Anda di halaman 1dari 2

Fakta-fakta Menarik tentang Rasulullah S.A.W. 1) Rasulullah S.A.W.

tidak melepaskan tangannya ketika berjabat tangan sebelum sahabatnya melepaskan terlebih dahulu. 2) Rasulullah S.A.W. tidak pernah menghulurkan kaki di hadapan sahabat-sahabatnya. 3) Baginda menoleh dengan seluruh badannya dan menunjuk dengan seluruh jarinya. 4) Baginda kalau berbicara sesekali menggigit bibir tanda berfikir dan menepuk telapak tangan kiri dengan jari telunjuk. 5) Rasulullah S.A.W. tidur dengan beralaskan pelepah sebanyak 4 lapis dan di kala musim dingin, dipakai 2 lapis dan 2 lapis dijadikan selimut. (Sehingga Saidina Umar R.A. menangis membandingkan gaya hidup Rasulullah dengan pemerintah yang lain ketika itu). 6) Harta baginda yang paling mewah adalah sepasang alas kaki yang berwarna kuning, hadiah daripada Negus, pemerintah Abissinia . 7) Rasulullah S.A.W. tinggal di pondok kecil beratap jerami yang kamar-kamarnya dipisahkan oleh batang-batang pohon yang diikat dengan lumpur bercampur kapur. 8) Baginda sendiri yang menyalakan api, memerah susu dan menjahit alas kakinya yang putus. 9) Santapan nabi yang paling mewah, meskipun jarang dinikmatinya adalah madu, susu dan lengan kambing. 10) Nabi S.A.W. ialah seorang yang gagah namun memiliki senyuman yang memikat hati dan malu mempermalukan orang. 11) Baginda merupakan contoh manusia yang sempurna iaitu pekerja, pemikir, pengabdi Allah dan seniman. 12) Rasulullah S.A.W. selalu memilih yang termudah, selama halal bila berdepan dengan pilihan. 13) Senyumannya menyejukkan, digambarkan seperti butir salju di oase. 14) Nabi S.A.W. tidak pernah sakit gigi kerana baginda bersiwak tidak kurang 10 kali sehari. 15) Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.

Ciri-ciri Fizikal Rasulullah S.A.W. 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) 9) 10) Berpostur tubuh sedang dan tegap. Tinggi tubuh sedang, tidak tinggi dan tidak rendah. Warna kulit yang sedang dan cerah, tidak terlalu putih dan tidak terlalu hitam. Sendi-sendi tulang baginda kuat. Bentuk kepala baginda agak besar dan kuat. Rambut baginda tidak keriting, namun juga tidak lurus, agak berombak. Rambutnya cukup tebal, panjangnya sampai batas telinga. Memiliki dahi yang lebar. Wajah baginda bercahaya. Alis mata melengkung dan tebal. Di antara alis baginda adanya urat darah halus yang berdenyut bila baginda beremosi. 11) Warna mata hitam dan memiliki bulu mata yang panjang. Terlihat garis-garis merahnya.

12) Hidung baginda agak melengkung dan berkilat jika terkena cahaya serta nampak agak menonjol jika kita pertama kali melihatnya, padahal tidak sedemikian sebenarnya. 13) Mulut yang sedang, agak lebar. 14) Gigi yang putih dan agak renggang. 15) Memiliki janggut hitam dengan uban putih. Janggut baginda nipis tapi penuh rata sampai ke pipi. 16) Bahu yang bidang dan kukuh. 17) Memiliki tangan, kaki dan dada yang kembang. 18) Pergelangan tangan yang cukup panjang. 19) Jari-jemari tangan dan kaki baginda tebal dan lentik memanjang. 20) Telapak tangan dan kaki beliau agak padat dan berisi. 21) Daerah di sekitar tulang belikat cukup lebar. 22) Memiliki tanda kenabian di antara tulang belikat. 23) Dada dan pinggang seimbang ukurannya. 24) Lengan dan dada di bahagian atas baginda berbulu. 25) Terdapat bulu-bulu halus tumbuh di dada baginda dan terus ke bawah hingga pusar. 26) Bahagian-bahagian tubuuh baginda tidak ditutupi bulu lebat, nampak bersih dan bercahaya. 27) Tumit yang langsing. 28) Telapak kaki yang cukup lengkungannya dan atasnya halus dan bagus bentuknya.

Anda mungkin juga menyukai