Anda di halaman 1dari 1

Syukur Dan Taubat

Aku syukur pada-Mu Tuhan di atas segala nikmat yang Engkau beri Aku bersyukur kepada-Mu lagi di atas kesyukuran itu Kerana syukur itu satu nikmat yang bersifat maknawi dan rohani Ia adalah satu pemberian-Mu Syukur di atas kesyukuran Begitu juga aku bertaubat di atas dosa-dosaku Seterusnya aku bertaubat di atas taubat-taubatku yang palsu Ertinya taubatku memerlukan taubat lagi Taubat di atas taubat Begitulah yang aku harapkan pada-Mu ingatkan aku Bahawa syukur itu adalah satu nikmat dan anugerah-Mu Agar aku bersyukur di atas kesyukuran itu Seterusnya ingatkan aku Bahawa taubatku adalah palsu Agar aku bertaubat di atas taubat itu Moga-moga aku tidak menipu diriku

Anda mungkin juga menyukai