Anda di halaman 1dari 36

VEK 3033 PENGURUSAN TERNAKAN (2012)

LAPORAN TUGASAN
PENJAGAAN HAIWAN KESAYANGAN
VEK 3033
MEMELIHARA IKAN EMAS

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO MATRIK

ISI KANDUNGAN

1
VEK 3033 PENGURUSAN TERNAKAN (2012)

BIL BUTIRAN MUKA SURAT


1.0 Pengenalan 3-11
2.0 Pengurusan

2.1 Nama haiwan kesayangan 12

2.2 keperluan tempat tinggal 12-14

2.3 keperluan makanan dan minuman 15-17

2.4 keperluan permainan, aksesori dan lain-lain 18-27

2.5 kesihatan dan penyakit 28-29

2.6 masalah dan penyelesaian 30

3.0 kesimpulan 31
4.0 Refleksi 32-36

1.0 PENGENALAN

Ikan emas atau nama saintifiknya Carassius auratus merupakan jenis ikan konsumsi air
tawar, berbadan memanjang dan nipis. Ikan emas telah dijumpai beribu-ribu tahun yang lampau
di Negara China. Ikan emas telah dipelihara sejak tahun 475 sebelum Masihi di Cina. Di
Indonesia ikan emas mulai dipelihara sekitar tahun 1920. Ikan emas yang terdapat di Indonesia

2
VEK 3033 PENGURUSAN TERNAKAN (2012)

merupakan ikan emas yang dibawa dari Cina, Eropah, Taiwan dan Jepun. Ikan emas dapat
dibezakan dengan ciri-ciri serta jenis yang berlainan. Penternak boleh memilih jenis ikan yang
ingin diternak. Sehubungan itu, ikan emas ini terdiri daripada Keluarga Cyprinidea dan Genus
Carassius. Untuk mengetahui dengan lebih mendalam, berikut adalah klasifikasi bagi ikan emas.
Antaranya :

BIL JENIS KRITERIA

1 Filum Chordata

2 Subfilum Vertebrata

3 Kelas Osteichthyes

4 Ordo Ostariopphysi

5 Keluarga Cyprinidea

6 Genus Carassius

7 Spesies Carassius

8 Jenis Auratus

Jadual 1: Jenis dan Kriteria Ikan Emas

Ikan ini digemari masyarakat kerana keindahan warna dan bentuk badannya yang unik.
Kini, ini terdapat pelbagai ikan emas jenis baru yang dijual di pasaran. Ikan emas jenis baru ini
merupakan hasil kacukan pelbagai jenis sehingga di hasilkan pelbagai variasi baru. Pada
dasarnya, pembahagian jenis ikan emas dibahagi menjadi dua, iaitu top view ( ikan emas yang
keindahannya terlihat dari atas, biasanya dipelihara di dalam kolam ) dan side view (ikan emas
yang keindahannya terlihat dari sisi, biasanya dipelihara di dalam akuarium ). Sementara itu,
berdasarkan jenis bentuk dan warnanya, jumlah ikan emas sangat banyak. Beberapa jenis ikan
emas yang cukup popular dan digemari masyarakat adalah seperti berikut :

3
VEK 3033 PENGURUSAN TERNAKAN (2012)

BIL JENIS IKAN CIRI-CIRI FIZIKAL

Ikan emas yang popular di i. Bentuk badannya bulat seperti bola ping
china ialah : pong, mempunyai enam sirip manakala
1 kepala berbentuk segi tiga kecil.
PearlScale (Chin Choo
ii. Keistimewaan ikan emas jenis ini terletak
Yu / Chee Lun) pada sisiknya yang menonjol seperti
jagung.

iii. Warna sisiknya berkilau seperti mutiara


diberi nama Crown Pearl scale yang
mempunyai bentuk kepala yang
mempunyai jambul yang besar dan butir-
butir sisiknya kelihatan lebih menonjol.

Bubble Eye (Shpui Pao


Yen / Soe Shing)
2 i. Bentuk badan ikan ini panjang dan
bulat.

ii. Bahagian belakangnya mendatar tanpa


sirip dan memiliki ekor yang panjang.

iii. Keistimewaan ikan ini terletak pada


kelopak matanya yang sangat unik di
mana bahagian bawah menggelembung.

3 Red Cap Oranda (Hong i. Bentuk badan adalah bulat dan


Tou)
gempal.

ii. Bahagian belakangnya membongkok dan


dihiasi dengan sirip.

iii. Ekornya dari jenis kipas (Fantail).

iv. Terdapat jambul yang besar berwarna


merah terletak pada bahagian atas

4
VEK 3033 PENGURUSAN TERNAKAN (2012)

kepala.

v. Jambul ini sangat besar, tinggi dan


berwarna merah darah manakala
badannya berwarna putih berkilat.

Telescope (Tong Pao


Yen)
4 i. Ikan emas ini berbentuk bulat dan
gempal. Bahagian belakangnya
membongkok dan dihiasi dengan sirip
ekornya panjang dan mempunyai hujung
yang lut sinar.

ii. Keunikan ikan ini terletak pada matanya


yang tersembul seperti orang yang
sedang menggunakan teropong.

Pompom (Run Chin/


Yeung kau)
5 i. Badan yang bulat dan gempal dan
bahagian kepalanya terdapat jambul yang
nipis.

ii. Punggung agak mendatar dan dihiasi


dengan sirip dan jambul berada di
bahagian depan mukanya.

Ikan emas di Jepun ialah : i. Bentuk badannya bulat memanjang


dengan bahagian belakangnya yang
Oranda (Shishigashira)
membongkok dan bersirip.
6
ii. Ia juga mempunyai ekor yang panjang
dan lebar.

5
VEK 3033 PENGURUSAN TERNAKAN (2012)

iii. Keunikan ikan ini terletak pada jambul


yang tinggi dan besar di kepala. Ia
berwarna merah dan jingga. Badannya
berwarna merah dan jingga manakala,
siripnya berwarna putih lut sinar dengan
sedikit warna jingga.

Tossa ( Japanese veil


tail)
7 i. Bentuk badannya bulat dan gempal,
mempunyai sirip yang tinggi di bahagian
belakangnya serta memiliki ekor yang
panjang dan lebar.

ii. Keistimewaannya ialah pada bentuk


badan dan ekornya. Jika ia mengangkat
ekornya ia kelihatan seperti burung
merak.

Ranchu (Ramble head


and Lion head)
8 i. Bentuk badan ikan emas ini ialah bulat
dan gempal. Susuk badannya pendek,
bongkok, berbentuk bulat, dan
memanjang seperti telur.

ii. Bahagian belakangnya mendatar dan


tidak bersirip.

iii. Ukuran kepalanya adalah lebih besar


berbanding dengan badannya.

Ikan emas di Thailand


ialah :
9 i. Keseluruhan bahagian ikan ini berwarna
putih dan berkilau seperti mutiara.

6
VEK 3033 PENGURUSAN TERNAKAN (2012)

White Ranchu ii. Pada bahagian kepalanya, terdapat


jambul yang berwarna putih kekuningan
termasuk keseluruhan mukanya.

iii. Ada juga ikan jenis ini memiliki jalinan


warna merah atau kuning pada bahagian
badan, sirip atau ekor.

Red Ranchu

10 i. Seluruh badannya berwarna merah cerah.

ii. Kilauan merah akan lebih menonjol jika


dilihat pada bahagian belakangnya.

iii. Warna siripnya merah semi lut sinar.

iv. Ikan emas ini sangat periang dan penuh


tenaga.

11 i. Memiliki warna gabungan merah dan

Red and White Rancu putih. Sirip ekor selalunya berwarna


putih dan merah muda yang lut sinar.
Jika muka ikan ini berwarna merah ia
kelihatan sungguh garang dan jika ia
berwarna putih ia akan kelihatan riang

Black ranchu i. Ikan ini mempunyai warna hitam pada


bahagian belakang, sirip dan kepalanya
adalah sangat pekat.

ii. Namun begitu pada bahagian perut


12 selalunya berwarna hitam dengan sedikit

7
VEK 3033 PENGURUSAN TERNAKAN (2012)

warna kuning.

Ikan emas punten

13 i. Sisik berwarna hijau gelap

ii. Potongan badan paling pendek

iii. Bahagian punggung tinggi melebar

iv. Mata agak menonjol

Ikan emas majalaya

14 i. Sisik berwarna hijau keabu-abuan


dengan tepi sisik lebih gelap dan
punggung tinggi dan badannya relatif
pendek

ii. Gerakannya lambat, bila diberi makanan


suka berenang di permukaan air dan
perbandingan panjang badan dengan
tinggi badan antara 3,2:1.

Ikan emas si nyonya

15 i. Sisik berwarna kuning muda

ii. Badan relatif panjang dan gerakannya


lambat

iii. Mata pada ikan muda tidak menonjol

iv. Lebih suka berada di permukaan air

v. Perbandingan panjang badan dengan

tinggi badan antara 3,6:1

8
VEK 3033 PENGURUSAN TERNAKAN (2012)

Ikan emas Taiwan

16 i. Sisik berwarna hijau kekuning-kuningan

ii. Badan relatif panjang

iii. Penampang punggung membulat

iv. Mata agak menonjol

v. Gerakan lebih gesit dan aktif

vi. Perbandingan panjang badan dengan


tinggi badan antara 3,5:1.

Ikan emas koki

17 i. Bentuk badan bulat panjang dan bersisik


penuh

ii. Warna sisik seperti putih, kuning, merah


menyala, atau kombinasi dari warna-
warna tersebut

Jadual 2: Jenis-jenis Ikan Emas

9
VEK 3033 PENGURUSAN TERNAKAN (2012)

1.1 Sejarah

Terdapat pelbagai cerita mengenai asal-usul ikan emas. Ada yang mengatakan ikan ini berasal
dari Sungai Danube dan Laut Hitam, tetapi ada juga mengatakan berasal dari Cina dan Rusia. Di
Indonesia, menurut Ardiwinata (1971) ikan emas mulai dikenal pertama kali di daerah Galuh,
Jawa Barat, sekitar tahun 1810. Namun, para petani baru mulai memelihara sekitar tahun 1860
dan semenjak itu berkembang ke daerah lain di jawa barat. Penyebaran ikan emas yang begitu
cepat ke berbagai tempat d Indonesia dipengaruhi oleh penjagaannya yang cukup mudah dan
sifatnya yang tahan terhadap sebarang keadaan. Jadi, ia menarik minat para penternak untuk
memelihara ikan emas tersebut.

10
VEK 3033 PENGURUSAN TERNAKAN (2012)

Rajah 4 : Kewujudan Ikan Emas Mengikut Wilayah di Indonesia

2.0 PENGURUSAN

2.1 NAMA HAIWAN KESAYANGAN

kami mempunyai empat ekor ikan emas yang diberi nama sebagai Kiki, Coki, Lala dan
lulu. Ikan kami terdiri daripada dua ekor jantan dan betina. Tujuan kami membela empat ekor
ikan emas supaya ikan kami tidak berasa kesunyian apabila berada dalam akuarium tersebut.

2.2 KEPERLUAN TEMPAT TINGGAL

Memelihara dan merawat ikan emas dalam bengkel pertanian cukup mudah. Hal
yang perlu diperhatikan ialah kualiti air, pemberian makanan dan peralatan di dalam
akuarium. Persiapan akuarium untuk memelihara ikan emas boleh di lakukan di dalam
akuarium atau di dalam kolam. Di dalam akuarium berukuran 100 x 50 x 50 cm, idealnya

11
VEK 3033 PENGURUSAN TERNAKAN (2012)

diisi 4-10 ekor ikan dengan panjang 10-15 cm. Untuk menunjang pertumbuhan dan
kesihatan ikan emas, akuarium yang digunakan juga diberi peralatan penunjang seperti
aerator, power head and filter.

Pada kebiasaannya, struktur akuarium diperbuat daripada tangki cermin kaca.


Tangki cermin kaca popular kerana tahan dan murah. Tangki cermin ini di campurkan
dengan bahan silikon. Silikon ialah bahan yang sesuai kerana boleh menguatkan
cantuman dan kalis air. Dengan perkembangan teknologi, terdapat pengeluar yang telah
mencipta cermin yang diperbuat daripada bahan akrilik. Cermin ini lebih ringan jika
dibandingkan dengan kaca, di samping lebih terang dan jelas. Namun, kekurangannya
ialah cermin ini mudah calar dan harganya mahal. Satu lagi jenis cermin yang tidak
kurang popularnya ialah cermin yang diperbuat daripada plastik. Namun begitu, plastik
merupakan sejenis cermin yang kurang daya tahan dari segi strukturnya. Ia hanya sesuai
pada akuarium yang kecil dan sederhana.

Rajah 5 : Akuarium Yang Diperbuat Daripada Kaca

12
VEK 3033 PENGURUSAN TERNAKAN (2012)

Jadual 3 : Parameter Dan Kapasiti Tangki

Struktur akuarium yang biasa dilihat di pasaran termasuklah akuarium cermin


kaca, akuarium cermin plastik, akuarium kaca berbingkai kayu, akuarium kaca
berbingkai plastik, akuarium kaca berbingkai aluminium dan sebagainya. Reka bentuk
akuarium pula pelbagai bentuk seperti berbentuk bulat, segi tiga, segi empat, segi enam,
mendatar, menegak dan sebagainya.

Kesimpulannya ialah pilihlah akuarium yang bersesuaian mengikut cita rasa dan
kemampuan dengan mengambil kira beberapa faktor yang telah dinyatakan di atas supaya
pemilihan akuarium tersebut akan memberi faedah yang maksimum kepada pengguna.

13
VEK 3033 PENGURUSAN TERNAKAN (2012)

2.3 PENGURUSAN MAKANAN

Pemakanan ikan hiasan di dalam akuarium boleh diberi makan plankton atau
makanan kering, cacing atau makanan hidup seperti cengkerik, ulat atau lain-lain
bergantung kepada jenis ikan yang dipelihara. Oleh kerana ikan mempunyai pelbagai
cara pemakanannya, makanan ikan hiasan juga perlu disediakan berdasarkan
sifat ikan yang dipelihara. Kebanyakan ikan yang dipelihara di dalam
akuarium pula telah lama menyesuaikan diri di dalam sekitaran tangki,
pemakanannya juga banyak dipengaruhi oleh persekitarannya. Ikan hiasan akan
memakan apa sahaja makanan yang diberikan terutamanya apabila ikan lapar. Jadi,
makanan ikan hiasan boleh di bahagikan kepada tiga kumpulan iaitu makanan hidup,
kering dan basah. Gambar rajah di bawah menunjukkan ciri-ciri makanan yang telah
dinyatakan.

14
VEK 3033 PENGURUSAN TERNAKAN (2012)

Makanan yang terbaik untuk ikan emas adalah makanan semula jadi seperti
jentik-jentik, kutu air, cacing sutera dan cacing darah. Namun, untuk menunjang
tumbesarannya, ikan emas juga perlu diberi palet yang memiliki komposisi gizi lebih
kompleks. Namun pemberian pellet jangan sampai berlebihan. Ini kerana, sisa pellet yang
mengendap di dasar akuarium atau kolam dapat mengubah keadaan air yang pada
akhirnya membuat ikan stress dan mudah diserang penyakit. Dos makanan disesuaikan
dengan daya makan ikan emas. Hentikan pemberian makanan apabila ikan emas
kelihatan sudah tidak bernafsu untuk makan lagi. Walau bagaimanapun, semasa ikan
emas masih kecil, tidak digalakkan memberi makanan yang banyak atau melebihi had
kerana ikan emas akan sentiasa memakan makanan yang ada walaupun perutnya telah
kembung. Jika dibiarkan, kemungkinan besar ikan emas akan mati.

Rajah 4 : Jenis-jenis Makanan Ikan Emas Berbentuk Pallet

15
VEK 3033 PENGURUSAN TERNAKAN (2012)

Jenis – Jenis Makanan dan Pellet Makanan Ikan Hiasan.

1. Pelet AGARU

Kegunaan :

a) Mencerahkan warna.

b) Nutrisi lengkap dan


seimbang.

c) Mempercepatkan
pertumbuhan.

d) Tidak mencemari dan


mengotorkan air.

2. Pelet AKARI HI GROWTH

Kegunaan :

a) Mempercepatkan
pertumbuhan.

b) Mencerahkan warna.

c) Tidak mencemari dan


mengotorkan air.
16
VEK 3033 PENGURUSAN TERNAKAN (2012)

2.4 KEPERLUAN PERMAINAN, AKSESORI DALAM AKUARIUM.

Kami telah memilih perhiasan dalam akuarium sekaligus menjadi tempat permainan dan
kepada haiwan kesayangan kami iaitu ikan mas. Kami meletakkan batu-batu sungai yang kecil
dan bewarna-warni supaya akuarium itu kelihatan lebih ceria. Selain itu kami juga meletakan
pokok-pokok plastik didalam akuarium tersebut. Pokok-pokok plastik itu berperanan untuk
dijadikan tempat untuk ikan-ikan kami bermain dan untuk menyembunyikan diri mereka.
Dengan adanya pokok-pokok ini dalam tangki akuarium ikan-ikan tersebut mempunyai tempat
untuk bersendirian.

Disamping itu, selain menggunakan pokok plastik, boleh juga untuk menggunakan
tanaman hidup tetapi tanaman hidup sukar untuk diuruskan. Ada sesetengah tumbuhan hidup
memerlukan penjagaan yang rapi seperti memerlukan cecair neutral atau baja tertentu.
Disebabkan itu, kami mengambil keputusan untuk memggunakan tumbuhan palsu yang
diperbuat daripada plastik yang mana tidak memerlukan penjagaan yang khusus dan selamat
diletakkan dalam akuarium haiwan kesayangan kami selain itu, kami juga meletakan tunggul
kayu yang kecil sebagai tempat permainan mereka.

17
VEK 3033 PENGURUSAN TERNAKAN (2012)

Batu dan pokok hiasan dalam akuarium

Jenis-jenis Hiasan Di Dalam Akuarium

Setiap akuarium mempunyai struktur hiasan dalamannya yang tersendiri. Antaranya batu-batu
hiasan, pokok-pokok hiasan dan sebagainya. Tujuan hiasan dalaman ini adalah untuk memberi
keceriaan kepada ikan emas serta suasana di dalam akuarium tersebut. Jika persekitaran tidak
ceria dan menarik, ia akan mempengaruhi keselesaan ikan emas tersebut. Jadi, bahan-bahan yang
diperlukan untuk memasang sebuah akuarium ialah:

Bahan Dan Gambar

1. Akuarium  Akuarium yang digunakan


ialah akuarium berbentuk
segi empat tepat .

 Ia diperbuat daripada kaca


yang tahan lasak.

18
VEK 3033 PENGURUSAN TERNAKAN (2012)

2. Batu –Batu Sungai Batu-batu di yang digunakan


ialah jenis batu sungai biasa yang
telah di cat berwarna-warni untuk
keceriaan akuarium.

Batu-batu tersebut telah sedia ada


di dalam bengkel pertanian.

Tumbuhan Akuatik

3.  Tumbuhan akuatik yang


digunakan juga telah sedia ada di
dalam akuarium tersebut.

 Ia diperbuat daripada plastik


yang tahan lasak dan tidak
mudah di koyak kan.

4 Batu Hiasan  Batu hiasan yang sedia ada di


dalam akuarium tersebut

 Tapaknya diperbuat daripada


simen.

19
VEK 3033 PENGURUSAN TERNAKAN (2012)

5  Pada mulanya, tunggul kayu


dimasukkan ke dalam akuarium
tetapi lama-kelamaannya air
menjadi kotor akibat tunggul
kayu tersebut lalu ia di buang
daripada akuarium kumpulan
kami.
Tunggul kayu

Langkah-Langkah Menghias Akuarium

Bagi mencantikkan akuarium pemilik ikan perlu kreatif yang tidak terbatas untuk menghiasinya.
Akan tetapi, hiasan tersebut haruslah tidak mengganggu pergerakan ikan emas untuk berenang.
Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu diikuti semasa menghiasi akuarium tersebut.

Letakkan batu-batu sungai yang telah


diwarnakan ke dalam akuarium. Batu-
batu tersebut perlu diratakan agar
nampak kemas.

1. Letakkan tumbuhan hiasan plastik


di dalam akuarium tersebut.

2. Pastikan tumbuhan hiasan


diletakkan di tempat yang jauh
daripada alat oksigen agar tidak 20
berlanggar.
VEK 3033 PENGURUSAN TERNAKAN (2012)

Hiaskan dengan ketul batu hiasan pada


bahagian tengah akuarium atau bahagian
lain supaya menghasilkan susunan yang
menarik.

Batu-batu

Sungai

Pokok
Batu
Hiasan
Hiasan

Akuarium yang telah siap di hias dan dimasukkan air

Kepentingan Tumbuhan Akuatik

21
VEK 3033 PENGURUSAN TERNAKAN (2012)

 Kepentingan tumbuhan akuatik di dalam akuarium ialah untuk menyerap bahan-


bahan toksik yang dihasilkan dari perkumuhan ikan dan sisi makanan yang tidak
habis dimakan oleh ikan. Sisa makanan dan bahan perkumuhan akan mendak ke
dalam substrate di dasar akuarium dan menjadi baja kepada tumbuhan akuatik.

 Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen ke dalam air hasil dari proses foto
sistisis. Gas oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses pernafasan.

 Tumbuhan akuatik juga berfungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung dari
ikan yang menjadi musuhnya, menjadi tempat persembunyiannya dan tempat berehat.

Jenis Tumbuhan Akuatik

 Tumbuhan akuatik muncul

Tumbuhan akuatik muncul merupakan tumbuhan yang mempunyai akar dan bahagian
dasarnya tumbuh di bawah permukaan air atau tanah yang lembap. Batang, bunga dan
daunnya muncul di permukaan air untuk mendapatkan oksigen dan karbon dioksida. Di
antara makrofit muncul yang boleh dijumpai di sawah padi ialah Cyperus digitatus,
Elaeocharis variegata dan Scirpus grossus.

 Tumbuhan akuatik daun terapung

Makrofit daun terapung mempunyai daun yang terapung di atas permukaan air tetapi
akarnya melekap pada substrate. Daunnya disokong oleh petiol contohnya teratai atau
melalui gabungan antara petiol dengan batang seperti Potamogeton pusillus. Antara
makrofit daun terapung yang biasa dijumpai ialah Nelumbo nucifera dan Nymphaea lotus.

 Tumbuhan akuatik tenggelam

Tumbuhan akuatik tenggelam ialah tumbuhan yang sepanjang hayatnya hidup tenggelam
di dalam air dengan keseluruhan jasadnya berada di bawah permukaan air. Tumbuhan ini
melekap pada substrate dan bahagian vegetatifnya tidak mencecah permukaan air.
Tumbuhan tenggelam mendapat bekalan oksigen dan karbon dioksida daripada air di
sekelilingnya (Ahmad & Ahmad Badri 1994). Akar tumbuhan ini memainkan peranan

22
VEK 3033 PENGURUSAN TERNAKAN (2012)

penting dalam penyerapan nutrien dan pelekapan pada substrate. Makrofit tenggelam
yang biasa ditemui di Malaysia ialah Hydrilla verticillata dan Blyxa echinosperma.

Langkah-langkah Mencuci Akuarium

Setiap haiwan peliharaan mempunyai tempat tinggal yang tersendiri. Lama-kelamaan tempat
tinggal akan menjadi kotor akibat dari lebihan makanan dan najis yang dihasilkan oleh haiwan
kesayangan. Begitu juga dengan ikan emas yang dipelihara di dalam akuarium. Air di dalam
akuarium akan menjadi kotor apabila tidak diuruskan dengan baik dan membersihkannya.
Berikut merupakan langkah-langkah untuk membersihkan akuarium ikan peliharaan kumpulan
kami.

Terdapat beberapa langkah dalam melakukan pembersihan akuarium ini, setiap langkah
perlu di ikuti agar pembersihan akuarium dapat terpelihara dan ikan peliharaan dapat bergerak
dengan lebih selesa serta kesihatan terjamin. Oleh yang demikian, bagi memastikan kejayaan
ternakan ikan hiasan dalam akuarium , langkah-langkah yang perlu di ikuti adalah seperti berikut
:

23
VEK 3033 PENGURUSAN TERNAKAN (2012)

Langkah 1:

1. Tutup suis elektrik dan mengasingkan ikan-ikan hiasan ke dalam bekas lain.

2. Buangkan air yang terdapat di dalam akuarium menggunakan saluran getah paip.
Pastikan air tersebut di sedut keluar sehingga kering.

3. Kemudian, bersihkan bekas akuarium dengan menggunakan span basah dan kain.

Kain pencuci

24
VEK 3033 PENGURUSAN TERNAKAN (2012)

Span pencuci

4. Seterusnya cuci penapis, batuan hiasan dan hiasan tambahan lain yang terdapat dalam
akuarium dan seterusnya di jemur.

Rajah 7: Penapis Air Dan Bekasnya

5. Masukkan batuan hiasan serta hiasan tambahan lain yang di bersihkan ke dalam
akuarium.

25
VEK 3033 PENGURUSAN TERNAKAN (2012)

Masukkan batu sungai ke dalam Masukkan pokok hiasan ke


akuarium dalam akuarium

Akuarium yang telah siap di hias Masukkan seketul batu hiasan


ke dalam akuarium

Langkah-langkah Memasukkan Hiasan Dalaman Akuarium


6. Masukkan air dan tambahkan anti klorin secukupnya mengikut sukatan.

26
VEK 3033 PENGURUSAN TERNAKAN (2012)

Ikan dimasukkan ke dalam akuarium


setelah semuanya selesai

Pasangkan alat oksigen.

Masukkan anti klorin ke dalam akuarium

2.5 KESIHATAN DAN PENYAKIT.

Secara umumnya, ikan emas berisiko mendapat pelbagai penyakit jika pengurusan
penjagaannya tidak dilakukan dengan sempurna. Antara penyakit yang sering menyerang ikan
emas adalah penyakit bintik merah (white spot). Gejala ini sering terdapat pada tubuh (kepala,
insang, sirip) ada bintik-bintik putih. Ikan akan menggosok-gosok badannya pada benda yang
terdapat disekitarnya dan berenang dengan sangat lemah serta sering muncul pada permukaan
air. Cara penggubatannya adalah dengan merendamkan ikan yang dijangkiti tersebut dalam
larutan methylene blue 1% (1 gram dalam 100 ml air). Larutan ini diambil 2-4 ml dicampur 4
liter air selama 24 jam dan direndam dalam garam dapur NaCl selama 10 minit. Untuk
pencegahan bagi penyakit ini penternak hendaklah memasukan garam kedalam air akuarium

27
VEK 3033 PENGURUSAN TERNAKAN (2012)

sebulan sekali. Penyakit bengkak insang dan badan (Myxosporesis), penyakit ini akan
menyebabkan bahagian penutup insang akan terbuka oleh bintik kemerahan,manakala pada
bahagian punggungakan terjadi pendarahan. Cara pencegakan penyakit ini adalah dengan
keringkan akuarium atau kolam dan taburkan kapur tohon 200 gram/m2. Biarkan selama 1-2
minggu.

Selain itu, ikan emas juga sering dijangkiti dengan penyakit kutu ikan (argulosis). Penyakit ini
akan menyebabkan benih dan induk akan menjadi kurus, kerana darahnya dihisap oleh kutu.
Bahagian kulit, sirip dan insang jelas terlihat adanya bercak merah (hemmortage). Cara
penggubatannya adalah dengan merendamkan ikan tersebut dalam larutan air garam dengan
sukatan 20 gram/ liter air selama 15 minit dan direndam pula dalam larutan PK 10
ppm(10ml/m3) selama 30 minit.

Seterusnya ,penyakit gatal (trichodiniasis) gejala ini akan menyebabkan pergerakan ikan
tersebut menjadi lambat, suka menggosok-gosokkan tubuh pada sisi kolam atau akuarium. Cara
pencegahannya adalah dengan rendam ikan tersebut dalam larutan formalin selama 15minit.
Penyakit Bakteri Aeromanas Punctate merupakan gejala yang membuatkan warna badan suram,
tidak cerah,kulit kesat dan melepuh. Cara bernafas mengap-mengap, perut terlihat besar daripada
biasanya kerana bahagian hempedunya menggembung. Ikan ini mengalami pendarahan organ
hati dan ginjal. Cara untuk mengubati penyakit ini adalah dengn penyuntikan chloramphenicol
10-15 mg/kg ikan atau streptomycin 80-100mg/kg ikan.

28
VEK 3033 PENGURUSAN TERNAKAN (2012)

Walaubagaimanapun ikan peliharaan kami tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda


penyakit. Tetapi kami juga perlu mengambil langkah berjaga-jaga supaya ikan-ikan peliharaan
kami tidak dijangkiti penyakit-penyakit yang merbahaya kepada ikan kami.

2.6 MASALAH DAN PENYELESAIAN

Sepanjang tempoh penjagaan haiwan kesayangan iaitu empat ekor ikan emas kami yang
bernama “Koko, Coki, Lala, dan Lulu ” tidak mengalami kekangan yang serius. Pada
mulanya ,kami mendapati haiwan kesayangan kami sangat pasif dan kurang mesra antara satu
sama lain. Selain daripada itu, kami mendapati bahawa akuarium tidak begitu menarik kerana
tidak mempunyai hiasan didalamnya menyebabkan ikan peliharaan kami berasa bosan kerana
tiada permainan untuknya bermain.

Disebabkan masalah tersebut , kami telah membuat keputusan untuk membeli perhiasan
yang sesuai diletakkan dalam akuarium tersebut. Kami telah membeli batu sungai yang kecil-

29
VEK 3033 PENGURUSAN TERNAKAN (2012)

kecil dan bewarna-warni supaya kawasan akuarium tersebut nampak lebih ceria dan hidup.
Disamping itu, kami juga telah membeli tumbuh-tumbuhan plastik untuk diletakkan dalam
akuarium tersebut sebagai tempat permainan dan tempat persembunyian ikan-ikan emas kami .
kami tidak memilih tumbuhan yang hidup kerana, tumbuhan tersebut memerlukan penjagaan
yang rapi dan mungkin memerlukan baja yang tertentu serta akan memerlukan perbelanjaan yang
lebih. Ikan-ikan peliharaan kami nampak lebih agresif apabila akuarium tersebut telah
diceriakan dan diletakan pokok sebagai tempat permainan dan persembunyian mereka.

3.0 KESIMPULAN

Kesimpuannya melalui krusus VEK 3033 iaitu Krusus Pengurusan ternakan ini kami
dapat mempelajari pelbagai pembelajaran yang baru tentang penternakkan haiwan kesayangan .
kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dalam kelas. Kami merupakan kumpulan Sepat
iaitu kumpulan pertama. Kumpulan kami memilih ikan emas sebagai haiwan kesayangan kami
kerana ikan emas senang untuk diuruskan dan tidak banyak menggunakan perbelanjaan. Selain
daripada itu, ikan emas pengurusan haiwan kesayangan kami ini diuruskan secara bergilir-gilir
oleh setiap ahli kumpulan kami.

Haiwan kesayangan bukanlah tempat untuk manusia melepaskan tekanan apabila


mengalami masalah hidup. Haiwan tersebut perlu dibelai dengan manja serta penuh kasih sayang

30
VEK 3033 PENGURUSAN TERNAKAN (2012)

dan memerlukan penjagaan yang rapi. Oleh itu ia merangkumi aspek kebajikan yang perlu dititik
beratkan agar haiwan tersebut tidak menjadi mangsa penganiayaan oleh sesetengah manusia
yang tidak bertanggungjawab khususnya pemilik haiwan berkenaan. Kebajikan yang
dimaksudkan adalah seperti memberikan rawatan apabila haiwan tersebut sakit, pemberian
makanan yang teratur, belaian manja, tidak menyakiti nya serta tidak menakutkan haiwan
tersebut.

Pengurusan yang baik dan sistematik adalah tanggungjawab yang perlu ada dalam diri
setiap pemilik haiwan berkenaan. Nilai-nilai murni yang perlu ditonjolkan seperti prihatin, rasa
tanggungjawab, penyayang adalah perlu jika seseorang itu ingin memelihara haiwan kesayangan
agar tidak bercanggah dengan norma kehidupan manusia.

Akhir sekali, pemeliharaan haiwan kesayangan iaitu ikan emas merupakan pengalaman
yang sukar untuk dilupakan oleh kesemua ahli kumpulan. Hal ini kerana dengan adanya aktiviti
pemeliharaan ini melibatkan penglibatan semua ahli kumpulan dan secara tidak langsung akan
mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain. Begitu juga dengan sifat keprihatinan ahli
kumpulan terhadap ikan emas di mana pemeliharaan ikan emas tidaklah sukar untuk dipelihara
kerana ikan-ikan tersebut hanya perlu diberi makan dan mencuci akuarium sahaja. Jika kena
pada gayanya, industri penternakan ikan emas dapat di majukan untuk pasaran eksport ke luar
negara seterusnya dapat meningkatkan pendapatan negara.

4.0 REFLEKSI INDIVIDU

Nama:

No matrik :

Melalui krusus Pengurusan Penternakkan (VEK 3033) kami mendapat tugasan untuk
memelihara haiwan kesayangan. Melalui penternakan haiwan kesayangan ini, saya dan rakan
kumpulan telah menternak ikan emas. Kami memilih untuk memelihara ikan emas kerana ikan
emas mempunyai satu daya yang boleh memikat hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Pada saya
sendiri, apabila melihat gelagak ikan emas ini, saya rasa sangat tenang sekali. Jadi, ia sangat
sesuai untuk menjadi hobi di kalangan golongan elit terutamanya dalam kalangan golongan ahli
perniagaan. Hal ini kerana apabila melihat liuk-lentok gaya ikan emas ini berenang telah

31
VEK 3033 PENGURUSAN TERNAKAN (2012)

membuatkan kita lupa seketika masalah yang telah melanda. Kadangkala ikan emas ini
melucukan terutamanya semasa pemberian makanan kepadanya.

Dalam pemeliharaan ikan emas ini, kami telah belajar cara pemeliharaan ikan emas
langkah demi langkah. Pertamanya saya telah belajar cara untuk memilih akuarium, kemudian,
pemilihan aksesori, batu-batan, pokok hiasan dan juga belajar cara untuk memasukkan bahan
aksesori ini ke dalam akuarium bagi memperlihatkan akuarium kelihatan seperti dasar sungai dan
membolehkan ikan cepat dapat menyesuaikan diri untuk hidup di dalam akuarium ini. Selain itu
juga, melalui pemeliharaan ikan ini juga saya belajar bagaimana cara untuk memasukkan ikan ke
dalam akuarium yang mana ikan yang berada dalam plastik perlu dimasukkan ke dalam air
bersama plastik tersebut dan biar sehingga ikan keluar dengan sendirinya. Namun, air yang
digunakan ini perlulah dituang anti klorin kerana ikan sangat sensitif dengan air berklorin.

Saya juga dapat belajar cara pemberian makanan kepada ikan emas ini yang mana pada
peringkat awalnya makanan tersebut perlulah diberi sedikit dahulu. Kemudian, apabila kelihatan
ikan sedang lapar, barulah makanan tersebut di tabur lebih sedikit. Namun, makanan ini jangan
terlampau banyak kerana ikan emas akan makan segala makanan yang ada tanpa meninggal
sedikit pun. Perkara ini akan memudaratkan kepada ikan emas juga. Pemberian makanan ini
seboleh-bolehnya perlulah diberi 2 kali seminggu iaitu pada sebelah pagi dan juga petang

Nama: -

No matrik: -

Setiap kumpulan di kehendaki memilih satu haiwan kesayangan untuk dipelihara.


Kumpulan saya telah membuat keputusan untuk memilih ikan emas sebagai haiwan kesayangan.
Sebelum membeli ikan emas kami telah mencari akuarium yang diperlukan oleh ikan emas.
Kami telah memilih akuarium yang sedia ada di bengkel penternakan. Disamping itu, dalam
akuarium tersebut telah sedia ada ikan emas. Ikan emas itu adalah milik kumpulan sebelum ini.

Kami telah membuat keputusan untuk membersihkan akuarium disebabkan akuarium


telah lama tidak dibersihkan. Keadaan air di dalam akuarium kelihatan amat kotor. Kami telah
bersepakat memilih satu hari untuk berkumpul dan bersama – sama membersihkan akuarium

32
VEK 3033 PENGURUSAN TERNAKAN (2012)

tersebut. Pada hari yang telah dijanjikan kami telah bekerjasama membersihkan akuarium
tersebut. Kami juga telah membahagikan jadual pemberian makanan ikan agar haiwan
kesayangan kami mendapat bekalan makanan yang mencukupi agar haiwan kami tidak
kelaparan. Kami telah memberi makanan kepada haiwan kesayangan kami mengikut jadual yang
telah ditetapkan. Kami berasa senang hati kerana ikan kami berada dalam keadaan sihat dan
ceria.

Selepas itu, kami sekumpulan telah membersihkan akuarium tersebut bagi mengelakkan
ikan emas yang lain mati. Kami telah memberi makanan mengikut jadual yang telah ditetapkan
dan melakukan pembersihan akuarium mengikut jadual yang telah dibuat. Selain itu, kami juga
dapat menambahkan ilmu pengetahuan mengenai penjagaan ikan emas, di mana kami telah
banyak membuat kajian dan mencari maklumat tentang penjagaan dan pemeliharaan ikan emas.
Kami juga telah mengkaji tentang penyakit – penyakit ikan emas seperti penyakit bintik putih,
penyakit bakteria, penyakit kulat dan cacing jarum. Dari segi pemilihan dan hiasan akuarium
kami akan memastikan akuarium dilengkapi dengan secukupnya untuk keselesaan haiwan
kesayangan kami.

Dengan adanya haiwan kesayangan ini, kami rasa terhibur dan hilang perasaan yang
tertekan dengan pembelajaran harian. Apabila melihat telatah dan kerenah haiwan kesayangan
kami yang begitu lincah dan ceria. Kadang – kadang kami terhibur dengan reaksi haiwan
kesayangan kami. Sekian , terima kasih.

Nama:

No matrik :

Setiap kumpulan dikehendaki memilih satu haiwan kesayangan untuk dipelihara.


Kumpulan kami telah membuat keputusan untuk memilih ikan emas sebagai haiwan kesayangan.
Sebelum memulakan aktiviti memelihara ikan emas ini kumpulan kami telah pergi ke bengkel
pertanian untuk melihat keadaan dan barang yang perlu dibeli. Kumpulan kami bernasib baik
kerana disana terdapat akuarium ikan emas. Selain itu, ikan tersebut masih hidup. Oleh itu,
setelah berbincang dengan En. Azizi kumpulan kami dibenarkan membela ikan tersebut.

33
VEK 3033 PENGURUSAN TERNAKAN (2012)

Sehubungan itu, kumpulan kami pergi ke bengkel pertanian untuk mencuci akuarium
tersebut kerana air di dalamnya telah kotor. Langkah pertama ialah mengeluarkan ikan emas dan
memasukkan ke dalam akuarium sebelahnya. Langkah kedua pula, air di dalam akuarium
diangkut buang memgunakan baldi dan disalurkan terus ke dalam bilik air. Setelah air kering,
kami mencuci di sekeliling akuarium dan di dalamnya sehingga bersih. Apabila kerja-kerja
mencuci selesai, air paip bersih dimasukkan semula berserta pokok-pokok dan batu-batu hiasan.
Kemudian kami menambahkan klorin untuk mengelakkan ikan tersebut mati. Akhir sekali, ikan
emas dimasukkan semula dan diberikan makanan.

Pengalaman yang dapat diperolehi semasa memelihara ikan emas ini ialah dalam
pemeliharaan ikan emas ini, kami telah belajar cara pemeliharaan ikan emas langkah demi
langkah. Pertamanya saya telah belajar cara untuk memilih akuarium, kemudian, pemilihan
aksesori, batu-batan, pokok hiasan dan juga belajar cara untuk memasukkan bahan aksesori ini
ke dalam akuarium bagi memperlihatkan akuarium kelihatan seperti dasar sungai dan
membolehkan ikan cepat dapat menyesuaikan diri untuk hidup di dalam akuarium ini. Selain itu,
ikan emas mempunyai satu daya yang boleh memikat hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Pada
saya sendiri, apabila melihat gelagak ikan emas ini, saya rasa sangat tenang sekali. Jadi, ia sangat
sesuai untuk menjadi hobi di kalangan golongan elit terutamanya dalam kalangan golongan ahli
perniagaan. Hal ini kerana apabila melihat liuk-lentok gaya ikan emas ini berenang telah
membuatkan kita lupa seketika masalah yang telah melanda. Kadangkala ikan emas ini
melucukan terutamanya semasa pemberian makanan kepadanya.
Nama :
No matrik :

Secara umumnya memelihara ikan emas dari sepsis ini adalah sangat mudah. Ikan emas
in sangat tahan lasak dan boleh bertahan untuk hidup walaupun tidak diberi makanan dalam
tempoh yang agak lama. Penjagaan dari segi pemberian makanan pula ikan emas sepsis ini tidak
terlalu memilih makanan kami member makanan dari jenis kepingan bukan dari jenis palet.

Untuk pemilihan haiwan kesayangan ikan dari sepsis ini sesui di pelihara untuk jangka
tempoh masa yang lama sekiranya pemilik atau tuan rumah selalu keluar out station.

34
VEK 3033 PENGURUSAN TERNAKAN (2012)

Terdapat beberapa kelemahan dalam pemeliharaan haiwan kesayangan ini antaranya


adalah kekurangan peralatan untuk menukar air di dalam aquarium terpaksa mengangkat air
untuk menukar air. Cara ini sebenarnya boleh di buat dengan memasukkan host kedalm aquarium
dan menyalirkan air keluar tanpa mengalih kan ikan tersebut ke tempat lain.

NAMA :

NO. MATRIK :

Dr. Fazhana telah memberi taklimat mengenai penjagaan haiwan kesayangan. Setiap
kumpulan di kehendaki memilih satu haiwan kesayangan untuk dipelihara. Kumpulan saya telah
membuat keputusan untuk memilih ikan emas sebagai haiwan kesayangan

Setelah kami membeli ikan, kami telah membuat keputusan untuk membersihkan
akuarium disebabkan akuarium telah lama tidak dibersihkan. Keadaan air di dalam akuarium

35
VEK 3033 PENGURUSAN TERNAKAN (2012)

kelihatan amat kotor. Kami telah bersepakat memilih satu hari untuk berkumpul dan bersama –
sama membersihkan akuarium tersebut. Pada hari yang telah dijanjikan kami telah bekerjasama
membersihkan akuarium tersebut.

Kami telah memberi makanan kepada haiwan kesayangan kami mengikut jadual yang
telah ditetapkan. Kami berasa senang hati kerana ikan kami berada dalam keadaan sihat dan
ceria. Kami telah memberi makanan mengikut jadual yang telah ditetapkan dan melakukan
pembersihan akuarium mengikut jadual yang telah dibuat.

Selain itu, kami juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan mengenai penjagaan ikan
emas, di mana kami telah banyak membuat kajian dan mencari maklumat tentang penjagaan dan
pemeliharaan ikan emas. Kami juga telah mengkaji tentang penyakit – penyakit ikan emas. Dari
segi pemilihan dan hiasan akuarium kami akan memastikan akuarium dilengkapi dengan
secukupnya untuk keselesaan haiwan kesayangan kami.

Dengan adanya haiwan kesayangan ini, kami rasa terhibur dan hilang perasaan yang
tertekan dengan pembelajaran harian. Apabila melihat telatah dan kerenah haiwan kesayangan
kami yang begitu lincah dan ceria. Kadang – kadang kami terhibur dengan reaksi haiwan
kesayangan kami. Sekian , terima kasih.

36

Anda mungkin juga menyukai