki t a a k a n ber huj ah dan
member i pendapat t er hadap sesuat u ni l ai dan ki t a ber sungguh- sungguh
mengamal kannya. Umpamanya di dal am si t uasi yang ada pi l i han, ki t a t i dak l angsung
t e r u s me mb u a t k e p u t u s a n me mb e l i k a i n e l a u n t u k p a k a i a n k i t a , k i t a a k a n
memb u a t pi l i han demi pi l i han, peni l ai an demi peni l ai an.

Kadang- kadang ki t a akan menggunakan
m a s a y a n g l a m a d a n m e l a w a t b e b e r a p a b u a h
k e d a i u n t u k m e m b u a t p e r b a n d i n g a n , macam-macam kriteria kita
gunakan untuk menilai dan membuat pilihan terakhir. Inilah s i t u a s i m e m b u a t p e n i l a i a n
e s t e t i k a . Me m a h a m i t e n t a n g k e p e l b a g a i a n k r i t e r i a e s t e t i k a b o l e h d i
a p l i k a s i k e d a l a m k e r j a - k e r j a s e n i , y a n g a k a n m e r a n g k a i k a n h u b u n g a n
a n t a r a m a k n a y a n g h e n d a k d i l a h i r k a n m e l a l u i b a h a n
d a n t e k n i k , d i k e n d a l i k a n s e c a r a b i j a k s a n a d a n n
t e r a t u r a k h i r n y a l a h i r l a h s e b u a h h a s i l s e n i y a n g m e m p e s o n a k a n .
I t u l a h y a n g dikatakan estetika. DBAE bertujuan untuk mengembangkan keupayaan
pelajar menangani masalah bagi keempat-empat disiplin yang dikemukakan.

c) Pendekat an chapman
Pendapat Chapman 1986- 4 aspek utama
i. pemerhatian
ii. penerokaan
iii. penghasilan
iv. apresiasi dan perlanjutan.



I I I . Strategi dalam pengajaran dan pembelajaran PSV

a) Kontruktivisme membina konsep berdasarkan
pengetahuan sedia ada. Pelajar digalak mencari idea,buat
kajian, yakin diri dan dpt berintraksi. Kerja yg dilaku sendiri
akan menguat minda manusia.
b) Teori kecerdasan pelbagai kebolehan meny. Masalah,
menjana masalah baru dan membuat sesuatu. ( meniru aksi
, menggaya aksi , meniru bunyi, meniru muzik, menyebut
ejaan , membanding panjang objek dgn jari , membilang )
Naturalis, verbal-lingustik, logik-matematik, visual-ruang ,
intrapersonal, interpersonal, muzik , kinestetik.
c) ICT satu alat tambahan/ sokongan kpd P&P yg
berkesan berpandukan ICT.
d) Pembelajaran akses kendiri pelajar belajar sendiri dgn
pengawasan dan bimbingan guru.
e) Pembelajaran Masteri P&P berfokuskan kpd murid x
faham ( pemulihan), faham ( pengayaan).
f) Kajian masa depan pelajar diajar cara berfikir bagi
meransang minda berdasarkan ramalan , imaginasi and
kreativiti.
g) Pembelajaran secara kontekstual keadah menggabung
isi kandungan dgn pengalaman individu melalui aktiviti handon,
mind-on.
h) Kemahiran berfikir proses menggunakan minda untuk
mencari makna dan meny. Masalah.
i. KB kreatif kebolehan mencerna dan
mhasilkan idea asli.
ii. KB kritis kebolehan utk menilai
kemunasabahan idea


4. Pendekatan, Kaedah dan Teknik dalam pengajaran dan pembelajaran PSV
Pendekatan Individu dan kumpulan dalam
PSV
Kaedah simulasi, sumbangsaran, projek,
akses kendiri, dan lawatan
Teknik soal jawab, teknik memberi arahan,
Teknik tunjukcara, teknik tindakbalas, teknik
bercerita, kawalan kelas, menggunakan
Sumber Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
Teknik penerangan menggunakan contoh, ilustrasi dan sumber P & P
Teknik Penutup



IV. Pengajaran mikro
V. Pengejaran makro
Pengajaran Mikro dan Makro

1. Set induksi proses terawal pengajaran utk menarik
perhatian pelajar. Tujuan ( membina aliran fikiran,
mendapatkan perhatian, menimbulkan perasaan ingin tahu,
mengaitkan pelajaran baru dgn yg lalu, menggalakkan
penglibatan murid, menyediakan struktur.
2. Penyampaian berkembang berasaskan senang kpd
susah, dekat kpd yg jauh, konkrit kpd abstrak, sudah
diketahui kpd yg belum diketahui.
3. Kemuncak Proses menilai pelajar Perlunya kerana :
a) mengukur pencapaian pelajar
b) mengukur kecekapan guru
c) mengukur pencapaian obj
d) tindakan susulan sebelum ditamatkan
e) refleksi guru terhadap penguasaan ilmu.
4) Penutup kesimpulan, penilaian, tugasan susulan, dan
ulasan kendiri.
a) kesimpulan kognmitif beritahu apa yg diajar,
menyampaikan ilmu, merumus dapatan pengajaran.
b) kesimpulan sosial sikap pelajar, psikologi, komitmen,
perasaan pelajar, kesan P&P.
5) Koleksi ABM PSV
a) Hasil kerja pelajar yg baik
b) Hasil kutipan benda maujud
c) keratan akhbar
d) koleksi gambar
e) koleksi transparensi
f) filem bergerak g) muzik h) risalah i) perisian berbantu
komputer.
6) Penilaian kendiri Satu proses bersistem bagi menetukan
obj pengajaran telah dicapai. Menurut Rowntree satu
proses mendapat dan mentaksir maklumat ttg pengetahuan,
kemahiran, sikap seseorg.
7) Refleksi Micheal J. Wallace proses merenung kembali
pengetahuan dan pengalaman yg relevan utk membantu kita
menilai sesuatu masalah profesional supaya dapat
diselesaikan.




VI. Persediaan P&P
Perancangan dan persedian mengajar
1. Format RP Tahunan kegiatan/bidang, jenis aktiviti, isi
kandungan, kemahiran, bahan/alat, catatan.
2. Format RP Mingguan mata pelajaran, tahun, kemahiran, isi
kandungan, aktiviti, alatan.
3. RPHarian Bidang , tajuk, obj, kemahiran, aktiviti,alatan/bahan,
nilai murni.
4. Tiga faktor hasil pembelajaran yg harus digabungkan
a) unsur-unsur seni ( garisan, bentuk , warna, jalinan,
ruang)
b) kegiatan yg dicadangkan ( 4 bidang PSV)
c) Kemahiran perlakuan, pengetahuan budaya
dan persepsi
5. Faktor penting merancang program pendekatan berkumpulan
- obj pelajaran tepat,jelas, dan dapat diukur
- tidak terlalu banyak kemahiran di dalamsesuatu aktiviti
- tentukan masa mencukupi
- alat dan bahan mesti cukup atau guna bahan kutipan/gantian.
- rancang aktiviti mudah tetapi menarik dan berkesan.
Contoh : melukis dan membuat gambar Tajuk Hari kebangsaan ,
aktiviti pelbagai seperti lukisan, catan, kolaj, resis.
6. Kaedah pengajaran
a) Kaedah inkuiri penemuan- pelajar mengingat kembali, memerhati,
mendengar, menyaol, menyiasat, mengkaji dll
b) Penernagan/ demonstrasi tunjuk carautk menghasilkan objek
2D/3D
c) Projek individu/kumpulan aktiviti yg mengambil masa lama
d) Lawatan kajian penerokaan
e) Tayangan bahan visual- beri motivasi serta menimbulkan
perasaan ingin tahu.

VII. Sumber Pengajaran dan Pembelajaran
Bahan Bantu Mengajar
Alat dan Bahan penghasilan
Pemilihan dan Penyediaan Sumber
Penggunaan Sumber Bahan Cetak dan Elektronik



Dicopy daripada bayak blog. Terima kasih kepada cikgu zul, http://tiejay.tripod.com/psikologi.htm, dan
lain lain

Anda mungkin juga menyukai