Anda di halaman 1dari 1

GERKO Bola Sepak, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Peti Surat 10491, 88805 Kota Kinabalu, Sabah.

Cik Kalthom bte Samiain, Ketua Unit GERKO, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Peti Surat 10491, 88805 Kota Kinabalu, Sabah. Tuan, 3 OGOS 2011.

Memohon Bantuan Kewangan Bagi Pertandingan Bola Sepak Piala Merdeka Merujuk kepada perkara di atas, adalah saya Mohd Fadzil Masri, setiausaha GERKO Bola Sepak Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Ambilan Januari 2011 ingin memberi penjelasan tentang hal tersebut. 2. Untuk pengetahuan pihak tuan, GERKO Bola Sepak mendapat tugasan untuk menganjurkan pertandingan bola sepak sempena bulan kemerdekaan yang akan diadakan pada 16-17 September 2011 di padang IPG Kampus Gaya. 3. Sehubungan dengan itu, pihak GERKO Bola Sepak ingin memohon bantuan kewangan seperti yang telah dinyatakan di dalam kertas kerja yang disertakan bersama dengan surat ini. Hal ini kerana kami menghadapi masalah kewangan bagi menganjurkan pertandingan ini. 4. Saya sangat berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami bagi melancarkan penganjuran pertandingan ini. Sekian. Yang Benar, ........................................ (MOHD FADZIL MASRI) Setiausaha GERKO Bola Sepak PISMP Ambilan Januari 2011

Anda mungkin juga menyukai