Anda di halaman 1dari 22

PERINTAH AM BAB F (PERUBATAN)

TAFSIRAN

Doktor prevet(swasta) seseorang doktor perubatan/pergigian berdaftar tetapi tidak berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia. Keluarga Pegawai bagi pegawai lelaki, isteri dan anakanaknya dan bagi pegawai perempuan suami dan anakanaknya. Anak-anak yang berkelayakan ialah anak yang ditanggung sepenuhnya di bawah 18 tahun, jika bersekolah di bawah 21 tahun. Walau bagaimanapun anak-anak daif disebabkan kelemahan otak had umur tidak dikira. Anak termasuk juga anak tiri dan anak angkat yang diambil secara sah. Balu juga dikira sebagai keluarga ini selagi 2 tidak berkahwin semula

Panel doktor doktor swasta yang dilantik oleh sesebuah syarikat/organisasi- untuk keluarkan sijil cuti sakit

RAWATAN PERUBATAN UNTUK


PEGAWAI PEGAWAI

Rawatan Percuma di Hospital/Klinik Pesakit Luar Pegawai dan keluarga mereka yang jatuh sakit akan mendapat rawatan, ubat dan rawatan perubatan atau pergigian secara percuma yang ada pada kerajaan termasuk alat-alat ortoprdik dan anggota palsu (kecuali gigi palsu). Jika tiada dalam stor ubat kerajaan hendaklah dibeli.

Rawatan di Hospital Berhampiran

Pegawai dan keluarga mereka hendaklah mendapatkan rawatan mereka di hospital atau klinik kerajaan yang berhampiran dengan stesen mereka. Sekiranya pegawai perubatan mengesahkan bahawa pegawai dan keluarganya perlu mendapatkan rawatan di tempat lain maka dia atau keluarganya boleh menuntut elaun seperti dalam perintah Am Bab B (tugas rasmi), tetapi sekiranya pegawai tersebut tidak mendapatkan nasihat daripada pegawai perubatan, maka elaun tersebut tidak boleh dituntut.
5

Rawatan Prevet Bayar Sendiri

Seseorang pegawai yang mendapatkan rawatan dari seorang doktor prevet akan menanggung segala kos tersebut termasuk juga kos rundingan

Pegawai Perlu Mendapatkan Sijil Sakit

Pegawai yang jatuh sakit dan tidak boleh hadir ke pejabatnya, hendaklah mendapatkan Sijil Sakit dari pegawai perubatan atau panel doktor dan menghantarkan dengan segeraSijil tersebut kepada Ketua Jabatan dengan segera

Rawatan di Luar Negeri

Apabila seorang pegawai atau keluarganya disahkan oleh sebuah Lembaga Perubatan sebagai memerlukan rawatan khas yang tidak diperolehi di Malaysia dengan perakuan darpada Ketua Pengarah Kesihatan, maka ianya dibenarkan mendapat rawatan di luar negara dengan perbelanjaan kerajaan termasuklah perbelanjaan seorang pengiring.

Kemudahan Rawatan Perubatan Bagi Ibubapa/Pesara

Mendapatkan rawatan perubatan bagi ibu bapa yang sah Perlu mendapatkan Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai dan dikemukakan kepada hospital apabila ingin mendapatkan rawatan.

Kemudahan yang Sama Bagi Pesara/Keluarga

Seseorang pesara atau keluarganya akan berkelayakan mendapatakan kemudahan rawatan dan perubatan seperti seorang pegawai kerajaan. Kelayakan seorang pesara atau keluarganya yang dimasukkan ke dalam wad mengikut kelayakan akhir pesara sebelu bersara. Bagai pesara yang menerima pencen tidak melebihi RM180.00 sebulan akan dikecualikan daripada membayar bayaran wad untuk diri dan keluargana.
10

Kemudahan Rawatan untuk Keluarga Pegawai


Selepas Kematian

Mana-mana keluarga seseorang pegawai(yang memilih pencen) berkelayakan menerima kemudahan rawatan percuma selepas kematian pegawai itu (tidak kira samada semasa berkhidmat atau bersara). Kelayakan wad dibayar mengikut kelayakan pegawai semasa masih hidup

11

LEMBAGA PERUBATAN

Ahli-Ahli Lembaga Perubatan Sesebuah Lembaga Perubatan hendaklah mengandungi tidak kurang daripada dua orang pegawai perubatan dengan seorang daripada mereka ialah ahli di dalam jenis penyakit atau kecederaan yang dialami oleh pegawai tersebut.

12

Bila Lembaga boleh Dipanggil

Apabila seseorang pegawai masih tidak sihat setelah menghabiskan semua cuti-cuti sakit biasanya Apabila seseorang pegawai perubatan berpendapat bahawa tiada harapan untuk pegawai menjadi untuk bertugas Apaila tiap-tiap tahun dalam masa tiga tahun yang berturut-turut pegawai itu telah bercuti sakit sebanyak 45 hari atau lebih
13

Apabila kesiuman otak atau kesihatan badan pegawai diragu-ragukan Apabila pegawai telah tercedera semasa bertugas Apabila pegawai disahkan mengidap penyakit tibi, kusta atau barah Apabila pegawai atau keluarganya diperiksa untuk mendapatkan rawatan di luar negeri kerana tiada rawatan sedemikian di dalam negeri

14

LAPORAN LEMBAGA

Laporan mana-mana Lembaga Perubatan akan dikemukakan terus kepada Ketua Jabatan atau kuasa tertentu yang telah memohon dijalankan pemeriksaan tersebut.

15

BAYARAN DAN PERATURAN WAD

Pegawai dan keluarga mereka dikehendaki membayar bayaran wad apabila dimasukkan ke dalam wad mengikut kelayakan masing-masing, melainkan bagi penyakit tibi, kusta dan barah adalah percuma. Seseorang pegawai yang jatuh sakit atau menerima kecederaan semasa menjalankan tugas rasminya di luar ibu pejabat akan dikecualikan daripada membayar wad apabila terpaksa dimasukkan ke dalam hospital di luar ibu pejabatnya.
16

Keluarga pegawai adalah berkelayakan untuk dimasukkan ke dalam wad kelas yang sama seperti pegawai tersebut. Seseorang pegawai dan keluarganya boleh dimasukkan ke wad yang lebih tinggi daripada kelayakannya dan bayaran akan dikenakan Setiap pegawai yang dimasukkan ke hospital atau yang ingin mendapatkan rawatan di klinik kerajaan dikehendaki mengemukakan satu surat dariada Ketua Jabatannya yang menegsahkan butir-butir peribadi pegawai dan kebenaran memotong gajinya bagi menjelaskan apa-apa bayaran yang dikenakan oleh pihak hospital.

17

Kelayakan dan Kadar Bayaran di Hospital kerajaan


Gred
Gred Khas dan ke atas Bergaji RM3,138.00 ke atas Kategori III bergaji RM3,137 Dan ke bawah hingga kategori VI

Kelas Wad
Kelas 1 bilik seorang

Bayaran Sehari
RM10.00

Kelas 1 bilik berdua

RM8.00

Kategori VII hingga VIII


Kategori IX hingga XI

Kelas 1 bilik bertiga


Kelas Dua Kelas Tiga

RM6.00
RM3.00 Percuma
18

Pelbagai

Seseorang calon yang telah berjaya mendapat jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan dan dikehendaki diperiksa kesihatannya sebelum boleh memegang jawatan tersebut, akan diperiksa kesihatannya dengan percuma di mana-mana hospital Seseorang pegawai yang dipilih untuk mana-mana kursus yang diluluskan oleh kerajaan akan diperiksa kesihatannya dengan percuma apabila disyaratkan oleh Universiti, Yayasan, Penganjur atau Negeri tempat berkursus.
19

Rawatan di Klinik Panel KUIM

Pihak Pengurusan KUIM telah bersetuju menaikan kadar bayaran untuk rawatan perubatan di klinik panel daripada RM30.00 kepada RM40.00 untuk sekali rawatan. Manakala lebihan bayaran hendaklah dibayar oleh pegawai itu sendiri. Ibu bapa pegawai tidak ditanggung oleh Universiti sekiranya mendapatkan rawatan di klinik panel. Semua kos ditanggung oleh pegawai itu sendiri
20

Rawatan Pergigian
Pihak Pengurusan Universiti telah bersetuju menaikan kadar bayaran rawatan pergigian daripada RM150.00 kepada RM200.00 untuk pegawai dan keluarga (Isteri dan anak) bagi setahun. Rawatan pergigian boleh di buat di manamana klinik gigi.

21

SEKIAN TERIMA KASIH

22

Anda mungkin juga menyukai