Anda di halaman 1dari 1

HARI DI BAWAH BAYU MERIAH Kulai Jaya 20 November Hari Terbuka kontinjen Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah

h sempena Jambori Antarabangsa Johor ke-25 2013 (JIJ) di sini berlangsung meriah dengan kehadiran kira-kira 200 orang tetamu. Hari terbuka yang bermula pukul 10.00 pagi dan berakhir 12.00 tengah hari itu menyaksikan para pemimpin Pengakap dan peserta JIJ yang hadir saling beramah mesra selain menikmati pelbagai juadah tradisi negeri Sabah yang disediakan. Turut hadir ke majlis tersebut ialah Mohd. Zaki Nuruddin, Ketua Setiausaha Eksekutif Persekutuan Pengakap Malaysia serta wakil-wakil kontinjen dari Indonesia, Singapura dan Malaysia. Dalam majlis itu, Kaplin Lahut selaku Ketua Kontinjen Pengakap Negeri Sabah ke JIJ merakamkan ucapan tahniah kepada Pengakap dari negeri Sabah yang menyertai jambori ini. Anda membayar untuk berdepan pelbagai cabaran. Sebagai seorang Pengakap, segala kesukaran yang timbul wajar dihadapi sebagai satu platform memupuk jati diri sebagai seorang Pengakap sejati, katanya. Sajian makanan yang disediakan pada majlis itu turut menarik minat para pengunjung yang hadir. Menurut seorang peserta dari Johor, Mohd. Hafiz Awang Satiah, Hari Sabah merupakan hari yang paling dinantikan. Apabila kali Hari Sabah diadakan setiap kali berlangsungnya jambori, pasti akan meriah dengan pelbagai persembahan tarian dan nyanyian, katanya. Bagi seorang peserta dari Negeri Sembilan, Paezah Hamzah, Hari Sabah menggamit kenangan beliau selaku bertugas sebagai guru di Kota Belud, Sabah. Pengakap negeri Sabah dekat di hati saya meskipun saya sudah berpindah ke Negeri Sembilan. Memori bersama Pengakap di Sabah sukar untuk dilupakan dan Hari Sabah membuka ruang kepada saya untuk beramah mesra dengan rakan-rakan lama di sana, katanya.

Kumsb_firdaus@yahoo.com

Anda mungkin juga menyukai