Anda di halaman 1dari 24

SITUASI : Walaupun selalu diejek dan ditertawakan oleh rakan-rakan sekelasnya , Afiq tidak pernah marah

atau membalas ejekan tersebut .

SITUASI : Anita mengulangkaji pelajaran pada setiap

malam sebagai persediaan menghadapi


peperiksaan UPSR pada bulan September nanti .

SITUASI : Penduduk penduduk di Kampung Ulu Tawar bergotong-royong membina semula rumah Nek Limah yang roboh ditimpa pokok pada minggu lalu.

SITUASI : Murid-murid di Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar

berdiri tegak lalu menyanyikan lagu kebangsaan dengan penuh lantang dan semangat .

SITUASI : Roslan menyerahkan beg dompet berisi wang yang telah dijumpainya di tepi jalan kepada pihak

polis .

SITUASI : Wahida disenangi oleh kawan-kawan dan gurugurunya kerana dia selalu bercakap dengan

lemah lembut dan tidak pernah berkasar bahasa .

SITUASI : Sebagai seorang abang , Khalid sentiasa beralah

dan tidak pernah berebut dengan adik-adiknya


yang masih kecil .

SITUASI : Murid-murid di Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar beratur semasa membeli makanan ketika waktu rehat .

SITUASI : Semenjak tinggal di asrama , Amin telah membuat

kerja-kerja harian seperti mencuci dan melipat pakaiannya sendiri tanpa bantuan orang lain .

SITUASI : Puan Siti menjaga rumah jirannya dengan baik semenjak jirannya pulang ke kampung beberapa hari yang lalu .

SITUASI : Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum , kita seharusnya saling hormat-menghormati dan mesra antara satu sama lain walaupun berbeza budaya .

SITUASI : Encik Daud dan Puan Mariam telah melawat

jirannya yang sedang sakit dan dirawat di Hospital


Seberang Jaya .

SITUASI : Hayati kasihan melihat kucing yang cedera dilanggar motosikal itu lalu membawanya pulang ke rumah untuk dirawat .

SITUASI : Akil berazam untuk mendapat 5A dalam

peperiksaan UPSR bagi melayakkan dirinya belajar


di sekolah berasrama penuh .

SITUASI : Walaupun sedih dengan kematian suaminya yang meninggal dunia dalam kemalangan , Puan Halimah tetap redha dan cekal menghadapi dugaan itu .

SITUASI : Setelah berjaya menamatkan pelajarannya di universiti , Hariz berniat untuk menjaga kedua ibunya pula kerana telah banyak berkorban untuknya .

SITUASI : Setiap hari , Fahmi akan menyimpan lebihan wang belanja sekolahnya ke dalam tabung .

SITUASI : Setiap hari , Khadeeja pasti akan berdoa agar kedua ibu bapanya dilindungi Allah selepas selesai

menunaikan solat .

SITUASI : Amira bukan sahaja anak yang baik , malah dia sangat menghormati orang tua dan lemah-

lembut dengan orang lain .

SITUASI : Dalam mesyuarat itu , penduduk Kampung Padang Belon sebulat suara bersetuju untuk membuat

longkang sekitar kampung secara beramai-ramai .

SITUASI : Cikgu Ehsan telah menyiasat kes pergaduhan antara Rahim dan Badrul untuk mengetahui

puncanya sebelum mengambil tindakan disiplin .

SITUASI : Julia tidak pernah berputus asa untuk memperbaiki kelemahannya dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dengan melakukan ulangkaji setiap hari.

SITUASI : Walaupun keuntungan berniaga kuih hari ini tidak

banyak , namun Mak Timah tetap berpuas hati dan seronok melakukannya .

SITUASI : Sungguhpun Tuan Kamal seorang jutawan , namun dia tidak pernah sombong akan kekayaannya dan sering bersedekah kepada fakir miskin .

Anda mungkin juga menyukai