Anda di halaman 1dari 25

F

Falsafah
Perkataan falsafah berasal daripada perkataan

Greek yang bererti cintakan hikmat. Pada

pandangan Islam,hikmat bermaksud segala ilmu yang menggunakan segala daya kemampuan
akal manusia untuk mengkaji dan menyelidik perkara-perkara yang ada hubungan dengan
kegiatan amali dalam hidup manusia.
Oleh itu,falsafah mengikut pandangan Islam bermaksud cintakan semua ilmu yang
diperolehi daripada kekeutan akal fikiran manusia

yang digunakan untuk kegiatan dalam

kehidupan manusia.
Suruhan supaya mengkaji dan menyelidik dengan mengunakan kekuatan akal fikiran
sebenarnya mempunyai matlamat yang tertentu,iaitu mengenal Allah S.W.T.1
Fardu Ain
Fardu Ain merupakan kewajipan setiap individu Islam yang mukalaf untuk melakukannya:
seperti menuntut ilmu ilmu yang menyentuh

soal-soal akidah ,ibadat dan mengisi hati.

Misalnya cara mengenal Allah,cara beribadat kepadanya Nya dan cara membersihkan hati
daripada segala maksiat batin.
Fardu ain boleh dibahagikan kepeda empat bahagian:
Pertama : Ilmu yang dikenali dengan ilmu enam perkara keimanan
i.

Beriman kepada Allah S.W.T

ii.

Beriman kepada Malaikat

iii.

Beriman kepada kitab-kitab Allah.

iv.

Beriman kepada para Rasul Allah.

v.

Beriman kepada hari Kiamat.

vi.
1

Beriman kepada Qadak dan Qadar

Amir A.Rahman, 1990, Tamadun Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 131

Kedua : Ilmu yang berhubung dengan perundangan Islam


Ilmu yang mustahak dan wajib diketahui oleh setiap individu Muslim yang berkaitan
dengan dirinya , tertumanya hal-hal ibadat sembahyang ,puasa,bersuci,berzakat,haji dan
sebagainya dengan mengetahui segala syarat dan rukunnya, sah dan batalnya dan lain-lain lagi
Ketiga : Ilmu yang berhubung dengan lima perkara yang diharamkan
Perkara-perkara yang diharamkan ialah
i.

Berzina, mencuri, membunuh, dan derhaka kepada ibu bapa.

ii.

Membezakan perkara yang mendatangkan dosa dan pahala.

iii.

Melanggar hak atau mengambil hak seseorang dengan tiada kebenaranya

iv.

Menyukutukan Allah dengan sesuatu yang lain.

v.

Memperkatakan sesuatu yang ia sendiri tidak mengetahuinya.

Perkara perkara yang diharamkan oleh agama ini wajiblah bagi setiap individu Islam
mengetahuinya dan mempelajarinya serta menghindarkannya.
Keempat : Ilmu yang berkaitan dengan pergaulan dan muamalah
Ilmu yang berkaitan dengan perhubungan manusia sesama manusia dan muamalah
mereka,sama ada berbentuk khusus atau umum. Perhubungan ini bersifat kemanusiaan dan
martabat manusia itu sendiri, seperti kewajipan pemerintah terhadap semua lapisan masyarakat,
hak-hak suami isteri dan anak-anak kewajipan anak terhadap ibu bapanya, hak-hak harga
barangan,hak memilih dan sebagainya.2
Fardu Kifayah
Fardu Kifayah pula kadang-kadang boleh menjadi Fardu Ain apabila prinsip ini diamalkan,iaitu
apa yang tidak sempurna wajib kecuali denganya,maka dia adalah wajib. Oleh itu,fardu kifayah
ini adalah ilmu-ilmu yang tidak termasuk dalam fardu ain, seperti mempelajari ilmu sains,
kedoktoran, pertukangan, dan sebagai, yang dengan mempelajarinya boleh menjamin maslahat
2

Ibid hlm 110-111

umat Islam sendiri dan ketenteraman mereka. Tetapi haruslah diawasi bahawa ilmu-ilmu ini
hendaklah terikat dengan ilmu-ilmu dan kebudayaan syariat Islam.3

Fungsi Seni Khat


Seni Khat disanjung tinggi kerana digunakan untuk menulis ayat-ayat al-Quran dalam bentuk
yang paling indah .Seni khat juga digunakan di dalam semua bentuk seni bina yang ada kaitan
dengan agama ,dengan cara ditulis di atas kertas, batu-batu, tembikar ,logam ,kaca,kain dan
bahan-bahan lain
Seni Khat digunakan sebagai hiasan bangunan seperti masjid,makam dan istana dengan
mengunakan susunan atau bata,ukiran batu, tembikar dan bahan-bahan lain antaranya ialah
bangunan yang termasyur yang dihiasi denagn seni khat ialah Masjid Jamik Isfahan ,Iran (10721092) istana al Hamrak ,Granada, Sepanyol, dalam abad ke -14 .
Dalam masa kurang daripada 100 tahun selepas wafatnya Nabi Muhammad S.A.W .,Islam
telah berkembang dengannya ialah seni khat sebagai alat penerangan dan bahan penyatuan
seni.Tulisan Jawi yang digunakan di alam Islam Melayu berasaskan khat Arab dengan tambahan
empat huruf .Contoh pengunaan khat yang tertua di Malaysia terdapat pada batu bersurat di
Terengganu yang bertarikh 702 H = (1303 M), bermakna 671 tahun selepas wafatnya Nabi
Muhammad S.A.W.
Jenis-jenis Khat

Khat thuluth

Khat Nasakh

Khat al-Farsi

Khat al-Diwani

Khat al-Jali ad-Diwani

Ibid hlm 140

Khat Rakaah

Khat al-Ijazah

Fungsi Menara
Tujuan asal menara dibina ialah untuk melantangkan lagi suara azan. Pada zaman Rasullah
S.A.W., tukang azan Bilal bin Rabah naik ke atas bumbung rumah berhampiran masjid untuk
memperdengar azan. Mengikut catatan sejarah menara mula dibina dalam abad kedua Hijrah.
Kemudian penggunaan menara mula diluaskan lagi sebagai tempat mengintai gerak-geri
musuh ,menjadi panduan kepada para kafilah dan menjadi hiasan bangunan dan istana pada
zaman tersebut.4
G
Gangga Negara
Gangga Negara merupakan sebuah kerajaan Melayu Hindu pada suatu ketika dahulu. Setelah
beberapa kajian dibuat, maka telah didapati bahawa kerajaan Gangga negara ini telah bertapak di
sekitar kawasan Beruas dan Manjung, Perak sejak abad ke-8 lagi. Rangka kawasannya di antara
selatan Gunung Bubu, dan timur Bukit Segari di tepi sungai Dinding. Pengasas kerajaan Gangga
Negara ini ialah Raja Ganjil Sarjuna dan ada pendapat lain menyatakan kerajaan ini dibawa oleh
Raja Khmers dari kemboja. Kebanyakan para penyelidik percaya kerajaan Gangga Negara ini
telah runtuh akibat daripada serangan antara tahun 1025 dan 1026 oleh Raja Rajendra Cholal dari
Coromandel, India Selatan. Banyak artifak yang telah dijumpai disekitar negeri Perak yang
mengukuhkan lagi tentang kewujudan kerajaan Gangga Negara ini. Antara artifak-artifak berikut
seperti meriam, keris pati, arca patung Buddha, patung gangsa dan banyak lagi. Kini artifakartifak ini disimpan di Muzium Beruas, Perak.
Gua Hira
Gua hira adalah sebuah gua yang terletak di mekkah . Gua Hira juga dikenali sebagai
jabal nur bagi kalangan orang-orang arab. Gua hira mencatatkan suatu kisah yang penting dalam
4

Ibid hlm 142

agama islam. Di dalam gua hira inilah ,junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. sering
bertafakur dan mengasingkan diri daripada kaumnya. Tujuan baginda mengasingkan diri adalah
untuk beribadat kepada Allah S.W.T. Sewaktu beribadat, baginda sering memikirkan tentang
kesesatan kaumnya dan cara untuk memimpin mereka.
Pada hari isnin, 17 ramadhan bersamaan 6 ogos 610 masihi telah berlaku suatu peristiwa
iaitu penurunan wahyu yang pertama. Pada waktu itu, baginda berusia 40 tahun. ketika itu
baginda telah didatangi oleh malaikat yang mengajar baginda membaca. Wahyu yang pertama
diturunkan ialah surah al-Alaq yang membawa maksud bacalah dengan nama tuhanmu yang
menjadikan manusia. Bermula dari peristiwa inilah, wahyu diturunkan satu persatu sehingga
dibentuk dan di susun menjadi kitab suci al-Quran Nur Karim, iaitu kitab suci bagi umat Islam.
Menurut pandangan islam, sejak turunnya wahyu pertama bererti tamatlah zaman jahiliah dan
bermulalah zaman al-Quran.5

H
HIJAZ (KAWASAN BERGUNUNG- GANANG)
Kawasan yang terletak di utara Yaman (Timur Tihamah), memanjang dari kawasan Syam di utara
hingga ke Najran di selatan. Kawasan ini sebelum kedatangan islam merupakan kawasan yang
penuh dengan huru hara dan kejahilan.6

HETEP SENOUSERT
Bandar ini diasaskan oleh Sesostris 111 di Fayyum dan diduduki selama lebih 50 tahun. Bandar
ini dibahagikan kepada zon untuk golongan kaya dan golongan miskin. Kedua-dua zon dipisah

Siti Salmah dan Zarina Abdullah, 2000, Aset Peperiksaan Sejarah Dunia, Pearson Education
Malaysia Sd.Bhd. hlm 48
6

Sivachandralingam Sundara Raja Ayadurai Letchumanan, 2002, Tamadun Dunia, Oxford


Fajar Sdn.Bhd. hlm 13

oleh sebuah tembok. Rumah-rumah yang didirikan dalam zon miskin mempunyai bilik-bilik
yang kecil manakala golongan kaya mempunyai bilik-bilik yang besar.7
HAT WARET (AVARIS)
Terletak di kawasan delta dan merupakan pusat untuk Tuhan Seth. Ia dijadikan ibu kota untuk
orang Hyksos. Avaris muncul kembali sebagai pusat pentadbiran semasa pemerintahan Ramses
11.8
HELIOPOLIS
Bandar Heliopolis merupakan Bandar spiritual dan ibu kota kerajaan kuno yang wujud sejak
zaman pra sejarah. Bandar ini merupakan tempat asal usul raja-raja Mesir dan pusat bagi
pemujaan Tuhan Matahari.9
HARAPPA
Harappa merupakan bandar terancang yang tertua di dunia. Bandar ini dibina mengikut pelan
yang dengan bandar Mohenjo-Daro. Bandar ini terdiri daripada dua bahagian, iaitu bahagian
kubu dan bandar. Kubu didirikan di bahagian timur untuk mengelakkan serangan musuh dan
mengatasi masalah banjir. Batu-batu yang digunakan bermutu tinggi dan bersaiz standard.
Bangunan-bangunan dibina dalam bentuk blok-blok empat segi sepanjang jalan dan lorong.
Jalan-jalan utama dibina secara lurus berukuran 30 kaki lebar. Jalan dari utara ke selatan disilang
oleh jalan-jalan lain pada sudut tepat dan membentuk blok yang berukuran 130 kaki x 65 kaki.
Longkang tertutup dibina di sepanjang jalan utama dan dilengkapi lubang pemeriksaan untuk
menjalankan kerja-kerja pembersihan jika longkang tersumbat. Kemudahan-kemudahan awam
seperti tempat mandi dan tandas awam didirikan berhampiran jalan utama untuk kegunaan buruh
dan hamba dan terdapat juga tangga yang dibina di kedua belah kolam menuju ke bahagian dasar
kolam. Tangga ini dibina dengan menggunakan batu dan disadur dengan bitumen.10
HO-LA-TAN
7

Ibid hlm 19

Ibid hlm 19
Ibid hlm 20

10

Ibid hlm 21

Ho-La-Tan atau Aruteun ialah kerajaan di Jawa yang menjalin hubungan perdagangan dengan
negara-negara Asia Tenggara dan Negara China. Kerajaan ini menghantar utusan ke Negara
China pada tahun 430, 433,434,437 dan 452 M. Kerajaan ini mulai merosot selepas serangan
Purnavarma dari Tarumanegara pada tahun 452 -528 M.11
HO-LING (KALINGA)
Ho-Ling atau Kalinga ialah kerajaan yang terletak di Jawa Tengah atau di lembah Sungai Brantas
di Jawa Timur. Kerajaan ini telah menghantar utusan ke Negara China pada tahun 647 M. Pada
tahun 644 M, seorang pendeta bernama Hwi-Ning dari China telah melawat Ho-Ling dan
menterjemahkan kitab suci Buddha-Hinayana dengan bantuan Jnanabhadra.12
HAMMURABI
Empayar Babylon mencapai kemuncak kegemilangan semasa pemerintahan Hammurabi yang
berjaya mewujudkan keamanan, memperkenalkan kod undang-undang dan mengasaskan sistem
pentadbiran yang teratur. Hammurabi berjaya menubuhkan empayar yang besar melalui dasar
perluasan kuasa yang agresif. Selepas kematian Hammurabi, Empayar Babylon mulai runtuh
ekoran serangan kaum Kasite.13
HIPPOCRATES
Hippocrates dikenali sebagai Bapa Trigonometri kerana menghasilkan jadual trigonometri
pertama dan membuat kajian tentang nisbah antara lengkok dengan garisan semua sudut.14
HERON
Heron merupakan ahli geometri yang menghasilkan karya berjudul Metrika yang mengandungi
cara-cara mengukur luas segi tiga, segi empat, poligon sekata, bulatan, segi empat elips, segmen
parabola dan lain-lain.15
11

Ibid hlm 62

12

Ibid hlm 62

13

Ibid hlm 65

14

Ibid hlm 219

15

Ibid hlm 219

HRABANUS MURUS
Hrabanus Murus merupakan tokoh matematik Jerman yang meneruskan kajian yang dilakukan
oleh Bede dalam bidang matematik.16
HUMANISME
Humanis ialah golongan Yng mengkaji tenteng manusia, idea agung dan kesenian klasik. Mereka
juga lebih mementingkan kehidupan di bumi nyata daripada akhirat. Dua tokoh humanis terkenal
ialah Petrarch (1304-74 M) dan Dante (1265-1321 M). Kedua tokoh ini mendapati masyarakat
Greek dan Rom lebih mementingkan kehidupan dunia nyata daripada akhirat. Terdapat juga
penulis humanis yang menulis untuk mendedahkan hipokrasi pemerintah dan gereja. Antara
mereka ialah Erasmus melalui karyanya Praisev of Folly yang mengkritik kehidupan berpurapura paderi gereja.17
HANNU
Hannu mengetuai ekspedisi yang dihantar olehfiraun Mesir sekitar tahun 1750 S.M. Beliau
diiringi oleh pasukan tentera seramai 3000 orang mempertahankan konvoi daripada serangan
musuh. Ekspedisi tersebut bermula dari Coptos (terletak di utara Thebes) dan melalui kawasan
gurun ke Seba yang terletak berhampiran Laut Merah. Setelah sampai di Seba, Hannu membina
kapal besar untuk belayar ke Punt (terletak di Somolia) untuk membeli barang dagangan.18
HARKHUF
Harkhuf ialah seorang pelayar Mesir yang hidup sekitar tahun 2300 S.M. Sesetengah sejarahwan
menganggap Harkhuf sebagai the first known explorer Beliau mengetuai beberapa ekspedisi ke
Yam yang terletak di selatan Nubia untuk mencari jalan perdagangan ke Yam. Harkhuf
membawa balik barangan berharga seperti kapur barus, ebony,heknu,bijirin,gading gajah dan 300
keldai.19
16

Ibid hlm 219

17

Ibid hlm 244

18

Ibid hlm 265

19

Ibid hlm 265

HERBERD READ
Herberd Read dalam bukunya The Meaning of Art mentakrifkan seni sebagai usaha untuk
mencipta bentuk-bentuk yang menyenangkan. Seorang ahli seni menghasilkan sesuatu objek
dengan memberi penekanan kepada taga perkara, iaitu kecantikan, ekspresi (curahan perasaan)
dan kegunaan. Keseniannya meliputi satu bidang yang luas. Antaranya kesusasteraan, muzik,
seni bina, seni ukir, seni lukis, teater, kaligrafi,dan lain-lain. Keseniannya dibahagikan kepada
dua iaitu seni halus dan seni gunaan.20
HESOID
Penyair Hesoid menghasilkan puisi Theology yang mengisahkan asal usul manusia dan
kehidupan Tuhan. Sementara dalam puisi Works and Days, dikisahkan cara menternak
binatang.21
HALLAJ
Hallaj telah memeperkenalkan doktrin hulul dan ittihad (hancur lebur hingga bersatu dirinya
dengan tuhan), yakni,manusia dan Tuhan merupakan dua hakikat yang meresap dalam satu
tubuh. Seterusnya beliau memperkenalkan ajaran Nur Muhammad yakni, daripada nur atau
cahaya Nabi Muhammadlah terpancarnya segala makhluk.Hallaj telah dihukum bunuhpada tahun
922M oleh Khalifah al-Muqtadir yang menganut ajaran Sunni.22
HIMYAR
Kerajaan Himyar pada peringkat awalnya telah dikurniakan oleh Allah (swt) nikmat dan
pengampunan. Akan tetapi setelah kerajaan ini ingkar kepada Allah (swt), lalu Allah (swt)
menurunkan bala terhadap mereka. Sejak itu tamadun Arab yang dibina berabad-abad lamanya di
selatan Semenanjung Arab mengalami keruntuhan.23
HAJAR AL-ASWAD
20

Ibid hlm 275

21

Ibid hlm 285

22

23

Mahayudin Hj.Yahya, 1998, Tamadun Islam, Fajar Bakti Sdn.Bhd. hlm xx


Ibid hlm 5

Hajar al-Aswad yang berada di Kaabah itu berpunca dari langit. Oleh sebab mereka ini
menyembah bintang-bintang di langit menyebabkan Hajar al-Aswad di Kaabah turut disembah.
Berhala-berhala untuk disembah diperbuat daripada batu, kayu, lagam seperti emas dan perak
sama ada berbentuk asli atau berbentuk replika.. Antara berhala-berhala yang masyhur disebut
dalam al-Quran ialah berhala al-Lat (di Taif), al-Uzza (di Nakhlah), al-Manar (antara Makkah
dan Madinah) dan Hubal (di kota Makkah). Di sekeliling Kaabah terdapat sebanyak 360 buah
berhala.24
HABSYAH
Tentera Habsyah di Yaman yang disokong oleh kerajaan Rom telah mengancam ketenteraan
politik dan pentadbiran kota Makkah dalam serangan yang dilakukan ke atas kota suci itu pada
tahun Gajah. Ertinya walaupun pada mulanya kedudukan politik Makkah agar kukuh dan stabil,
tetapi setelah ketibaan pengaruh penjajah, keadaannya menjadi gawat dan tidak tenteram.25
HUKUM KANUN MELAKA
Hukum ini dikenali juga sebagai undang-undang Darat Melaka atau Risalat Hukum Kanun.
Hukum Kanun Melaka mempunyai 44 fasal dan berkuat kuasa di Melaka. Undang-undang ini
telah diwarisi sejak turun temurun sama ada berbentuk tulisan atau lisan. Ia banyak dipengaruhi
oleh unsur-unsur adat tempatan dan Hindu. Hanya di bahagian akhir sahaja terdapat pengaruh
islam. Antara lain kandungannya adalah mengenai tanggungjawab raja serta pembesar, pantang
larang di kalangan anggota masyarakat, perhukuman kesalahan jenayah dan awam, undangundang keluarga, permasalahan ibadat dan muamalat dan hukum perhumaan.26

HAMZAH FANSURI 321


Beliau dilahirkan di Baros atau Fansur pada pertengahan abad ke-16M. Beliau hidup pada zaman
pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah hingga ke zaman Iskandar Muda Mahkota Alam
(1575-1625M). Beliau banyak mengembara dan mendapat pendidikan di Sumatera, Makkah,
24

Ibid hlm 8

25

Ibid hlm 9

26

Ibid hlm 191-194

Madinah, Baghdad dan lain-lain. Hamzah dianggap sebagai seorang ulama dan pengarang yang
terkenal pada zaman tersebut. Beliau menganuti tariqat Qadariyah jaga dipengaruhi oleh ajaran
Ibn Arabi dan al-Hallaj. Satu daripada ajarannya ialah Wahdatul-Wujud yang ditentang oleh
Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf Singkel yang berlainan aliran Wahdatul-Syuhud. 27

HIJRAH
Perkataan hijrah bererti lari (flight). Kata mereka Nabi Muhammad (saw) dan para sahabatnya
telah melarikan diri dari Makkah ke Yathrib kerana takut diseksa dan diancam oleh kaum
Musyrikin Quraisy. Hijrah ialah perkataan Arab yang diambil daripada kata dasar hajara ertinya
berpindah dan kata terbitannya hijrah ertinya perpindahan. Tujuan hijrah bukanlah takut atau
melarikan diri daripada kaum Quraisy, tetapi ai mempunyai tujuan dan objektifnya yang
tersendiri. Objektif utama ialah untuk mematuhi perintah Allah (swt).28
HWANG HO
Tamadun Hwang Ho bermula lebih kurang 5000 S.M dan lembahnya kaya dengan tanah loes
yang subur untuk kegiatan pertanian. Pemerintahan adalah di bawah raja berkuasa mutlakyang
diberi kuasa mandat oleh tuhan untuk mentadbir. Dua dinasti penting dalam tamadun Hwang Ho
ialah Dinasti Shang dan Dinasti Chou.29
HIEROGLIF
Tulisan berbentuk gambar atau lambang yang mewakili objek yang ingin disampaikan. Ia dicipta
di atas tulang, kayu, tembikar dan diukir di atas tulang, kayu dan tembikar. Penemuan pokok
papyrus telah membawa kepada penciptaan kertas. Penulisan dengan menggunakan dakwat dan
berus. Tujuannya adalah untuk merekodkan semua upacara keagamaan dan harta dalam kuil.

27

Ibid hlm 321

28

Ibid hlm 394

29

Siti Salmah dan Zarina Abdullah, 2000, Aset Peperiksaan Sejarah Dunia Tingkatan 4,
Pearson Education Malaysia Sdn.Bhd. hlm 8

Tulisan hieroglif di Batu Rosetta berjaya ditafsirkan oleh Sarjana Perancis, Champollion pada
tahun 1822.30

HISPANIOLA
Penjelajahan Christopher yang pertama membawanya ke Hispaniola (Haiti), di kepulauan Hindia
Barat. Hispaniola dijadikan landasan dalam usaha melakukan beberapa misi penerokaan di
kepulauan Hindia Barat. Hasilnya beberapa kejayaan diperolehi. Antaranya ialah mereka berjaya
mendapat tanah jajahan seperti Cuba dan Puerto Rico, Maxico, di Amerika Tengah, Peru dan
Chile, di Amerika Selatan dan lombong-lombong emas dan perak yang dibuka di Peru dan
Granada di utara Amerika Selatan dan di Utara Maxico. Ini membawa kepada pembukaan
penempatan tetap masyarakat Sepanyol. 31
I
Ibnu khaldun
Nama sebenar ialah Abdul al-Rahman bin Ibnu Muhammad Ibnu khaldun. Beliau telah
dilahirkan pada 27 mei 1332 di Tunisia dan meninggal pada 17 mac 1406 di Kaherah, Mesir.
Ibnu Khaldun merupakan salah seorang pakar sains islam yang terulung.
Ibnu Khaldun mencetus pemikiran baru apabila menyatakan sistem sosial manusia
berubah mengikut kemampuannya berfikir, keadaan persekitaran, pengaruh iklim, makanan,
emosi serta jiwa manusia itu sendiri. Pandangan Ibnu Khaldun dikagumi tokoh sejarah
berketurunan Yahudi, Prof Emeritus Dr Bernerd Lewis yang menyifatkan tokoh ilmuwan itu
sebagai ahli sejarah Arab yang hebat pada zaman pertengahan. Dilahirkan di Tunisia, keluarga
Ibnu Khaldun sebenarnya berasal dari wilayah Seville, Sepanyol, ketika dalam pemerintahan
Islam. Beliau berasal daripada kalangan keluarga berada. Ketika zaman kanak-kanaknya, ibnu
Khaldun mempelajari al-Quran daripada orang tuanya sebelum melanjutkan pengajian ke
peringkat

tinggi

30

Ibid hlm 14

31

Ibid hlm 104

sambil

dibantu

sejarawan

dan

ulama

Tunisia

serta

Sepanyol.

Pada 1375, beliau berhijrah ke Granada, Sepanyol kerana mahu melarikan diri daripada
kerajaan di Afrika Utara. Walau bagaimanapun, pada ketika itu keadaan politik Granada tidak
stabil, lantas mendorong beliau untuk merantau ke Aljazair (bahagian utara Semenanjung Tanah
Arab). Di sini, beliau tinggal di sebuah kampung kecil iaitu Qalat Ibnu Salama.
Di situ juga beliau menghasilkan beberapa karya terkenal termasuk al Ibar Wa Diwan
al-Mubtad Wa al-Khabar. Kitab yang paling terkenal hasil tulisan beliau ialah kitab
Mukaddimah. Sehingga kini kitab itu menjadi rujukan umat Islam, khususnya dalam ilmu kajian
sosial, politik, falsafah dan sejarah. Kitab Mukaddimah menghuraikan beberapa peristiwa dalam
kehidupan masyarakat, proses pembentukan negara, faktor kemajuan serta kemunduran, selain
menerangkan beberapa perkara yang berkaitan bidang perniagaan, perindustrian dan
pertanian.Karya Ibnu Khaldun yang menakjubkan itu membolehkan beliau digelar sebagai
Prolegomena.Dalam pada itu, Ibnu Khaldun mengutarakan pandangannya bagi memperbaiki
kesilapan dalam kehidupan menjadikan karya beliau seumpama ensiklopedia yang mengisahkan
pelbagai perkara dalam kehidupan sosial manusia. Kajian yang dilakukan Ibnu Khaldun bukan
hanya mencakupi kisah kehidupan masyarakat ketika itu, malah merangkumi sejarah umat
terdahulu. Selain sebagai ilmuwan dalam bidang sosial, Ibnu Khaldun, mampu mentadbir dengan
baik apabila dilantik sebagai kadi ketika menetap di Mesir. Kebijaksanaannya mendorong Sultan
Burquq iaitu Sultan Mesir ketika itu memberi gelaran Waliyuddin kepada Ibnu Khaldun.
Ibnu Khaldun juga memajukan konsep perdagangan, kebebasan dan terkenal kerana
hasil kerjanya dalam bidang sosiologi, astronomi, numerologi, kimia serta sejarah. Beliau
membangunkan idea bahawa tugas kerajaan hanya terhad kepada mempertahankan rakyatnya
daripada keganasan, melindungi harta persendirian, menghalang penipuan dalam perdagangan.
Bukan itu sahaja, dari segi konsep ekonomi, Ibn Khaldun memajukan teori nilai dan
hubung kaitnya dengan tenaga buruh, memperkenalkan pembahagian tenaga kerja, menyokong
pasaran terbuka, menyedari kesan dinamik permintaan dan bekalan ke atas harga dan
keuntungan. Beliau turut menyokong perdagangan bebas dengan orang asing, dan percaya
kepada kebebasan memilih bagi membenarkan rakyat bekerja keras untuk diri mereka sendiri. 32
32

http:// tokoh.blogspot.com/2005/09/Ibnu-Khaldun.

Ilmu Pengetahuan
Perkataan ilmu banyak terdapat dalam al-Quran dan mempunyai makna-makna yang berbezabeza. Bagi agama Islam ilmu dari sudut bahasa didefinisikan sebagai lihat atau perhati, ketahui
atau mengetahui dan juga kebenaran dan keizinan. Manakala dari segi istilah, ilmu mempunyai
makna umum, iaitu pengetahuan atau mendapat pengetahuan tentang sesuatu melalui
pembelajaran. Di dalam kefarduan menuntut ilmu, islam telah menggariskan dua bahagian ilmu
yang utama, iaitu fardu ain dan fardu kifayah.
Fardu Ain merupakan kewajipan setiap individu Islam yang mukalaf untuk
melakukannya seperti menuntut ilmu-ilmu yang menyentuh soal-soal akidah, ibadah dan mengisi
hati. Misalnya cara mengenal Allah, cara beribadat kepada Allah dan cara membersihkan hati
daripada segala sifat maksiat batin mahupun zahir. Fardu ain dapat dibahagikan kepada empat
bahagian. Pertama ilmu yang dikenali sebagai ilmu enam perkara keimanan atau rukun iman.
Kedua, Ilmu yang berhubung dengan perundangan islam atau syariah. Ketiga, ilmu yang
berhubung dengan lima perkara yang diharamkan dan keempat, Ilmu yang berkaitan dengan
pergaulan dan muamalah.
Manakala fardu kifayah pula merupakan tuntutan terhadap orang-orang Islam yang
mukalaf melakukannya. Jika salah seorang melakukannya, sudah memadai dan yang lain tidak
dituntut lagi. Ilmu-ilmu fardu kifayah antaranya ialah kedoktoran, kehakiman, kejuruteraan,
ketenteraan dan sebagainya. mereka yang mempelajari ilmu fardu khifayah ini boleh menjamin
maslahat umat islam dan masyarakat keseluruhannya. Akan tetapi, ilmu-ilmu yang dipelajari
hendahlah terikat dengan kebudayaan dan syariat islam.33
Imperialisme
Imperialisme adalah kegiatan sesebuah negara meluaskan wilayah dengan menguasai dan
menjajah negara-negara yang lemah yang lain. Kuasa-kuasa Barat yang pernah melakukan
imperialisme adalah Sepanyol, Belanda, Portugis, Inggeris dan banyak lagi. Terdapat banyak

33

Amir A.Rahman, 1991, Tamadun Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 108

tujuan yang dapat dilihat daripada imperialisme ini, namun yang paling jelas ialah daripada sudut
politik dan ekonomi.
Revolusi Perindustrian telah menyebabkan dasar kuasa-kuasa barat berubah. Mereka
tidak perlu lagi membolot barang dagangan yang mahal sebaliknya menguasai kawasan yang
bolej membekalkan bahan mentah untuk keperluan kilang perusahaan dan mendapat pasaran
bagi hasil keluaran kilang.
Penguasaan penjajahan dari sudut ekonomi, iaitu memonopoli bahan dagangan dan bahan
mentah serta menjadikan tanah jajahan sebagai kawasan pasaran. Bagi imperialisme barat,
dorongan bagi meluaskan wilayah didorong oleh beberapa faktor. Antaranya ialah perkembangan
revolusi perindustrian, pengenalan teknologi baru, kemajuan sistem perhubungan dan juga
tanggapan, Beban Orang Putih.

Bukan sahaja Barat,akan tetapi Jepun juga pernah menjadi kuasa imperialis terutamanya
di Asia Tenggara. Imperialisme Jepun adalah disebabkan oleh pemodenan oleh Maharaja Meiji,
perkembangan pendidikan moden, keperluan industri iaitu bahan mentah serta kawasan pasaran
dan juga menguji kekuatan ketenteraan. Disebabkan itu, Jepun telah menjajah beberapa bueh
negara termasuk Tanah Melayu.34

Islam
Allah telah mewahyukan agama islam kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantara
malaikat Jibril Agama Islam adalah agama terakhir dan merupakan agama yang paling mulia
sebelum hari kiamat. Dalam agama Islam terdapat dua aspek penting iaitu akidah dan syariah.
Dari aspek akidah yang mana kepercayaan seluruh jiwa dan raga manusia terhadap keesaan
Allah s.w.t. Manakala dari sudut syariah,ianya merangkumi undang-undang dan hukum Islam
yang terkandung di dalam kitab suci al-Quran dan hadis (sunnah rasulullah).

34

Siti Salmah dan Zarina Abdullah, 2000, Aset Peperiksaan Sejarah Dunia Tingkatan 4,
Pearson Education Malaysia Sdn.Bhd. hlm 162

Al-Quran adalah kalam Allah yang suci dan terjamin terpelihara hingga ke hari kiamat.
Al-quran telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad yang mana telah diterima oleh Nabi
Muhammad sewaktu baginda bertafakul di dalam Gua Hira. Wahyu yang pertama adalah ayat 1
hingga 5,surah al-Alaq. Manakala hadis pula ialah perkataan, perbuatan atau pengakuan yang
disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Umat Islam haruslah percaya kepada Rukun Islam
lima perkara dan Rukun Iman yang enam.35

Iskandar Zulkarnain (Iskandar Agung)


Kisah Iskandar Zurkarnain terlipat dalam lipatan sejarah yang mana telah diceritakan di dalam
kitab suci al-Quran mengenai kehebatannya. Iskandar Zulkarnain ialah seorang pahlawan agung
yang mana mengamalkan ajaran agama Nabi Ibrahim. Beliau merupakan anak kepada Philip II
dan beliau telah berjaya menyatukan seluruh Mekadonia dan Yunani. Beliau seorang pemerintah
Islam yang berani dan mashur. Namun begitu, ada pihak yang telah mengubah fakta dan ingin
membuat kekeliruan dengan menyamakan Iskandar Zurkarnain dengan Alexander The Great
terutamanya barat yang nyata sekali berbeza.
Iskandar Zulkarnain telah membina sebuah tembok bagi memerangi yajuj dan majuj yang
mana sesetengah kajian menyatakan bahawa tembok tersebut ialah tembok besar china dan yajuj
dan majuj itu pula ialah golongan orang Gasar yang zalim dan tidak berperikemanusiaan.
Iskandar Zurkarnain ini sesungguhnya mencipta banyak sejarah dalam perluasan empayar Islam
sehinggakan kisahnya tercatat 36dalam surah al-Kahfi, ayat 89 hingga 99.37

J
JAHILIAH

35

Ibid hlm 30-31

36

37

Ibid hlm 38

Jahiliah berasal daripada akar kata jahala dan kata terbitan jahlun atau jahalatun

yang

bererti bodoh dn sesal.38 Al-Quran tidak memberikan batas masa bagi era jahiliah, hanya
dinyatakan umum sahaja iaitu ungkapan Jahiliah yang dahulu. Begitu juga dengan kamus-kamus
arab, hanya menyatakan pada zaman sebelum islam. Dalam konteks semenanjung Arab, zaman
yang paling layak digelar zaman Jahiliah ialah zaman selepas keruntuhan kerajaan Saba.
Dengan perkataan lain, zaman Jahiliah berlaku tiga abad iaitu apabila berakhirnya kejatuhan
kerajaan Saba peringkat ketiga atau peringkat akhir Himyar (Tubba) sekitar tahun 300M hingga
turun Al-Quran dan kerasulan nabi Muhammad (saw) pada tahun 610M.39
Mengikut pemikiran Ahli sejarah iaitu P.K Hitti Jahiliah bukan membawa pengertian jahil
dari segi ilmu pengetahuan, tetapi ilmu agama sahaja. Alasan beliau ailah zaman tersebut tiada
nabi dan kitab sebagai petunjuk. Maka orang Arab di selatan semenanjung Arab tidak boleh
dianggap jahil dan bodoh kerana mereka telah pun mempunyai tamadun yang tinggi. Pendapat
P.K Hitti berhubung dengan makna jahiliah hampir-hampir telah diterima oleh penulis-penulis
moden, khususnya di kalangan penulis berbangsa Arab seperti Ahmad Syalabi dan Hasan
Ibrahim Hasan
Sebenarnya, penyataan yang di kemukakan oleh P.K Hitti tidak tepat dari segi kronologi
sejarah. Walaupun diakui selatan semenanjung Arab khususnya pada kegemilangan kerajaan
Saba telah mencapai kemajuan, tetapi pada waktu itu ada seorang nabi, iaitu Nabi Sulaiman.
Kerajaan Saba telah menerim a ajaran Baginda, maka ALLAH menganugerahkan kerajaan ini
sebuah negeri yang makmur. Akan tetapi setelah kerajaan ini ingkar pada ALLAH, lalu ALLAH
menurunkan bala ke atas mereka. Sejak itu kerajaan Saba yang dibina berabad-abad lamanya
mengalami kehancuran.40

JAHIL AGAMA
Masyarakat Arab mengalami kesesatan agama kerana ia mempunyai pertalian dengan
zaman Jahiliah dan sifat gasar yang mencirikan keadaan mereka ketika itu. Pengaruh agama pada
38

Mahayudin Hj. Yahya,1998,Tamadun islam,Syarikat penerbit Fajar Bakti, hlm 5

39

Ibid hlm 6-7

40

Ibid hlm 5

zaman itu tersebar kerana adanya hubungan perdagangan dan hubungan diplomatik dengan
kuasa besar iatu Parsi dan Rom. Mereka berlumba-lumba menyebarkan agama masing-masing.
Pihak Parsi menyebarkan Agama Manjusi sementara pihak Rom menyebarkan agama Nasrani.
Sementara itu, Makkah kekel dengan agama menyembah berhala (Wathani). Golongan
beragama boleh dikategorikan kepada lima bahagian iaitu Wathani, Majusi (menyembah api),
Nasrani(Kristian), Yahudi dan Hanif. Agama Wathani paling popular di kalangan masyarakat
arab.41

JAHIL POLITIK
Pada zaman Jahiliah tidak terdapat sebuah pun kerajaan yang mempunyai struktur
pemerintahan yang teratur dan berkuasa. Kedudukan politik mereka tergugat akibat penjajahan.
Di sebelah utara Semenanjung Arab telah di jajah oleh kerajaan Rom dan Parsi. Di kawasan
tengah seperti Makkah walaupun tidak di jajah, tetapi menerima kesan buruk penjajahan iaitu
dalam peristiwa peperangan Fijar yang bernaung di bawah pemerintahan kerajaan Parsi.
Sementara itu akibat yang lebih buruk ialah pendudukan tentera Habsyah di Yaman. Mereka
telah mengugatkan ketenteraman politik Kota Makkah.42 Pihak penjajah sentiasa mementingkan
diri mereka daripada masyarakat yang di jajah. Dalam masyarakat yang mengamalkam sistem
kabilah mereka sering berlaku peperangan bagi mendapatkan kuasa. Demikianlah keadaan
politik pada zaman Islam.43

JAHIL EKONOMI

41

Ibid hlm 7

42

Ibid hlm 9

43

Ibid hlm 10

Keruntuhan empayar Marib di Yaman telah membawa kemerosotan ekonomi masyarakat


Arab. Hasil pertanian di selatan Semenanjung Arab merosot dengan teruk akibat tiada sistem
pengairan yang baik. Ramai penduduk telah berpindah ke utara untuk mencari sumber-sumber
yang ekonomi yang baru. Terdapat ramai kaum peniaga dari selatan Semenanjung Arab
menjalankan aktiviti perdagangan di kota Makkah, Hirah dan Ghassan. Namun begitu,
perniagaan mereka tidak menguntungkan kerana terdapat masalah pada masa itu.44
Peristiwa percubaan tentera Habsyah di Yaman menawan Makkah telah memburukkan
lagi situasi perdagangan. Dalam keadaan terdesak dan tertekan ini puak Quraisy Makkah telah
mengeksploitasi perdagangan satu hala dengan mengenakan tekanan kepada kaum Badwi. Selain
itu, ada juga yang bermusuhan yang ketara antara golongan kaya dan miskin dan menyebabkan
ekonomi bertambah buruk.45

JAHIL SOSIAL
Pada zaman Jahiliah mereka tertakluk kepada system kabilah. Kabilah merupakan satu
unit social yang mengawal system pentadbiran masyarakat. Penyatuan masyarakat berkabilah
adalah berlandaskan pertalian darah dan keturunan yang diistilahkan sebagai asabiyah. Mereka
bermegah dengan kabilahnya dan memandang hina terhadap kabilah yang lain.
Keadaan kejahilan mereka bertambah kompleks lagu apabila selalu berlaku peperangan
sesame sendiri. Tujuannya adalah untuk mencari nama, kuasa, pengaruh dan harta sebgai
lambing kemegahan kabilah mereka. Pada zaman ini, kedudukan kaum wanita sangat rendah.
Mereka kanak-kanak wanita apabila besar kelak akan member masalah kepada keluarga, oleh itu,
mereka sanggup menanam bayi hidup-hidup.46

JURUTEKNIK
44

Ibid hlm 10

45

Ibid hlm 11

46

Ibid hlm 13

Juruteknik islam yang masyur pada zaman Dinasti China berketurunan Arab iaitu Alaudin
al-Mufari (A-Lao-wa-ting) dan Ismail as-Syam. Keduanya mahir membuat senjata meriam bagi
tentera mongol.47

JALAN LAUT DAN DARAT


Pada zama dahulu, jalan laut amat penting untuk melakukan perdagangan.
Sebagai contoh, pada zaman Khalifah al-Walid bin abdul Malik (705-715M) tentera
islam pimpinan Qutaybah bin Muslim telah berjaya memperluaskan jajahan takluk islam
di sebelah timur hingga ke negeri China. Agama islam juga tersebar melalui dua jalan
iaitu jalan air dan jalan darat. Jalan laut yang bermula dari Teluk Parsi dan bahagian
selatan Semenanjung Arab hingga lautan Hindi dan seterusnya ke bandar-bandar tenggara
China. Kebanyakkan masyarakat yang menganut agama Islam melalui jalan laut adalah
Mazhab Maliki.
Jalan yang kedua ialah jalan darat atau dikenali sebagai Silk Road ( jalan sutera)
yang bermula dari Timur Mediterranean hingga ke Asia Tengah, Bukhara dan Samarkand
sebelum masuk ke barat laut China dan berakhir di pasar Changan (Xian) dan Peking.
Rata-rata penganut islan dari jalan darat ialah Mazhab Hanafi.48

JAWA
Penentuan tarikh kedatangan islam di jawa sebenarnya masih belum begitu jelas.
Walau babaimananpun, ahli-ahli sejarah telah mencari bukti-bukti tersebut melalui
makam-makam yang di jumpai, catatan tarikh-tarikh dan nama-nama orang yang
berkenaan. Namun demikian, ahli-ahli sejarah Indonesia tidak menolah kenyataan
bahawa kedatangan islam ke Jawa melalui perdagangan. Bermula dengan kedatangan
Maulana Malik Ibrahim, seorang daripada Wali Sogo atau wali Sembilan. Walau
bagaimanapun, secara keseluruhannya
47

Ibid hlm 88

48

Ibid hlm 87

Islam di Jawa pada zaman Wali Sogo lebih

banyak di serapakan melalui budaya tempatan iaitu wayang kulit gamelan dan lainlain.ini kerana pada masa itu penduduk tebal dengan kebudayaan dan kepercayaan
Hindu-Buddha yang telah lama mereka warisi.49

JIZYAH
Jizyah ialah cukai perlindungan yang di kenakan ke atas kafir Zimmi iaitu oarng
bukan islam yang bernaung di bawah pemerintahan islam. Mereka akan di kenakan
Jizyah apabila sudah cukup syarat iaitu lelaki, merdeka (bukan hamba),akhil baligh,
masih hidup dan berupaya. Kadar jizyah ialah antara 12-48 dirham setahun mengikut
taraf kekayaan atau keupayaan masing-masing.50 Selain itu, kerajaan Bani Umayyah telah
mengubah system ini dengan mengenakan juga cukai jizyah ini kepada orang islan bukan
keturunan Arab( kaum Mawali).51
JAWATAN BENDAHARA
Jawatan bendahara m atau dalam merupakan jawatan yang paling tinggi dan rapat
dengan Sultan. Jawatan Bendahara berperanan sebagai penasihat Sultan sama ada yang
melibatkan urusan luar atau dalam negeri. Ia juga di beri kuasa memperkatakan sesuatu
yang pasti kesahihannya sebelum dirujuk kepada Sultan, di samping mengambil berat
tentang undang-undang negeri.
Apabila Sultan mangkat tanpa meninggalkan waris pada ketika itu Bendahara
akan menjadi Sultan sementara. Bendahara juga akan bersama sultan sekiranya sultan
belum beristeri. Ia juga berkuasa dalam aspek ketenteraan walaupun ia tidak terlibat
secara langsung dalam pertempuran, tetapi banyak memberi nasihat terutama yang
melibatkan isu-isu besar.52

49

Ibid hlm 96

50

Ibid hlm 124

51

Ibid hlm 244

52

Ibid hlm 190

JAWATAN PENGHULU BENDAHARI ATAU MENTERI KEWANGAN


Jawatan ini masih ada sehingga hari ini. Ia juga dikenali sebagai Seri Nara Diraja
pada zaman Melaka. Ia juga menjadi ketua-ketua bendahari-bendahari raja, mengetuai
pegawai-pegawai yang menguruskan hal-ehwal hasil Negara. Antara pegawai tersebut
ialah pegawai kastam, pegawai pemungut, menyimpan dan mengagihkan hasil Negara.
Beliau menduduki tempat kedua selepas Bendahara di istana pada zaman ini. Peranan
yang di mainkan oleh penghulu bendahari itu menunjukkan ketinggian taraf dan
kedudukannya.53
JAWATAN TEMENGGUNG
Jawatan ini merupakan jawatan yang ketiga penting. Beliau bertindak sebagai
ketua polis. Beliau bertanggungjawab memastikan keamanan dan keselamatan serta
memastikan perlaksanaan undang-undang di seluruh Melaka. Bagi tugas awam beliau
akan mengiringi Bendahara ketika menjalankan pendakwaan dan perbicaraan, serta
memungut cukai. Beliau juga bertindak menjalankan hukuman bunuh. Di samping itu,
beliau juga menentukan sukatan dan timbangan di pasar. Kebanyakan temenggung di
lantik dari golongan hulubalang.54

JAWATAN LAKSAMANA
Jawatan Laksama juga merupakan antara jawatan yang penting dalam system
pentadbiran melayu Melaka.55 Fungsi utamanya adalah dalam bidang ketenteraan.
Bertanggungjawab mengetuai angkatan tentera di darat sekirannya Bendahara tiada. Ia
juga menjadi pegawal peribadi Sultan. Peranan Laksama jelas menunjukan kepentingan
dalam system pentadbiran Melaka.56

53

Ibid hlm 190

54

Ibid hlm 190

55

Ibid hlm 190

56

Ibid hlm 191

JAWATAN SYAHBANDAR
jika sekiranya Laksamana di beri gelaran raja di laut, maka Syahbandar pula di
beri gelaran Raja Pelabuhan kerana peranannya di pelabuhan yang mengendalikan
organisasi perkapalan. Perihal cukai, mengawal urus niaga dan dagangan. Beliau juga
menjaga kebajikan para pedagang. Tugas Syahbandar jelas penting dalam menentukan
kestabilan pelabuhan.57

JEAN-JACQUES ROUSSEAU (1721-1755M)

Jean-Jacques Rousseau ialah ahli falsafah yang terkenal menerusi risalah politik
yang berjudul Social Contract. Menurut beliau, kerajaan menjalankan kuasa berdasarkan
perjanjian yang dibuat oleh manusia sesame manusia dengan rela. Beliau menegaskan
Negara dalam keadaan yang kejam tanpa undangundang dan moraliti. Dalam buku
Nouvelle Heloise, beliau menyanjung hokum alam manusia. Beliau berpendapat segala
yang berlaku di alam ini tanpa paksaan.58

JOHN LOCKE (1632.1704M)


John Locke ialah ahli falsafah Inggeris yang berpendapat bahawa rakyat harus
diberi pilihan menentukan kerajaan semdiri. Beliau berpendapat adalah perlu membentuk
satu perlembagaan yang diberi kuasa oleh rakyat bagi memastikan undang-undang
dipelihara. Dalam buku Two Treaties Of Goverment, beliau mengesyorkan bahawa
kekuasaan tertinggi harus berada di tangan rakyat. Dalam buku Essay Concerning Human
57

58

Ibid hlm 191

Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan,2007,Tamadun dunia,Oxford


fajar Sdn.Bhd,hlm 205

Understanding, beliau berpendapat manusia dilahirkan bebas daripada segala pandangan


dan pegangan yang di sebut tabula rasa. Pemikiran, kepercayaan dan pandangan
seseorang individu dipengaruhi oleh idea, pegangan dan institusi yang terdapat dalam
masyarakat.59

Jepun adalah sebuah negara kepulauan di Asia Timur yang terletak di sebelah
barat Lautan Pasifik, di sebelah timur Laut Jepun , dan berjiran dengan Republik Rakyat
China, Korea, dan Rusia. Pulau-pulau paling utara terletak di Laut Okhotsk, dan wilayah paling
selatan pula merupakan sekelompok pulau-pulau kecil di Laut China Timur iaitu kawasan
selatan Okinawa yang berjiran dengan Taiwan.
Menurut mitos tradisional, Jepun didirikan oleh Maharaja Jimmu pada abad ke-7 SM.
Maharaja Jimmu yang mendirikan sistem pemerintahan beraja Jepun yang masih wujud hingga
kini. Meskipun begitu, untuk kebanyakan masa sepanjang sejarahnya, kuasa pemerintah
sebenarnya berada di tangan anggota-anggota istana, shogun, pihak tentera, dan memasuki
zaman modern, di tangan perdana menteri. Menurut Perlembagaan Jepun tahun 1947, Jepun
ialah sebuah negara beraja berperlembagaan di bawah pimpinan Maharaja Jepun dan Diet
Jepun.60

JULIUS CAESER
Julius Caeser merupakan seorang panglima di Rom pada kurun ke-32M. Beliau bukan
sahaja seorang tentera yang handal malah juga seorang negarawan yang pintar. Beliau adalah
pemerintah Rom yang terkenal kerana pemerintahan di Rom secara mutlak. Selain itu,
sumbangan beliau ialah perluasan kuasa dan kelendar yang telah diubahsuai dan mengambil
59

Ibid hlm 206

60

Sumber internet,http://ms.wikipedia.org/wiki/jepun

nama bulan julai sempena nama beliau. Dalam proses penaklukan, kata-kata beliau yang terkenal
ialah, veni, Vedi, Vinci, ( aku dating, aku lihat, dan aku takluk).61

61

Siti salmah & Zarina Abdullah,1999, sejarah dunia tingkatan 4, longman,hlm 18.

Anda mungkin juga menyukai