Anda di halaman 1dari 3

Cara Melaksanakannya:

. 1. Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:

U-shol-lii sun-na-tal wit-ri rok-a-tai-ni lil-laa-hi ta-aa-laa. Daku Solat Sunat Witir dua rakaat, kerana Allah Taala. . 2. Bacaan selepas Fatihah: Rakaat pertama: Surah Al-Alaa Rakaat kedua: Surah Al-Kafiruun . 3. Sesudah salam, terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi rakaat Witir. . 4. Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:

U-shol-lii sun-na-tal wit-ri rok-a-tan lil-laa-hi ta-aa-laa. Daku Solat Sunat Witir satu rakaat, kerana Allah Taala. . 5. Selepas Al-Fatihah pada rakaat terakhir, dibaca Surah Muawwizat iaitu: a) Al-Ikhlas, b) Al-Falaq dan c) An-Naas. Al-Nasai meriwayatkan daripada Kaab r.a., ia berkata: Rasulullah Sallallahu Wasallam membaca dalam solat Witir dengan Surah Al-Alaa, Al-Kafiruun dan Al-Ikhlas. . Alaihi

. Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0461. Ishaq bin Ibrahim bin Habib bin Syahid Al Bushri menceritakan kepada kami, Muhammad bin Salamah Al Harrani memberitahukan kepada kami dari Khusaif dari Abdul Aziz bin Juraij berkata: Saya bertanya kepada Aisyah, membaca surat apa ketika Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengerjakan solat witir? Aisyah menjawab: Baginda membaca pada rakaat pertama dengan: Sabbihisma Rabbikal Alaa, Qul Yaa Ayyuhal Kaafiruun pada rakaat kedua, dan Qul Huwallaahu Ahad dan Muawwidzatain pada rakaat ketiga. . .

WIRID DAN DOA SELEPAS SOLAT WITIR


1. Selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan:

. Zikir ini dibaca tiga kali dan pada kali yang ketiga hendaklah menaikkan suara. RasulullahSallallahu Alaihi Wasallam setelah salam dari solat witir berkata: Subhanallah Malikil Qudduus tiga kali dan meninggikan suaranya pada zikir yang ketiga. (Hadis dari Ubay bin Kaab) . 2. Kemudian dibaca 1 kali kalimah berikut:

. 3. Seterusnya boleh dibaca doa-doa berikut:

4. Adakalanya Rasulullah SAW membaca doa:

. 5. Diakhiri dengan Doa Solat Sunat Witir

Anda mungkin juga menyukai