Anda di halaman 1dari 2

NAMA:____________________________________________________ KELAS:____________

PANTUN SEMANGAT KEJIRANAN

Ali ternampak si ikan paus, paus terdampar di pantai murni, semangat kejiranan semakin pupus, mengapa berlaku perkara ini?. pokok bunga penghias taman, berwarna-warni di tepi jalan, kenali jiran erat kemesraan, moga ukhwah dilimpahi keberkatan. kembang elok ekor si merak, merak beraksi menunjuk kehebatan, tertangga menyepi jiran berporak, tercapaikah impian semangat kejiranan?. pergi ke sungai memancing ikan, membawa ikan di dalam raga, bersatu padu marilah kita amalkan, menghidupkan semula rukun tetangga. mari bersama menahan pukat, pukat ditahan di sungai hilir, hidup berjiran harus muafakat, kenapa ia semakin terpinggir?. Petang hari duduk di bendang, melihat murai terbang berkawan, tidak sempurna iman seseorang, jika jiran dijadikan lawan.

NAMA:____________________________________________________ KELAS:____________

Si dara bersimpuh menyulam tekat buat teruna jadi bekalan jiran baik membawa berkat hidup bermuafakat jadikan amalan. Petang hari duduk di bendang melihat murai terbang berkawan tidak sempurna iman seseorang jika jiran dijadikan lawan. Jangan mudah berputus asa hingga termenung berduka lara jiran berbudi kita berbahasa barulah hidup aman sejahtera. Biar di desa mahupun di kota amalkan kerja berganding bahu jangan kerana kemewahan kita jiran berlapar buat tak tahu.

Anda mungkin juga menyukai