Anda di halaman 1dari 1

Soalan

Sekolah kamu telah mengambil bahagian semasa Karnival Permainan Tradisional.


Sebagai sidang pengarang majalah sekolah, tulis laporan tentang carnival itu untuk
dimuatkan dalam majalah sekolah.
Tulis laporan kamu itu selengkapnya.

LAPORAN KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL


Pada 18 Julai 2022, Karnival Permainan Tradisional telah diadakan di Sekolah
Kebangsaan Sungai Kelabit, Bakong. Karnival Permainan Tradisional tersebut
dianjurkan oleh Persatuan Pengakap.

Tujuan Karnival Permainan Tradisional ini diadakan adalah untuk


memperkenalkan permainan tradisional yang semakin pupus. Justeru, pengelolaan
carnival ini dapat memberi pendedahan kepada generasi muda tentang
keistimewaan permainan tradisional oleh nenek moyang kita dahulu.
Semasa festival tersebut, pelbagai acara menarik diadakan. Antaranya
demonstrasi permainan tradisional, pertandingan gasing, konda kondi, tenteng,
interaktif permainan tradisional, kuiz dan tayangan dokumentari. Pertandingan batu
seremban dan congkak juga telah diadakan. Peserta berasa seronok kerana
mendapat pengalaman baharu selain berjaya memenangi hadiah.
Tuntasnya, festival ino dapat memperkenalkan permainan tradisiona kepada
generasi muda, festival ini juga memberi ruang kepada para peserta merasai
pengalaman bermain permainan tradisional. Oleh itu, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Sungai Kelabit, Encik Edward Selige berharap Karnival Permainan
Tradisional ini dapat diadakan lagi pada masa hadapan supaya permainan
tradisional dapat dipelihara.

Yang menjalankan tugas, 19 JULAI 2022.


(Masra)
Setiausaha,
Persatuan Pengakap,
Sekolah Kebangsaan Sungai Kelabit.

Anda mungkin juga menyukai