Anda di halaman 1dari 3

Ummu Aqilah Bt Raizul Azis (BM Penulisan UPSR 2012)

Contoh latihan karangan soalan 1 : Hidup sepakat membawa berkat Desa Warisan adalah sebuah kampung yang aman damai. Kampung ini terletak di seberang sebuah sungai. Seseorang mesti melalui sebuah jambatan apabila hendak ke kampung tersebut. Pada suatu hari hujan ribut menyebabkan jambatan itu patah dan runtuh. Keesokannya penduduk Desa Warisan beramai-ramai membina jambatan tersebut. Sekejap sahaja jambatan itu siap dibina dan boleh digunakan semula. Penduduk Desa Warisan hidup bersatu padu demi keamanan kampung.Mereka bergotong-royong membuat kerja-kerja terutamanya kerja-kerja menanam padi, membina serau , balai raya dan sebagainya. Mereka juga menubuhkan persatuan-persatuan seperti persatuan kebudayaan, persatuan belia , kelab keceriaan untuk menjalankan berbagai aktiviti yang dapat memajukan dan mengeratkanlagi hubungan antara penduduk. Pendeknya Desa Warisan sukar digugat oleh anasir-anasir yang tidak baik kerana sikap mereka yang bersatu padu dan sentiasa meningkatkan permuafakata mereka untuk memajukan desa yang tercinta , bak kata pepatah Hidup sepakat membawa berkat. Oleh hal yang demikian tidak hairanlah kalau Desa Warisan terpilih menjadi kampung terbaik di peringkat negeri dalam pertandingan antara kampung baru-baru ini. Selain itu, kampung tersebut telah menjadi tumpuan kampung-kampung lain untuk meninjau rahsia kejayaanya.

Ummu Aqilah Bt Raizul Azis (BM Penulisan UPSR 2012)

DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN Malu, malu, di mana akan aku sorokkan mukaku . Rasa malu dan sedih menyelubungi diriku apabila cikgu mengembalikan kertas Sains dan Bahasa Inggeris. Aku cuma mendapat 25 dan 30 peratus. Ini bermakna aku mendapat D bagi kedua-dua matapelajaran.. Aku bingung , dulu sewaktu aku dalam tahun lima markahku tidak seteruk ini. UPSR enam bulan lagi. Fikiranku terus berkecamuk , aku benar-benar insaf , akau telah banyak menghabiskan masaku di padang. Sepatutnya , kecemerlanaganku di padang seiring dengan kecemerlangan di kelas. Aku berjanji pada diriku untuk menebus kegagalalan ini. Ibu memang tidak menghalang aku aktif dalam bidang sukan, tetapi ibu sentiasa mengigatkan aku agar pandai membahagikan masa , selain itu ibu juga menyuruh aku mengikuti kelas tuisyen tetapi aku sentiasa memberikan alasan UPSR masih jauh lagi. Sekarang baru aku sedar , bahawa aku telah jauh tertinggal daripada rakan-rakanku. Mulai hari itu aku akan mengikuti kelas tuisyen , di samping membuat latihan intensif sekurang-kurangnya tiga jam sehari, aku yakin akau akan dapat memperbaiki kelemahanku. Aku juga akan mengikuti Klinik UPSR , untuk memastikan aku mendapat maklumat-maklumat terkini teknik belajar yang berkesan. Tiga bulan berlalau , dalam ujian pertengahan semester aku hampir-hampir tidak percaya markahku telah melonjak hampir mencapai A. Walaupun aku masih ketinggalan jika dibandingkan dengan rakan-rakanku yang lain aku tetap yakin menjelang ujian percubaan UPSR nanti aku boleh mencapai markah yang maksimum. Apabila keputusan ujian percubaan dikeluarkan , aku mendapat 5A . Aku mampu tersenyum, usahaku sejak lima bulan yang lalu benar-benar memeberi kesan. Aku yakin aku akan beroleh kecemerlangan dalam UPSR yang akan belangsung sebulan lagi jika

Ummu Aqilah Bt Raizul Azis (BM Penulisan UPSR 2012)

akau terus meningkatkan usahaku. Bak kata pepatah di mana ada kemahuan di situ ada jalan .

Anda mungkin juga menyukai