Anda di halaman 1dari 24

MENGESAN MASALAH DAN MEMBAIKPULIH PERKAKASAN E3005/UNIT7/1

UNIT 7 : MENGESAN MASALAH DAN


MEMBAIKPULIH PERKAKASAN
( PENCETAK ), PEMACU DAN
SISTEM MULTIMEDIA
Objektif am :
Dapat mengesan masalah dan membaikpulih pencetak.
• Dapat mengesan masalah dan membaikpulih unit pemacu disket
• Dapat mengesan masalah dan membaikpulih multimedia.

Objektif khusus : Diakhir unit ini anda dapat :

• Menyelenggara mesin pencetak.


• Mengenal pasti masalah mesin pencetak.
• Melakarkan rajah blok system operasi mesin pencetak
• Penyelenggaraan unit pemacu disket.
• Masalah unit pemacu disket.
• menyelenggarakan sistem multimedia.
• Mengesan masalah sistem multimedia.

7.0 Pengenalan

Pencetak merupakan mesin elektronik yang mempunyai behagian mekanikal. Ini


menyebabkan setelah lama digunakan ia perlu di bersih, diselenggara bahkan
mengantikan bahagian – bahagian tertentu.
Jadi untuk mengatasi masalah pengantian ke bahagian tersebut penyelenggaraan ke atas
pencetak hendaklah dilakukan lebih kerap. Sekurang – kurangnya setahun atau 6 bulan
sekali bergantung kepada penggunaan.
MENGESAN MASALAH DAN MEMBAIKPULIH PERKAKASAN E3005/UNIT7/2

7.1 Jenis – jenis pencetak

Jenis – jenis pencetak berdasarkan klasifikasi pencetak iaitu Pencetak Dot Matrik dan
Pencetak Character Penuh, terdapat beberapa jenis pencetak :

Pencetak Dot Matrik

Rajah 7.0 : Pencetak matriks bintik seperti ini popular satu masa dahulu kerana
harga pencetak dakwat dan pencetak laser ketika itu sangat mahal.

Pencetak Daisy – Wheel


Pencetak Chain
Pencetak Drum
Pencetak Thermal
MENGESAN MASALAH DAN MEMBAIKPULIH PERKAKASAN E3005/UNIT7/3

Rajah 7.1 : Pencetak terma jenis TPM 200 (BDT product Inc) dengan peleraian
203 dp dan mampu mencetak sehingga 40mm sesaat.

Rajah 7.2: Pencetak terma kebanyakannya memggunakan reben/waks berwarna


sebagai media cetakannya.

Pencetak Laser
MENGESAN MASALAH DAN MEMBAIKPULIH PERKAKASAN E3005/UNIT7/4

Rajah 7.4 : Mekanisma pencetak laser

a) Struktur asas imbasan pencetak laser

b) Susunan optik pencetak laser

Rajah 7.5 : Komponen-komponen dan struktur asas sebuah pencetak laser


MENGESAN MASALAH DAN MEMBAIKPULIH PERKAKASAN E3005/UNIT7/5

a) Struktur asas pencetak laser


b) Peranan dan susunan komponen optik dalam pencetak laser

Pencetak Bubble Jet

Rajah 7.6: Pencetak dakwat Epson ini boleh mencetak pada kertas bersaiz A3
MENGESAN MASALAH DAN MEMBAIKPULIH PERKAKASAN E3005/UNIT7/6

Rajah 7.7: Pancutan berterusan darupada jet melalui elektrod menyebabkan dakwat
pecah menjadi titik-titik dakwat pada kekuatan yang berbeza.Elektrod
pemesong membantu dakwat di fokus kepada tempatnya yang betul pada
kertas.Lebihan dakwat dikutip oleh skrin pengutip dan dikembalikan ke
bekas dakwat

Pencetak Elektrostatik

Rajah 7 .8: Kelasifikasi Mesin Pencetak

7.2 Penyelenggaraan Mesin Pencetak

Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil dalam penyelenggaraan mesin


pencetak :
i. Membuka kabel kuasa dan penutup ( Casing ) pencetak. Gunakan alat
yang sesuai seperti kapas, bersihkan bahagian batang penyokong
(supports rails). Gunakan vakum cleaner yang sesuai untuk membersih
MENGESAN MASALAH DAN MEMBAIKPULIH PERKAKASAN E3005/UNIT7/7

habuk yang terdapat pada bahagian bawah pembawa dan landasan.


Bersihkan bahagian yang susah untuk dibersihkan dengan alcohol dan
pastikan tidak terkena bahagian bergetah. Ini boleh menyebabkan ia
mudah rosak dan pecah. Periksa dan bersihkan sekitar kabel dan roda
yang digunakan untuk menggerakkan kepala pencetak supaya tidak ada
cebisan kertas atau habuk yang boleh menghalang pergerakan.

ii. Keluar dan bersihkan habuk di atas permukaan Papan Litar Utama
pencetak. Tanggalkan IC daripada soketnya dan bersihkan soket dan kaki
IC dengan menggunakan berus dan pemadam. Bersihkan juga
penyambung yang terdapat pada Papan Litar Utama dan lain – lain
bahagian.

Sekiranya penutup (casing) kotor, bersihkan dengan menggunakan sedikit


“ Windex ” atau “ Diluted ammonia ” untuk membersihkan tanda cap jari
dan lain – lain. Buka flet yang digunakan untuk menggerakkan kertas
(rujuk manual pencetak). Bersihkan dengan menggunakan “ fedron platen
cleaner ” ini kerana ia tidak akan merosakkan getah pada plet tersebut.
Semasa menggunakan “fedron” pastikan baca arahan dengan betul kerana
ia boleh merosakan plastik.

Bagi pencetak Dot Matrix bersihkan pin hujung wayar dengan kapas
beralkohol dan pastikan pin hujung wayar tersebut tidak bengkok atau
patah. Bagi pencetak daisy – wheel bersihkan kepala pencetak dengan
kaedah yang sama dengan dot matrix dan pastikan tidak mematahkan
kelopak daisy – wheel tersebut.

iii. Meminyak dan gris pada bahagian mekanisma seperti gear batang
penyokong ( support rail ), roda ( pulley ), bearing, dan lain –lain.
Ini adalah untuk mengelakkan pencetak terkunci ketika bekerja.
MENGESAN MASALAH DAN MEMBAIKPULIH PERKAKASAN E3005/UNIT7/8

Pastikan gris yang digunakan adalah dibenarkan oleh pembuat


pencetak tersebut. Berikan minyak gris tersebut secukupnya dan
jangan berlebihan kerana ini akan memberikan kesan ke atas
pencetak. Rujuk manual pencetak untuk tempat – tempat yang
perlu di gris.

iv. Pasangkan pada yang dibuka tadi tanpa casing dan dengan menggunakan
riben yang baik buat “self test” untuk mendapatkan output yang
dikehendaki. Jika tidak periksa pada bahagian yang tersilap pasang atau
rosak dan baiki.

7.3 Masalah Dan Kerosakan Mesin Pencetak


Kerosakan pada mesin pencetak boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian
utama seperti berikut :
7.3.1 Bahagian mekanisma kepala pencetak
7.3.2 Bahagian mekanisma kawalan mekanikal ( motor ) dan penguat kuasa
7.3.3 Bahagian penal kawalan dan LED
7.3.4 Bahagian Unit Pemprosesan Pusat ( CPU )
7.3.5 Bahagian antaramuka dan RAM
7.3.6 Bekalan kuasa pencetak.

7.3.1 Kerosakan bahagian mekanisma kepala pencetak.

Bahagian ini kerap berlaku kerosakan kerana ia sentiasa bergerak ketika mencetak
dan akan menjadi panas. Kepanasan ini boleh menyebabkan lampau panas (over heating).
Mata pencetak (dot matrix) mungkin bengkok atau terbakar. Mekanisma pembawa
MENGESAN MASALAH DAN MEMBAIKPULIH PERKAKASAN E3005/UNIT7/9

mungkin akan longgar atau haus. Kerosakan dapat dikesan melalui mutu grafik atau teks
pencetak.

7.3.2 Kerosakan pada bahagian mekanisma kawalan mekanikal ( motor ) dan penguat
kuasa.

Kerosakan ini menyebabkan ketiadaan isyarat untuk bahagian seperti motor


pelangkah. Ujian kehadiran isyarat ke motor pelangkah harus dilakukan terlebih dahulu
sebelum memastikan kerosakan pada motor tersebut. Ujian dapat dilakukan dengan
menguji isyarat pada talian motor pelangkah. Sekiranya ada isyarat pada talian tersebut
buat ujian litar kawalan. Jika isyarat ada maka motor pelangkah yang rosak. Tukar motor
pelangkah dengan yang baru.

7.3.3 Kerosakan pada bahagian penal kawalan dan LED.

Kerosakan pada bahagian ini menyebabkan pencetak tidak menerima input dari pengguna
untuk memilih bentuk huruf cetakan atau melakukan kawalan ke atas kertas. Kerosakan
ini mungkin disebabkan oleh suis atau talian ini berlaku litar buka. Pengujian suis dan
talian dilakukan dengan menggunakan multimeter. Manakala kerosakan pada LED dapat
dipastikan dengan menggunakan logic probe. Jika tidak ada isyarat, maka bahagian
kawalan yang rosak dan kalau ada maka LED yang berlaku litar buka (terbakar).

7.3.4 Kerosakan pada bahagian Unit Pemprosesan Pusat ( CPU ).


MENGESAN MASALAH DAN MEMBAIKPULIH PERKAKASAN E3005/UNIT7/10

Kerosakan ini menyebabkan pencetak tidak dapat menerima data dari komputer dan
melakukan kawalan mencetak. Sebelum memastikan ianya rosak, lakukan pemeriksaan
pada bekalan kuasa, sambungan dengan komputer dan litar antaramuka dengan komputer.
Sekiranya semua baik maka CPU yang rosak tukarkan CPU dengan yang baru. Biasanya
CPU jarang rosak.

7.3.5 Kerosakan pada bahagian antaramuka dan RAM.

Kerosakan pada bahagian antaramuka menyebabkan pencetak tidak dapat menerima data
yang dihantar oleh komputer. Lakukan pemeriksaan penyambung kabel pada pengkalan
yang ditujukan oleh komputer. Kerosakan pada RAM pula menyebabkan data yang
dihantar oleh komputer tidak dicetak oleh pencetak. Lakukan penyelenggaraan cegahan
ke atas papan litar utama pencetak.

7.3.6 Kerosakan pada bekalan kuasa pencetak.

Kerosakan pada bekalan kuasa menyebabkan komputer tidak beroperasi terus atau
“intermittent”. Lakukan pengujian pada bekalan kuasa dan jika bekalan kuasa rosak,
baiki atau ganti baru.
MENGESAN MASALAH DAN MEMBAIKPULIH PERKAKASAN E3005/UNIT7/11

___________________________________________________________________

INPUT 7b

Pengenalan
Ingatan sekunder digunakan untuk menyimpan atucara – atucara dan data – data.
Tanpa alat ini system komputer akan terhad kepada atucara – atucara yang hanya
disimpan di dalam RAM atau ROM sahaja.
MENGESAN MASALAH DAN MEMBAIKPULIH PERKAKASAN E3005/UNIT7/12

Rajah 7.9 : Bahagian dalam sebuah pemacu disket yang boleh membaca data
daripada disket bersaiz 3 1/4 “

Konsep perubahan medan daya magnet digunakan untuk menyimpan data – data
dalam disket. Data – data dalam bentuk perduaan akan ditukarkan kepada isyarat
elektrik dan digunakan untuk mengubah medan daya magnet dilapisan magnet pada
disket. Kepala baca /tulis merupakan tranduser yang menukarkan isyarat elektrik
kepada medan magnet semasa penulisan dan dari medan magnet ke isyarat elektrik
semasa pembacaan. Disket akan berpusing di bawah kepala baca/tulis ini.
MENGESAN MASALAH DAN MEMBAIKPULIH PERKAKASAN E3005/UNIT7/13

Rajah 7.10 : Bahagian mekanikal dan elektronik pemacu cakera

Pemacu disket boleh dibahagikan kepada 3 bahagian utama :


i. Bahagian kawalan
ii. Bahagian elektronik
iii. Bahagian mekanikal

Rajah 7.11: Kepala baca/tulis yang terdapat pada pemacu disket


MENGESAN MASALAH DAN MEMBAIKPULIH PERKAKASAN E3005/UNIT7/14

7.4 Masalah Dan Kerosakan Pemacu Disket

7.4.1 Kerosakan pada bahagian kawalan.

Kerosakan pada bahagian ini akan menyebabkan kawalan tidak dapat melakukan
satu atau lebih fungsi – fungsinya berpandukan data sheet dari pembuat, periksa
isyarat yang sepatutnya berada di titik tertentu. Bahagian kawalan ini selalunya
berada pada satu kad yang terdapat pada lubang alur pengembangan pada satu
system komputer.
Pengesanan kerosakan asas juga di buat iaitu dengan memeriksa komponen –
komponen diskrit dan get – get. Selalunya terdapat satu litar paduan tertuju khas
yang digunakan bagi menjalankan fungsi – fungsi kawalan. Komponen –
komponen lain hanya merupakan komponen sokongan biasa kepada litar paduan
tertuju khas itu.

7.4.2 Kerosakan bahagian mekanikal.

Kerosakan yang selalunya disebabkan oleh bahagian mekanikal ini melibatkan


penempatan kepala baca/tulis. Ini memerlukan perjajaran. Perjajaran jejarian
diperlukan apabila kepala baca/tulis tidak lagi berada tepat di atas trek. Pemeriksa
azimut juga diperlukan bagi memastikan bahawa garis tengah kepala baca/tulis
berada 90° ± 18° dengan tangen kepada jalur.
MENGESAN MASALAH DAN MEMBAIKPULIH PERKAKASAN E3005/UNIT7/15

Rajah 7.12: Kepala baca/tulis keluar dari trek.

Rajah 7.13: Bentuk azimut kepala baca/tulis yang baik dan rosak.

Pemeriksaan pemasaan indeks ke data memastikan bahawa terdapat lewat masa


yang sama diantara denyut indeks dengan denyut data pertama untuk setiap jalur.
Untuk disket lewat masa ini selalunya adalah 200 µ saat.
MENGESAN MASALAH DAN MEMBAIKPULIH PERKAKASAN E3005/UNIT7/16

Rajah 7.13: Perjajaran jejarian,azimut dan pesongan

Perjajaran jejarian, azimut dan pesongan yang betul adalah diperlukan bagi
memastikan bahawa pernukaran data dari system komputer ke disket dan
sebaliknya dapat di buat dengan optima. Satu contoh kerosakan yang diakibatkan
oleh perjajaran yang tidak betul ialah apabila system komputer tidak boleh
membaca disket yang ditulis oleh pemacu disket dari system komputer lain.
Perjajaran yang tidak betul juga boleh menyebabkan penukaran data dari disket ke
system komputer tidak dapat dibuat.
Kerosakan juga mungkin terjadi pada motor yang menyebabkan motor tidak
berputar. Pemacu disket menggunakan 2 motor, satu motor digunakan untuk
memutar disket pada halaju tetap. Sekiranya motor ini tidak berputar, maka hanya
satu bahagian sahaja dapat dibaca atau ditulis. Sekiranya motor ini berputar lebih /
kurang laju daripada had kelajuan yang ditetapkan, maka data tidak dapat dibaca /
tulis dengan betul pada disket.
Alat pengesan juga mungkin akan rosak. Alat pengesan yang biasa digunakan
ialah dari jenis suis optik dan suis mikro. Kerosakan pada alat pengesan ini
menyebabkan isyarat yang betul tidak dapat dihantar ke bahagian kewalan.
Sebagai contoh kerosakan alat pengesan lubang indeks menyebabkan ketiadaan
tempat rujukan bagi bahagian kawalan untuk mengetahui permulaan satu jalur.
Oleh itu, bahagian kawalan tidak dapat mengesan kedudukan data yang pertama
pada trek.
MENGESAN MASALAH DAN MEMBAIKPULIH PERKAKASAN E3005/UNIT7/17

7.4.3 Kerosakan pada bahagian elektronik.

Kerosakan pada bahagian ini, mungkin akan menyebabkan data tidak boleh
disimpan ke disket atau data tidak boleh dibaca. Kebanyakan daripada komponen
yang berada di sini adalah komponen – komponen analog seperti transistor, diod,
perintang, dan kapasitor.
MENGESAN MASALAH DAN MEMBAIKPULIH PERKAKASAN E3005/UNIT7/18

7.5 Pendahuluan

Komputer multimedia adalah amat penting pada masa kini. Ini kerana tanpa
multimedia komputer akan menyebabkan pengguna merasa bosan. Antara
keperluan minimum sebuah komputer multimedia ialah
i. Pemproses Pentium 75 MHz atau lebih. Lebih baik dengan
teknologi MMX.
ii. Unit Pemapar SVGA.
iii. Ingatan 16 Mbyte.
iv. Pemacu CD – ROM 32X.
v. Sound kad stereo 16 bit dengan speaker.

7.6 Pemacu CD – ROM

CD – ROM dikembangkan daripada cekera padat audio berdigit.

Rajah 7.14 : Bahagian dalam sebuah pemacu CD-ROM


MENGESAN MASALAH DAN MEMBAIKPULIH PERKAKASAN E3005/UNIT7/19

Rajah 7.15 : Sebuah pemacu CD-ROM yang biasa


di pasang pada sebuah komputer peribadi

Semasa operasi baca, pancaran leser tenaga rendah mengimbas cakera. Maklumat
ditafsirkan bagi mendapatkan semula data yang tersimpan. CD – ROM berguna
untuk menyimpan data yang besar termasuk yang mengandungi teks, gambar dan
suara.
MENGESAN MASALAH DAN MEMBAIKPULIH PERKAKASAN E3005/UNIT7/20

Rajah 7.16: Port-port di bahagian belakang sebuah pemacu CD-ROM

Beberapa perhatian perlu diambil terhadap pemacu CD – ROM :


i. Membersihkan punca laser dengan pencuci CD – ROM.
ii. Memastikan cakera telah dimasukkan dengan betul apabila hendak
digunakan. Jika pemacu CD – ROM terkunci disebabkan oleh
cakera kemungkinan untuk rosak adalah tinggi kerana terdapat arus
lebihan ataupun punca laser rosak.
iii. Jangan membiarkan komputer dengan pemacu CD – ROM
ditempat panas terik, berhabuk, lembap, dan gegaran.
iv. Pin pemilih yang terdapat pada CD – ROM hendaklah berada pada
kedudukan yang betul mengikut IDE port.
v. Elakkan daripada menggunakan cakera tiruan yang kotor. Ini akan
meletihkan pemacu CD – ROM.

Rajah 7.17: Sebuah pemacu CD-ROM dan komponen-komponen nya

7.7 Kad Suara


Kad suara berguna supaya pengguna dapat berinteraksi dengan komputer. Jika
anda bercadang untuk bermain game ataupun melayari internet, anda memerlukan
kad suara. Kad – kad suara yang digunakan ada bermacam jenis sama ada 8 bit,16
bit dan 32 bit dengan keluaran stereo.
MENGESAN MASALAH DAN MEMBAIKPULIH PERKAKASAN E3005/UNIT7/21

Rajah7.18 : Kad Suara jenis Sound Blaster untuk kualiti bunyi 16 bit

Biasanya kad suara jarang rosak dan jika rosak ia perlu diganti dengan yang baru.
Berhati – hati ketika membuat penyelenggaraan terhadap kad suara dan elakkan
daripada cas elektrostatik.

7.8 Mikrofon

Mikrofon merupakan salah satu peranti masukan bagi komputer. Arahan boleh
dibuat oleh pengguna tanpa menggunakan papan kekunci atau tetikus, tetapi
dengan suara melalui mikrofon.

Rajah7.19 : Sejenis mikrofon yang biasa digunakan kepada komputer Macintosh


iaitu mikrofon Apple Plain Talk
MENGESAN MASALAH DAN MEMBAIKPULIH PERKAKASAN E3005/UNIT7/22

Komputer akan mengecam suara dari mikrofon dan mentafsirkannya. Kaedah ini,
amat bergunakan untuk pengguna cacat. Jarak antara pengguna dengan mikrofon
hendaklah pada had kepekaannya.

Rajah7.20: Mikrofon tradisional boleh juga bersambung ke port mikrofon


komputer menggunakan penyesuai penyambung

Rajah7.21: Mikrofon di reka bentuk untuk memintas bunyi mengikut


corak tertentu.

7.9 Speaker

Speaker adalah disambung pada keluaran kad suara. Pemilihan speaker hendaklah
bersesuaian dengan kad suara, jika tidak speaker akan rosak. Ini kerana speaker
juga mempunyai had input tertentu yang sesuai dengannya.
MENGESAN MASALAH DAN MEMBAIKPULIH PERKAKASAN E3005/UNIT7/23

Rajah7.22: Speaker multimedia yang biasa digunakan pada komputer

Kebiasaannya kerosakan speaker berlaku pada gegelung dawai yang terdapat


pada speaker atau berlaku kerosakan penguat audio. Bekalan kuasa speaker juga
boleh rosak jika digunakan terlalu lama. Apabila penguat audio, bekalan kuasa
dan speaker rosak ianya boleh dibaiki atau jika kosnya tinggi eloklah
mendapatkan yang baru.

7.10 MPEG kad

Melihat tayangan gambar pada komputer dengan monitor resolusi tinggi amatlah
menyeronokan. Ini kerana grafik yang diberikan oleh monitor adalah lebih
berkualiti.
MENGESAN MASALAH DAN MEMBAIKPULIH PERKAKASAN E3005/UNIT7/24

Rajah7.23 : MPEG kad boleh dikenali daripada penyambung-


penyambungnya.Salah satu port penyambungnya bertulis to TV

Dengan MPEG kad, penggunaan ingatan komputer adalah minimum. Pergerakan


visual adalah lebih lancar berbanding menggunakan perisian komputer. Jika anda
mempunyai monitor komputer yang kecil maka anda boleh menyambung
keluaran MPEG kad anda kepada masukan television. Gambar yang didapati
adalah besar dan jelas.

7.11 Cara-Cara Pemasangan Komponen Multimedia.

Kompenen multimedia yang hendaklah di pasang pada slot mengikut apa yang
dicatatkan dalam buku panduan papan litar utama. Pastikan juga tangan anda
tidak menyentuh kaki kad suara dan lain-lain kad kerana.ini boleh merosakkan
system multimedia .

Anda mungkin juga menyukai