Anda di halaman 1dari 2

PUISI TRADISIONAL Pantun Dua Kerat (Nasihat)

5.

Gaharu, cengal, giam, Tak tahu, tak kenal, diam. Jika ada padi berhampalah, Jika ada hati berasalah. Sakit pandan tak tahukan duri, Sakit badan tak tahukan diri. Dengar cakap enggang makan buah belolok, Dengar cakap orang terjun masuk lubuk. Ada beras taruh dalam padi, Ada ingat taruh dalam hati. Mahal imam, murahlah khatib, Mahal demam, murahlah sakit. (Dipetik daripada Antologi Gema Sepi Gadis Genius, Dewan Bahasa dan Pustaka) SET 1 3. 1. Pemantun melalui rangkap pertama menasihati kita agar A. mendiamkan diri jika ditanya tentang sesuatu perkara B. berdiam diri jika dianya tentang perkara yang telah dikeahui oleh semua orang C. lebih baik tidak berkata apa-apa jika tidak pasti atau tahu tentang sesuatu perkara D. seelok-eloknya mendiamkan diri apabila tidak mengetahui secara lanjut tentang sesuatu perkara 2. Maksud rangkap ketiga pantun ialah A. kita perlu tahu bila kita akan jatuh sakit B. kita mestilah ingat akan orang lain apabila jatuh sakit C. apabila sakit hendaklah sentiasa ingat dan sedarkan diri D. apabila sihat janganlah lupa ketika kita ditimpa sakit

Yang manakah antara yang berikut bukan pengajaran yang terkandung dalam pantun 2 kerat A. kita tidak boleh terlalu mendengar kata-kata orang B. kita tidak boleh mengambil tahu tentang hal orang lain C. kita mestilah sentiasa mendengar nasihat yang diberikan kepada kita D. kita mestilah sentiasa peka dan sedar tentang permasalahan yang berlaku di sekeliling kita

SET 2 1. Apakah maksud diam dalam rangkap pertama pantun tersebut A. Tidak mengendahkan sesiapa B. Mendiamkan diri apabila ditanya C. Membungkam ketika berkomunikasi D. Tidak mengeluarkan pendapat secara melulu 2. Apakah pesanan pemantun berdasarkan rangkap keempat A. tidak perlu jaga hati orang lain B. jangan patuh akan ajakan rakan C. jangan ikut cakap orang secara membuta tuli D. perlu sentiasa mendengar nasihat rakan-rakan Apakah pengajaran yang terdapat dalam rangkap terakhir pantun tersebut A. kita perlulah makan ubat jika sakit B. kita perlulah menjaga kesihatan diri C. kita perlulah berwaspada jika demam D. kita perlulah redha jika ditimpa penyakit Yang manakah antara ciri berikut bukan salah satu bentuk pantun tersebut A. terdiri daripada enam rangkap B. setiap baris mempunyai 4 hingga 6 patah kata C. setiap baris terdiri daripada 7 hingga 12 suku kata D. bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama iaitu 2 baris Yang manakah unsur alam sepenuhnya? A. gaharu, cengal, giam B. Jika ada padi berhampalah C. Ada beras taruh dalam padi D. Sakit pandan tak tahukan duri

4.

5.

Jika ada padi berhampalah, jika ada hati berasalah

SAJAK: PERSAHABATAN I Seorang kanak-kanak berbaju kurung nampak cantik berlesung pipit beralis lentik bermain-main riang, keseorangan pada wajahnya meriak gembira pada bibirnya menguntum ceria berderai ketawa mengocak suasana. II Seorang kanak-kanak Berpakaian ceongsam bertocang dua Bergincu pipi tampak ceria tiba-tiba datang menerpa bertegur sapa menghulur senyum dan ketawa manja pada wajahnya menyerlah keriangan

3.

Pengulangan kata jika dalam baris di atas ialah gaya bahasa A. Responsi B. Aliterasi C. Anafora D. sinkope Yang berikut merupakan ciri-ciri dalam pantun ini kecuali: A. terdiri daripada 6 rangkap B. rima akhir baris ialah aa C. terdiri daripada 2 baris dalam satu rangkap D. setiap baris pantun merupakan maksud

4.

mereka bermain alang-kepalang berkejar-kejaran tanpa halangan III Seorang kanak-kanak Bersari bergelang kaki Bertindik hidung menguntum seri Melihat saja telatah manja si comel berdua, bermain, dan tertawa dirinya bagai digamit bermain bersama berkongsi kemesraan menterjemah makna kejiranan IV Ah, kanak-kanak biar berlainan agama biar berlainan bangsa mereka saling bersalaman dan berpeluk mesra tanpa menghiraukan adat dan budaya membina keakraban tanpa curiga membentuk perpaduan tanpa prasangka bersatu hati membentuk jati diri ke arah wawasan lebih bererti

5. Yang manakah antara yang berikut bukan pengajaran yang terkandung dalam sajak Persahabatan? A. Kita perlu membiarkan anak-anak kita bermainmain di taman permainan B. Kita hendaklah sentiasa menjaga keharmonian kaum C. Janganlah kita bersikap prasangka hanya disebabkan oleh perbezaan bangsa dan budaya D. Kita hendaklah hisup sepakat dan berbaik-baik antara pelbagai kaum

SET 2 1. Antara berikut yang manakah sama ertinya dengan perkataan curiga yang terdapat pada rangkap keempat baris ketujuh sajak Persahabatan? A. Takut B. Seram C. Sangsi D. Terkejut 2. Berikut merupakan persoalan utama yang ditekankan dala sajak Persahabatan, kecuali A. Perpaduan B. Perbalahan C. semangat kejiranan D. hormat-menghormati 3. Berderai ketawa mengocak suasana Gaya bahasa yang digunakan pada baris sajak di atas ialah A. hiperbola B. metafora C. anaphora D. personifikasi 4. Antara yang berikut, nada yang digunakan oleh pengarang dalam sajak Persahabatan ialah A. Sinis B. Romantik C. Melankolik D. patriotism Membina keakraban tanpa curiga Membentuk perpaduan tanpa prasangka Bersatu hati membentuk jati diri 5. Apakah pengajaran yang ingin disampaikan oleh penyajak dalam baris di atas? A. Kita hendaklah menanamkan sifat kasih sayang dalam diri agar dapat menjalinkan persahabatan yang lebih bermakna B. Kita haruslah menanamkan sikap bersatu padu agar hidup kita lebih harmoni C. Kita haruslah mengekalkan budaya hidup masingmasing dalam masyarakat yang berbilang kaum D. Kita hendaklah saling bertegur sapa dan tidak sombong untuk menjalinkan ikatan persahabatan antara kaum

SET 1 1. Apakah yang menyebabkan kanak-kanak bersari itu ingin bermain bersama-sama? A. kerana melihat gelagat kanak-kanak yang sedang bermain-main B. kerana terdengar dua orang kanak- kanak itu memanggilnya bermain C. kerana melihat keriangan dua orang itu bermainmain D. kerana melihat dua orang kanak-kanak itu menggamitnya dengan mesra 2. Yang berikut ialah tindakan yang dilakukan oleh kanakkanak dalam sajak ini, kecuali A. berkejar-kejaran B. saling bersalaman C. belajar bersama-sama D. berpeluk mesra 3. Bersatu hati membentuk jati diri Pengulangan huruf t dalam baris sajak di atas merupakan unsur A. Response B. Inverse C. Asonansi D. aliterasi 4. Nilai yang manakah yang tidak terdapat dalam sajak ini? A. Keadilan B. Kemesraan C. Perpaduan D. kasih sayang

Anda mungkin juga menyukai