Anda di halaman 1dari 82

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)

MOD KURSUS DALAM CUTI

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM SEMESTER 4

MODUL

PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Berkuat kuasa pada Jun 2010

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan September 2009 Kementerian Pelajaran Malaysia


Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

KANDUNGAN MUKA SURAT

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafal Pendidikan Guru Kata-Alu-aluan Panduan Pembelajaran Pengenalan Agihan Tajuk ( Interaksi dan Modul ) Tajuk Pembelajaran Tajuk 1 Perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran setiap Bidang Kegiatan mengikut Tahap 1 dan 2 1.1 Sinopsis 1.2 Hasil Pembelajaran 1.3 Kerangka konsep Tajuk-tajuk modul ini. 1.4 Kandungan 1.4.1 Pengenalan Bidang Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah 1.4.2 Pemerhatian, penerokaan, pengalaman langsung dan apresiasi setiap bidang kegiatan. - mengikut tahap, minat dan latar belakang - untuk merangsang perkembangan deria - untuk perkembangan Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, Sosial dan Estetik 1.4.3 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan - mengikut tahap, minat dan latar belakang - untuk merangsang perkembangan deria - untuk perkembangan JERISE 1.4.4 Imaginasi dan ekspresi kanak-kanak - untuk setiap bidang kegiatan tahap 1 - untuk setiap bidang kegiatan tahap 2 - untuk 5P KBSR
i

iii iii iv v-vii viii ix

1 1 1 2 14

23

32

1.5 Latihan A

37

Tajuk 2

Meneroka Alat dan Bahan

39 40 41

2.1 Sinopsis 2.2 Hasil Pembelajaran 2.3 Kerangka konsep Tajuk-tajuk modul ini. 2.4 Kandungan : Meneroka Alat dan Bahan 2.4.1 Meneroka / Membuat eksperimentasi Pelbagai jenis alat dan bahan

42

2.4.2 Meneroka / Membuat eksperimentasi perisian- perisian

56

2.5 Latihan B Rujukan Panel Penulis Modul Panel Pemurni Modul Ikon Modul

ii

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan Jun 2010 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

PANDUAN PELAJAR

Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Ujian Akhir Kursus (UAK) dan Peperiksaan Akhir meliputi tajuk-tajuk dalam modul ini. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Modul ini juga disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun

meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk mengikut proforma kursus. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Aktiviti-aktiviti disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Dua latihan disediakan pada pengujung modul ini untuk membantu kefahaman dan pengaplikasian ilmu yang telah diperolehi dalam modul ini.

vi

Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut. Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan ditentukan oleh Unit Peperiksaan dan Penilaian. Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. i. Pelajar perlu memahami Hasil Pembelajaran yang hendak dicapai untuk setiap kursus. ii. Pelajar diminta memahami konsep, istilah dan definisi berkaitan sesuatu tajuk kursus secara kontekstual dan bukan hanya sekadar menghafal. iii. Konsep belajar yang perlu difahami dan dihayati oleh pelajar merangkumi aktiviti mengakses maklumat, mengumpul maklumat, memproses maklumat, dan mengaplikasi maklumat. iv. Pelajar dinasihatkan merujuk pelbagai sumber maklumat, iaitu pada pensyarah, bahan rujukan, rakan sekerja, pengalaman profesional dan juga sumber internet. v. Pelajar disarankan untuk menyediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk pakej untuk digunakan sepanjang satu tahun pengajian. vi. Pengetahuan maklumat kandungan dan pedagogi sentiasa kemudahan ICT dinamik dan dan

bertambah. Oleh itu, pelajar disarankan untuk membuat rujukan dengan menggunakan Online Learning(OLL). vii. Pengetahuan semulajadi dan pengalaman profesional yang sedia ada pada pelajar adalah kekuatan yang dapat dimanfaatkan oleh pelajar untuk membuat banding beza dan mengaplikasikan sebagai amalan di bilik darjah.

Selamat maju jaya. vi

PSV 3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

PENGENALAN
Kursus PSV 3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual
(Teaching and Learning of Visual Art Education) melibatkan teori dan amali

dalam pengajaran dan pembelajaran. (Sila rujuk - Agihan Tajuk). Modul ini mengandungi dua tajuk iaitu Tajuk 1 Perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran setiap Bidang Kegiatan mengikut Tahap 1 dan 2 (Topik 2 teori dalam proforma), Tajuk 2 Meneroka Alat dan Bahan mengikut tema (Topik 1 amali dalam proforma). Modul ini juga disertakan aktiviti dan latihan untuk pengukuhan pembelajaran. Terdapat beberapa aktiviti dan latihan yang disediakan bagi setiap tajuk. Aktiviti dan latihan tersebut termasuk pemerhatian, penerokaan, pengalaman langsung dan apresiasi setiap bidang kegiatan mengikut tahap, minat dan latar belakang. Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan. Imaginasi dan ekspresi kanak-kanak . Mengumpul dan memproses maklumat sesuai dengan Tahap 1 dan Tahap 2. Mengubahsuai maklumat mengikut minat dan latar belakang murid. Membuat penilaian maklumat mengikut pengetahuan sedia ada murid. Meneroka tajuk dan isi kandungan mengikut tema alam persekitaran / sosiobudaya . Setiap tajuk disertakan latihan bertulis berbentuk analisis dalam setiap topik yang dipelajari. Setiap ulasan tersebut akan dibimbing dengan persoalanpersoalan disusuli dengan sumber rujukan yang berkaitan. Latihan ini harus disiapkan dalam jangkamasa yang ditetapkan. Hasil kerja pelajar yang telah disiapkan hendaklah dihantar kepada pensyarah secara e-mel atau bersemuka. Sebagai memantapkan lagi kefahaman

setiap tajuk dalam kursus ini, pelajar dinasihatkan membuat banyak rujukan dan pembacaan. Pelajar juga digalakkan menghubungi pensyarah untuk

mendapatkan maklumat lanjut yang berkaitan dengan topik-topik yang dipelajari.

AGIHAN TAJUK Panduan kepada pengguna

Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaram melalui modul.

(Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Proforma Kursus)


Interaksi Bersemuka (jam) 12

Bil.

Tajuk/Topik

Modul (jam) 0

Jum. Jam 12

Teori Pengenalan empat bidang kegiatan PSV KBSR: Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional. Teori Perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran setiap Bidang Kegiatan mengikut Tahap 1 dan 2 Teori Persediaan Mengajar Amali Meneroka Alat dan Bahan Amali Meneroka Tajuk dan Isi kandungan mengikut tema Amali Menghasilkan karya Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan Amali Menghasilkan karya Membentuk dan Membuat binaan serta Kraf traditonal

Jumlah keseluruhan

30

15

45

vi

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

TAJUK 1

Perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran setiap Bidang Kegiatan mengikut Tahap 1 dan 2

1.1 Sinopsis Kursus ini memberi pendedahan tentang pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Tumpuan diberi terhadap perancangan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran setiap bidang kegiatan mengikut tahap 1 dan 2, persediaan mengajar, serta aktiviti amali untuk meneroka alat, bahan, tajuk dan isi kandungan mengikut tema dalam menghasilkan karya bagi kesemua empat bidang tersebut. 1.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini anda seharusnya dapat; 1. Membanding beza pelbagai jenis aktiviti dalam empat bidan kegiatan iaitu Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional 2. Menjana idea dengan menggunakan pelbagai alat, bahan, dan teknik serta mengaplikasikannya dalam penghasilan mengikut empat bidang kegiatan. 3. Menjalankan sesi apresiasi secara mudah

1.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Menggambar

Membuat Corak dan Rekaan

Membentuk dan Membuat Binaan

Mengenal Kraf Tradisional

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

1.4 Kandungan 1.4.1 Pengenalan Bidang PSV SR Tumpuan diberi terhadap perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran empat bidang kegiatan PSV KBSR iaitu: Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional.

Rajah 1. Contoh Imej Empat Bidang Dalam PSV KBSR

P e n g e n a la n S e n i V i s u a l
Me nggam bar M e m b e n tu k d a n M e m b u a t B in a a n K u ri k u lu m PS V SR

Me m bua t C orak d a n R e ka a n

K r a f T r d is io n a l

Rajah 2. Empat bidang kegiatan dalam Kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

1.4.1.1 Menggambar

Menggambar adalah salah satu daripada empat bidang kegiatan yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Sub tajuk ini disediakan untuk membina pengetahuan dan kemahiran menggambar melalui penggunaan pelbagai alat, olahan bahan dan jenis aktiviti menggambar. Melalui asas-asas menggambar, anda seharusnya dapat menghasilkan pelbagai jenis aktiviti menggambar. Sub tajuk ini juga disediakan untuk anda memperolehi pengetahuan dan kemahiran mengenai media, proses dan teknik menggambar.

a) Definisi Menggambar

Menggambar adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata.

Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata. Sesuatu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang. Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek. Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

b) Teknik-teknik yang boleh digunakan dalam menggambar adalah seperti Rajah 3.

Menggambar
Mozek Lukisan Catan Kolaj

Capan Teknik Menggambar Gurisan

Montaj

Cetakan

Percikan Stensilan Gosokan

Resis

Rajah 3 Teknik Catan Apabila seseorang

mengecat,

hasilnya

ialah

catan.

Teknik

catan

ialah

caramenghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat poster, cat emulsi, cat gloss dan lain-lain lagi. Berbagai jenis berus atau alat improvisasi lain boleh digunakan untuk menyapukan bahan cat di atas sesuatu permukaan. Teknik Kolaj Teknik kolaj ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan dari gubahan bahan-bahan seperti berbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan bahan alam semulajadi ke atas sesuatu permukaan seperti kertas atau plastik atau papan secara bebas dan boleh bertindih. Selalunya bahan yang berlainan sifat atau jalinan dapat memberi berbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar.

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Teknik Cetakan Teknik cetakan ialah cara menghasilkan karya dengan mencetak. Pada asasnya cetakan menggunakan sifat timbul dan tenggelam pada sesuatu blok atau skrin. Terdapat berbagai-bagai jenis cara cetakan. Pelbagai media dan bahan cetakan boleh digunakan. Untuk jenis cetakan blok, imej pada blok cetakan disediakan dan warna atau dakwat cetakan dicetak ke atas permukaan kertas. Contoh bahan cetakan lain adalah seperti cetakan lino, strawboard dan polyfoam. Polyfoam adalah bahan yang mudah diukir. Cara gambar diukir dan sifat bahan yang diukir itu akan memberi kesan yang berlainan. Teknik Resis Teknik resis menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain. Warna air tidak akan bercampur dengan warna lilin ataupun cow gum. Dengan teknik ini, anda boleh menggunakan lilin cair ataupun pepejal. Lilin boleh digunakan untuk melukis atau memandamkan sesuatu kawasan permukaan melukis seperti kertas. Warna air boleh disapukan di atasnya. Krayon juga boleh digunakan di peringkat sekolah rendah.. Proses membuat batik adalah satu contoh teknik resis. Teknik Gosokan Anda boleh menggunakan krayon dan gosokkannya di atas kertas yang diletak di atas sesuatu permukaan yang kasar, misalnya atas objek dengan jalinan yang berlainan. Jalinan di atas objek akan memberi kesan kepada hasil gosokan. Anda boleh memilih berbagai jalinan yang berlainan dan susunkannya untuk mendapat gambar yang menarik. lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan. Teknik Stensilan Untuk teknik stensil, rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu atas stensil yang diletakan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang yang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan. 5

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Teknik Percikan Bahan warna boleh dipercik dari sesuatu alat. Misalnya warna air boleh dipercik dari berus. Hasilnya ialah jalinan bertitik-titik. Sesuatu objek atau kertas yang berubah bentuk boleh digunakan untuk menghalang percikan itu ke permukaan kertas. Objek atau kertas berubah bentuk itu boleh diubah kedudukannya supaya kesan tindihan berlaku apabila warna kedua dipercikan. Teknik Gurisan Untuk menghasilkan karya dengan teknik gurisan, anda boleh menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis- lapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastic boleh digunakan untuk menguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Berbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan. Teknik Mozek Teknik mozek ialah cara menghasilkan karya dengan menyusun dan menambah bahan-bahan seperti kertas warna, plastik, kepingan jubin dan lain-lain ke atas sesuatu permukaan seperti kertas, plastik dan papan secara tersusun,

bersebelahan dan tidak bertindih. Kepingan bahan yang diulang secara tidak bertindih memberi kesan khas pada mozek yang dihasilkan. Sempadan kepingan bahan yang ditampal itu memberi jalinan keseluruhan kepada gambar yang dihasilkan.

Nyatakan aktiviti apakah yang selaras dengan kenyataan di bawah. Jenis Aktiviti Kenyataan sapuan cat akan menonjolkan karya dan memberi berbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar. bahan warna akan melalui ruang yang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas Gambar boleh diukir di permukaan lino, papan strawboard atau polyfoam. Kemudian, bahan warna disapukan di atas permukaan dan dicetak atas kertas. 6

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan dari gubahan bahan-bahan seperti berbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan bahan alam semulajadi warna air boleh dipercik dari berus anda menggunakan warna air bersama warna lilin Kepingan gambar-gambar disusun dan digam

1.4.1.2 Membuat Corak dan Rekaan

http://media-files.gather.com/images/d982/d251/d744/d224/d96/f3/full.jpg

Salah satu sebab M.C. Escher, artis grafik Belanda menjadi terkenal adalah keranakebolehannya menghasilkan corak yang menarik sekali. Cuba anda perhati dengan teliti kain baju anda. Adakah anda boleh mengecam struktur susunan ulangan pada cetakan ataupun pada jalinan kain itu? Itulah yang dimaksudkan corak. Anda boleh menghasilkan corak melalui pelbagai teknik dan cara seperti yang anda akan perhatikan nanti. Biasanya corak terdiri daripada motif tertentu yang disusun berulangan. Motif-motif pelbagai bentuk dan rupa ini boleh diperhatikan di alam sekeliling kita seperti: alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan; bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah, paku dan gunting geometri seperti bulat, segitiga dan segiempat; abjad rumi, tulisan jawi, tulisan cina dan tamil serta angka; dan rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris.

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Terdapat pelbagai jenis susunan corak, antaranya adalah:

Membuat Rekaan Dan Corak


Jenis susunan corak

Rajah 4

Membuat Rekaan Dan Corak


Teknik Corak Tarikan Renjisan Titisan

Corak Tidak Terancang


Lipatan Ikatan dan Celup Pualaman Tiupan

Rajah 5 Teknik menghasilkan corak tidak terancang

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

1.4.1.3 Membentuk Dan Membuat Binaan

http://www.japonya.org/icerik/2009/05/origami-450x338.jpg

Pada zaman kanak-kanak anda dahulu, anda pasti pernah melihat atau bermain dengan kapal ataupun kapal terbang yang dihasilkan dengan lipatan kertas. Ini merupakan satu jenis kegiatan membentuk yang anda mungkin pelajari sebelum masuk ke alam persekolahan.

Dalam bidang

ini, anda akan mengetahui tentang bidang kegiatan

membentuk dan membuat binaan yang murid anda akan pelajari. Topik ini akan menjelaskan tentang aktiviti-aktiviti membentuk yang ditujukan kepada pelajar sekolah rendah seperti menghasilkan arca timbul, asemblaj, mobail, stabail, model, diorama, boneka, topeng dan origami. Disini anda akan bagaimana teknik, alat dan bahan, tema ditentukan dan juga lihat tentang

persembahan hasil kerja. Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.

Berpandukan aspek tersebut pelajar dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membuat bahan, dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan juga dan mendedahkan teknik pelajar Ini dengan memberi alat dan

membentuk penggunaan peluang

binaan alat

pelbagai

penghasilan. kreatif

kepada

murid

berinteraksi

secara

dengan

bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni.

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Bidang kegiatan dan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi 9 aktiviti seperti berikut:

(a) Arca timbul (b) Arca asemblaj (c) Arca mobail (d) Arca stabail (e) Origami

(f) Model (g) Diorama (h) Boneka (i) Topeng

1.4.1.4 Mengenal Kraf Tradisional

www.bestbatik.com/batik/images

Kraf

Tradisional boleh

didefinisikan sebagai melibatkan kemahiran

perusahaan kerja-kerja

atau kerja-kerja tangan serta

berunsurkan seni yang

memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun temurun mengikut kaum masing-masing.

Kraf tradisional terdiri daripada 8 jenis, iaitu: (a) Alat Domestik (b) Alat Permainan (c) Alat Pertahanan Diri (d) Batik (e) Seni Tekat (f) Tembikar (g) Seni Anyaman (h) Seni Ukiran Kayu 10

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Alat

domestik merupakan peralatan yang dicipta dan digunakan untuk dan digunakan sebagai peralatan harian kepada

memberi kemudahan

masyarakat tradisional pada ketika itu. Alat Permainan seperti Wau adalah salah satu permainan tradisi yang

dimainkan untuk mengisi lapang. Kebiasaannya wau dimainkan selepas menuai padi. Sehingga kini wau masih di mainkan di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Pahang, Selangor dan Johor. Terdapat pelbagai nama wau di negara kita termasuklah Wau Barat dan Wau Bayan

Cuba anda senaraikan nama-nama wau yang terdapat di Malaysia dengan melayari internet.

Keris Perubahan masa menyebabkan bentuk senjata berubah mengikut keperluan. Masyarakat melayu tradisional terutama di zaman kerajaan Melayu Melaka hingga kini masih menggunakan senjata seperti Keris, Pedang, Tombak,

Tumbuk Lada, Lawi Ayam, Rencong Aceh, Sewar, Badik, Beladau, Jembiah Lading, Lembing dan Sumpit. Keris adalah senjata penting dalam masyarakat dan budaya melayu. Jenis-jenis keris yang boleh didapati adalah seperti Keris Jawa, Keris Semenanjung, Keris Sumatra, Keris Petani atau Pekaka, Keris Bali, Keris Sundang, Keris Majapahit, Keris Bugis dan Keris Picit. Keris pada masa kini masih digunakan untuk upacara-upacara tertentu seperti majlis persandingan, perubatan dan keris menjadi lambang kebesaran institusi diraja. Batik Batik terkenal di seluruh gugusan kepulauan Melayu dan dianggap bidang

kraf tangan tradisional yang unggul. Batik tradisi dan moden mempunyai corak yang sesuai dengan cita rasa dan perkembangan kesenian Malaysia. Batik tulis, batik lukis dan batik canting merupakan kaedah membuat batik 11

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

yang kini diminati ramai. Pada peringkat awal kaedah ini hanya digunakan untuk menghasilkan batik untuk hiasan dinding. Pada tahun 1970-an teknik ini telah diterapkan dalam kaedah membuat skaf, kain selendang dan baju kurung. Kini penggunaannya telah diperluaskan dalam bentuk dimensi baru. Batik semakin digemari oleh peminat fesyen kerana corak batik dapat dipadankan mengikut peredaran zaman. Seni Tekat Ia juga dikenali dengan nama suji timbul iaitu sulaman timbul atau tekat bersuji, tetapi suji sering dikaitkan dengan sulaman benang sutera. Sama ada ditekat, disulam atau disuji, ragam hiasnya semua dibentuk dalam keadaan timbul dari permukaan dasar kain kerana bahagian dalamnya diisi dengan mempulur.

Asal-usul dan perkembangan seni tekat secara langsung dikaitkan kegunaan pakaian dan kelengkapan keluarga raja-raja atau istana. Seni tekat

diperkenalkan pada kurun ke-15, iaitu di zaman kesultanan Melayu Melaka. Pada masa tersebut seni tekat dipakai oleh keturunan Baba Melaka. Mereka banyak menggunakan seni tekat ini pada pakaian. Negeri seperti Perak, Johor, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan merupakan negeri yang banyak mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas. Tembikar Seni tembikar telah wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu berdasarkan penemuan barang tembikar lama seperti di Gua Cha, Kelantan dan di Sungai Perak. Terdapat pelbagai bentuk dan jenis tembikar yang dihasilkan di Malaysia. Hampir semua tembikar yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri kegunaan harian. Beberapa buah negeri di Malaysia menghasilkan tembikar. Barangan tembikar yang dihasilkan adalah berbeza dari segi bentuk, corak, dan teknik pembuatan kerana dipengaruhi oleh budaya dan latar belakang si pembuat. Bentuk tembikar tersebut hanya mempunyai persamaan dari segi susunan motif, ketebalan dan teknik pembakaran bersuhu rendah, dengan permukaan berwarna coklat, hitam dan kelabu gelap. Tembikar tradisi Melayu menjadi lambang kesenian negara dan kini menjadi koleksi yang membanggakan. 12

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Anyaman Anyaman merupakan satu proses lidi, menjalin bertam, helaian paku-pakis daun pandan, atau

mengkuang, bilah buluh,

rotan,

ribu-ribu

bahan-bahan lain dengan menggunakan cara dan peraturan tertentu melalui teknik selang-seli helaian antara satu sama lain. Kelarai ialah corak atau motif berbentuk dam pada anyaman yang

melalui proses tranformasi idea daripada alam semulajadi. Anyaman yang tidak berkelarai disebut anyaman biasa atau ghadas. Anyaman yang lengkap harus dihiasi dengan kelarai. Dua jenis warna yang kontra digunakan bagi menunjukkan kesan. Pembikinan kelarai adalah dirancang dengan menggunakan mata atau langkah yang betul dan tepat. Kelarai ini diantaranya ialah:

(a) Kelarai berakar (b) Kelarai beras patah (c) Kelarai bunga cengkeh (d) Kelarai tampuk manggis (e) Kelarai bunga mempelas Ukiran Kayu

(f) Kelarai anak ikan (g) Kelarai kepala lalat (h) Kelarai mata punai (i) Kelarai sisik kelah (j) Kelarai tapak harimau

Seni ukiran kayu merupakan sejenis kraf tangan Melayu tradisional yang digunakan untuk menghiasi rumah kediaman yang menjadi kebanggaan masyarakat pada zaman dahulu. Ukiran kayu tradisional dianggap sebagai hasil kreativiti orang Melayu dalam bentuk tampak di dan mendapat tempat yang istimewa unik di ini

kalangan masyarakat

negara ini.

Seni ukiran

Melayu

yang

diperlihatkan melalui ukiran pada istana, masjid, rumah, makam, sampan, perabot, senjata dan peralatan untuk kegunaan harian.

kepala

Bangunan-bangunan lama yang masih mengekalkan seni ukiran sehingga hari ini telah menjadi bahan rujukan generasi masa kini.

13

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

1.4.2 Pemerhatian, penerokaan, pengalaman langsung dan apresiasi setiap bidang kegiatan.

Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang seumpama ini dalam pelajaran seni iaitu: (i) pemerhatian (ii) penerokaan (iii) penghasilan (pembuatan) (iv) apresiasi dan perlanjutan

1.4.2.1 Pemerhatian yang aktif Aspek ini melibatkan sensitiviti deria. Semasa menyediakan aktiviti, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut: pengetahuan sedia ada murid; benda yang konkrit; minat, kecenderongan dan latar belakang murid; bahan, bunyi, pergerakan, dan aksi; dan mencetus idea dan imaginasi.

Sila anda berkerjasama dengan rakan anda dan cuba berikan definisi deria dan huraikan fungsinya dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual.

Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus

menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan. Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni

14

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat.

Anda boleh melatih murid anda untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspek estetik mahupun aspek gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid anda dapat menerap penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian, terutamanya dalam meningkatkan nilai hidup. Murid anda akan didedahkan dengan ilmu seni visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama.

Sila berbincang dengan rakan anda dan huraikan kenyataan di atas.

1.4.2.2 Interaksi yang kritis dan kreatif dengan bahan Aspek ini melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Aktiviti penerokaan dijalankan sebelum aktiviti penghasilan. Semasa menyediakan aktiviti,anda perlu beri perhatian kepada perkara berikut: (i) penerokaan aktiviti kecil mudah ringkas; cuba mencuba, suaikenal dengan bahan; penemuan oleh murid sendiri, uji menguji; mencari altenatif, variasi dan kemungkinan lain; bebas daripada jawapan tetap, murid senang dan ingin mencuba aktif melibatkan pelbagai kecerdasan; dan menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan grafik.

ii) penghasilan / membuat / pengalaman penggunaan alat bahan dan teknik; tatacara, langkah dan proses membuat; amalan tertib kerja

15

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

keselamatan semasa bekerja; dan penyampaian kandungan subjek, idea, halbenda dengan bentuk hasil

Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Daripada kenyataan di atas, apakah yang anda harapkan boleh berlaku dan menampakkan perubahan dari segi sikap dan sahsiah murid di sekolah anda?

1.4.2.3 Pengalaman Langsung

Bezakan makna pengalaman langsung dengan pengalaman tidak langsung. Sila rujuk sumber-sumber yang sahih. Bekerjasamalah dengan rakan anda.

Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual. Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf 16

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual. Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi,

menggunakan teknologi bahan dan perkakasan. Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Secara tidak langsung memberikan pengalaman langsung kepada murid. Selain

memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini. Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan. Semasa menggambar umpamanya, kanak-kanak dapat mengalami

pengalaman langsung dengan derianya mengenai subjek atau hal benda yang digambarkan. Ini membantunya dalam memahami sesuatu idea dan

menghubungkaitkan antara satu idea dengan idea yang lain atau dengan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran. Kanak-kanak dapat membina idea baru dari benda konkrit.

17

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

1.4.2.4 Apresiasi

Apresiasi pandai tema

didefinisikan sebagai tukang mengenai

kajian mengenai seni dan

pelukis-pelukis atau faktor yang mereka.

hasil-hasil serta

mereka,

mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih dan "subject matter" gaya stail tertentu

Semuanya ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek-aspek kognitif. Sila senaraikan beberapa definisi lain berkenaan dengan Apresiasi.

Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa atau sentuh dan deria pandang. Karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara arca dan binaan bahasa di sentuh. Apresiasi berkomunikasi seni secara aktif lain melibatkan apa yang

penggunaan

untuk

dengan orang

difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni yang di perlukan.

Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif, terdapat dua jenis utama aktiviti Apresiasi. Aktiviti yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aktiviti mudah yang dirancang di akhir setiap pelajaran. Semasa menyediakan aktiviti mudah, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut: aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan, jalinan, warna, ton, rupabentuk dan bentuk; aspek bahasa yang berkaitan dengan kandungan dan hal benda; aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan dan teknik; penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya; perasaan, penghargaan dan refleksi diri; dan penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan dengan kandungan.

18

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Mengikut John A. Michael dalam bukunya 'Art and Adolescense' ada dua pendekatan dalam Apresiasi Seni iaitu:

(a) Pendekatan secara logik (b) Pendekatan secara psikologi Pendekatan Secara Logik Pendekatan ini adalah yang berbentuk tradisional dan memerlukan pemahaman intelek semata-mata dan banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan munasabah pada yang melihat sesuatu karya seni tersebut.

. Secara Penerangan . Secara Pemerhatian

Membaca, mengkaji, bila dihasilkan, tujuan/teknik pelukis, media, proses, nilai-nilai astetika serta pengaruh. Balai seni, pameran, filem, slaid, mengumpul dan menyusun gambar-gambar Analisa, penilaian, perbandingan antara satu dengan yang lain serta menimbulkan kesedaran. Membuat mengikut gaya artis/pelukis/stail. menghubungkan diri dengan pelukis/pandai tukang, gaya konsep dan zaman.

Secara Perbandingan

Secara Penghasilan

Cuba anda jalankan satu aktiviti membuat apresiasi dengan menggunakan pendekatan secara logik berdasarkan satu contoh karya seni murid anda.

19

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Pendekatan Secara Psikologi Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada perasaan peribadi, penghasilan ini akan lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada

dan penghayatan sesuatu karya seni. Pendekatan ini akan dapat Secara lebih realistik dan dapat menerima 'response' dan pendapat

meninggalkan satu pengalaman yang amat berkesan dan mendalam.

orang lain. Kesan tindakbalas akan lebih terserlah terhadap bahan serta alat yang digunakan. Kaedah Apresiasi Seni Kaedah-kaedah apresiasi seni terdiri daripada kaedah: (a) Hedonistik (b) Kontekstualistik Kaedah Hedonistik Kaedah ini hanya satu luahan perasaan secara spontan seperti kesukaan, pernyataan perasaan, gemar, menarik dan benci. Penilaian dibuat secara serta merta iaitu: suka,tidak suka, cantik,tidak cantik dll secara spontan. (c) Organistik (d) Normistik (e) Elektik

Kaedah ini tidak sealiran dengan isme pengkritik dan ahli psikologi menyatakan kaedah ini tidak diterjemahkan oleh otak (pemikiran) cuma

berdasarkan maklumat kendiri. Ianya tidak dapat di ukur bilangan sebenar dan terdapat pelbagai citarasa. Kaedah Konstekstualistik Kaedah ini lebih praktikal di mana pemerhatian dibuat secara lebih ilmiah, sistematik dan kefahaman serta kejelasan. sejarah, falsafah dan prinsip rekaan. Ianya berkait dengan pengetahuan

Lebih merujuk kepada perincian/spesifikasi dari aspek persoalan fahaman, rentak pengkaryaan, interaksi pemerhati, konsepsi, hujah dan penilai karya. Ianya akan menyediakan pengetahuan mantap kefahaman dalam pengamatan karya,

konsep, kepelbagaian bandingan dan seni akan menjadi suatu 20

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

pendekatan yang menarik oleh pemerhati. Kaedah Organistik Kaedah ini menjurus kepada aturan yang mempunyai satu system yang teratur dan terancang. Penilaian di buat serata melihat konteks seni secara Penekanan kriteria kepada akan dapat harmoni, menyentuh intuisi dan menyenangkan. aspek tata letak, tata

atur, ruang dan penataan cahaya. Ini

membentuk kesatuan cara melihat sesuatu karya dari segi warna, jalinan, unsur-unsur seni, imbangan, perulangan, kesinambungan serta kepelbagaian. Kaedah Normistik Kaedah ini merujuk kepada kriteria dan norma sesuatu karya dari aspek nilai masyarakat, agama dan budaya. Ia seakan-akan ada kaitan dengan pendekatan diri kepada Allah, rasa takwa, tidak ada unsur sensasi. Contohnya lukisan agama Kristian yang berkaitan unsur ikonografi, naratif dan nilai-nilai akhlak. Kaedah ini menolak peradaban moden dimana pelukis telah melampaui batas yang dibenar dalam budaya dan agama. Kaedah Elektik Kaedah ini lebih berbentuk cara bersepadu dan holistik, ianya adalah penilai untuk seni tentang tanggapan secara positif dan negatif. menjurus

gabungan persepsi bahan. Kaedah kepada baik. ini

Kriteria penilaian menekankan unsur asas prinsip, struktur organisasi dan alat dan pemerhatian rawak, tidak

aspek kronologinya. Wajaran hanya secara baik, sederhana dan kurang

21

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Proses Apresiasi Seni Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar Pendidikan Seni mengenai proses apresiasi. Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti aprisiasi seni, berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap: (a) Menggambarkan ( Description ) (b) Menganalisa (c) Tafsiran (d) Penilaian ( Analysis )

( Intrepetation ) ( evaluation )

Menggambarkan Mengamati hasil seni dengan cara menggambarkan hal benda dan sifat-sifat tampak/objek pada karya.Sebagai contoh :

Karya Latif Maulan Karya di atas menggambar sebuah seterika lama atau antic yang terletak di atas papan penggosok dan dilapik dengan kain batik berwarna merah. Disebelah seterika itu terdapat juga pelita minyak tanah.Terdapat kesan cahaya yang terpancar dari atas.

Menganalisa (i) Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak dengan unsur-unsur seni, prinsip rekaan dan struktur. (ii) Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana. (iii) Menghuraikan stail, aliran dan gaya sesuatu karya. (iv) Melihat teknik, alat dan bahan yang digunakan.

22

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Tafsiran (i) Mencari makna-makna yangtersurat dan tersirat pada karya tersebut. Begitu

juga makna-makna yang terdapat pada sifat-sifat tampak seperti hal benda, simbol, unsur-unsur seni, prinsip, struktur corak dan bahan. (ii) Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) dan analogi-analogi (persamaan) untuk menjelaskan makna tersebut. (iii) Mencari kaitan falsafah kehidupan manusia atau kaitan dengan cara hidup dan budaya masyarakat setempat. Penilaian Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya ('significance') dari segi individu, sosial, keagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniannya. Dengan itu proses apresiasi seni akan lebih mudah dan bermakna sekiranya pelajar telah dilengkapi dengan pengetahuan mengenai seni dan persepsi yang tajam. Apakah pengetahuan seni yang diperlukan? (a) Pengetahuan asas senireka dan prinsip-prinsip seni. (b) Pengetahuan mengenai jenis seni, teknik, proses, alat dan bahan. (c) Sejarah seni. (d) Stail sesuatu zaman, budaya, aliran, kumpulan atau individu. (e) Maklumat mengenai pelukis dan pandai tukang.

23

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

1.4.3 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan 1.4.3.1 Tema Walau apapun yang anda hasilkan dalam perkaryaan, perkara-perkara berikut akan menjadi tema atau hal subjek yang penting. a. Alam semulajadi dan objek persekitaran

http://www.anthonydelia.com/images/unfettered.jpg

Anda boleh menjadikan objek-objek alam semulajadi ciptaan Tuhan sebagai sumber utama menghasil karya. Objek yang berupa flora dan fauna menjadi sumber idea dan ilham untuk menghasil produk seni. Daripada objek

persekitaran pula, anda boleh lihat objek buatan manusia terutamanya objek domestik seperti cawan, piring, pinggan senduk, pisau, Kesemuanya menjadi tema atau hal subjek meja dan sebagainya. dimana peringkat seterusnya

akan melihat dinamik bentuk ('form'), kualiti objek, ciri-ciri organik, keunikan, integrasi alam dan kehidupan di samping mengambil kira garisan, ruang, warna, jalinan, rupa dan bentu

24

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

b. Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi si pelukis

http://www.sell-arts.com/images/items/10012/1012058_0.jpg

Pengalaman hidup banyak memberi kesan dan pengaruh terhadap minda yang akhirnya menzahirkan ilham atau idea mencipta. Perasaan takut, misteri, sedih dan sebagainya menjadi sumber inspirasi karya si pelajar atau pelukis. Menurut Sigmund Freud dan Paul Jean Satre, teori-teori imaginasi berupaya mencipta sesuatu objek atau karya melangkaui batas fizikal dan cabaran statusquo pelukis. Imaginasi ini akan memandu arah si pelajar atau si pelukis ke arah yang lebih kreatif dan melampaui batas-batas kebiasaan dalam berkarya. Menurut Frued lagi, perasaan dalaman inilah yang menjadi motivasi

atau penggerak minda dalam berkarya. c. Aliran dan tema sejagat

http://elliottback.com/wp/wp-content/moma-starry-night.jpg

25

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Tema menjelaskan konsep dalam agenda kehidupan manusia. Ia menunjukkan kekerapan manusia mengambil hal subjek yang sering diperkatakan. Dari idea yang berbagai, keunikan ciptaan berlaku dan akhirnya

mewujudkan kepelbagaian rupa bentuk dan jenis produk. Dalam konteks yang lebih besar, jelmaan perasaan dalam berkarya mengguna alam sekitar menjadi suatu keunikan ciptaan dan mengwujudkan satu kekaguman. Wujudnya 'Non-objective Art', 'Minimal Art' misalnya adalah suatu aspek pengkaryaan yang berani, mencabar dan

sanggup menerima rintangan. d. Keperluan dan pengalaman hidup harian

http://www.gourmetcookshop.com.au/shop/images/uploads/japanese

Ciptaan cawan, sudu, senduk,

periuk dan alat-alat domestik yang

lain

merupakan asas ciptaan dalam bidang membentuk dan membuat binaan. Pada bidang yang lebih besar, manusia mencipta dan membuat kipas,

basikal, kereta, keretapi malah jambatan dan objek-objek gunaan lain yang mewatakkan keperluan asas sebuah masyarakat dan negara. Idea datang dari soal desakan untuk mengguna disamping mengatasi sebarang kesulitan mengharungi kehidupan. Lalu diciptanya bentuk-bentuk konkrit yang dapat memanfaatkan manusia si pencipta itu sendiri. Semakin aktif dan proaktif seseorang manusia itu mencipta objek tiga dimensi, semakin tinggi kualiti ciptaan dan lebih tinggi nilai estetikanya.

26

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Di sekolah rendah kandungan subjek atau hal benda itu boleh disesuaikan dengan pengalaman sedia ada kanak-kanak dan pengalaman belajar kanak-kanak dalam pengajaran dan pembelajaran untuk merangsangkan dan meningkatkan pembelajaran. e. Peristiwa sebenar atau realism dan romanticism

http://www.digitalart.ab.ca/art/romanticism/images/sabine-women.jpg

Rakaman-rakaman peristiwa yang berlaku samada yang berkaitan dengan dunia dan seisinya atau yang melibatkan fenomena alam. Umpamanya peperangan yang berlaku, kesan kemiskinan, atau sebagainya.

Berdasarkan tema di atas sila anda berkongsi pengalaman dengan rakan anda untuk mencari beberapa contoh karya yang sesuai dengan tema yang tersenarai di atas dengan melayari internet. Serahkan tugasan ini kepada Pensyarah anda sewaktu sesi bersemuka/kuliah.

27

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

1.4.3.2 Isi kandungan Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu: 1. Menggambar 2. Membuat Corak dan Rekaan 3.

Membentuk dan Membuat Binaan 4. Mengenal Kraf Tradisional Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu. Bidang kegiatan menggambar ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Antara kegiatan dalam bidang ini ialah: Lukisan, Catan, Kolaj, Montaj, Cetakan, Resis, Gosokan, Stensilan, Percikan, Gurisan, Capan, Mozek dan Poster. Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar akan

memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran akan menjadi fokus. Kegiatan menggambar dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Ini akan membolehkan murid menyelaras apa yang dilihat dan dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita. Aktiviti menggambar mudah direka bentuk supaya sesuai dengan

perkembangan fizikal, mental, sosial, emosi, intelek dan estetik. Penyampaian kandungan subjek atau hal benda melalui berbagai alat, bahan, teknik dan cara pengolahan membuka peluang untuk kanak-kanak membuat hubungkaitan yang bermakna, mengembangkan imaginasi, fantasi, kreativiti dan ekspresi diri kanakkanak. 28

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Kegiatan membuat corak dan rekaan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana- mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti: Corak tidak terancang secara: Pualaman, Tiupan, Titisan, Ikatan dan celupan, Renjisan dan percikan dan Corak terancang secara: Lukisan atau Catan. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan ini menegaskan

perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti: Arca timbul, Asemblaj, Mobail, Stabail, Model, Diorama, Boneka, Topeng dan Origami. Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita. Mengenal Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti: Alat domestic, Alat permainan, Alat pertahanan diri, Perhiasan diri (ornamen) , Batik, Tekat, Ukiran, Tenunan, Anyaman dan Tembikar.

29

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita. 1.4.3.2 Alat dan Bahan Pengenalan dan Penerokaan Alat, Media dan Teknik Sebelum memulakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di kelas, adalah sangat penting bagi seseorang guru mengetahui dan mengenal pasti perubahan dan perkembangan diri murid-muridnya. Setiap murid mempunyai keupayaan dan sikap yang berbeza terhadap sesuatu aktiviti yang akan dilaksanakan. Penggunaan alat, media dan teknik dalam pembelajaran seni menggambar juga amat penting untuk menghasilkan hasil kerja yang baik dan bermutu. Pada kebiasaannya alatan yang hendak digunakan adalah terlalu banyak jika hendak disenaraikan.

Adalah menjadi minat murid apabila menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan berbagai jenis kertas yang berbagai tekstur, berbagai jenis warna dan berbagai saiz. Lain-lain kertas yang boleh digunakan dalam aktiviti seni adalah seperti kertas surat khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas pembungkus hadiah, sugar paper, toilet paper, kertas kadbod dan banyak lagi. Alat tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna, media kering ataumedia basah semuanya amat berguna untuk melengkapkan kerja-kerjamenggambar. Selain dari itu gunting berbagai saiz, gam, bahan-bahan buangan yang boleh digunakan dalam aktiviti menggambar juga perlu. Alatan dan media yang berbagai-bagai yang digunakan keatas sesuatu bahan tujuannya supaya dapat menghasilkan satu hasil kerja seni yang pelbagai untuk menghasilkan jalinan, bentuk dan ton.

30

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Dalam penerokaan terhadap aktiviti menggambar, berbagai media boleh digunakan dan disatukan dalam satu hasil kerja. Berikut ialah sebahagian contoh alatan dan media yang boleh digunakan bagai aktiviti menggambar:

Berbagai jenis pensil Warna pastel, warna air, warna poster, warna pensil Kapur berwarna Oil pastel Artline atau marker Berbagai jenis pen Gouche, akrilik, cat minyak Stensil Kolaj Capan, cetakan Lilin Berbagai jenis cebisan kertas suratkhabar atau majalah Bahan-bahan semulajadi seperti berbagai jenis tumbuh-tumbuhan, sayur-sayuran, dan buah-buahan Penyedut minuman Gunting, pisau lipat, gam Berbagai jenis berus lukisan, palet/pembancuh warna

Anda boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan untuk menggambar. Contohnya ialah seperti pensel, pensel warna, cat air, cat poster, pen, lilin, pastel, krayon, kertas warna, gam, gunting, bahan-bahan kutipan dan berus. Media untuk menggambar terdiri daripada dua jenis media kering dan media basah. Contoh media kering adalah seperti pensel, pen, pensel warna, krayon, arang lilin dan comte. Media basah terdiri daripada cat air, cat poster, cat minyak dan cat akrilik.

Dalam aktiviti menggambar, kanak-kanak dapat menggunakan berbagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang tersendiri. 31

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Ini membantu perkembangan kanak-kanak dari aspek psikomotor dan emosi dan penting dari segi keperluan fisiologi dan psikologi kanak-kanak.

Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada pelajar membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita. Mengaplikasikan alat, bahan dan teknik dalam bidang membentuk dan membuat binaan berkaitan dengan proses yang mesti dilakukan dalam

menjadikan objek itu bersifat tiga dimensi. Menjelmakan objek konkrit tiga dimensi ini akan mengambil kira bagaimana untuk menstrukturkan reka bentuk disamping Seterusnya memerhati menentukan dan meneliti dan sfera-sfera rupa objek yang akan dibuat. melalui pertimbangan

rangka

bentuk

permukaan-permukaan yang terlibat, ketinggian, kelebaran, berat dan garis luar objek. Pada kebiasaannya, sesuatu bentuk konkrit akan di asaskan berdasarkan bentuk-bentuk ilusi dan seterusnya dipindahkan imej ini kepada objek realiti. Sila anda senaraikan alat dan bahan yang untuk sesuai untuk aktiviti kepada bidang-bidang di bawah:

Bidang 1. Menggambar 2. Membuat corak dan rekaan 3. Membentuk dan membuat binaan 4. Kraf Tradisional

Aktiviti Catan Minyak Capan

Alat dan bahan

Patung Puppert

Anyaman

32

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

1.4.4 Imaginasi dan ekspresi kanak-kanak Penghasilan karya terutama lukisan kanak-kanak mempunyai interpretasi yang berbeza dengan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi orang dewasa seni visual sering dikaitkan dengan kecantikan dan kesempurnaan, namun bagi kanakkanak hasil karya yang dihasilkan bersifat luahan dan ekpresif (Lowenfeld, 1975). Kebanyakan pengkaji seni kanak-kanak menganggap hasil karya seni sebagai satu kaedah menarik untuk melihat cara berfikir dan menyelami perasaan selain melihat dan menguji keupayaan perkembangan kognitif mereka, karya seni kanak-kanak adalah bersifat peribadi dan tersendiri. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Refleksi ini menurut Koster (2001), akan terus berkembang bersama kanak-kanak sehingga ia membesar. Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti seni visual berupaya memberikan rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. Pembangunan tahap imaginasi kanak-kanak dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap sekelilingnya. Secara ringkasnya kepentingan pengajaran mata pelajaran pendidikan seni visual kepada kanak-kanak dapat dilihat melalui aspek berikut: a. Aspek Kognitif Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. b. Aspek Fizikal Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.

33

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

c. Aspek Kreativiti Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek imaginasi mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Oleh yang demikian, proses ini menyuburkan budaya pemikiran kritikal di dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti pendidikan seni visual menggalakkan eksplorasi dan eksperimentasi supaya kanak-kanak mempunyai pengalaman luas dalam bidang penghasilan karya. d. Aspek Persepsi Melalui mata pelajaran seni visual, murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria. Pendidikan seni visual menambahkan pengetahuan mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. Aktiviti seni visual merupakan aktiviti yang membantu kanak-kanak mengenali objek selain membantu meningkatkan daya sensitiviti terhadap alam sekeliling mereka. Proses pengkaryaan yang menjurus ke arah pengamatan terhadap objek melatih deria kanak-kanak supaya menjadi lebih peka dan meningkatkan daya persepsi mereka. Selain itu, aktiviti seni visual juga meningkatkan daya imaginatif kanak-kanak selain berupaya mengimbangi emosi mereka. Ianya dijadikan sebagai satu proses pembelajaran kepada kanak-kanak melalui aktiviti imitasi alam sekeliling lalu dipermudahkan menjadi penghasilan simbol abstrak seterusnya menjadikan ianya satu bentuk hasil karya yang unik. a. Pengkaryaan sebagai Medium Komunikasi Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Penghasilan imej seperti pokok, figura manusia, catan dan arca boleh memberikan tafsiran yang dapat membantu ahli psikologi untuk mengenal pasti kanak-kanak yang mempunyai masalah trauma.

34

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

b. Pengkaryaan sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri Pengkaryaan merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak.

Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Kesan penghasilan karya lukisan mampu membentuk personaliti kanak-kanak. Konsep kendiri terbina apabila kanak-kanak mampu melukis tanpa ragu dan tidak bimbang memikirkan soal kecantikan karya mereka. Selain itu, aktiviti melukis juga

menggalakkan kanak-kanak membuat ekspresi diri dengan bercerita mengenai karya mereka sekaligus membantu mereka untuk membina keyakinan diri untuk bertutur. Perkembangan artistik kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan suasana mereka dibesarkan. Dalam konteks ini, persekitaran memainkan peranan penting kerana persekitaran yang sihat membantu perkembangan kognitif kanak-kanak dengan cara yang positif. Bagaimana menjana imaginasi kanak-kanak

Soalan-soalan yang berimaginasi adalah berguna untuk murid bagi meluahkan perasaan dalam bentuk lukisan atau catan. Contoh-contoh soalan lukisan atau catan yang berimaginasi adalah seperti berikut: 1. Adakah kamu tahu bagaimanakah rupa seekor buaya? Bagaimana jika buaya boleh terbang? 2. Gunung yang paling tinggi di Malaysia ialah gunung Kinabalu. Bolehkan anda bayangkan anda sedang mendakinya? 3. Bayangkan seekor arnab yang berbelang? 4. Jika anda boleh tinggal di sangkar burung, Bagaimanakah keadaannya?

35

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Menerusi imaginasi murid dapat meluahkan perasaan. Contoh imaginasi yang paling berkesan terhadap murid ialah mimpi kerana ia boleh menyentuh perasaan seseorang murid itu. Bagi mereka imej yang dihasilkan dari tajuk mimpi contohnya adalah satu cara mengekspresi diri mereka ketika dalam ketakutan atau kegembiraan. Satu cara lain bagi meluahkan perasaan ialah melalui berkomunikasi diantara guru dengan murid. Penjelasan mengenai alat, media, bahan, teknik,imej unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan adalah sesuatu yang amat berguna dalam proses menggambar. Dengan cara ini nilai-nilai estetik akan wujud dalam diri mereka. Bertitik-tolak daripada faktor inilah pengetahuan asas mengenai lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak penting bagi guru pendidikan seni visual sebelum kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai aktiviti. Kesemua pengetahuan yang merangkumi umur, tahap kanak-kanak serta kemampuan mereka perlu difahami supaya guru-guru pendidikan seni visual berupaya merancang aktiviti yang sesuai dengan mengikut tahap yang sesuai.

Contoh soalan. 1. Bagaimanakah bentuk dan warna buah rambutan yang sudah masak atau muda? 2. Apakah warna yang perlu kamu campur ke atas buah-buahan tersebut? Secara tak langsung murid akan menggunakan warna dalam aktiviti mereka. Komen hasil kerja murid dan kita boleh berkomunikasi tentang: 1. Apa yang kita suruh murid buat 2. idea selanjutnya tentang tema dari apa yang mereka sedang hasilkan 3. perasaan terhadap hasil kerja sendiri 4. penggunaan tajuk fantasi dan imaginasi 5. bentuk, warna, corak, garisan, ton dan jalinan 6. kadar banding, saiz, susunan corak 7. penggunaan alat dan bahan 8. teknik-teknik dalam aktiviti yang dijalankan 9. usaha murid terhadap hasil kerja mereka 10. cara-cara bagaimana idea tersebut boleh digunakan dalam berlainan 36

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Walaupun kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu serta daya imaginasi yang tinggi, ianya perlu dipupuk dan dikembangkan untuk meningkatkan kreativiti serta kebolehan berfikir mereka. Adalah menjadi tanggungjawab guru pendidikan seni visual untuk menyuntik rangsangan yang dapat melipatgandakan daya imaginasi kanak-kanak agar proses pembelajaran menjadi lebih bermakna. Kanakkanak pula akan lebih bermotivasi untuk melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti kreatif, untuk mencipta serta mereka benda-benda baru ataupun media-media yang baru. Dengan memperkenalkan alatan-alatan tertentu, ianya dapat mencambahkan imaginasi kanak-kanak. Kit pembinaan tradisional seperti blok-blok berwarna mendorong daya reka cipta kanak-kanak untuk membina rumah atau istana serta mempelajari struktur objek di sekeliling mereka. Dengan teknologi terkini, kanakkanak boleh didedahkan kepada penggunaan perisian-perisian tertentu yang dapat membantu mereka mencipta imej-imej di komputer yang bukan sahaja boleh diwarnakan dengan pelbagai warna yang menarik, malah mampu bergerak dan bersuara. Apa jua bentuk rangsangan yang diperkenalkan mampu meningkatkan daya fikir mereka kerana kanak-kanak perlu memahami terlebih dahulu bagaimana objek di sekeliling mereka berfungsi supaya imitasi dapat dilakukan kepada hasil seni mereka Bagi murid yang sudah menguasai sesuatu kemahiran-kemahiran asas seperti membentuk, guru dan perlu mengunting, melakar dan mewarna, anda sebagai

memberi aktiviti-aktiviti tambahan untuk meluaskan pengetahuan murid serta mengukuh kemahiran-kemahiran yang telah

pengalaman

dikuasai. Aktiviti-aktiviti ini dinamakan aktiviti pengayaan.

Dalam sesuatu pelajaran, aktiviti pengayaan diperlukan terutamanya oleh murid yang lebih cerdas untuk mengisi masa terluang dan mengelakkan dari kebosanan. Aktiviti yang lebih mencabar membolehkan murid berdikari dalam pembelajaran, misalnya aktiviti yang berbentuk projek, kajian serta tugasan-

tugasan yang dapat melibatkan penggunaan daya kreatif, sifat ingin tahu dan kerjasama antara individu atau kumpulan seperti menggunakan strategi pengajaran Belajar Cara Belajar, Akses Kendiri atau Kajian Masa Depan.

37

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Begitu dapat lari

juga

dengan aktiviti

pemulihan,

anda

sebagi

guru

tidak

daripada menjalankan aktiviti pemulihan di dalam bilik darjah. yang menghadapi masalah atau

Pemulihan amat perlu untuk murid- murid

kesukaran belajar dalam menguasai satu-satu kemahiran dalam Pendidikan Seni. Kelemahan-kelemahan ini amat perlu di atasi sebelum ia terhimpun yang akan menyebabkan usaha memulih sudah terlewat. 1.5 Rumusan

Pendidikan Seni Visual sekolah rendah lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Dengan ini, murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan.

Dengan empat bidang merangkumi

menggambar, membuat rekaan dan

corak, membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional, murid dilatih untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspek estetik mahupun aspek gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid dapat diterapkan dengan penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan, terutama dalam meningkatkan nilai hidup. Murid akan didedahkan dengan ilmu seni visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama.

38

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Aktiviti 1.1

Pemulihan adalah penting untuk mengembangkan potensi murid disamping membina keyakinan untuk terus belajar dengan kadarnya sendiri. Apakah strategi pengajaran yang sesuai dalam menyelesaikan masalah tersebut dan huraikan langkah-langkah tersebut dalam bentuk rancangan harian pengajaran dan pembelajaran anda. Anda perlu gunakan aktiviti-aktiviti alternatif dalam usaha mengatasi kelemahan murid. Anda juga perlu memberi bimbingan yang lebih dan murid perlu mahir dalam sesuatu kemahiran dahulu sebelum beralih kepada kemahiran yang lain.

Aktiviti 1.2

http://getfantasticdeals.com/library/Monet-CornerGardenMontgeron.jpg

Gambar di atas adalah karya pelukis terkenal dunia yang telah dihasilkan pada kurun yang ke19. Cuba anda membuat apresiasi seni dengan menggunakan pendekatan yang disarankan oleh Feldman (1967) dan Smith (1967) Apresiasi seni anda itu mestilah disiapkan dalam bentuk tugasan. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan font Arial saiz 12 dilangkau baris 1.5 pada kertas bersaiz A4.

39

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

TAJUK 2

Amali Meneroka Alat dan Bahan

2.1 Sinopsis Tajuk ini meliputi proses meneroka alat dan bahan pengajaran dan pembelajaran, prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan.Tajuk ini juga adalah untuk membantu anda mengenalpasti, membina dan mengaplikasi alat dan bahan pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif dan koperatif. Penekanan juga diberi terhadap perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran setiap bidang kegiatan mengikut tahap 1 dan 2, persediaan mengajar, serta aktiviti amali untuk meneroka alat, bahan, tajuk dan isi kandungan mengikut tema dalam menghasilkan karya bagi kesemua empat bidang tersebut. Anda hendaklah membuat

pertimbangan yang asas dalam pemilihan, pembinaan dan penggunaan alat dan bahan untuk menghasilkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual.

2.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini anda seharusnya dapat; 1. Melaksanakan aktiviti penerokaan dan eksperimen alat dan bahan untuk meningkatkan pengamatan dan pertimbangan estetik untuk pengajaran dan pembelajaran setiap bidang kegiatan. 2. Mengaplikasi asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT) melalui perisian-perisian dalam proses penghasilan karya 3. Merancang aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran setiap bidang kegiatan

40

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

2.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Meneroka Alat dan Bahan

Meneroka / Membuat eksperimentasi pelbagai jenis alat dan bahan

Meneroka / Membuat eksperimentasi perisian-perisian

2.4 KANDUNGAN Meneroka Alat dan Bahan

Berdasarkan gambar di bawah, cuba anda senaraikan alat dan bahan yang boleh anda sediakan untuk menghasilkan hasil karya ini.

http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi

41

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Alat :

Bahan:

Cuba anda senaraikan beberapa alat dan bahan yang anda tahu. Kemudian cuba anda fikirkan hal yang menarik minat anda tentang alat dan bahan bantu tersebut.

http://images.ask.com/pictures

Apakah alat dan bahan yang boleh digunakan untuk kegiatan Menggambar seperti di atas?

42

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

2.4.1 Meneroka / Membuat eksperimentasi pelbagai jenis alat dan bahan Pelbagai alat dan bahan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR boleh dilaksana untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Perancangan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan bersistematik dapat menentukan keberkesanan pembelajaran ke tahap yang optima. Dalam merancang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesas seseorang guru perlu cekap memilih alat dan bahan yang bersesuaian dengan suasana pembelajaran. Oleh itu, beliau haruslah mempunyai pengetahuan tentang pelbagai kegunaan alat dan bahan bagi merancang pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan kondusif bagi mencapai objektif yang hendak disasarkan.

Menggambar adalah salah satu daripada empat bidang kegiatan yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. tajuk ini

disediakan untuk membina pengetahuan dan kemahiran menggambar melalui penggunaan pelbagai alat, olahan bahan dan jenis aktiviti menggambar. Melalui asas-asas menggambar, anda seharusnya dapat menghasilkan pelbagai jenis aktiviti menggambar.

Anda boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan untuk menggambar. Contohnya ialah seperti pensel, pensel warna, cat air, cat poster, pen, lilin, pastel, krayon, kertas warna, gam, gunting, bahan-bahan kutipan dan berus. Media untuk menggambar terdiri daripada dua jenis media kering dan media basah. Contoh media kering adalah seperti pensel, pen, pensel warna, krayon, arang lilin dan comte. Media basah terdiri daripada cat air, cat poster, cat minyak dan cat akrilik atau kekuda dan alat masking. Permukaan untuk catan adalah seperti

kertas, kad, papan, tikar, kanvas dan lain-lain lagi. Alat-alatan dan perkakas lain adalah seperti palet, kain pengelap, bekas berus, easel atau kekuda dan alat masking.

43

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Apabila seseorang mengecat, hasilnya ialah catan. Teknik catan ialah caramenghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat poster, cat emulsi, cat gloss dan lain-lain lagi. Berbagai jenis berus atau alat improvisasi lain boleh digunakan untuk menyapukan bahan cat di atas sesuatu permukaan. Selalunya, sapuan cat akan menonjolkan karya dan memberi berbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar.

Anda dikehendaki menghasilkan kerja seni seperti yang dihasilkan oleh tiga orang berikut: Kemudian beri ulasan anda terhadap kerja-kerja anda itu. (a) Ali menggunakan berus leper untuk menempelkan cat yang tebal dan pekat di atas kertas dengan pergerakan tangan yang cepat dan stroke pendek yang berulang-ulangan. Jalinan yang kasar dan gagah dihasilkan. (b) Ahmad menggunakan berus basuhan lembut untuk menyapukan warna lutsinar lapis demi lapis selepas warna kering. Kesan lutsinar dan separuh lutsinar dihasilkan. c) Aini mengecatkan warna secara tidak bercampur. Warna yang berlainan dicatkan secara titik bertitik bersebelahan satu sama lain. Hasilnya terdapat kesan warna pecahan.

Teknik kolaj ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan dari gubahan bahan-bahan seperti berbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan bahan alam semulajadi ke atas sesuatu permukaan seperti kertas atau plastik atau papan secara bebas dan boleh bertindih. Selalunya bahan yang berlainan sifat atau jalinan dapat memberi berbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar.

44

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Anda dikehendaki menghasilkan kerja seni seperti yang dihasilkan oleh tiga orang berikut: Kemudian beri ulasan anda terhadap kerja-kerja anda itu. (a) Mala menyusun dan menampal lidi yang sama panjang dan sama arah untuk menggambarkan dinding rumah. Beliau menyusun dan menampal lidi yang panjang dan pendek untuk menggambarkan rupa bentuk segitiga bumbung rumah. (b) Muthu menampalkan kapas yang bersifat lembut dan putih untuk menggambarkan awan. Kertas plastik yang lutsinar digunting berlengkong dan ditampal untuk menggambarkan air sungai. (c) Swee Ling mengoyakkan dan menampalkan span pencuci periuk yang berwarna hijau untuk menggambarkan rumput.

Ketiga-tiga orang itu telah menghubungkaitkan ciri bahan dengan ciri benda. Membuat hubungkaitan adalah kemahiran berfikir. Mereka perlu membuat perbandingan, membuat pilihan dan membuat keputusan bahan apa patut digunakan untuk benda apa. Mereka membandingkan rupa bentuk, warna, sifat benda dan jalinan.

Pelbagai media dan bahan cetakan boleh digunakan. Untuk jenis cetakan blok, imej pada blok cetakan disediakan dan warna atau dakwat cetakan dicetak ke atas permukaan kertas. Contoh bahan cetakan lain adalah seperti cetakan lino, strawboard , papan lapis dan polyfoam. Gambar boleh diukir di permukaan lino, papan, papan lapis atau sebagainya. Kemudian, bahan warna disapukan di atas permukaan dan dicetak atas kertas. Cara gambar diukir dansifat bahan yang diukir itu akan memberi kesan yang berlainan.

Secara amnya, teknik capan juga boleh digolongkan dibawah kategori cetakan. Teknik capan ialah cara untuk menghasilkan karya dengan menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air atau cat poster) dan dicat ke atas sesuatu permukaan. Anda boleh menghasilkan berbagai rupa bentuk dengan menggunakan berbagai jenis bahan. Contohnya adalah seperti capan bahan buangan, capan

45

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

bahan alam semulajadi (sayuran, cengkerang). Jalinan berbagai bahan itu akan memberi berbagai kesan jalinan pada hasil capan. Teknik resis menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain. Contohnya jika anda menggunakan warna air bersama warna lilin; atau warna air bersama cow gum. Warna air tidak akan bercampur dengan warna lilin ataupun cow gum. Dengan teknik ini, anda boleh menggunakan lilin cair ataupun pepejal. Lilin boleh digunakan untuk melukis atau memandamkan sesuatu kawasan permukaan melukis seperti kertas. Warna air boleh disapukan di atasnya. Di kawasan yang tidak berlilin, warna air akan diserap. Lilin menolak warna air itu. Maka terdapat dua kawasan dengan dua jenis kesan. Kadang-kadang titik-titik warna air sahaja yang tertinggal di atas permukaan lilin dan memberi sesuatu jalinan. Krayon juga boleh digunakan di peringkat sekolah rendah. Kesan yang lembut atau kasar akan terhasil di sempadan penemuan lilin atau krayon dan warna air terpulang kepada jenis lilin atau krayon yang digunakan. Proses membuat batik adalah satu contoh teknik resis.

Sila rujuk sumber proses penghasilan batik dilakukan bersama-sama rakan anda samada di internet, video, buku atau sebagainya.

Cuba anda dapatkan contoh gambar seperti yang dihasilkan oleh Azman dengan cara berikut: (a) Azman melukis seekor katak. Azman meletakkan kertas di atas kulit pokok. Beliau menggosokan kawasan badan katak dengan kulit pokok di bawah kertas. Hasilnya jalinan badan ini berbintik-bintik seperti kulit pokok yang kasar itu.

Dalam aktiviti ini Azman sebenarnya juga menghubungkaitkan dua perkara iaitu kulit katak dan kulit pokok. Membuat hubungkaitan adalah salah satu daripada kemahiran berfikir. Azman perlu membuat pemerhatian dan membandingbeza.

46

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Untuk

menghasilkan

karya

dengan

teknik

gurisan,

anda

boleh

menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis- lapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastic boleh digunakan untuk menguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Berbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan.

Alat dan bahan untuk penghasilan teknik mozek ialah bahan-bahan seperti kertas warna, plastik, kepingan jubin dan lain-lain ke atas sesuatu permukaan seperti kertas, plastik dan papan secara tersusun, bersebelahan dan tidak bertindih. Kepingan bahan yang diulang secara tidak bertindih memberi kesan khas pada mozek yang dihasilkan. Sempadan kepingan bahan yang ditampal itu memberi jalinan keseluruhan kepada gambar yang dihasilkan.

http://www.flickr.com/photos/ongkyw

Perhatikan ciri-ciri yang wujud dalam gambar wayang kulit kemudian jawab soalan yang berikut:

47

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

(a) Nyatakan alat dan media yang digunakan dalam menghasilkan gambar tadi. (b) Apakah teknik yang digunakan dalam kerja penghasilan patung wayang kulit itu? (c) Bagaimana penggunaan unsur seni mengambil peranan dalam lengkap-melengkapi patung itu sehingga terhasilnya imej yang menarik?

Pada abad ke-17 dan ke-18, pensel dan arang merupakan media yang amat dominan dan digemari oleh pelukis-pelukis agung. Manakala dewasa ini pen, berus dan dakwat adalah alat atau bahan yang popular di kalangan pelukis.

Anda boleh mengikuti panduan berikut untuk mempertingkatkan kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik dalam penghasilan karya. 1. Anda perlu memahami dan mengetahui alat, bahan dan teknik kerana ia adalah asas yang paling penting dalam kerja menggambar. Maklumat ini memudahkan proses mengekspresi diri dalam penghasilan karya. 2. Anda perlu membuat tinjauan, pemerhatian atau melihat kerja melukis oleh tokoh-tokoh kerana ia amat membantu dalam kerja menggambar. 3. Pastikan anda telah mengeksplorasikan alat dan bahan mengikut teknik yang berkaitan dengan jenis gambar yang bakal dibuat sebelum menggambar.

Anda boleh menghasilkan corak melalui pelbagai teknik dan cara seperti yang anda akan perhatikan nanti. Biasanya corak terdiri daripada motif tertentu yang disusun berulangan. Motif-motif pelbagai bentuk dan rupa ini boleh diperhatikan di alam sekeliling kita seperti: 1. alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan; 2. bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah, paku dan gunting; 3. geometri seperti bulat, segitiga dan segiempat; 4. abjad rumi, tulisan jawi, tulisan cina dan tamil serta angka; dan 5. rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris. 6. Teknik menghasilkan corak terbahagi kepada dua jenis iaitu: 48

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Corak tidak terancang Pualaman Renjisan Lipatan warna dengan kertas Tiupan Titisan Ikatan dan celupan Renjisan dan percikan

Corak terancang Lukisan Catan Cetakan

Capan Lipatan dan guntingan Resis Kolaj

Cuba anda senaraikan alat dan bahan untuk menghasilkan corak yang tersenarai di dalam rajah di bawah: Corak tidak terancang Pualaman Tiupan Ikatandan celupan Renjisan dan percikan Alat dan Bahan

Cara membentuk dan membuat binaan

49

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

http://www.roadsidescholar.com/wp-content/uploads

http://www.roadsidescholar.com/wp-content/uploads

Mengaplikasikan alat, bahan dan teknik dalam bidang membentuk dan membuat binaan berkaitan dengan proses yang mesti dilakukan dalam

menjadikan objek itu bersifat tiga dimensi. Menjelmakan objek konkrit tiga dimensi ini akan mengambil kira bagaimana untuk menstrukturkan reka bentuk disamping Seterusnya memerhati menentukan dan meneliti dan sfera-sfera rupa objek yang akan dibuat. melalui pertimbangan

rangka

bentuk

permukaan-permukaan yang terlibat, ketinggian, kelebaran, berat dan garis luar objek. Pada kebiasaannya, sesuatu bentuk konkrit akan di asaskan

50

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

berdasarkan bentuk-bentuk ilusi dan seterusnya dipindahkan imej ini kepada objek realiti.

Tahukah anda bagaimana cara-cara membentuk dan membuat sesuatu karya? Anda boleh: 1. mengenalpasti bahagian-bahagian yang terdapat dalam sesuatu binaan; 2. mengetahui bagaimana bentuk tertentu dicantumkan bagi menghasilkan objek; 3. mendapatkan imbangan kedudukan dan kestabilan dalam sesuatu ciptaan; 4. menggunakan alat dan bahan pengolahan reka bentuk; 5. menghasilkan jenis-jenis bentuk bergerak dan bentuk yang mempunyai ilusi pergerakan; 6. menghasilkan dan melengkapkan bentuk rekaan mengikut perancangan; 7. membandingkan hasil bentuk rekaan dengan objek sebenar; 8. memahami dan menghargai proses menghasil bentuk rekaan dan binaan; 9. berbincang dan menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses membuat, olahan bahan, unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan; 10. menentukan cara dan memperagakan bentuk rekaan yang paling sesuai dan menyatakan kesannya; 11. menceritakan pengalaman baru yang diperoleh daripada proses menghasil bentuk rekaan; Penentuan Alat dan Bahan Selain daripada alatan dan bahan yang telah dinyatakan, terdapat beberapa pertimbangan lain yang perlu dan penting untuk aktiviti membentuk dan membuat binaan, antaranya: 1. bahan terbuang yang diguna pakai semula; 2. benda-benda daripada alam sekitar seperti buluh, tanah liat, buah kelapa, pinang, kulit siput dan sebagainya; 3. benda-benda buatan manusia seperti manik, kayu larik, kotak-kotak, tisu, gam dan sebagainya; dan 4. bahan-bahan terbuang daripada buatan manusia seperti kaki kerus 51

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

yang patah, papan yang telah terendam dan banyak lagi benda-benda lain.

Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada pelajar anda membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti ada fungsi dan makna. Bagaimanakah cara ini dapat dilakukan? Anda boleh: (a) Rujukan kepada Objek Sebenar

1. memerhati, mengenali dan memahami bentuk dan ruang objek; 2. memerhati dan menyentuh bentuk benda alam dan benda buatan manusia; 3. memerhati dan menyatakan perbezaan dan persamaan sifat bahan melalui deria pendengaran; 3. memerhati pelbagai jenis bentuk barangan buatan manusia untuk kegunaan harian, permainan dan peragaan; dan memahami bahawa sesuatu objek itu memenuhi ruang sebenar.

(b) Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik Kemahiran-kemahiran seperti di atas akan merujuk kepada beberapa kriteria penghasilan. Secara yang paling asas ia berkaitan dengan: 1. Kesesuaian tajuk, tema dan teknik yang dikaitkan dengan pemilihan alat dan bahan. 2. Membuat 'thumbnail print' sebagai tindakan mengawal dan mengawas urusan membuat. Segala lakaran ini mengambil kira dari segi kesesuaian objek . 3. Sesuatu perkembangan ('progress') kerja dikawal selia mengikut keperluan bahan dan alat yang menjadikan urutan kerja berjalan lancar dan terancang. 4. Pilih teknik membuat. Bagi teknik topeng misalnya, kaedah tampalan mungkin dianggap paling dominan dan sesuai. Lakukan pemeringkatan penghasilan topeng ini dengan teliti dan teratur. 5. Kaedah mengguna alat perlu betul dan tertib. Bagi penggunaan pahat dalam konteks menghasil arca luakan berasaskan kayu perlu diawas dari cara memegang, pilihan saiz pahat, arah pergerakan mata pahat 52

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

disamping kekuatan dan kadaran pukulan berbantukan tukul kayu. 6. Bagi kerja-kerja menghalus ke atas objek arca, kertas pasir sering kali diaplikasikan untuk mendapatkan tekstur yang licin dan menarik. 7. Syelek, varnis, minyak kayu, cat alas, cat kilat, emulsi, perada, labuci,manikmanik seringkali menjadi pilihan untuk dijadikan kemasan akhir produk. Pilih keserasian bahan penyudah atau bahan kemasan untuk penampilan yang anggun. 8. Untuk tujuan peragaan yang mantap, tentukan tapak yang kukuh dan selamat. . Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri kekuatan reka bentuk di samping kesesuaian terhadap mesej dan tajuk binaan.

Alatan-alatan yang berupa mesin berkuasa letrik seperti pengisar kertas untuk membuat 'papier mache', mesin untuk menggaul 'papier mache', mesin perata dan mesin penyembur cat mungkin diperlukan untuk menghasilkan dapatan yang baik dan bermakna. Seterusnya, pilihan lokasi yang relevan dengan objek seni perlu dipertimbangkan. Mobail perlu digantung, stabail statik dan perlukan tapak yang mantap, diorama dikotakkan pada cermin atau perspek yang lutsinar dan origami perlukan penampilan ruang hias yang bertutup seperti almari cermin. Akhirnya, apabila penampilannya berlaku dalam situasi yang relevan, karya akan kelihatan cantik dan menarik. Proses Penghasilan Tembikar Mari kita teliti proses untuk menghasilkan tembikar. 1. Tanah liat dijemur dan dikeringkan sebelum ditumbuk menjadi debu. Ayak debu tanah liat untuk mengasingkan batu-batu kecil dan sampah sarap yang terdapat di dalam tanah. 2. Campur debu tanah dengan air dan kacau. Simpan di dalam pasu selama tiga hari. 3. Tanah liat akan mendap. Uli menjadi liut dan lembut. 4. Tembikar boleh dibentuk mengikut kehendak sendiri. Pinggan digunakan untuk proses penyambungan tanah liat yang digelungkan. 5. Bentuk tembikar dari bawah ke atas, tahap demi tahap.

53

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

6. Semasa membentuk permukaan, tanah liat ditekan dengan kayu di sebelah dalamnya ditahan dengan tangan. Ini bertujuan untuk menguatkan tembikar. 7. Pisau buluh pula digunakan untuk melicinkan permukaan tembikar. Tekan dan gerakkan bahagian mata pisau dari bawah ke atas. 8. Tapak atau kaki tembikar dibuat secara berasingan. Cantuman bahagian badan dan kepala tembikar siap dibuat semasa tanah liat masih dalam keadaan separuh siap ('leather hard'). 9. Ragam hias dibuat dengan menggunakan penepek berukir. 10. Tembikar yang siap dibuat akan dijemur sebelum dibakar. 11. Tembikar dikeras secara tanur dedah iaitu dilakukan secara salai 12. Tembikar yang telah siap disalai dimasukkan ke dalam timbunan sekam. 13. Damar disapu di bahagian bawah tembikar bagi mengelakkan tiris.

1. Daripada kenyataan di atas, cuba anda senaraikan alat dan bahan yang perlu disediakan dalam menghasilkan satu binaan tembikar 2. Sila anda senaraikan alat dan bahan selengkapnya untuk menghasilkan kraf tradisional Batik. Bincang bersama rakan anda. Anda boleh rujuk daripada buku atau layari website.

Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual, berbagai jenis alat dan bahan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Jenis pertama adalah alat dan yang digunakan untuk penghasilan. Jenis kedua adalah alat dan bahan bantu untuk tujuan diatas untuk membantu pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua jenis itu pula boleh dibahagi kepada beberapa subkategori seperti berikut: a. Alat dan bahan untuk penghasilan Contoh: alat dan bahan untuk menghasilkan gambar catan: Alat: berus atau alat ganti untuk mengecat.. Bahan: warna air atau warna poster, kertas kartrij. Peralatan lain: palet, bekas air, kain lap, kertas surat khabar b. Alat dan

54

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

bahan untuk membantu pengajaran dan pembelajaran: i) Alat dan bahan bantu yang ada dalam kehidupan seharian murid dan pengalaman sedia ada murid. Contohnya :

Bola,baju,kasut,kotak ubat gigi,penyapu,sikat,bunga,daun,rumpu,batu,bata,beg, jam,cawan,botol,gula-gula,kacang,tiket,kotak tisu,kek harijadi,rambutan,roda,cermin,tiang,meja,kerusi,bakul sampah,almari raket,.

ii) Alat dan bahan bantu yang direka khas untuk menjelaskan konsep dan secara langsungnya tidak ada dalam kehidupan seharian murid. Contohnya:

Jadual,penyusunan grafik,carta,kad huruf dan angka,kad perkataan dan kad ayat, gambar rajah,senarai,kad separuh bulatan,kad sisipan,papan gulung,papan flannel,papan tulis,petikan rencana.

iii) Alat dan bahan media teknologi dan lain-lain jenis yang seumpama dengannya Sila senaraikan di sini :

Tahukah anda perbezaan antara peralatan kekal dengan peralatan tidak kekal berdasarkan item yang tersenarai di rajah di bawah. Jelaskan.
Minyak turpentine Cat air kertas lukisan pisau NT kain linen batik fabric dye kertas warna Carta PSV berus lukisan pisau ukir cecair tinner meja

55

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

2.4.2

Meneroka/Membuat Eksperimentasi Perisian-Perisian

Pada masa lalu seorang pelukis menggunakan berus, cat dan kanvas untuk mencurahkan idea-idea kreatif mereka. Begitu juga para perekabentuk grafik menggunakan alat-alat konvesional seperti pen teknikal, jangka sudut, pembaris, warna dan sebagainya bagi menghasilkan rekaan yang kemas dan tepat. Kini dengan perkembangan teknologi komputer, seorang pelukis atau perekabentuk boleh menggunakan pelbagai perisian bagi menggantikan bahan dan peralatan manual tersebut untuk melahirkan idea mereka dengan lebih bebas dan kreatif. Disamping itu rekaan yang dihasilkan juga lebih mudah, pantas, tepat dan berkualiti. Kajian rekaletak, kajian warna dan proses mengubahsuaian imej juga menjadi jauh lebih mudah berbanding menggunakan cara manual. Kos untuk menyediakan bahan juga adalah jauh lebih murah, kerana semuanya dalam bentuk digital dan sangat mudah untuk membuat salinan serta mengubah saiznya. Secara umumnya grafik atau lukisan digital adalah merujuk kepada sebarang rekaan dan karya seni yang dihasilkan menggunakan perkakasan dan perisian komputer. Ia disampaikan kepada penonton menggunakan skrin komputer atau melalui cetakan berkomputer. Ianya boleh dipersembahkan dalam pelbagai bentuk, daripada yang ringkas seperti garisan, rupa, corak, gambar realistik sehingga berbentuk fantasi, tiga dimensi dan animasi. Perisian Grafik dan Lukisan Digital Grafik dan lukisan digital boleh dihasilkan dengan menggunakan perisian-perisian tertentu yang dijual dipasaran atau dilanggan melalui internet. Ada juga sebahagian perisian tersebut kita boleh perolehi sacara percuma dengan memuat turun daripada internet. Sebagai seorang guru mungkin kita tidak perlu membeli perisian yang canggih untuk mengajar lukisan digital kerana kosnya sangat mahal.

Pembelian perisian grafik yang tulin mungkin berbaloi bagi syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan rekabentuk kerana akan mendapat pulangan yang lumayan. Seorang guru biasanya menghasilkan karya digital bukan untuk tujuan perniagaan tetapi untuk menyediakan bahan-bahan pengajaran. Sekarang ini

56

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

sudah ada banyak perisian-perisian yang dibangunkan dan diberikan secara percuma (opensource) untuk tujuan rekabentuk atau melukis. Di sekolah kita boleh menggunakan prisian grafik seperti Microsoft Paint atau Paint Brush yang telah tersedia di dalam Microsoft Windows. Perisian grafik dan lukisan digital boleh dibahagikan kepada beberapa kategori mengikut kegunaannya. Berikut adalah antara perisian-prisian yang popular dan selalu digunakan di dalam bidang rekabentuk grafik dan lukisan digital; a. Perisian penyuntingan foto dan membentuk imej Perisian penyuntingan foto sering digunakan di dalam menghasilkan rekaan seperti poster, banner rekabentuk kulit buku, grafik untuk laman web, aplikasi multimedia, latar belakang bahan persembahan dan sebagainya. Di samping itu perisian seperti ini berguna untuk menyunting imej-imej yang diambil menggunakan kamera digital, pengimbas, atau diperolehi melalui internet. Imej-imej tersebut boleh diubahsuai dari segi warna, saiz dan kesan khas. Melalui perisian penyuntingan foto juga perekabentuk boleh mengabungkan pelbagai imej, teks dan kesan khas agar hasilnya kelihatan lebih artistik.

Imej peta (bitmap) biasanya dihasilkan dengan menggunakan perisian penyuntingan imej. Imej seperti ini mudah dihasilkan, menarik, lebih realistik dan tidak memerlukan kemahiran yang tinggi. Imej bitmap boleh diterima oleh kebanyakan perisian pembangunan aplikasi multimedia.

Walau

bagaimanapun

imej

jenis

bitmap

yang

dihasilkan,

sekiranya

diperbesarkan akan kelihatan begerigi. Menukar saiz atau imej gambar akan menyebabkan kejatuhan kualitinya. Agak sukar untuk menghasilkan imej-imej yang abstrak seperti untuk menerangkan konsep-konsep dalam sains atau sesuatu rekaan yang baru dengan menggunakan perisian penyuntingan imej.

57

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Berikut adalah antara perisian yang sangat popular yang digunakan untuk mengedit foto: o Adobe Photoshop o Corel Painter o Print Shop Pro o Photo Impact

Antaramuka perisian grafik Adobe Photoshop Pada masa ini Adobe Photoshop adalah antara perisian penyunting imej yang sangat bertenaga dan banyak digunakan oleh perekabentuk seluruh dunia. Photoshop adalah nama standard dalam rekabentuk grafik yang digunakan untuk menghasilkan imej-imej yang menarik dalam pembinaan laman web, percetakan, pengiklanan dan banyak lagi. Diakui di seluruh dunia sebagai standard industry.

58

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Pelajari tips dan trik, bagaimana menggunakan kemudahan-kemudahan yang diberikan oleh Adobe Photoshop dengan lebih berkesan melalui laman-laman web berikut; http://www.photoshopsupport.com/tutorials.html http://www.photoshopstar.com/ http://www.adobephotoshoptutorials.com/

Contoh bahan-bahan grafik untuk pelbagai kegunaan yang dihasilkan menggunakan perisian Adobe Photoshop Selain dari itu, terdapat juga perisian penyuntingan imej berasaskan sumber terbuka (open source) yang boleh didapat secara percuma. Antara yang terkenal ialah The Gimp yang boleh dimuatturun melalui alamat; http://www.gimp.org

59

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Laman web GIMP - http://www.gimp.org

Antaramuaka Perisian GIMP GIMP adalah singkatan dari GNU Image Manipulation Program (Program

Manipulasi Gambar GNU). Ini adalah perisian yang fungsinya hampir menyerupai Adobe Photoshop dan diedarkan secara percuma untuk tugas-tugas seperti mengedit gambar. GIMP juga memiliki banyak kemampuan. Sebagai contoh ia dapat digunakan untuk aktiviti catan yang mudah, mengabungkan pelbagai imej dan teks, menambahkan kesan-kesan artistik, mengubah format gambar dan banyak lagi. GIMP ditulis dan dikembangkan di bawah X11 pada platform UNIX. 60

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Tapi pada dasarnya kod yang sama juga berjalan pada MS Windows dan Mac OSX.

Pelajari pengetahuan asas, tips dan trik, bagaimana menggunakan kemudahankemudahan yang diberikan oleh perisian GIMP dengan lebih berkesan melalui laman-laman web berikut;

http://www.gimp.org/tutorials/ http://gimp-tutorials.net/ http://www.gimp-tutorials.com/

Contoh kesan pengubahsuaian imej yang dihasilkan menggunakan perisian GIMP

b. Perisian untuk melukis ilustrasi dan imej Perisian grafik dari kategori ilustrasi atau lukisan imej vector (vector) amat popular dalam menghasilkan Clip Art (untuk tujuan komursial). Ia juga banyak digunakan dalam bidang teknikal, kejuruteraan atau rekabentuk. Di bidang pendidikan imej vector banyak digunakan dalam menghasilkan ilustrasi bagi tujuan menerangkan konsep-konsep yang abstrak secara visual. Disamping itu imej vector juga sering digunakan dalam dunia seni rekabentuk grafik dan multimedia. 61

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Berikut adalah antara perisian yang sangat popular yang digunakan untuk melukis ilustrasi dan imej:

Adobe Illustrator Macromedia Freehand Corel Draw Corel Designer

Antaramuaka Perisian Adobe Ilustrator Adobe Illustrator adalah satu perisian yang telah menjadi aplikasi standard dan sangat degemari oleh kebanyakan perekabentuk untuk menghasilkan grafik ilustrasi. Seniman, pelukis dan pereka grafik menggunakan Illustrator untuk membuat grafik berasaskan vektor yang bertentangan dengan grafik berasaskan bitmap seperti di dalam Adobe Photoshop. Imej bitmap dapat dengan mudah diperbesarkan tanpa kehilangan kualitinya.

62

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Menguasai Adobe Illustrator memang tidak mudah, ianya memerlukan masa dan kesabaran. Berikut adalah antara laman-laman web yang boleh dilayari untuk mempelajari dengan lebih lanjut lagi teknik dan trik di dalam Adobe Illustrator; http://www.adobe.com/support/illustrator/ http://www.ndesign-studio.com/tutorials http://www.adobeillustratortutorials.com/

Contoh ilustrasi yang dihasilkan menggunakan perisian Adobe Illustrator

Selain dari itu, terdapat juga perisian melukis ilustrasi dan imej berasaskan sumber terbuka (open source) yang boleh didapat secara percuma. Antara yang terkenal

63

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

ialah INKSCAPE yang boleh dimuat turun melalui alamat; http://www.inkscape.org/

Laman web INKSCAPE - http://www.inkscape.org/

Antaramuaka Perisian INKSCAPE Inkscape adalah sebuah perisian open source (sumber terbuka), berasaskan program SVG imej vektor. Perisian ini adalah satu kumpulan dengan perisian yang sering digunakan untuk melukis, seperti Adobe Illustrator, Freehand dan Corel Draw. Perisian ini sangat berguna untuk menghasilkan rekaan grafik seperti; 64

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

iIlustrasi, carta, gambarajah, imej yang menggunakan garisan, lukisan teknik kartun, typografi, logo dan sebagainya. Inkscape boleh dijalankan menggunakan system operasi Windows,

Macintosh, dan Linux. Inkscape sedang mengalami perkembangan yang sangat cepat dengan fitur baru ditambah dan pematuhan terhadap standard SVG yang terus berkembang. Untuk mempelajari Inkscape dengan lebih lanjut layari lamanlaman web berikut;

http://www.inkscape.org/doc/basic/tutorial-basic.html http://www.inkscapetutorials.net/ http://inkscape.teekoo.com/

Contoh ilustrasi yang dihasilkan menggunakan perisian INKSCAPE c. Perisian rekabentu 3D dan animasi Perisian grafik 3D membolehkan kita menghasilkan objek-objek dalam bentuk tiga demensi. Biasanya perisian 3D juga memberi kemudahan untuk menghasilkan aminasi yang boleh digunakan dalam aplikasi multimedia atau penerbitan video.

65

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Dengan menggunakan perisian jenis ini ia memudahkan pengguna menghasilkan objek-objek seperti model dan karakter pelbagai bentuk. Sebagai contoh, perisian 3D sangat berguna untuk menghasilkan rekabentuk seperti model bangunan, kenderaan, barangan, lankskap, kartun dan sebagainya. Antara perisian 3D yang sering digunakan untuk menghasilkan imej dan objek dalam rupa bentuk tiga demensi ialah seperti;

Ulead Cool 3D Studio Xara 3D Ray Dream 3D. 3D Studio Max

Perisian Ulead Cool 3D Studio

66

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Antaramuka Ulead Cool 3D Studio

Ulead Cool 3D adalah antara perisian

grafik 3D dan animasi yang sering

digunakan kerana agak mudah dipelajari. Ulead Cool 3D adalah antara perisian 3D animasi generasi baru khususnya untuk pengeluaran video berkualiti tinggi. Ia menggabungkan antara muka yang berkesan dan berkemampuan menghasilkan animasi profesional untuk video, gambar diam, GIF animasi urutan gambar, dan Macromedia Flash filem 3D. Perisian ini telah dilengkapi dengan perpustakaan (library) objek pra-dibuat, gaya, sifat dan kesan, yang boleh digunakan untuk memulakan atau diubah sesuai mengikut keperluan pengguna.

Pengguna juga boleh mengimport setiap objek 3D yang ada dan diubahsuai mengikut keperluan. Antaramuka perisian ini menawarkan mod edit kronologi,

yang membolehkan pengguna melihat filem yang dihasilkan serta pemain animasi untuk pratonton. Pengguna boleh membuat model teks 3D, lengkap dengan latar belakang video, kesan khas dan banyak lagi.

67

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Untuk mempelajari perisian Ulead Cool 3D dengan lebih lanjut anda boleh melayari laman-laman web berikut;

http://www.ulead.com/learning/cool3d.htm http://www.tutorialguide.net/video/ulead_cool_3d/ http://www.pixel2life.com/tutorials/ulead_cool_3d/

Contoh karya 3D yang dihasilkan menggunakan perisian Ulead Cool 3D Studio Selain dari itu, terdapat juga perisian 3D dan animasi berasaskan sumber terbuka (open source) yang boleh didapat secara percuma. Antara yang terkenal ialah Google SketchUp yang boleh dimuat turun melalui alamat; http://sketchup.google.com/

Google SketchUp adalah perisian pemodelan 3D-alat gambar yang sangat bertenaga dan intuitif. Perisian ini agak mudah digunakan dan pengguna boleh menghasilkan model-model 3D dengan cepat dan tepat. Dengan perisian ini

pengguna boleh membuat lakaran bangunan, binaan, model, lanskap dan sebagainya dengan perspektif serta ukuran yang tepat. Pengguna juga boleh menggunakan contoh-contoh model, tekstur, pokok, dan sebagainya yang telah disediakan oleh Google untuk dikongsi bersama.

68

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Setelah gambar 3D dapat diselesaikan, pengguna boleh mengeksport ke Google Earth, ke 3D Warehouse, menyimpan fail atau membuat cetakan melalui pencetak.

Berikut adalah laman-laman web yang boleh layari untuk mengetahui dengan lebih lanjut penggunaan perisian Google SketchUp; http://www.googlesketchuptutorials.com/ http://www.creative-3d.net/3dlinks/tutorials_Sketchup.cfm http://www.sketchup2india.com/tutorial/index.html

. Contoh model 3D yang dihasilkan menggunakan perisian Google SketchUP

69

PSV3105 Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Aktiviti 2.1 Hasilkan beberapa bahan bantu (sekurang-kurangnya 4 item) bertujuan sebagai membantu pengajaran dan pembelajaran. Bidang yang hendak diajar adalah membuat corak dan rekaan. Tajuk yang dipilih ialah corak terancang dengan menggunakan teknik kolaj dan capan dengan menggunakan tema geometrical. Aktiviti 2.2 Sebagai guru Pendidikan Seni Visual anda perlu mempunyai kemahiran bagi menghasilkan alat bantu mengajar yang kreatif dan bermutu. Anda dikehendaki menghasilkan kerja seni menggambar dengan menggunakan teknik lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, resis, gosokan, stensilan, percikan, capan dan mozek.Pilih satu tema sahaja sebagai hal benda kepada pengkaryaan anda. Umpamanya, sekiranya anda memilih tema kehidupan laut maka kesemua kerja anda adalah berkisar tema tersebut. Aktiviti 2.3 Dengan menggunakan perisian penyuntingan imej dan foto, hasilkan satu poster yang bertajuk Pendidikan Berkualiti dan Berinovasi . Gabungkan pelbagai imej, teks dan ilustrasi yang sesuai dengan tajuk tersebut. Aktiviti 2.4 Dengan menggunakan perisian melukis ilustrasi dan imej, hasilkan rekaan

corak yang menggunakan gabungan motif organik, geometrik dan typografi.

70

PSV3104 Pengajian dan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

RUJUKAN : Albert, G, Wolf, R. (1991) Basic Drawing Techniques. Cincinnati, Ohio: North Light Bates, J, (2000). Becoming Art Teacher. USA: Wadworth. Caroll, D. (1994). The State Of Teory: History, Art and Critical Discourse. London: Cambridge University Press. Hargreaves, David J. ( 1987 ) Children And The Arts. Philadelphia: Open University Press Herr, (2001) Creative Learning Activities For Young Children. USA: Delmar Learning Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir, (2006). Teknologi & Rekabentuk Grafik Digital, Kuala Lumpur: Venton Publishing. Jemaah Nazir Sekolah.(2003). Pengurusan Pendidikan Seni Visual sekolah menengah dan rendah. KL:Kementerian Pendidikan Malaysia Jemaah Nazir Sekolah. (2003). Standard kualiti pendidikan Malaysia. sekolah: Instrumen pemastian standard. KL:Kementerian Pendidikan Malaysia. Jemaah Nazir Sekolah. (2004). Standard kualiti pendidikan Malaysia. Sekolah: Pernyataan standard. KL:Kementerian Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia. (1985). Buku panduan khas Pendidikan Seni Visual, KBSR. K.L.: DBP. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Buku sumber guru Pendidikan Seni Visual, KBSR. K.L.: DBP. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Modul pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual,KBSR.K.L.: DBP. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Modul pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual,KBSR.K.L.: DBP. Mazlan. M. (1997) Pendidikan Seni 1: Prinsip Pendidikan Seni. KL: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

29

PSV3105 Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

PANEL PENULISAN MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH PSV3105 Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual
NAMA KELAYAKAN

En. Khairul Albar Bin Masror Pensyarah IPGM Kampus Tuanku Bainun Mengkuang 14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang barmasror@yahoo.com.my
PANEL PENULIS MODUL PSV IPGM TB

Kelulusan: Sarjana Pendidikan (USM) B.A. Hons.Fine Art (USM) Sijil Guru Khas Pendidikan Seni (MPIK) Sijil Guru (MPSI) Pengalaman: Pensyarah Pendidikan Seni Visual ( 4 tahun ) Guru Sekolah Menengah (26 tahun)

Dr. Sajap Bin Maswan Pensyarah IPGM Kampus Tuanku Bainun Mengkuang 14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang sajap@sajadstudio.info

Kelulusan: Ed.D (Teknologi Pendidikan & Multimedia) M.Ed (Teknologi Pendidikan) B.A. Hons.(Fine Art/Rekabentuk Grafik) Sijil Perguruan (IPSI) Pengalaman: Pensyarah Teknologi Pendidikan ( 5 tahun ) Guru Sekolah Menengah (11 tahun)

30

PSV 3105 Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR


LAMPIRAN A

IKON

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat
T

32

Anda mungkin juga menyukai