Anda di halaman 1dari 6

Bahana nafsu

Oleh Mohd Azis Ngah


azis@bharian.com.my

SETIAP kali berakhirnya sambutan yang membabitkan ‘kemeriahan’ pada sebelah malamnya di
negara ini, tiga bulan selepas itu akan menyaksikan peningkatan kes membuang bayi dan
mengandungkan anak luar nikah.

Tempoh ini ibarat ‘musim mengawan’ kerana tiga bulan selepas itu rumah perlindungan wanita
akan mencatatkan peningkatan kes wanita tidak bersuami mengandung memohon ‘perlindungan’
dan di seluruh negara pula akan mencatatkan kes buang bayi sama ada yang ditemui masih hidup
atau ada janin dibuang di dalam semak, tandas awam atau pusat pembuangan sampah.

Cukup menarik untuk membicarakan topik ini kerana umumnya ia membabitkan pasangan yang
mengadakan hubungan intim membawa kepada perlakuan seks terlarang. Soal sah atau haram
diketepikan pelakunya, asalkan hasrat nafsu serakah dicapai.

Istilah ‘mengawan’ mungkin lebih menjurus kepada binatang dan konteks ini ia memang normal,
bahkan soal bertukar pasangan bukan masalah besar. Bagaimanapun, dalam lingkungan
penghidupan manusia normal, apatah lagi umat Islam yang tergolong dalam kategori
berpelajaran dan pendidikan tinggi, ia sepatutnya tidak berlaku.

Menariknya, ‘musim mengawan’ ini berlaku serentak setiap kali adanya sesuatu sambutan
membabitkan cuti umum atau dikaitkan dengan meraikan bersama kekasih seperti Tahun Baru,
kemerdekaan atau ‘Hari Kekasih’ (Valentine’s
Day).

Ketika itu jugalah, anak muda bergelar pelajar


Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan
Swasta (IPTS) tidak terkecuali ‘mengawan’ sama
ada mendapat persetujuan bersama atau tidak
sengaja bersama pasangan masing-masing.

Soal hukum agama diketepikan sama sekali, soal


baik buruknya perbuatan mereka yang bergelar
pelajar universiti juga dibuang ke dalam tong
sampah. Paling penting, naluri hati dan nafsu
mesti dipenuhi.

Kenyataan ini bukan omongan kosong.


Hakikatnya, jika dilihat pada statistik kes buang
bayi atau kes gadis mengandung anak luar nikah,
ia secara konsisten menunjukkan trend ini selepas
beberapa bulan atau maksimum sembilan bulan
selepas sesuatu perayaan berlangsung.

Ini diakui Pengarah Kem Modal Insan Kewaja,


Yahya Mohamed Yusof, 45, yang kini sudah Penghuni Kem Bina Insan Kewaja
mengendalikan lebih 3,000 kes mengandung anak mengikuti sesi agama dan kaunseling.
luar nikah sejak 1998. Rata-ratanya berusia 17
hingga 23 tahun yang mana mereka sebenarnya
dalam peringkat mencari ilmu, bukannya mencari keseronokan seks.

Kewaja yang ditubuhkan atas inisiatif Yahya bersama isterinya, kini dikhaskan untuk membantu
dan menguruskan gadis mengandung anak luar nikah, bertujuan membawa mereka kembali ke
pangkal jalan dan pada masa sama mengelak meningkatnya kes membuang bayi.

Pesta hiburan dan sambutan Hari Kekasih banyak


menyumbang kepada perlakuan seks bebas.
“Kira-kira 50 peratus daripada mereka pelajar sekolah menengah atas dan IPT. Memang diakui,
setiap kali tiba musim perayaan, kami akan menerima banyak kemasukan baru beberapa bulan
selepas itu.

“Kita perlu melihat ke belakang untuk mengkaji fakta itu dan ia dikira berdasarkan usia
kandungan mereka. Kebanyakan mereka mengandung pada bulan yang memang ada sesuatu
perayaan atau sambutan berlangsung. Kononnya itu masa bersuka ria.

“Kita jangka pada sambutan Hari Kekasih pada Februari lalu kes gadis mengandung di luar
nikah akan meningkat selepas Mei kerana kebiasaannya, gadis terbabit hanya menyedari mereka
mengandung tiga bulan selepas itu,” katanya.

Ketika ini pusat itu menguruskan 55 peserta wanita yang sedang menunggu masa kelahiran bayi
mereka mengikut tempoh berbeza. Puratanya, dianggarkan antara 15 hingga 20 orang akan
keluar masuk pusat itu setiap bulan.

Logiknya, itu hanya statistik daripada sebuah pusat sukarela, belum dikira pusat lain, kes
mendiamkan diri atau yang nekad menggugurkan anak semata-mata mahu mengelak
menanggung aib diri dan keluarga.

Berdasarkan kaji selidik dan pengalaman Yahya menguruskan pusat itu sejak 21 tahun lalu, ada
antara peserta yang beranggapan pertemuan romantik pasangan kekasih sempena Hari Kekasih
atau cuti umum sebagai simbolik upacara ‘pecah dara’.

Berlainan bagi Yahya yang tetap menganggap semua gadis di bawah jagaannya sebagai mangsa
rogol walaupun ada yang mengadakan seks atas dasar suka sama suka.

“Seks mestilah melalui proses yang betul, mesti ada peraturan. Tiada wanita yang merancang
membuatkan diri dilanda musibah, ini semua disebabkan tipu daya lelaki. Tiada yang teringin
nak mengandung anak luar nikah.

“Saya anggap semua kes di sini sebagai kes rogol disebabkan mereka jadi pemuas nafsu lelaki.
Apa yang boleh disimpulkan ialah bencana maksiat iaitu semua jenis maksiat di negara kita
semakin teruk, perlu ada sikap menegur dan mencegah,” katanya.

Gadis serah tubuh selepas terjerat umpan cintaBAGI sesetengah pelajar Institut Pengajian
Tinggi (IPT), ada yang sanggup memendekkan cuti semester dua bulan di kampung bersama
keluarga semata-mata mahu menghabiskan masa bersama teman lelaki di kampus di penghujung
musim cuti.

Tempoh masa cuti semester itu juga dianggap masa paling sesuai untuk berpacaran dan lebih
teruk ia adalah masa ‘tepat’ untuk mengawan kerana mereka baru saja selesai melepaskan beban
menduduki peperiksaan dan semester baru belum bermula.

Mengakui hakikat itu, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti
Pendidikan Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Mariani Md Nor, menjelaskan apabila
dalam keadaan berdua-duaan, ia akan mengaktifkan naluri ghairah manusia.
“Itu sebenarnya memberi ruang dan peluang. Waktu mengawan ini juga bermusim, sama seperti
jenayah lain, ada kesinambungan tetapi kesannya akan sentiasa diingati. Ia berlaku pada masa
tertentu, musim balik bercuti semester, waktu perayaan, misalnya sambutan tahun baru dan Hari
Kekasih.

“Jika dibincangkan dalam aspek IPT, sesetengah universiti ketika ini adalah musim peperiksaan
dan cuti akan bermula Mei hingga Julai ini. Tetapi peliknya, ramai yang akan datang awal, itulah
masa nak memadu kasih, jumpa kekasih,” katanya.

Selain aspek hubungan pasangan kekasih, Dr Mariani juga menegaskan ada antara pelajar yang
sebenarnya terhutang budi dengan ‘pelabur’ terdiri daripada individu yang sudah bekerja, bahkan
berumahtangga yang banyak membantu mereka mengatasi masalah kewangan kritikal.

Mereka berkawan rapat, diberi sokongan kebendaan, komputer riba dan wang ringgit
menyebabkan mereka mudah merelakan apa saja kehendak teman lelaki mereka.

“Apabila ada individu yang boleh memudahkan kehidupan, keperluan mereka akan mudah
terjerumus ke arah perbuatan moral tidak sihat. Bagaimana seseorang berpendidikan tinggi tidak
boleh menilai bahawa seseorang yang memberikan kemewahan sebenarnya mengharapkan
ganjaran.

“Berdasarkan pengalaman dalam mengendalikan kes begini, kebanyakan mereka hanya sedar
apabila berlaku sesuatu yang tidak sepatutnya, terlanjur atau mengandung. Ini belum dikira
kategori bersekedudukan... sudah macam suami isteri,” katanya.

Apabila keadaan bertambah genting, pasti mereka akan mencari jalan penyelesaian, jika bernasib
baik, mereka akan ditunjukkan jalan yang betul, mendapatkan nasihat tetapi jika tersalah tempat
sudah pasti akan ada yang mengesyorkan supaya menggugurkan kandungan.

“Mendapatkan pertolongan keluarga adalah perkara paling berat dan sukar kerana sudah pasti
akan dimarahi. Caranya ialah mereka mendapatkan pandangan rakan rapat, tetapi kami
nasihatkan supaya teruskan kandungan, pergi ke saluran tertentu, kaunselor atau badan bukan
kerajaan (NGO).

“Mereka sudah buat salah, jangan buat kesalahan kedua membuang atau membunuh bayi dalam
kandungan. Masih ada ruang untuk perbaiki dan pulihkan akhlak.

Namun, tegasnya dalam mengendalikan masalah ini, masyarakat perlu mengubah stigma negatif
yang memandang serong mengandung anak luar nikah kerana ada kes teraniaya, misalnya
dirogol ketika dalam keadaan khayal.

Kes pelajar mengandung sebelum kahwin

Kes pertama:

SARA (nama samaran), kini berusia 21 tahun. Ketika rakan sekelasnya sedang berjuang
menghabiskan masa belajar di dewan kuliah, beliau kini menunggu masa saat kelahiran bayinya
yang dijangka penghujung Mei ini.

Kejadian yang berlaku bukan keinginannya, tetapi akibat ledakan nafsu yang gagal dikawal,
beliau menanggung sengsara mengandung anak luar nikah. Teman lelakinya menuntut di IPT
sama meneruskan pengajian, meneruskan lakonan seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Biarpun bergelar pelajar universiti yang sepatutnya berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu,
ia bukannya tembok kebal yang kukuh menahan nafsu serakah, segala-galanya bermula ketika
musim cuti semester pada 2008, ketika usia Sara baru mencecah 20 tahun.

Sara dan temannya lelakinya sudah lama berkenalan sejak di bangku sekolah di selatan
Semenanjung. Boleh dikatakan, sama-sama masuk universiti dan berulang alik ke kampung
setiap kali cuti kerana haluan mereka juga sama.

Detik malang hidupnya bermula pada September lalu ketika beliau bersama teman lelakinya tiba
di ibu negara menaiki bas untuk pulang ke kampus. Ketika itu Ramadan, bulan mulia bagi umat
Islam mengerjakan puasa.

Hendak dijadikan alasan atau itu memang perancangan, mereka tiba lewat malam di ibu negara.
Anehnya, ketika jam 11 malam, mereka mendakwa kebuntuan bagaimana mahu pulang ke
kampus, lantas menyewa hotel murah sekadar untuk bermalam sementara menunggu siang untuk
pulang.

Meskipun bas atau komuter, transit aliran ringan (LRT) sudah tamat perkhidmatannya, ibu kota
sebenarnya tidak pernah sunyi untuk mendapatkan khidmat teksi, ke mana saja destinasi.

Apabila berdua di dalam bilik hotel, sudah tentu ada pihak ketiga. Meskipun Sara dan
pasangannya penuntut kursus agama, ternyata bekalan ilmu agama mereka masih kurang sekali
gus hanyut atas desakan syaitan.

“Ini bukan soal ganjaran, soal hadiah atau suka sama suka. Kami hanya lakukan sekali saja.
Terus melekat dan saya hanya sedar mengandung apabila masuk bulan kelima. Perut saya kecil,
sebab itu tidak ketara.

“Walaupun agak pelik kerana sudah beberapa bulan tidak datang haid, saya anggap perkara biasa
hingga masuk bulan kelima.

“Kami berusaha mencari jalan termasuk melalui internet. Akhirnya kami menemui pusat Kewaja
dan datang ke sini. Saya akan serahkan anak ini kepada keluarga angkat dan teruskan pengajian
selepas ini,” katanya dengan air mata bergenang.

Sehingga kini, ibu bapanya masih belum tahu bahawa anak kesayangan mereka sebenarnya
bercuti daripada pengajian kerana menunggu masa menyambut kelahiran anak yang tidak
dirancang.

Kes kedua.

INA (nama samaran) juga mempunyai masalah dan jalan cerita hampir sama dengan Sara.
Semuanya berlaku ketika cuti semester.

Gadis Pantai Timur ini juga bermalam bersama kekasihnya gara-gara kehabisan tiket bas ekspres
untuk pulang bercuti ke kampung halaman di negeri berjiran. Ketika itu, usianya baru 18 tahun
dan kini pelajar sebuah institut pendidikan itu bakal bergelar ibu ketika usianya memasuki 19
tahun.

Beliau mendakwa dipaksa teman lelakinya mengadakan seks. Sebaik saja mereka mendapati
tiket bas ekspres habis, teman lelaki Ina membawanya bermalam di rumah nenek dan di situlah
bermula detik hitam dalam hidupnya.

“Kami hanya lakukan hubungan seks sekali saja dan saya teruskan pengajian seperti biasa.
Teman lelaki tidak bekerja dan sebenarnya kami baru beberapa bulan berkenalan. Saya hanya
sedar mengandung selepas tiga bulan.

“Memang keluarga mengamuk dan ibu saudara yang menghantar saya ke sini. Mereka bimbang
masa depan saya dan anak,” katanya.

Ditanya kenapa tidak membuat laporan polis jika dirogol, Ina terdiam dan jelasnya, bapa anak itu
adalah teman lelakinya.

Anda mungkin juga menyukai