Anda di halaman 1dari 52

Soalan Lazim Gaji dan Elaun

Gaji & Elaun

1. Apakah syarat-syarat untuk memohon pembiayaan bagi pembelian alat-alat selain daripada Alat Ortopedik dan Anggota
Palsu (Artificial Limbs)?
2. Bagaimana kaedah untuk memohon pembiayaan bagi pembelian alat-alat selain daripada Alat-alat Ortopedik dan Anggota
Palsu?
3. Apakah mesyuarat yang berkaitan dengan Majlis Bersama Kebangsaan dan Majlis Bersama Jabatan dan jumlah kadar yang
boleh diberi Cuti Tanpa Rekod atau kebenaran meninggalkan kerja?
4. Apakah Jenis Kemudahan Rawatan Perubatan Yang Layak Dinikmati Oleh Anggota Perkhidmatan Awam?
5. Bolehkah Dijelaskan Mengenai Kelayakan Cuti Rehat Bergaji Penuh Bagi Anggota Sambilan?
6. Apakah Syarat-Syarat Kerja Yang Membolehkan Seseorang Menuntut Bayaran Lebih Masa (BLM)?
7. Sekiranya Seseorang Anggota Itu Pejabatnya Di Kuala Lumpur (Dimana Hari Ahad Adalah Hari Rehat Mingguannya), Dan
Diarah Bekerja Pada Hari Ahad Semasa Bertugas Di Kedah (Dimana Hari Jumaat Adalah Hari Rehat Mingguannya); Adakah
Anggota Itu Layak Menuntut Bayaran Lebih Masa (BLM) Atas Kadar Hari Rehat Mingguan?
8. Bagaimana Pula Sekiranya Hari Kelepasan Am Jatuh Pada Hari Rehat Mingguan Bagi Anggota Yang Bekerja Secara
Giliran?
9. Adakah Pegawai Yang Diluluskan Bertukar Di Atas Permohonan Sendiri Layak Menuntut Bayaran Perpindahan Dan Pihak
Mana Yang Meluluskan Bayaran Perpindahan Tersebut?
10. Apakah Kelayakan Pegawai Apabila Pegawai/Ahli Keluarga Dirujuk Oleh Pegawai Perubatan Kerajaan Untuk Mendapat
Rawatan Perubatan Di Luar Stesen?
11. Berapakah Kelayakan Cuti Sakit Dan Cuti Sakit Lanjutan Dalam Setahun Dan Siapakah Pihak Berkuasa Yang Boleh
Meluluskannya?

Gaji & Elaun

Apakah syarat-syarat untuk memohon pembiayaan bagi pembelian alat-alat selain daripada Alat Ortopedik dan
Anggota Palsu (Artificial Limbs)?

Syarat-syarat untuk memohon pembiayaan bagi pembelian alat-alat selain daripada Alat Ortopedik dan Anggota Palsu
(Artificial Limbs) adalah:

i. anggota dan pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan yang menerima pencen.


ii. keluarga anggota dan keluarga pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan yang menerima pencen:
a. Suami/ isteri;
b. Anak-anak :

a. di bawah 18 tahun jika ditanggung sepenuhnya:


b. di bawah 21 tahun jika masih belajar; dan
c. tiada had umur bagi anak yang daif.
ii. telah mendapat rawatan di hospital/ klinik Kerajaan.
iii. Alat yang diperlukan tidak dapat dibekal atau disediakan oleh hospital/ klinik Kerajaan.
iv. Pegawai Perubatan Kerajaan memperakukan keperluan alat dan mengesahkan alat tidak dapat disedia atau dibekal
oleh hospital/ klinik Kerajaan atas sebab-sebab tertentu.
v. Permohonan alat disokong oleh Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Walaupun sesuatu alat selain Alat Ortopedik dan Anggota Palsu yang diperakukan oleh Pegawai Perubatan, ia tidak secara
automatiknya boleh dibekal atau ditanggung oleh Kerajaan. Alat-alat yang tidak ditanggung oleh Kerajaan hendaklah
ditanggung sendiri oleh pegawai, pesara dan pesakit.

Bagaimana kaedah untuk memohon pembiayaan bagi pembelian alat-alat selain daripada Alat-alat Ortopedik dan
Anggota Palsu?
Kaedah untuk memohon pembiayaan bagi pembelian alat-alat selain daripada Alat-alat Ortopedik dan Anggota Palsu adalah:

vi. Permohonan alat untuk pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang memenuhi syarat akan diluluskan oleh
Ketua Jabatan setelah mendapat sokongan daripada Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan
Malaysia. Permohonan perlu disertakan dengan dokumen-dokumen berikut:
a. Borang SARAUBAT JPA (AM);
b. Borang SARAUBAT JPA (PPK); dan
c. Dokumen sebut harga/ resit pembelian bagi alat bantuan yang dipohon.
vii. Permohonan alat untuk keluarga pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan hendaklah dikemukakan kepada
Bahagian Gaji dan Elaun, Jabatan Perkhidmatan Awam melalui Ketua Jabatan. Permohonan perlu disertakan dengan
dokumen-dokumen berikut:
a. Borang SARAUBAT JPA (AM);
b. Borang SARAUBAT JPA (PPK);
c. Dokumen sebut harga/ resit pembelian bagi alat bantuan yang dipohon; dan
d. Sokongan/ perakuan daripada Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
viii. Permohonan alat untuk pesara atau keluarga pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan yang menerima pencen
hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam. Permohonan akan diluluskan
setelah mendapat sokongan daripada Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan. Permohonan
perlu disertakan dengan dokumen-dokumen berikut:
a. Borang JPA. BP. UBAT. B03;
b. Borang SARAUBAT JPA (PPK); dan
c. Dokumen sebut harga/ resit pembelian bagi alat bantuan yang dipohon.

Apakah mesyuarat yang berkaitan dengan Majlis Bersama Kebangsaan dan Majlis Bersama Jabatan dan jumlah
kadar yang boleh diberi Cuti Tanpa Rekod atau kebenaran meninggalkan kerja?

Mesyuarat yang berkaitan dengan Majlis Bersama Kebangsaan dan Majlis Bersama Jabatan yang boleh diberi cuti tanpa
rekod atau kebenaran meninggalkan kerja (time-off) kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang dikehendaki menghadiri:

ix. Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan di peringkat Kebangsaan;


x. Mesyuarat Majlis Pihak Pekerja yang diadakan sehari sebelum mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan;
xi. Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan;
xii. Mesyuarat yang dipanggil oleh Kerajaan atau Jabatan di mana pegawai hadir mewakili Kesatuan Sekerja; dan
xiii. Konvensyen 2 tahun sekali yang diadakan untuk memilih anggota Majlis Pihak Pekerja.

Kadar cuti tanpa rekod atau kebenaran meninggalkan kerja (time-off) yang boleh diberi adalah mengikut tempoh sebenar
mesyuarat. Kelulusan Cuti tanpa Rekod atau kebenaran meninggalkan kerja (time-off) diberi oleh Ketua Jabatan.

Apakah Jenis Kemudahan Rawatan Perubatan Yang Layak Dinikmati Oleh Anggota Perkhidmatan Awam?

xiv. Rawatan pesakit luar/dalam di hospital/klinik kerajaan termasuk hospital-hospital universiti;


xv. Rawatan- luar negeri yang diluluskan oleh Jemaah Pegawai bagi Rawatan Luar Negeri;
xvi. Rawatan kepakaran di hospital swasta dalam negeri yang tidak terdapat di hospital kerajaan, yang diperaku oleh
Lembaga Perubatan Hospital Kerajaan dan disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) serta diluluskan oleh
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA);
xvii. Rawatan jantung di Institut Jantung Negara Sdn. Bhd. (IJNSB);
xviii. Rawatan kecemasan di hospital swasta dalam negeri yang berdekatan dengan tempat kejadian kecemasan, bagi kes
yang memerlukan rawatan serta merta untuk menyelamatkan nyawa pesakit dan diluluskan oleh Ketua Jabatan;
xix. Rawatan kemandulan (primary infertilitiy) di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
yang diperakukan oleh pakar LPPKN dan diluluskan oleh Ketua Jabatan;
xx. Perbelanjaan perubatan bagi kemudahan yang diperakukan dan disahkan oleh pegawai perubatan hospital Kerajaan
tidak dapat dibekal atau disediakan oleh hospital Kerajaan serta diluluskan oleh Ketua Jabatan, yang meliputi -

a. Permohonan perbelanjaan ubat;


b. Permohonan perbelanjaan alat ortopedik/anggota palsu (artificial limbs);
c. Permohonan perbelanjaan perkhidmatan perubatan (CT Scan, MRI); dan
d. Permohonan perbelanjaan rawatan penyakit buah pinggang (Hemodialisis/CAPD)

Bolehkah Dijelaskan Mengenai Kelayakan Cuti Rehat Bergaji Penuh Bagi Anggota Sambilan?

Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2005, anggota sambilan adalah layak diberi 1 hari cuti rehat
bergaji penuh bagi setiap kali genap 23 hari bekerja tetapi tidak melebihi tujuh hari dalam setahun kalendar. Bilangan hari
bekerja yang melayakkan anggota sambilan diberi cuti rehat bergaji penuh tidak dihadkan kepada hari bekerja dalam sesuatu
bulan tertentu sahaja bahkan anggota boleh mengumpul hari bekerja dalam bulan yang lain tetapi hendaklah dalam tahun
yang sama.

Apakah Syarat-Syarat Kerja Yang Membolehkan Seseorang Menuntut Bayaran Lebih Masa (BLM)?

Syarat-syarat kerja tersebut ialah -

ii. Kerja-kerja kecemasan;


iii. Kerja-kerja mustahak dan tidak boleh ditangguhkan;
iv. Kerja-kerja yang melebihi dari tugas biasanya; dan
v. Kerja-kerja yang perlu diurus dalam masa terhad.

Sekiranya Seseorang Anggota Itu Pejabatnya Di Kuala Lumpur (Dimana Hari Ahad Adalah Hari Rehat
Mingguannya), Dan Diarah Bekerja Pada Hari Ahad Semasa Bertugas Di Kedah (Dimana Hari Jumaat Adalah Hari
Rehat Mingguannya); Adakah Anggota Itu Layak Menuntut Bayaran Lebih Masa (BLM) Atas Kadar Hari Rehat
Mingguan?

Anggota berkenaan layak menuntut BLM atau kadar Hari Rehat Mingguan kerana BLM dikira berdasarkan di mana
terletaknya ibu pejabat pegawai berkenaan.

Bagaimana Pula Sekiranya Hari Kelepasan Am Jatuh Pada Hari Rehat Mingguan Bagi Anggota Yang Bekerja
Secara Giliran?

Bagi anggota yang bekerja secara giliran, jika Hari Kelepasan Am jatuh pada Hari Rehat Mingguan, maka Hari Kelepasan
Am itu adalah ditunda pada hari berikutnya. Sebagai contoh, sekiranya Hari Rehat Mingguan anggota ditetapkan pada hari
Isnin, dan Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Isnin tersebut, maka Hari Kelepasan Am akan ditunda pada hari berikutnya,
iaitu hari Selasa. Jika Ketua Jabatan menghendaki anggota bertugas pada hari Isnin, maka pegawai adalah layak dibayar
BLM atas kadar Hari Rehat Mingguan, dan jika dikehendaki bertugas pada hari Selasa, maka anggota adalah layak dibayar
BLM atas kadar Hari Kelepasan Am.

Adakah Pegawai Yang Diluluskan Bertukar Di Atas Permohonan Sendiri Layak Menuntut Bayaran Perpindahan
Dan Pihak Mana Yang Meluluskan Bayaran Perpindahan Tersebut?

vi. Pegawai yang diluluskan bertukar di atas permohonan sendiri layak menuntut bayaran perpindahan dalam keadaan
berikut -
Pegawai telah berkhidmat selama lima tahun di stesen berkenaan;
vii. Memohon bertukar untuk mengikut suami/isteri dengan syarat telah berkhidmat melebihi satu tahun;
viii. Memohon bertukar di atas sebab kesihatan pegawai/ahli keluarga yang memerlukan rawatan rapi;
ix. Memohon bertukar bagi menjaga ibu/bapa yang sakit; dan
x. Memohon bertukar di atas sebab ketidaksesuaian penempatan.

Ketua Jabatan diberi kuasa untuk menimbang dan meluluskan tuntutan bayaran perpindahan berdasarkan syarat yang
ditetapkan melalui surat Jabatan ini Bil. JPA(S)63/163/(30) bertarikh 23 Ogos 1994 dan JPA(S)63/163/(40) bertarikh 10
November 1994.
Apakah Kelayakan Pegawai Apabila Pegawai/Ahli Keluarga Dirujuk Oleh Pegawai Perubatan Kerajaan Untuk
Mendapat Rawatan Perubatan Di Luar Stesen?

Pegawai layak menuntut tambang perjalanan, Bayaran Sewa Hotel/Elaun Lojing dan Elaun Makan/Elaun Harian sekiranya
pegawai atau ahli keluarga pegawai dirujukkan untuk mendapat rawatan di luar stesen dengan syarat pegawai/ahli keluarga
pegawai tidak dimasukkan ke wad.

Pegawai layak menuntut kemudahan di atas bagi seorang pengiring untuk tempoh tidak melebihi lima hari sekiranya pegawai
perubatan mengesahkan bahawa pesakit memerlukan seorang pengiring.

Untuk tujuan mengiring, pegawai perlu mengambil cuti rehat atau cuti lain yang beliau berkelayakan.

Berapakah Kelayakan Cuti Sakit Dan Cuti Sakit Lanjutan Dalam Setahun Dan Siapakah Pihak Berkuasa Yang
Boleh Meluluskannya?

Kelayakan dalam satu tahun (Januari hingga Disember) ialah:-

 Cuti Sakit (Bergaji Penuh)


Maksimum: 90 Hari
Pegawai Melulus: Ketua Jabatan
 Cuti Sakit (Bergaji Penuh)
Maksimum: 90 Hari
Pegawai Melulus: Ketua Setiausaha
 Cuti Sakit Lanjutan (Separuh Gaji)
Maksimum: 90 Hari
Pegawai Melulus: Ketua Jabatan (dengan perakuan Lembaga Perubatan)
 Cuti Sakit Lanjutan (tanpa gaji dengan elaun bersamaan separuh gaji)
Maksimum: 90 Hari
Pegawai Melulus: Ketua Setiausaha (dengan perakuan Lembaga Perubatan)

Cuti Sakit Lanjutan boleh diulangi dalam tahun kedua. Selepas tempoh tersebut, jika anggota belum sembuh, beliau boleh
dibersarakan dengan perakuan Lembaga Perubatan.

Soalan Lazim Perkhidmatan

Perkhidmatan

1. Apakah syarat-syarat yang membolehkan seseorang pegawai memohon pertukaran?


2. Apakah kriteria-kriteria kenaikan pangkat yang digunakan oleh JPA?
3. Adakah kenaikan pangkat sesuatu jawatan itu diasaskan hanya kepada markah prestasi (LNPT) semata-mata?
4. Bolehkah pemberian pergerakan gaji melintang dan menegak diberi melebihi hak kuota yang ditetapkan (2% dan 3%)?
5. Perlukah penilaian prestasi disediakan untuk seorang PYD yang enggan melengkapkan dan menandatangani borang penilaian
prestasi mereka?
6. Sekiranya saya pernah menduduki kursus induksi dalam jawatan lama, adakah saya boleh dikecualikan dari menghadiri
kursus induksi dalam jawatan baru?
7. Dalam borang pengisytiharan harta, di ruangan pengesahan Ketua Jabatan, siapakah Ketua Jabatan yang dimaksudkan sama
ada Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah atau Pengarah/ Setiausaha Bahagian atau Ketua sesuatu Cawangan/ Seksyen?
8. Bolehkah Pihak Berkuasa Badan Berkanun melantik calon baru bagi mengisi jawatan kenaikan pangkat?
9. Sebuah Majlis Perbandaran ingin mendapat pengesahan sama ada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/1979 masih berkuatkuasa di
bawah SSB bagi membolehkan Majlis berkenaan menimbangkan 4 kenaikan gaji kepada bekas anggota tentera yang dilantik
secara tetap.
10. Bagaimana menetapkan gaji permulaan kepada anggota yang telah disahkan di jawatan lama dan telah mendapat pelepasan
untuk dilantik ke jawatan baru di agensi awam yang lain?
11. Bagaimana kedudukan gaji anggotanya yang kembali semula ke jawatan asal kerana gagal disahkan dalam perkhidmatan, di
mana dipersetujui oleh semua pihak?
12. Adakah anggota kontrak layak diberi cuti tanpa gaji dan sekiranya diberi bagaimana dengan pembayaran ganjaran mereka?
13. Seorang Pembantu Tadbir yang dilantik melalui proses Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) mulai 1.8.1991,
mendapati gaji baru ditawarkan lebih rendah (gaji tertinggi jawatan baru tidak dapat menampung gaji akhir jawatan lama)
dan merayu supaya beliau dipertimbangkan pemberian tiga hadiah pergerakan gaji bagi menampung kekurangan tersebut.
14. Daripada semakan didapati tiada panduan dikeluarkan mengenai pengambilan bagi pekerja sambilan. Sebuah agensi ingin
mendapatkan maklumat mengenai pekerja sambilan seperti berikut:-
i. Dalam keadaan bila pekerja sambilan boleh diambil?;
ii. Prosedur pengambilan pekerja sambilan;
iii. Cuti rehat bagi pekerja sambilan; dan
iv. Rawatan perubatan untuk pekerja sambilan.

15. Bolehkah Pekerja Khidmat Singkat (PKS) berkhidmat lebih daripada 6 bulan?
16. Bolehkah PKS dibayar elaun kerja lebih masa?
17. Bolehkah kadar upah PKS dibayar mengikut kelayakan akademik yang dimiliki oleh pekerja tersebut?
18. Adakah pegawai lantikan kontrak mendapat kemudahan cuti bersalin?
19. Bagaimanakah kedudukan kekananan, kenaikan pangkat dan pergerakan gaji tahunan pegawai yang cuti tanpa gaji mengikut
pasangan?

Perkhidmatan

Apakah syarat-syarat yang membolehkan seseorang pegawai memohon pertukaran?

Syarat permohonan pertukaran:

i. bertujuan untuk pusingan kerja (tempoh tertakluk kepada jenis agensi);


ii. sesuai dengan rancangan pembangunan kerjaya; dan
iii. mempunyai/mengemukakan alasan yang munasabah; dan mendapat pelepasan Ketua Jabatan.

Apakah kriteria-kriteria kenaikan pangkat yang digunakan oleh JPA?

iv. Sepertimana ditetapkan dalam Skim Perkhidmatan berkenaan;


v. Bergantung kepada kekosongan hakiki sesuatu jawatan;
vi. Bergantung kepada prestasi seseorang pegawai;
vii. Pegawai disahkan bersih dan bebas dari sebarang tindakan tatatertib; siasatan BPR dan lulus pengisytiharan harta;
dan
viii. Diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan masing-masing.

Adakah kenaikan pangkat sesuatu jawatan itu diasaskan hanya kepada markah prestasi (LNPT) semata-mata?

Tidak. Beberapa faktor lain juga diambilkira. Misalnya

ix. Kursus kenaikan pangkat


x. Temuduga
xi. Kesesuaian dan kelayakan anggota dengan jawatan yang akan disandang berasaskan kepada perakuan Ketua
Jabatan/Perkhidmatan.

Bolehkah pemberian pergerakan gaji melintang dan menegak diberi melebihi hak kuota yang ditetapkan (2% dan
3%)?
Tidak boleh, kecuali jika kuota tersebut menghadkan angka 0.5 ke atas. Misalnya, jika kuota melintang 2% bersamaan
dengan 3.5 orang, maka ia bolehlah digenapkan menjadi 4 orang.

Perlukah penilaian prestasi disediakan untuk seorang PYD yang enggan melengkapkan dan menandatangani borang
penilaian prestasi mereka?

Penilaian prestasi untuk PYD seperti ini perlu juga disediakan, namun tindakan yang sesuai boleh diambil ke atas pegawai
kerana keengganan mereka itu boleh dianggap satu perbuatan ingkar perintah.

Sekiranya saya pernah menduduki kursus induksi dalam jawatan lama, adakah saya boleh dikecualikan dari
menghadiri kursus induksi dalam jawatan baru?

Anda boleh dikecualikan dari menghadiri semula kursus induksi dengan syarat kursus induksi yang telah anda hadiri
tergolong dalam kumpulan yang sama dengan perkhidmatan yang anda sandang sekarang.

Dalam borang pengisytiharan harta, di ruangan pengesahan Ketua Jabatan, siapakah Ketua Jabatan yang
dimaksudkan sama ada Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah atau Pengarah/ Setiausaha Bahagian atau Ketua sesuatu
Cawangan/ Seksyen?

Ketua Jabatan yang dimaksudkan di dalam borang berkenaan ialah pegawai yang mengetuai sesebuah organisasi dan
merupakan penyelia kepada pegawai/kakitangan bawahannya. Bagi pegawai/kakitangan yang bertugas di sesebuah
Bahagian/Cawangan, Ketua Jabatannya ialah Ketua Bahagian atau Cawangan berkenaan. Bagi pegawai kanan di
Kementerian umpamanya Pengarah Bahagian maka Ketua Jabatannya adalah Ketua Setiausaha Kementerian itu.

Bolehkah Pihak Berkuasa Badan Berkanun melantik calon baru bagi mengisi jawatan kenaikan pangkat?

Bagi perkhidmatan awam, Perintah Am Bab A 1973 tidak melarang pelantikan ke jawatan gred kenaikan pangkat oleh Pihak
Berkuasa Melantik. Walau bagaimanapun, sebagai sebuah pihak berkuasa berkanun, mereka perlu merujuk kepada undang-
undang penubuhannya atau peraturan berkaitan perkhidmatan kakitangan yang berkuatkuasa di Badan berkenaan sebelum
boleh melaksanakan perkara ini kerana peruntukan Perintah Am, khususnya Perintah Am Bab A 1973 tidak terpakai
kepadanya kecuali telah diterimapakai oleh pihak pengurusannya.

Sebuah Majlis Perbandaran ingin mendapat pengesahan sama ada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/1979 masih
berkuatkuasa di bawah SSB bagi membolehkan Majlis berkenaan menimbangkan 4 kenaikan gaji kepada bekas
anggota tentera yang dilantik secara tetap.

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/1979 masih berkuatkuasa. Sebagai sebuah pihak berkuasa tempatan yang mempunyai Pihak
Berkuasa Melantiknya sendiri, pertimbangan menentukan kesesuaian pengalaman anggotanya untuk maksud pemberian
hadiah pergerakan gaji boleh diputuskan sendiri oleh Majlis berkenaan.

Bagaimana menetapkan gaji permulaan kepada anggota yang telah disahkan di jawatan lama dan telah mendapat
pelepasan untuk dilantik ke jawatan baru di agensi awam yang lain?

Penetapan gaji permulaannya hendaklah mematuhi Perintah Am 33 Bab A 1973, iaitu di matagaji tertinggi yang berhampiran
dalam tanggagaji jawatan barunya.

Bagaimana kedudukan gaji anggotanya yang kembali semula ke jawatan asal kerana gagal disahkan dalam
perkhidmatan, di mana dipersetujui oleh semua pihak?

Perenggan 13, Perintah Am Bab A 1973 membolehkan anggota yang kembali ke jawatan asal kerana gagal disahkan dalam
jawatan baru dipertimbangkan pergerakan gaji tahunan secara isyarat tapi tidak lebih daripada peringkat mendatar. Anggota
hanya layak menikmati gaji sebenar pada tarikh kuatkuasa beliau balik ke jawatan berkenaan.
Adakah anggota kontrak layak diberi cuti tanpa gaji dan sekiranya diberi bagaimana dengan pembayaran ganjaran
mereka?

Pemberian cuti berkenaan tertakluk kepada syarat sama ada kemudahan tersebut diperuntukkan dalam perjanjian kontrak
yang telah ditandatangani oleh anggota. Sekiranya ada, dan anggota telah menggunakan kemudahan itu, maka pengiraan
ganjarannya hendaklah dibuat secara prorata (proportionate), di mana tempoh cuti tanpa gaji tidak diambilkira dalam
pengiraan tersebut.

Seorang Pembantu Tadbir yang dilantik melalui proses Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) mulai 1.8.1991,
mendapati gaji baru ditawarkan lebih rendah (gaji tertinggi jawatan baru tidak dapat menampung gaji akhir
jawatan lama) dan merayu supaya beliau dipertimbangkan pemberian tiga hadiah pergerakan gaji bagi menampung
kekurangan tersebut.

Permohonan penama tidak dapat dipertimbangkan kerana kaedah penetapan gaji permulaan bagi anggota KPSL seperti yang
dijelaskan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 1997 berkuatkuasa mulai 1.1.1992 dan tidak terpakai
kepadanya. Begitu juga peraturan pemberian hadiah pergerakan gaji tidak boleh digunapakai kerana pelaksanaannya hanya
kepada jawatan tertentu yang berasaskan pencapaian akademik dan skil.

Daripada semakan didapati tiada panduan dikeluarkan mengenai pengambilan bagi pekerja sambilan. Sebuah agensi
ingin mendapatkan maklumat mengenai pekerja sambilan seperti berikut:-

xii. Dalam keadaan bila pekerja sambilan boleh diambil?;


xiii. Prosedur pengambilan pekerja sambilan;
xiv. Cuti rehat bagi pekerja sambilan; dan
xv. Rawatan perubatan untuk pekerja sambilan.
xvi. Pengambilan pekerja sambilan adalah salah satu alternatif bagi Ketua Jabatan menyelesaikan beban tugas sedia ada
dengan pengambilan secara bukan tetap bagi tempoh tidak melebihi setahun. Ketua Jabatan boleh menguruskan
pengambilan pekerja sambilan apabila jabatan menghadapi sesuatu tugas yang perlu disegerakan tetapi tidak dapat
disempurnakan dengan bilangan staf yang ada. Perkara dijelaskan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun
1978. ( SPP 9/ 1978).
xvii. Permohonan kelulusan pengambilan pekerja sambilan hendaklah dikemukakan ke Bahagian Pembangunan
Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan untuk mendapatkan peruntukan kewangan
atau menggunakan peruntukan sedia ada bagi pembayaran upah. Prosedur permohonan dijelaskan dalam SPP
9/1978. Permohonan hendaklah lengkap dengan mengemukakan maklumat berikut:

a. butiran tugasan yang ingin dilaksanakan;


b. jenis jawatan dalam jabatan yang biasa menjalankan tugasan seperti dipohon;
c. bilangan pekerja yang diperlukan;
d. jangka masa tugas boleh diselesaikan;
e. sebab atau alasan kenapa pekerja sambilan diperlukan; dan
f. maklumat lain yang berkaitan.
ii. Pekerja sambilan layak diberi Cuti Rehat Bergaji Penuh bagi setiap kali genap 23 hari bekerja tetapi tidak melebihi 7
hari Cuti Rehat dalam satu tahun kalendar. Baki Cuit Rehat yang tidak diambil tidak boleh dibawa ke tahun
berikutnya. Kelayakan ini dijelaskan dalam Pekeliling Perkhidmatan (PP) Bil. 17 Tahun 2005.
iii. Pekerja sambilan layak mendapat rawatan perubatan percuma untuk dirinya tidak termasuk suami/ isteri dan anak di
klinik atau hospital Kerajaan. Kelayakan memasuki wad adalah tidak melebihi kelas dua. Perkara dijelaskan di
dalam PP Bil. 3 Tahun 1994.

Bolehkah Pekerja Khidmat Singkat (PKS) berkhidmat lebih daripada 6 bulan?

Perenggan 4.2(vii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 telah menetapkan tempoh perkhidmatan PKS
terhad kepada tempoh maksimum 6 bulan sahaja dan tidak boleh disambung lagi selepas tempoh berkenaan.

Bolehkah PKS dibayar elaun kerja lebih masa?


Perenggan 4.3(ii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 menetapkan PKS tidak layak dibayar elaun kerja
lebih masa.

Bolehkah kadar upah PKS dibayar mengikut kelayakan akademik yang dimiliki oleh pekerja tersebut?

Perenggan 4.3(i) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 menetapkan bahawa kadar upah hendaklah dibayar
mengikut formula yang ditetapkan berdasarkan skim perkhidmatan yang disandarkan dan bukan kelayakan atau kelulusan
akademik pekerja.

Adakah pegawai lantikan kontrak mendapat kemudahan cuti bersalin?

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2005 menjelaskan pegawai wanita lantikan kontrak (warganegara) layak
mendapat kemudahan cuti bersalin selama 60 hari sebanyak 5 kali sepanjang tempoh perkhidmatan dalam Kerajaan.

Bagaimanakah kedudukan kekananan, kenaikan pangkat dan pergerakan gaji tahunan pegawai yang cuti tanpa gaji
mengikut pasangan?

Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2005, pegawai yang cuti tanpa gaji mengikut pasangan akan:

iv. hilang kekananan selama tempoh cuti tanpa gaji;


v. layak dipertimbangkan kenaikan pangkat jika telah memenuhi syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan
jawatannya sebelum cuti tanpa gajinya bermula; dan
vi. layak mendapat pergerakan gaji secara isyarat tidak lebih daripada tiga (3) kali dalam tempoh perkhidmatan.

Soalan Lazim Latihan

Latihan

1. Apakah program penajaan yang disediakan oleh JPA kepada pegawai kerajaan?
2. Apakah program penajaan yang disediakan oleh JPA kepada pelajar?
3. Apakah perbezaan antara Biasiswa dan Pinjaman?
4. Bagaimanakah cara untuk membuat bayaran balik pinjaman?
5. Apakah kemudahan lain kepada pegawai kerajaan selain dari penajaan biasiswa?

Latihan

Apakah program penajaan yang disediakan oleh JPA kepada pegawai kerajaan?

Antara program penajaan kepada pegawai kerajaan yang disediakan adalah seperti berikut:

 Program sarjana dan Ph.D.


 Program latihan lepasan ijazah untuk pegawai perkhidmatan perubatan dan para-medik
 Program latihan sangkutan ke firma swasta
 Program latihan tenaga pengajar Teknikal dan vokasional
 Program latihan eksekutif di Jepun dan Korea
 Kursus pendek di Jepun dan Korea
 Program latihan pengurusan atasan

Apakah program penajaan yang disediakan oleh JPA kepada pelajar?

Antara program penajaan kepada pelajar adalah seperti berikut:


 Program penajaan ke universiti terkemuka di luar negeri
 Program kejuruteraan di Jerman
 Program ijazah Peranchis
 Program akademik di Jepun
 Biasiswa pelajar di IPT tempatan
 Pinjaman kepada pelajar Politeknik

Apakah perbezaan antara Biasiswa dan Pinjaman?

Pelajar yang menerima penajaan dalam bentuk biasiswa dikehendaki berkhidmat dengan kerajaan untuk suatu tempoh yang
dipersetujui. Mereka boleh dilepaskan dari ikatan kontrak sekiranya kerajaan tidak dapat menyediakan kerja dalam tempoh
12 bulan selepas pelajar melapor diri di JPA atau mereka membayar gantirugi kepada kerajaan mengikut jumlah yang
ditetapkan dalam perjanjian.

Pelajar yang menerima pinjaman pula dikehendaki membayar balik jumlah pinjaman sebenar mereka selepas menamatkan
pengajian. Bayaran boleh dibuat secara ansuran. Pinjaman ini tidak dikenakan sebarang faedah.

Bagaimanakah cara untuk membuat bayaran balik pinjaman?

Bayaran balik pinjaman boleh dibuat mengikut cara berikut:

 Bayaran tunai di kaunter bayaran JPA


 Bayaran secara pos dengan menggunakan kiriman wang, arahan bank atau bank draf
 Melalui potongan gaji oleh majikan

Apakah kemudahan lain kepada pegawai kerajaan selain dari penajaan biasiswa?

Pegawai kerajaan yang tidak mendapat penajaan JPA boleh memohon untuk cuti belajar separuh gaji atau cuti belajar tanpa
gaji.

Soalan Lazim HRMIS

HRMIS

1. Bilakah EG-HRMIS akan dilaksanakan di agensi-agensi Kerajaan?


2. Apakah perubahan yang bakal berlaku kepada fungsi-fungsi sumber manusia yang sedia ada?
3. Apakah persiapan yang bakal dibekalkan kepada kakitangan awam untuk menggunakan sistem EG-HRMIS?

HRMIS

Bilakah EG-HRMIS akan dilaksanakan di agensi-agensi Kerajaan?

Keseluruhan projek EG-Hrmis akan mengambil masa selama 42 bulan yang merangkumi dua fasa.

Fasa pertama ialah selama 24 bulan dan melibatkan 10 agensi perintis. Agensi-agensi perintis ini terdiri daripada Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kementerian Kesihatan, Jabatan Ketua Menteri
Sarawak, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Majlis Amanah Rakyat
(MARA), Sistem maklumat Pengurusan Ketua Eksekutif (SMPKE), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan
Malaysia (MAMPU) dan Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH).

Fasa kedua merangkumi tempoh 18 bulan dan ia membabitkan pelaksanaan HRMIS diseluruh agensi-agensi Kerajaan
Apakah perubahan yang bakal berlaku kepada fungsi-fungsi sumber manusia yang sedia ada?

Berdasarkan visi,misi dan objektif-objektif sumber manusia untuk Perkhidmatan Awam Malaysia, pihak projek EG-HRMIS
telah mengkaji keperluan sumber manusia Perkhidmatan Awam Malaysia dengan mengambil pandangan-pandangan pihak
kerajaan.

Berdasarkan keperluan tersebut dan perbandingan-perbandingan yang dibuat dengan sektor awam di luar negara, proses-
proses sumber manusia yang baru telah dibentuk. Mana-mana proses sumber manusia sedia ada masih relevan akan terus
dikekalkan.

Secara umum, selain daripada penambahbaikan proses-proses sumber manusia yang sedia ada, projek EG-HRMIS
menawarkan kecanggihan teknologi. Contohnya, urusan-urusan sumber manusia akan dapat dilakukan secara real-time dan
on-line. Bank data maklumat sumber manusia akan diintergrasikan di antara agensi-agensi demi memudahkan lagi
penggunaan maklumat sumber manusia oleh pihak yang berkenaan.

Apakah persiapan yang bakal dibekalkan kepada kakitangan awam untuk menggunakan sistem EG-HRMIS?

Semua kakitangan awam akan dilengkapkan dengan kemahiran dan pengetahuan untuk menerima dan menggunakan sistem
EG-HRMIS.

Semua kakitangan awam akan dilengkapkan dengan kemahiran dan pengetahuan untuk menerima dan menggunakan sistem
EG_HRMIS.

Persiapan-persiapan yang bakal diberikan akan bergantung kepada kepeluan kakitangan awam berkenaan. Contohnya,
kepeluan pengguna biasa sistem EG_HRMIS adalah berbeza dari keperluan pengendali sistem EG_HRMIS.

Bentuk-bentuk persiapan yag bakal diberikan merangkumi beberapa aspek:

 Perubahan proses-proses fungsi sumber manusia dari dahulu ke sekarang


 Penggunaan sistem EG_HRMIS
 Perkhidmatan sokongan yang disediakan

Persediaan-persedian tersebut akan diberikan melaui sesi-sesi latihan dan saluran-saluran komunikasi tertentu yang akan
diberikan dari masa ke semasa.

Sistem Saraan Malaysia (SSM) Siri 1

Soalan Umum

1. Apakah Sistem Saraan Malaysia (SSM)?


2. Siapakah yang layak diberi pertimbangan?

Opsyen SSM

1. Bagi anggota sedang memangku, pada gred manakah tawaran opsyen SSM akan dibuat, adakah pada gred hakiki atau gred
jawatan yang dipangku?
2. Adakah anggota yang sedang dalam tindakan tatatertib dan / atau tidak dapat dikesan sehingga 31 Oktober 2002, perlu
diberikan Surat Tawaran Opsyen selepas 31 Oktober 2002 sekiranya anggota berkenaan hadir ke pejabat?
3. Sekiranya anggota lewat menerima Surat Tawaran Opsyen yang tidak memberikannya tempoh satu bulan untuk membuat
opsyen, adakah anggota boleh diberi pelanjutan tempoh opsyen?
4. Siapakah yang bertanggungjawab memberi Surat Tawaran Opsyen kepada anggota yang sedang bercuti panjang?
5. Bagaimanakah kedudukan anggota bercuti panjang yang tidak dapat dikesan alamat terakhirnya untuk diberikan Surat
Tawaran Opsyen?
6. Bolehkah anggota dan Ketua Jabatan tidak mengembalikan Surat Akuan Penerimaan Opsyen?
7. Apakah tindakan yang boleh diambil jika gaji dalam kertas opsyen yang telah ditandatangani tidak tepat disebabkan
maklumat dalam rekod perkhidmatan tidak dikemaskinikan?
8. Bolehkah anggota meminda pilihan yang telah mereka buat dalam kertas opsyen?
9. Bagaimanakah kedudukan surat tawaran opsyen yang telah ditandatangani oleh seseorang anggota yang telahpun
berkuatkuasa jika mereka dinaikkan pangkat dengan tarikh kuatkuasa dikebelakangkan sebelum tarikh kuatkuasa SSM?
10. Di manakah borang opsyen yang telah ditandatangani oleh seseorang anggota seharusnya disimpan?

Prinsip Perkhidmatan

1. Adakah anggota yang sedang dalam tempoh cuti belajar bergaji penuh (CBBP) sebelum tarikh kuatkuasa SSM layak
diberikan pergerakan gaji sebenar bagi tempoh cuti belajar bergaji penuhnya?
2. Adakah anggota yang sedang bercuti tanpa gaji (CTG) selama tiga tahun di bawah PP 1/92, sebelum tarikh kuatkuasa SSM
layak diberikan pergerakan gaji secara isyarat bagi tempoh cuti tanpa gajinya?
3. Adakah anggota yang telah diluluskan CTG di bawah PP 6/86 dan telah menikmati tiga kali kenaikan gaji gaji secara isyarat
dalam tempoh CTG tersebut layak mendapat faedah pergerakan gaji secara isyarat dengan pelaksanaan SSM bagi CTG
seterusnya selepas SSM.
4. Adakah anggota yang tidak memilih opsyen SSM dan kekal dalam syarat perkhidmatan JKK 1976 atau SSB mempunyai
peluang kenaikan pangkat yang sama dengan anggota yang memilih SSM?
5. Bolehkah anggota yang dilantik ke jawatan lain secara KPSL selepas kuatkuasa SSM yang dikebelakangkan tarikh lantikan
sebelum 1 November 2002, diberi gaji permulaan di mata gaji P2 sekiranya mata gaji di P1 di jawatan baru tidak dapat
menampung gaji di jawatan baru?
6. Adakah tempoh percubaan di bawah SSM berubah?
7. Mengapakah anggota yang dilantik melalui KPSL dikenakan tempoh percubaan dan perlu disahkan dalam perkhidmatan
sedangkan di bawah SSB mereka boleh terus disahkan selepas satu tahun tanpa menjalani tempoh percubaan?
8. Adakah anggota Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) perlu melalui tempoh percubaan?
9. Apakah kedudukan anggota KPSL yang dilantik di bawah SSB yang belum disahkan tetapi tempoh perkhidmatannya telah
melebihi tiga tahun? Jika boleh disahkan, adakah tarikh pengesahannya boleh dikebelakangkan kepada satu tahun selepas
dilantik?

Penilaian Tahap Kecekapan

1. Bolehkah anggota yang belum lulus PTK dibenarkan menanggung kerja?


2. Bolehkah anggota yang belum lulus PTK dibenarkan memangku?
3. Apakah kandungan kurikulum kursus PTK?
4. Apakah kandungan sukatan peperiksaan PTK?
5. Adakah kuota peratusan lulus ditetapkan bagi peperiksaan dan kursus PTK?
6. Walaupun sistem kuota dihapuskan di bawah SSM tetapi pemberian Anjakan Gaji masih dikawal melalui sistem pemarkahan.
Ini seolah-olah sistem kuota masih wujud?
7. Adakah anggota yang telah berada di tangga gaji maksimum di peringkat P3 gred lantikan perlu menduduki peperiksaan PTK
untuk tujuan kenaikan pangkat?
8. Bolehkah anggota yang mempunyai sijil kemahiran memohon pengecualian daripada Peperiksaan atau Kursus PTK?
9. Adakah benar PTK lebih menguntungkan anggota yang melakukan kerja-kerja penyelidikan, latihan, peperiksaan dan kursus
berbanding anggota yang membuat kerja rencam?
10. Adakah anggota telah lulus PTK perlu mengambil peperiksaan Jabatan?
11. Adakah PTK dalam SSM ini boleh disamakan dengan sekatan kecekapan di bawah Sistem Gaji Laporan Jawatankuasa
Kabinet 1976?
12. Tidakkah SSM akan menyebabkan anggota mengutamakan lulus PTK untuk mendapat Anjakan Gaji dan kurang
menumpukan perhatian kepada kerja atau usaha-usaha lain yang dapat meningkatkan prestasi kerja?
13. Mengapa Kursus PTK dihadkan dan tidak dibuka kepada semua anggota yang telah disahkan dalam perkhidmatan sedangkan
Kerajaan menggalakkan pembelajaran berterusan di kalangan anggota perkhidmatan awam?
14. Bolehkah anggota pinjaman, tukar sementara, cuti belajar atau cuti ikut pasangan dan seumpamanya dibenarkan menduduki
PTK?
15. Berapa kali anggota dibenarkan menduduki PTK jika gagal?
16. Adakah kursus yang pernah dihadiri oleh anggota semasa SSB boleh diambilkira untuk pengecualian kursus PTK?
17. Bolehkah anggota yang mendapat kelulusan ijazah kedoktoran, Sarjana atau kepakaran khas boleh dipertimbangkan untuk
mendapat pengecualian PTK?
18. Adakah PTK diambilkira untuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)?
19. Kenapa JUSA tidak dikenakan PTK?
20. Adakah anggota yang tidak memilih SSM tertakluk kepada PTK dalam urusan kenaikan pangkat?
21. Apakah syarat yang melayakkan anggota di gred lantikan untuk menduduki peperiksaan PTK?
22. Apakah syarat yang melayakkan anggota di gred kenaikan pangkat untuk menduduki kursus PTK?
23. Berapa lamakah tempoh sahlaku kelulusan PTK?

Sistem Penilaian Prestasi

1. Bagaimanakah kedudukan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) di bawah SSM?


2. Borang LNPT tidak sesuai bagi beberapa perkhidmatan seperti perkhidmatan pendidikan, penyelidikan, perubatan, bakat dan
sebagainya. Adakah ini benar?
3. Bagaimanakah caranya Penilaian Prestasi dapat dilaksanakan secara lebih objektif, adil dan telus?
4. Bolehkah Anggota Penilai Kedua (PPK) meminda markah penilaian PYD yang telah dibuat oleh Anggota Penilai Pertama
(PPP)?
5. Adakah akan timbul sentimen ‘pilih kasih’ dalam membuat penilaian prestasi?

Elaun Dan Kemudahan

1. Adakah terdapat elaun dan kemudahan baru atau yang digugurkan di bawah SSM ?
2. Mengapakah anggota yang baru dilantik ke Gred DS 45 tidak mendapat ITK sedangkan anggota di Gred 44 iaitu Gred yang
lebih rendah mendapat ITK?
3. Mengapakah pensyarah yang baru dilantik ke Gred DS45 dan mensyaratkan kelayakan masuk PHD. atau Master tidak terus
mendapat ITK sebagaimana anggota dalam Gred 45 skim lain?
4. Di bawah SSM terdapat kelayakan elaun yang ditentukan mengikut gred dan tempoh perkhidmatan. Apakah jenis elaun
tersebut?
5. Adakah Bayaran Khas Sistem Saraan Malaysia boleh diberi kepada anggota yang tidak menerima opsyen SSM?
6. Apakah kadar Bayaran Khas SSM yang layak diterima oleh anggota dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang
sedang memangku jawatan dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi, sama ada atas kadar jawatan hakiki atau jawatan yang
dipangku?
7. Mengapakah pemberian ITKA bagi Gred 41 P&P dan Pensyarah (DM 45, DU 45, DS 45) tidak diselaraskan kepada satu
kadar atau satu kelayakan kemudahan sebagaimana gred lain?
8. Mengapakah perbezaan kadar ITK di antara Gred 48 dan Gred 52 (Gred baru kenaikan pangkat) adalah lebih kecil
berbanding perbezaan kadar ITK di antara Gred 52 dengan Gred 54?
9. Mengapakah kadar ITK Gred 52 lebih tinggi daripada Gred 48, walaupun kedua-duanya berada di dalam hirarki yang sama?
10. Apakah prinsip dan kriteria pemberian elaun dan kemudahan di bawah SSM?
11. Tempoh 10 tahun perkhidmatan telah digunakan sebagai asas untuk menentukan kelayakan kepada kadar yang lebih tinggi.
Kenapa?
12. Adakah tempoh berkhidmat di bawah Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan boleh diambilkira bagi tujuan
melayakkan 10 tahun perkhidmatan?
13. Apakah tempoh perkhidmatan yang boleh diambil kira bagi menentukan kelayakan 10 tahun perkhidmatan?
14. Apakah tempoh perkhidmatan yang tidak boleh diambil kira bagi menentukan pengiraan tahun ke-10 perkhidmatan?

Pencen / Persaraan

1. Apakah tindakan yang perlu diambil oleh Ketua Jabatan sekiranya dokumen pencen seseorang pegawai yang layak diberi
opsyen SSM telah pun dihantar ke Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam, sebelum tarikh pelaksanaan SSM dan
pegawai berkenaan kemudiannya memilih-terima SSM?
2. Apakah faedah yang diberi kepada pesara yang tidak layak menerima opsyen SSM?
3. Apakah kadar penyelarasan pencen yang akan diberi kepada pesara dan penerima pencen yang telah menerima pencen
sebelum tarikh penlaksanaan SSM?
4. Bagaimana kedudukan pegawai yang meninggal dunia pada tarikh pelaksanaan SSM?
5. Apakah tindakan yang perlu diambil oleh Ketua Jabatan sekiranya seseorang pegawai yang telah memohon bersara secara
pilihan berkuatkuasa pada satu tarikh sebelum tarikh pelaksanaan SSM tetapi kini meminta supaya dibenarkan menarik-balik
permohonan tersebut kerana beliau ingin menikmati gaji serta kemudahan SSM.
6. Apakah perlu dilakukan oleh pegawai yang bersara selepas tarikh pelaksanaan SSM tetapi faedah persaraannya telah hanya
dibayar berasaskan gaji terakhir di bawah Sistem Saraan Baru (SSB) atau Skim Gaji Laporan Jawatankuasa Kabinet (JKK)?
7. Adakah pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia (SSM) merangkumi pesara?

Soalan Umum

1. Apakah Sistem Saraan Malaysia (SSM)?

Sistem Saraan Malaysia (SSM) merupakan usaha kerajaan meningkatkan keberkesanan perkhidmatan awam negara
bersesuaian dengan

i. keperlukan mewujudkan pekerja berilmu dan berkemahiran yang berdaya saing, berdaya tahan dan berdaya maju;
ii. memastikan perkhidmatan awam kekal, relevan dan mampu melaksanakan peranannya dengan berkesan serta
berupaya menghadapi keperluan dan cabaran semasa;
iii. menangani ekspektasi pelanggan yang sentiasa meningkat; dan
iv. memastikan perkhidmatan awam dianggotai olhe pegawai yang berintegriti, telus dan mempunyai akauntabiliti
selaras dengan keperluan good governance.
v.
2. Siapakah yang layak diberi pertimbangan?

Anggota yang berlayak adalah disenaraikan seperti berikut:

BIL ISU CADANGAN


i. Anggota yang telah memangku
sebelum 1 November 2002
1 Anggota yang layak dipertimbangkan
ii. Anggota yang telah berkhidmat 20
tahun dan lebih.
Tarikh kenaikan pangkat anggota yang memangku Kenaikan pangkat mulai tarikh memangku atau tarikh
2
sebelum 1.11.2002 yang sesuai berasaskan prestasi anggota.
Kenaikan pangkat anggota perubatan (pakar). Anggota
Dipertimbangkan kenaikan pangkat mulai tarikh warta
3 diberi pemangkuan ke Gred 2 setelah diwartakan pakar
dan hanya anggota yang diwartakan sebelum 1.11.2002
dan tarikh kepakaran di kebelakangkan.
Urusan kenaikan pangkat diteruskan tertakluk dengan
Anggota telah memangku tetapi tidak memenuhi
4 dikecualikan daripada syarat kriteria tersebut memadai
kriteria penilaian seperti kursus atau naziran
Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT).
Anggota dalam senarai pemangkuan berkumpulan dan
5 Dipertimbangkan kenaikan pangkat ke Gred 2
calon simpanan:
Menetapkan tempoh peralihan untuk urusan kenaikan
6 Setakat 30 Jun 2003
pangkat menggunakan Sistem Saraan Baru (SSB).
1. Bagi anggota sedang memangku, pada gred manakah tawaran opsyen SSM akan dibuat, adakah pada gred hakiki
atau gred jawatan yang dipangku?

Anggota yang sedang memangku akan ditawarkan opsyen SSM berdasarkan kepada gred jawatan hakiki.
2. Adakah anggota yang sedang dalam tindakan tatatertib dan / atau tidak dapat dikesan sehingga 31 Oktober 2002,
perlu diberikan Surat Tawaran Opsyen selepas 31 Oktober 2002 sekiranya anggota berkenaan hadir ke pejabat?
i. Anggota yang sedang dalam tindakan tatatertib adalah layak diberi surat tawaran opsyen.
ii. Anggota yang tidak dapat dikesan dalam tempoh opsyen dan hanya hadir bertugas selepas 31 Oktober 2002,
hendaklah diberikan Surat Tawaran Opsyen dengan tempoh opsyen yang sama iaitu satu bulan mulai tarikh anggota
dikesan.
3. Sekiranya anggota lewat menerima Surat Tawaran Opsyen yang tidak memberikannya tempoh satu bulan untuk
membuat opsyen, adakah anggota boleh diberi pelanjutan tempoh opsyen?

Sekiranya dapat dibuktikan anggota lewat menerima Surat Tawaran Opsyen atas sebab yang munasabah, anggota boleh
diberikan pelanjutan tempoh opsyen tertakluk tidak melebihi satu bulan dari tarikh penerimaan.

4. Siapakah yang bertanggungjawab memberi Surat Tawaran Opsyen kepada anggota yang sedang bercuti panjang?

Ketua Jabatan terakhir tempat anggota berkhidmat adalah bertangungjawab memberikan Surat Tawaran Opsyen kepada
anggota berkenaan. Bagi perkhidmatan gunasama yang ditempatkan di jawatan latihan atau kumpulan, Ketua Perkhidmatan
bertanggungjawab memberikan Surat Tawaran Opsyen tersebut.

5. Bagaimanakah kedudukan anggota bercuti panjang yang tidak dapat dikesan alamat terakhirnya untuk diberikan
Surat Tawaran Opsyen?

Surat Tawaran Opsyen hendaklah diberikan sebaik sahaja anggota dapat dikesan atau apabila anggota melaporkan diri
bertugas. Anggota juga layak diberikan tempoh opsyen selama satu bulan.

6. Bolehkah anggota dan Ketua Jabatan tidak mengembalikan Surat Akuan Penerimaan Opsyen?

Surat Akuan Penerimaan Opsyen perlu dikembalikan sebagai bukti anggota telah menerima Surat Tawaran dan Borang
Opsyen dan Ketua Jabatan telah menerima semula Borang Opsyen anggota.

7. Apakah tindakan yang boleh diambil jika gaji dalam kertas opsyen yang telah ditandatangani tidak tepat disebabkan
maklumat dalam rekod perkhidmatan tidak dikemaskinikan?

Ketua Jabatan hendaklah diingatkan supaya mengemaskinikan rekod perkhidmatan setiap anggota di bawah tanggungjawab
mereka khususnya berkaitan dengan pergerakan gaji. Ini bermakna PPG hendaklah bersidang dan memutuskan dengan segera
pergerakan gaji anggota terbabit.

8. Bolehkah anggota meminda pilihan yang telah mereka buat dalam kertas opsyen?

Anggota dibenarkan mengubah pilihan yang mereka telah buat selagi opsyen belum berkuatkuasa. Walau bagaimanapun,
mereka dikehendaki menandatangani kertas opsyen yang baru. Pindaan yang dibuat dengan cara memotong atau memadam
pilihan yang telah dibuat adalah tidak dibenarkan sama sekali.

9. Bagaimanakah kedudukan surat tawaran opsyen yang telah ditandatangani oleh seseorang anggota yang telahpun
berkuatkuasa jika mereka dinaikkan pangkat dengan tarikh kuatkuasa dikebelakangkan sebelum tarikh kuatkuasa
SSM?

Anggota terbabit perlu menandatangani surat tawaran opsyen yang baru mereka dengan kuatkuasa kenaikan pangkat yang
dikebelakangkan itu telah menyebabkan maklumat dalam surat tawaran opsyen ini telah mereka tandatangani berubah.

10. Di manakah borang opsyen yang telah ditandatangani oleh seseorang anggota seharusnya disimpan?
Borang opsyen yang telah lengkap ditandatangani hendaklah disimpan dalam fail peribadi anggota di mana rekod
perkhidmatannya disimpan.

Prinsip Perkhidmatan

1. Adakah anggota yang sedang dalam tempoh cuti belajar bergaji penuh (CBBP) sebelum tarikh kuatkuasa SSM layak
diberikan pergerakan gaji sebenar bagi tempoh cuti belajar bergaji penuhnya?

Anggota yang sedang bercuti belajar bergaji penuh layak diberi pergerakan gaji sebenar hanya bagi baki tempoh cuti
belajarnya iaitu pada tarikh pergerakan gaji selepas tarikh kuatkuasa.

Contoh:
Anggota diluluskan CBBP selama 3 tahun mulai 1 September 2000 hingga 31 Ogos 2003. Tarikh pergerakan gaji anggota
pada 1 Julai.
Pergerakan gaji anggota pada 1 Julai 2001 dan 1 Julai 2002 hanya diberikan secara isyarat mengikut SSB. Pergerakan gaji
anggota pada 1 Julai 2003 boleh diberi secara sebenar mengikut SSM.

2. Adakah anggota yang sedang bercuti tanpa gaji (CTG) selama tiga tahun di bawah PP 1/92, sebelum tarikh
kuatkuasa SSM layak diberikan pergerakan gaji secara isyarat bagi tempoh cuti tanpa gajinya?

Anggota yang sedang bercuti tanpa gaji layak diberi pergerakan gaji secara isyarat hanya bagi baki tempoh cuti tanpa
gajinya, iaitu pada tarikh pergerakan gaji selepas tarikh kuatkuasa.

Contoh:
Anggota diluluskan CTG selama 3 tahun mulai 1 Julai 2000 hingga 30 Jun 2003. Tarikh pergerakan gaji anggota pada 1
April.
Anggota tidak layak diberi pergerakan gaji pada 1 April 2001 dan 1 April 2002 di bawah SSB. Anggota hanya boleh diberi
pergerakan gaji secara isyarat pada 1 April 2003 di bawah SSM.

3. Adakah anggota yang telah diluluskan CTG di bawah PP 6/86 dan telah menikmati tiga kali kenaikan gaji gaji secara
isyarat dalam tempoh CTG tersebut layak mendapat faedah pergerakan gaji secara isyarat dengan pelaksanaan SSM
bagi CTG seterusnya selepas SSM.

Faedah pergerakan gaji secara isyarat di bawah SSM adalah berkuatkuasa mulai 1 November 2002. Oleh itu anggota masih
layak diberikan pergerakan gaji secara isyarat terhad tiga kali pergerakan bagi tempoh CTG yang diluluskan selepas 1
November 2002.

4. Adakah anggota yang tidak memilih opsyen SSM dan kekal dalam syarat perkhidmatan JKK 1976 atau SSB
mempunyai peluang kenaikan pangkat yang sama dengan anggota yang memilih SSM?

Pada prinsipnya, mereka masih berpeluang ditimbangkan kenaikan pangkat seperti anggota yang memilih SSM. Kenaikan
pangkat anggota berkenaan akan dibuat ke gred kenaikan pangkat SSM kerana semua gred jawatan SSB telah digredkan
semula di bawah SSM. Mulai tarikh kenaikan pangkat tersebut anggota akan tertakluk kepada syarat-syarat perkhidmatan
SSM.

5. Bolehkah anggota yang dilantik ke jawatan lain secara KPSL selepas kuatkuasa SSM yang dikebelakangkan tarikh
lantikan sebelum 1 November 2002, diberi gaji permulaan di mata gaji P2 sekiranya mata gaji di P1 di jawatan baru
tidak dapat menampung gaji di jawatan baru?

Tidak boleh kerana peraturan SSM berkuatkuasa mulai 1 November 2002 tanpa dikebelakangkan sebarang faedah dan syarat
perkhidmatan

6. Adakah tempoh percubaan di bawah SSM berubah?


Tempoh percubaan di bawah SSM untuk tujuan pengesahan dalam perkhidmatan telah berubah kepada tempoh antara satu
hingga tiga tahun.

7. Mengapakah anggota yang dilantik melalui KPSL dikenakan tempoh percubaan dan perlu disahkan dalam
perkhidmatan sedangkan di bawah SSB mereka boleh terus disahkan selepas satu tahun tanpa menjalani tempoh
percubaan?
i. Syarat tempoh percubaan ini bertujuan untuk:

a. menilai kompetensi anggota di jawatan baru; dan


b. menyeragamkan syarat perkhidmatan bagi semua jenis pelantikan.
ii. Oleh kerana KPSL adalah merupakan lantikan, anggota perlu disahkan dalam perkhidmatan bagi membolehkan
pembayaran faedah persaraan dibuat berdasarkan gaji akhir di jawatan KPSL. Pengesahan dalam perkhidmatan juga
membolehkan anggota layak menikmati segala faedah perkhidmatan yang berkaitan dengan pengesahan.
2. Adakah anggota Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) perlu melalui tempoh percubaan?

Di bawah SSM, anggota KPSL perlu melalui tempoh percubaan antara satu hingga tiga tahun sepertimana anggota lantikan
baru bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan.

3. Apakah kedudukan anggota KPSL yang dilantik di bawah SSB yang belum disahkan tetapi tempoh
perkhidmatannya telah melebihi tiga tahun? Jika boleh disahkan, adakah tarikh pengesahannya boleh
dikebelakangkan kepada satu tahun selepas dilantik?

Anggota lantikan KPSL yang memilih SSM dan telah berkhidmat lebih satu tahun dan telah memenuhi semua syarat
pengesahan yang ditetapkan, layak disahkan dalam perkhidmatan bila-bila masa tidak lebih awal dari 1 November 2002.
Tarikh pengesahannya tidak boleh dikebelakangkan sebelum 1 November 2002, walaupun telah memenuhi semua syarat
pengesahan.

Penilaian Tahap Kecekapan

1. Bolehkah anggota yang belum lulus PTK dibenarkan menanggung kerja?

BOLEH dengan syarat tiada anggota lain yang telah lulus PTK dalam Unit yang sama. Ini kerana anggota tersebut paling
sesuai dan berpengalaman dalam tugas berkenaan.

2. Bolehkah anggota yang belum lulus PTK dibenarkan memangku?

Tidak boleh kerana anggota belum memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan di dalam skim perkhidmatan kecuali
pemangkuan secara operasi bagi tempoh yang singkat untuk membolehkan tugas jawatan yang dipangku itu dilaksanakan
sepenuhnya.

3. Apakah kandungan kurikulum kursus PTK?

Kurikulum Kursus mengandungi subjek Kompetensi Umum dan Kompetensi Khusus mengikut Tahap Kecekapan (TK)
berkenaan.

4. Apakah kandungan sukatan peperiksaan PTK?

Sukatan peperiksaan mengandungi subjek Kompetensi Umum dan Kompetensi Khusus mengikut Tahap Kecekapan (TK)
berkenaan.

5. Adakah kuota peratusan lulus ditetapkan bagi peperiksaan dan kursus PTK?
Tiada kuota yang ditetapkan bagi peperiksaan dan kursus PTK. Walau bagaimanapun, Panel Peperiksaan PTK dan Panel
Penilaian Kursus PTK akan membuat keputusan mengenai peratusan lulus bagi peperiksaan dan kursus PTK.

6. Walaupun sistem kuota dihapuskan di bawah SSM tetapi pemberian Anjakan Gaji masih dikawal melalui sistem
pemarkahan. Ini seolah-olah sistem kuota masih wujud?

Tidak benar kerana markah lulus PTK ditetapkan berdasarkan kepada tahap kecekapan yang diperlukan dan tahap ini
diputuskan oleh Panel Penilaian.

7. Adakah anggota yang telah berada di tangga gaji maksimum di peringkat P3 gred lantikan perlu menduduki
peperiksaan PTK untuk tujuan kenaikan pangkat?

Perlu kerana syarat kenaikan pangkat di bawah SSM menetapkan sedemikian.

8. Bolehkah anggota yang mempunyai sijil kemahiran memohon pengecualian daripada Peperiksaan atau Kursus PTK?

BOLEH dengan syarat mendapat kelulusan dari Lembaga Penilaian Kompetensi. Walau bagaimanapun, pengecualian hanya
boleh diberikan kepada bidang tertentu sahaja. Ini kerana PTK merangkumi dua (2) kompetensi utama iaitu Kompetensi
Umum dan Kompetensi Khusus. Pertimbangan mungkin boleh diberi bagi subjek Kompetensi Khusus.

Contoh:
Penjaga Jentera Elektrik Gred R17 mempunyai sijil kursus berkaitan pendawaian elektrik yang diiktiraf setaraf dengan TK 2.
Anggota berkenaan boleh dikecualikan mengambil peperiksaan subjek Kompetensi Khusus untuk TK berkenaan. Walau
bagaimanapun beliau perlu mengambil peperiksaan bagi Kompetensi Umum.

9. Adakah benar PTK lebih menguntungkan anggota yang melakukan kerja-kerja penyelidikan, latihan, peperiksaan
dan kursus berbanding anggota yang membuat kerja rencam?

Tidak benar. Setiap anggota dinilai mengikut Kompetensi Umum dan Kompetensi Khusus mengikut perkhidmatan masing-
masing. Kompetensi Umum merangkumi ciri-ciri peribadi seperti disiplin, integriti dan ketelusan serta Kompetensi
Profesional iaitu keberkesanan hubungan dan keberkesanan individu. Kompetensi Khusus pula adalah spesifik mengikut
bidang utama jawatan. Pada dasarnya kaedah penilaian yang digunakan adalah sama.

10. Adakah anggota telah lulus PTK perlu mengambil peperiksaan Jabatan?

Tujuan PTK diadakan adalah berbeza dengan lain-lain peperiksaan jabatan. Peperiksaan jabatan diadakan untuk tujuan
pengesahan dalam perkhidmatan, KPSL dan mendapat elaun tertentu. Manakala PTK merupakan penilaian tambahan untuk
anjakan gaji dan kemajuan kerjaya anggota.

11. Adakah PTK dalam SSM ini boleh disamakan dengan sekatan kecekapan di bawah Sistem Gaji Laporan
Jawatankuasa Kabinet 1976?

Memang seakan-akan ada persamaan tetapi PTK memberi penekanan kepada Tahap Kecekapan berdasarkan kepada
kompetensi yang diukur melalui peperiksaan dan / atau kursus. Tujuan PTK diadakan adalah untuk menggalakkan
pembelajaran yang berterusan dan mewujudkan pekerja yang berpengetahuan (k-workers) supaya sentiasa relevan
berbanding Sekatan Kecekapan yang hanya menitikberatkan kenaikan gaji.

12. Tidakkah SSM akan menyebabkan anggota mengutamakan lulus PTK untuk mendapat Anjakan Gaji dan kurang
menumpukan perhatian kepada kerja atau usaha-usaha lain yang dapat meningkatkan prestasi kerja?
Anjakan Gaji tidak semata-mata ditentukan oleh PTK tetapi juga disokong oleh Ketua Jabatan dan memperolehi Penilaian
Prestasi yang baik. Oleh itu anggota perlu memberi tumpuan bukan sahaja untuk lulus PTK tetapi juga usaha lain yang dapat
menyumbang kepada organisasi.

13. Mengapa Kursus PTK dihadkan dan tidak dibuka kepada semua anggota yang telah disahkan dalam perkhidmatan
sedangkan Kerajaan menggalakkan pembelajaran berterusan di kalangan anggota perkhidmatan awam?

Pada dasarnya peluang mengikuti kursus tidak dihadkan. Walau bagaimanapun, anggota yang berpotensi untuk meningkat
dalam kerjaya mereka terlebih dahulu diberi peluang untuk mengikuti Kursus PTK.

14. Bolehkah anggota pinjaman, tukar sementara, cuti belajar atau cuti ikut pasangan dan seumpamanya dibenarkan
menduduki PTK?

BOLEH. Anggota boleh memohon tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan dan memenuhi syarat menduduki PTK.

15. Berapa kali anggota dibenarkan menduduki PTK jika gagal?


i. Anggota yang gagal peperiksaan PTK boleh menduduki peperiksaan tersebut pada TK berkenaan sehingga lulus.
Anggota layak mendapat pergerakan gaji biasa dalam tempoh tersebut.
ii. Anggota yang gagal dalam mana-mana bahagian Kursus PTK dikehendaki mengulangi bahagian yang gagal.
Anggota yang gagal ujian semasa kursus, boleh mengulangi ujian dalam tahun berikutnya. Anggota yang gagal
penilaian di sepanjang kursus akan dipertimbangkan untuk mengulangi semula kursus oleh Panel Penilaian Kursus
PTK.
16. Adakah kursus yang pernah dihadiri oleh anggota semasa SSB boleh diambilkira untuk pengecualian kursus PTK?

Tidak. Walau bagaimanapun, Lembaga Penilaian Kompetensi boleh memberi pertimbangan sekiranya menepati tahap
kompetensi yang ditetapkan.

17. Bolehkah anggota yang mendapat kelulusan ijazah kedoktoran, Sarjana atau kepakaran khas boleh dipertimbangkan
untuk mendapat pengecualian PTK?

BOLEH tertakluk kepada kesesuaian bidang tugas dengan bidang pengajian dan pertimbangan / kelulusan Lembaga
Penilaian Kompetensi.

18. Adakah PTK diambilkira untuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)?

APC tidak dikaitkan dengan PTK tetapi berasaskan prestasi dan sumbangan anggota kepada organisasi. Ini bermakna anggota
yang tidak lulus PTK masih berpeluang dipertimbangkan untuk APC.

19. Kenapa JUSA tidak dikenakan PTK?

Tiada Anjakan Gaji kerana Jadual Gaji JUSA menggunakan skel gaji sebaris.

20. Adakah anggota yang tidak memilih SSM tertakluk kepada PTK dalam urusan kenaikan pangkat?

Tidak. Anggota tertakluk kepada syarat-syarat kenaikan pangkat di bawah SSB atau JKK 1976.

21. Apakah syarat yang melayakkan anggota di gred lantikan untuk menduduki peperiksaan PTK?

Anggota berkenaan hendaklah telah disahkan dalam perkhidmatan.

22. Apakah syarat yang melayakkan anggota di gred kenaikan pangkat untuk menduduki kursus PTK?
Berada di gred kenaikan pangkat secara hakiki.

23. Berapa lamakah tempoh sahlaku kelulusan PTK?

Kelulusan PTK adalah sah sehingga anggota layak mendapat anjakan gaji.

Sistem Penilaian Prestasi

1. Bagaimanakah kedudukan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) di bawah SSM?


i. Kaedah pemberian APC tidak dikaitkan lagi dengan keputusan pergerakan gaji.
ii. Had siling pemberian APC ialah tidak melebihi dari 8% jumlah anggota dalam sesebuah organisasi pada 31
Disember tahun penilaian.
iii. Insentif dan hadiah APC
Hadiah prestasi RM1,000
Sijil Perkhidmatan Cemerlang

Pemilihan anggota untuk APC diputuskan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM)

2. Borang LNPT tidak sesuai bagi beberapa perkhidmatan seperti perkhidmatan pendidikan, penyelidikan, perubatan,
bakat dan sebagainya. Adakah ini benar?
i. Kriteria penilaian yang terdapat dalam LNPT adalah generic dan universal. Oleh itu tiada masalah ketidaksesuaian
kepada mana-mana perkhidmatan.
ii. Di bawah penambahbaikan SPP, ketua perkhidmatan dibenarkan membuat pengubahsuaian komponen SPP
termasuklah borang LNPT tertakluk kepada kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Contoh:
Kumpulan Pengurusan dan Profesional perkhidmatan penyelidikan boleh menambah kriteria seperti kepakaran dan kerja
kumpulan (team work) dalam borang LNPT yang baru. Begitu juga kumpulan sokongan perkhidmatan pendidikan boleh
menambah kriteria penyeliaan terutamanya bagi penjawat guru besar atau pengetua sekolah dalam borang LNPT yang baru.

3. Bagaimanakah caranya Penilaian Prestasi dapat dilaksanakan secara lebih objektif, adil dan telus?
i. Untuk menentukan penilaian prestasi Anggota Yang Dinilai (PYD) dibuat dengan objektif, adil dan telus, proses
penilaian hendaklah dibuat secara berterusan sepanjang tempoh tahun yang dinilai. Anggota Penilai boleh
melaksanakan melalui kaedah pemantauan kerja, bimbingan dan khidmat nasihat kepada PYD. Melalui cara ini
Anggota Penilai dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan PYD bagi tujuan penambahbaikan prestasi anggota
berkenaan.
ii. Penilaian prestasi hendaklah dinilai berasaskan pencapaian hasil kerja sebenar PYD berbanding dengan Sasaran
Kerja Tahunan (SKT) melalui kriteria penilaian yang ditetapkan dalam borang LNPT.
iii. Untuk menentukan ketelusan penilaian, Anggota Penilai hendaklah memaklumkan kekuatan dan kelemahan PYD
semasa membuat penilaian.
4. Bolehkah Anggota Penilai Kedua (PPK) meminda markah penilaian PYD yang telah dibuat oleh Anggota Penilai
Pertama (PPP)?

Tidak boleh. PPK hanya boleh membuat penilaiannya sendiri dan mengisi di ruangan PPK yang telah ditetapkan. Hanya
PPSM sahaja yang boleh mengubah atau menyelaras markah penilaian prestasi PYD.

5. Adakah akan timbul sentimen ‘pilih kasih’ dalam membuat penilaian prestasi?

Masalah pilih kasih tidak sewajarnya berbangkit. Ini kerana dalam panduan SPP dan borang LNPT telah menetapkan
penilaian prestasi PYD hendaklah berasaskan kepada pencapaian hasil kerja sebenar SKT dan kriteria penilaian yang telah
ditetapkan. Sewajarnya pelaksanaan LNPT perlulah selaras dengan kriteria yang telah ditetapkan.

Elaun Dan Kemudahan


1. Adakah terdapat elaun dan kemudahan baru atau yang digugurkan di bawah SSM ?

Elaun dan kemudahan di bawah SSB dikekalkan di bawah SSM.

2. Mengapakah anggota yang baru dilantik ke Gred DS 45 tidak mendapat ITK sedangkan anggota di Gred 44 iaitu
Gred yang lebih rendah mendapat ITK?

Anggota yang baru dilantik ke Gred DS 45 tidak mendapat ITK sebab:

i. Gred 44 merupakan gred kenaikan pangkat, sedangkan Gred 45 adalah gred lantikan;
ii. Gred DS 45 tidak ada gred lantikan atas Gred 41 seperti skim perkhidmatan lain sebaliknya terus dilantik ke Gred
DS45;

Gred DS45 lebih baik daripada Gred 41 kerana anggota di Gred DS45 pada tahun ke-5 telah layak menerima ITKA RM300
dan ITK selepas tahun ke-10 perkhidmatan.

3. Mengapakah pensyarah yang baru dilantik ke Gred DS45 dan mensyaratkan kelayakan masuk PHD. atau Master
tidak terus mendapat ITK sebagaimana anggota dalam Gred 45 skim lain?

Anggota yang baru dilantik ke dalam skim perkhidmatan lain contohnya Klasifikasi M dan Q, walaupun terdapat anggota
yang mempunyai kelayakan masuk dengan kelulusan PHD. atau Master mereka tidak layak ITK malahan dilantik atas Gred
yang lebih rendah iaitu Gred 41 berbanding skim pensyarah.

4. Di bawah SSM terdapat kelayakan elaun yang ditentukan mengikut gred dan tempoh perkhidmatan. Apakah jenis
elaun tersebut?

Elaun yang ditentukan mengikut gred dan tempoh perkhidmatan adalah seperti berikut -
Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA)
Imbuhan Tetap Keraian (ITK).
5. Adakah Bayaran Khas Sistem Saraan Malaysia boleh diberi kepada anggota yang tidak menerima opsyen SSM?

Bayaran Khas SSM hanya diberi kepada anggota yang ditawarkan dan memilih terima opsyen SSM. Anggota yang tidak
diberi opsyen SSM seperti anggota kontrak, sementara dan guru sandaran tidak layak Bayaran Khas SSM.

6. Apakah kadar Bayaran Khas SSM yang layak diterima oleh anggota dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional
yang sedang memangku jawatan dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi, sama ada atas kadar jawatan hakiki atau
jawatan yang dipangku?

Anggota tersebut layak menerima Bayaran Khas SSM atas kadar jawatan yang dipangkunya.

7. Mengapakah pemberian ITKA bagi Gred 41 P&P dan Pensyarah (DM 45, DU 45, DS 45) tidak diselaraskan kepada
satu kadar atau satu kelayakan kemudahan sebagaimana gred lain?

Walaupun gred-gred tersebut tidak diselaraskan kepada satu kadar ianya masih merupakan satu penambahbaikan yang
dilaksanakan secara berperingkat di mana tempoh untuk melayakan ke kadar yang lebih tinggi telah dikurangkan daripada
(Gaji-T17) sebelumnya kepada 10 tahun di bawah SSM.

8. Mengapakah perbezaan kadar ITK di antara Gred 48 dan Gred 52 (Gred baru kenaikan pangkat) adalah lebih kecil
berbanding perbezaan kadar ITK di antara Gred 52 dengan Gred 54?
Kenaikan pangkat dari Gred 48 ke Gred 52 adalah dalam hirarki yang sama, manakala kenaikan pangkat daripada Gred 52 ke
Gred 54 adalah merupakan kenaikan ke hirarki yang lebih tinggi. Prinsip ini juga terpakai bagi bayaran insentif lain seperti
Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal, Bayaran Insentif Kesihatan Awam dan Bayaran Insentif Perkhidmatan Hospital.

9. Mengapakah kadar ITK Gred 52 lebih tinggi daripada Gred 48, walaupun kedua-duanya berada di dalam hirarki
yang sama?

Gred 52 menerima kadar ITK yang lebih tinggi daripada Gred 48 kerana:-

i. tugas lebih komplek


ii. Gred 52 merupakan gred kenaikan pangkat dan gred yang lebih tinggi daripada G48.
10. Apakah prinsip dan kriteria pemberian elaun dan kemudahan di bawah SSM?

Prinsip dan kriteria pemberian elaun dan kemudahan di bawah SSB sepertimana di perenggan 48 hingga 50 PP Bil. 9/1991
adalah dikekalkan di bawah SSM.

11. Tempoh 10 tahun perkhidmatan telah digunakan sebagai asas untuk menentukan kelayakan kepada kadar yang lebih
tinggi. Kenapa?

Tempoh 10 tahun adalah merupakan jangkamasa yang munasabah untuk seseorang anggota yang baru dilantik mendapatkan
kemahiran/latihan yang mencukupi yang diperlukan bagi sesuatu jawatan.

12. Adakah tempoh berkhidmat di bawah Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan boleh diambilkira
bagi tujuan melayakkan 10 tahun perkhidmatan?

Tidak boleh. Mengikut peruntukan 63 (b) P. Am Bab ‘A’ pelepasan jawatan hanya boleh diberikan kepada pegawai
Kerajaan yang telah mendapat satu jawatan Kerajaan yang lain. Jawatan Kerajaan ditakrifkan sebagai jawatan dalam
Perkhidmatan Awam mengikut Fasa 132 (1) Perlembagaan. Anggota Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa
Tempatan tidak termasuk di dalam takrif tersebut. Oleh itu kemudahan pelepasan jawatan yang diperuntukkan di bawah
peruntukan 63 (b) P. Am Bab ‘A’ tidak terpakai kepada anggota Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan
dan mereka perlu meletakkan jawatan sekiranya hendak berkhidmat dengan Kerajaan. Apabila seseorang itu meletakkan
jawatan maka perkhidmatan lama telah terputus dari perkhidmatan yang baru.

13. Apakah tempoh perkhidmatan yang boleh diambil kira bagi menentukan kelayakan 10 tahun perkhidmatan?

Tempoh perkhidmatan yang diambilkira ialah :

i.
ii. lantikan tetap/ sementara
iii. pinjaman
iv. tempoh berada di gred yang sama atau setaraf dalam skim yang berlainan
14. Apakah tempoh perkhidmatan yang tidak boleh diambil kira bagi menentukan pengiraan tahun ke-10
perkhidmatan?

Pengiraan 10 tahun perkhidmatan tidak mengambilkira tempoh perkhidmatan berikut:

i.
ii. sambilan
iii. sangkut
iv. sandaran
v. khidmat singkat
vi. kontrak
vii. cuti tanpa gaji
Pencen / Persaraan

1. Apakah tindakan yang perlu diambil oleh Ketua Jabatan sekiranya dokumen pencen seseorang pegawai yang layak
diberi opsyen SSM telah pun dihantar ke Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam, sebelum tarikh
pelaksanaan SSM dan pegawai berkenaan kemudiannya memilih-terima SSM?

Dokumen pencen dihantar ke Bahagian Pencen, JPA, enam bulan hingga setahun sebelum tarikh persaraan wajib seseorang
pegawai. Sekiranya dokumen pencen seseorang bakal pesara yang layak diberi opsyen SSM telah pun dikemukakan kepada
Bahagian Pencen, JPA, dan bakal pesara berkenaan kemudiannya memilih-terima SSM, Ketua Jabatan bertanggungjawab
memaklumkan hal ini kepada Bahagian Pencen, JPA, dengan cara menghantar kepada Bahagian Pencen, JPA :

i.
ii. sesalinan muka surat terakhir Kenyataan Perkhidmatan pegawai tersebut yang menunjukkan bahawa beliau telah
memilih-terima SSM serta mengandungi maklumat matriks gaji terakhir beliau di bawah SSM serta gaji terakhirnya
di bawah SSM; atau
iii. Penyata Perubahan Mengenai Pendapatan Seseorang Pegawai (Borang KEW.8) pegawai tersebut yang dicatatkan
maklumat matriks gaji terakhir beliau di bawah SSM serta gaji terakhirnya di bawah SSM.
2. Apakah faedah yang diberi kepada pesara yang tidak layak menerima opsyen SSM?

Pesara yang telah bersara pada atau sebelum 1.11.2002 dan juga penerima-penerima pencen terbitan bagi perkhidmatan
pegawai yang telah meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan pada atau sebelum 31 Oktober 2002 akan menerima
penyelarasan pencen di bawah Akta Penyelarasan Pencen 1980 (bagi bekas pegawai perkhidmatan awam Persekutuan dan
Negeri serta pekerja Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun atau Tempatan) atau di bawah Peraturan-Peraturan Tetap (Pencen,
Ganjaran dan Faedah-Faedah Lain) 1982 (bagi pegawai serta askar-laskar Angkatan tentera Malaysia), dengan syarat pesara
atau penerima pencen berkenaan bermastautin di Malaysia. Tarikh kuatkuasa penyelarasan pencen ialah 1.11.2002.

3. Apakah kadar penyelarasan pencen yang akan diberi kepada pesara dan penerima pencen yang telah menerima
pencen sebelum tarikh penlaksanaan SSM?
i. Bagi pesara dan penerima pencen yang mempunyai sekurang-kurangnya 25 tahun perkhidmatan yang dimasukira,
kadar tambahan pencen mengikut kumpulan perkhidmatan jawatan terakhirnya ialah :

a. Kumpulan Pengurusan Tertinggi : + RM 55-00 sebulan


b. Kumpulan Pengurusan & Profesional : + RM 32.50 sebulan
c. Kumpulan Sokongan : + RM 7.50 sebulan
ii. Kadar-kadar tambahan pencen di atas ialah kadar maksimum. Kadar tambahan pencen bagi pesara dan penerima
pencen yang mempunyai kurang daripada 25 tahun tempoh perkhidmatan yang dimasukira adalah mengikut
pemakaian formula pengiraan pencen di mana gaji bersamaan mulai 1.11.2002 ditambah RM 110-00 sebulan bagi
Kumpulan Pengurusan Tertinggi, RM65-00 sebulan bagi Kumpulan Pengurusan & Profesional dan RM15-00
sebulan bagi Kumpulan Sokongan.

Contoh :
Sekiranya tempoh perkhidmatan yang dimasukira ialah 229 bulan, tambahan pencen bulanan selepas diselaras di bawah SSM
bagi seseorang pesara yang berjawatan terakhir di dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional ialah :

229/600 x RM65-00 = + RM24 - 80 sebulan

Sekiranya penerimanya ialah seorang balu (iaitu penerima pencen terbitan) dan mendiang pesara telah bersara atau
meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan lebih daripada 12 ? tahun sebelum ini, tambahan pencen terbitan ialah 70%
daripada kadar di atas
Tambahan bagi pencen hilang upaya, pencen tanggungan dan pembayaran-pembayaran selain daripada pencen perkhidmatan
dan pencen terbitan adalah seperti diperuntukkan di bawah Akta Penyelarasan Pencen 1980.

2. Bagaimana kedudukan pegawai yang meninggal dunia pada tarikh pelaksanaan SSM?

Seseorang pegawai yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan disifatkan berada dalam perkhidmatan pada tarikh
kematiannya. Oleh yang demikian, memandangkan SSM berkuatkuasa mulai 1.11.2002, seseorang pegawai yang meninggal
dunia semasa dalam perkhidmatan pada tarikh tersebut adalah dirangkumi oleh SSM sekiranya pegawai tersebut telah
memilih-terima SSM.

Sekiranya pegawai itu meninggal dunia pada 1.11.2002 sebelum sempat memilih-terima SSM (misalnya, kerana sakit tenat
sepanjang tempoh opsyen mulai 1.10.2002 hingga 31.10.2002), beliau disifatkan telah memilih-terima SSM. Walau
bagaimanapun, sekiranya pegawai itu telah sempat melakukan opsyen untuk kekal di bawah SSB atau JKK (mana yang
berkenaan) sebelum kematiannya semasa dalam perkhidmatan pada 1.11.2002, pemilihan-terima itu dihormati sebagai
kehendak beliau dan ganjaran terbitan serta wang tunai sebagai GCR akan dikira berasaskan gaji terakhir SSB atau JKK
(mana yang berkenaan). Pencen terbitannya dikira berasaskan gaji SSB atau JKK (mana yang berkenaan) tetapi diselaraskan
di bawah Akta Penyelarasan Pencen berkuatkuasa 1.11.2002 berasaskan gaji bersamaan SSM.

3. Apakah tindakan yang perlu diambil oleh Ketua Jabatan sekiranya seseorang pegawai yang telah memohon bersara
secara pilihan berkuatkuasa pada satu tarikh sebelum tarikh pelaksanaan SSM tetapi kini meminta supaya
dibenarkan menarik-balik permohonan tersebut kerana beliau ingin menikmati gaji serta kemudahan SSM.

Bagi pegawai Persekutuan serta pekerja Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun atau Tempatan :

i.
ii. Sekiranya permohonan bersara secara pilihan belum dikemukakan kepada Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan
Awam (JPA) untuk diluluskan, keputusan membenarkan penarikan-balik permohonan tersebut terletak pada Ketua
Jabatan;
iii. Sekiranya permohonan tersebut telah dikemukakan kepada Bahagian Pencen, JPA, Ketua Jabatan perlu
mempertimbangkan sama ada permohonan penarikan-balik itu boleh dipersetujui. Sekiranya dipersetujui,
permohonan pegawai dan persetujuan bertulis dari Ketua Jabatan hendaklah dihantar terus kepada Bahagian Pencen,
JPA, supaya diterima sebelum 31.10.2002. Bahagian Pencen, JPA, akan mempertimbangkan permohonan tersebut.
Selagi kelulusan penarikan-balik persaraan secara pilihan tidak diluluskan oleh Bahagian Pencen, JPA, pegawai
tersebut hendaklah bersara pada tarikh yang diluluskan pada asalnya. Permohonan perubahan tarikh kuatkuasa
persaraan secara pilihan tidak akan dilayani.
iv. Sekiranya selepas diluluskan penarikan-balik permohonan persaraan secara pilihan pegawai tersebut ingin memohon
semula untuk bersara secara pilihan (sudah tentunya pada satu tarikh selepas pelaksanaan SSM), permohonan
tersebut hendaklah dikemukakan sebagai permohonan baru yang tertakluk sepenuhnya kepada syarat-syarat Surat
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1991 dibaca bersama-sama Pekeliling perkhidmatan Bil. 3 Tahun 1992,
termasuk syarat permohonan diterima oleh Bahagian Pencen, JPA, enam bulan sebelum tarikh persaraan secara
pilihan yang dipohon.

Bagi pegawai Negeri permohonan penarikan-balik hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan kepada pihak berkuasa
yang meluluskan permohonan persaraan secara pilihan. Sekiranya permohonan itu dipersetujui, Ketua Jabatan
bertanggungjawab memaklumkan Bahagian Pencen, JPA, mengenai keputusan meluluskan penarikan-balik itu.

4. Apakah perlu dilakukan oleh pegawai yang bersara selepas tarikh pelaksanaan SSM tetapi faedah persaraannya
telah hanya dibayar berasaskan gaji terakhir di bawah Sistem Saraan Baru (SSB) atau Skim Gaji Laporan
Jawatankuasa Kabinet (JKK)?

Keadaan ini mungkin berlaku oleh kerana dokumen pencen dikemukakan enam bulan atau lebih sebelum persaraan wajib
seseorang pegawai dan pembayaran faedah persaraan telah pun dibuat berasaskan gaji terakhir sebelum pelaksanaan SSM.
Dalam keadaan ini, pesara hendaklah menghubungi bekas Ketua Jabatannya untuk mengingatkan pihak tersebut supaya
menghantar kepada Bahagian Pencen, JPA :
i. sesalinan muka surat terakhir Kenyataan Perkhidmatan pegawai tersebut yang menunjukkan bahawa beliau telah
memilih-terima SSM serta mengandungi maklumat matriks gaji terakhir beliau di bawah SSM serta gaji terakhirnya
di bawah SSM; atau
ii. Penyata Perubahan Mengenai Pendapatan Seseorang Pegawai (Borang KEW.8) pegawai tersebut yang dicatatkan
maklumat matriks gaji terakhir beliau di bawah SSM serta gaji terakhirnya di bawah SSM.

Pengiraan semula faedah persaraan berasaskan gaji terakhir SSM akan hanya dilakukan dengan adanya dokumen seperti di
atas.

5. Adakah pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia (SSM) merangkumi pesara?

Hanya pegawai yang bersara (di bawah apa jenis persaraan pun) pada atau selepas 2.11.2002 dirangkumi oleh Sistem Saraan
Malaysia (SSM). Pegawai yang bersara pada atau sebelum 1.11.2002 tidak dirangkumi oleh SSM tetapi, sekiranya mereka
dibayar pencen, pencen mereka akan diselaraskan mulai 1.11.2002 di bawah Akta Penyelarasan Pencen 1980 berasaskan gaji
bersamaan di bawah SSM

Selaras dengan penetapan bahawa SSM berkuatkuasa mulai 1.11.2002, opsyen untuk memilih-terima SSM hanya diberi
kepada semua pegawai yang berada dalam perkhidmatan pada tarikh tersebut. Pegawai yang dilantik untuk pertama kalinya
pada 2.11.2002 dan seterusnya sememangnya dilantik di bawa terma dan syarat SSM. Di samping itu, seseorang pegawai
yang bersara pada 1.11.2002 tidak berada dalam perkhidmatan pada tarikh itu. Dengan itu, pegawai yang bersara pada atau
sebelum 1.11.2002 tidak diberi opsyen SSM kerana SSM tidak meliputi mereka. Faedah persaraan mereka dikira berasaskan
gaji Sistem Saraan Baru (SSB) atau Skim Jawatankuasa Kabinet (JKK), mana yang berkenaan. Hanya pegawai yang bersara
pada atau selepas 2.11.2002 sahaja yang diberi opsyen SSM dan, sekiranya beliau memilih-terima SSM, gaji terakhirnya bagi
maksud pengiraan faedah persaraan ialah gaji SSM.

Sistem Saraan Malaysia Siri 2

Prinsip Pemindahan Gaji

1. Apakah dimaksudkan dengan Penggredan Semula di dalam Sistem Saraan Malaysia? Perlukan contoh bagi klasifikasi
jawatan Sistem Maklumat (F5)
2. Maksud lima lapisan gred kenaikan pangkat berdasarkan Skim Pembantu Tadbir Gred N9.
3. Kursus dan peperiksaan yang diadakan sama ada tiap-tiap tahun atau bagaimana..
4. Saya sekarang seorang guru di matrikulasi dan berada di P1T20. Bermakna lebih kurang 6 tahun lagi boleh dapat time-based.
Tetapi jika mengambil Sistem Saraan Malaysia bermaksud saya kena tunggu 7 tahun barulah dapat time-based. Bagaimana
keadaan seorang guru yang akan masuk degree time based jika memilih Sistem Saraan Malaysia?
5. Apakah ciri yang digunakan bagi seorang anggota untuk mendapat pergerakan anjakan gaji?
6. Apakah elemen yang digunakan pakai untuk pergerakan gaji biasa tahunan?
7. Apakah jawatan-jawatan yang di ‘Up-Gred’ kan.
8. Adakah Elaun Perkhidmatan Kritikal diberi hanya kepada 4 jawatan yang disebut sahaja. Sedangkan banyak jawatan lain
juga sama keperluannya. Contohnya Pembantu Makmal C7.

Prinsip Pemindahan Gaji

1. Apakah dimaksudkan dengan Penggredan Semula di dalam Sistem Saraan Malaysia? Perlukan contoh bagi
klasifikasi jawatan Sistem Maklumat (F5)

Selaras dengan penambahbaikan lapis gred baru di bawah Sistem Saraan Malaysia maka jawatan-jawatan yang sedia ada
perlu digredkan semula. Agensi diminta memberi keutamaan untuk melaksanakan urusan penggredan semula jawatan ini
supaya selaras dengan hasrat pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia yang menekankan kepada peluang kemajuan kerjaya yang
lebih baik. Urusan ini hendaklah dilaksanakan sebelum atau pada 30 Mac 2003.
Penggredan semula ini adalah berpandukan pada 4 prinsip umum berikut:

i. Pewujudan jawatan baru secara tukar ganti(Trade -Off);


ii. Struktur Organisasi yang mendatar dikekalkan;
iii. Nilai tugas yang dinaikkan gred boleh dinilai dari segi faktor tanggungjawab dan kompleksiti tugas; dan
iv. Relativiti dan pariti dikekalkan.

Contoh bagi klasifikasi Jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Gred F5 ialah tambahan satu lagi lapisan gred pada
Gred F4 iaitu gred F5, F4, F4A.

2. Maksud lima lapisan gred kenaikan pangkat berdasarkan Skim Pembantu Tadbir Gred N9.

Lapisan gred kenaikan pangkat berdasarkan Skim Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N9 di bawah Sistem Saraan
Malaysia ialah dengan menambah satu lagi lapisan gred baru yang lebih tinggi daripada gred kenaikan pangkat yang sedia
ada. Ini bermakna gred baru bagi Skim Perkhidmatan Pembantu tadbir (Perkeranian/Operasi) di bawah Sistem Saraan
Malaysia ialah N17, N22 dan N26.

3. Kursus dan peperiksaan yang diadakan sama ada tiap-tiap tahun atau bagaimana..

Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) akan diadakan sekali setahun manakala bilangan kursus akan bergantung
kepada bilangan calon tetapi tertakluk kepada kapasiti agensi untuk melaksanakan kursus-kursus berkenaan.

4. Saya sekarang seorang guru di matrikulasi dan berada di P1T20. Bermakna lebih kurang 6 tahun lagi boleh dapat
time-based. Tetapi jika mengambil Sistem Saraan Malaysia bermaksud saya kena tunggu 7 tahun barulah dapat
time-based. Bagaimana keadaan seorang guru yang akan masuk degree time based jika memilih Sistem Saraan
Malaysia?

Perbekalan time-based untuk PPPS (termasuk Guru Matrikulasi) di bawah Sistem Saraan Baru dikekalkan dalam Sistem
Saraan Malaysia dengan tempohnya dipendekkan. Kementerian Pendidikan akan mengeluarkan garis panduan terperinci
tentang kaedah kenaikan pangkat secara time-based apabila Sistem Saraan Malaysia dikuatkuasakan pada 1 November 2002.

5. Apakah ciri yang digunakan bagi seorang anggota untuk mendapat pergerakan anjakan gaji?

 Disahkan dalam perkhidmatan, di mana berkenaan;


 Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
 Lulus penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan; dan
 Diperakukan oleh Ketua Perkhidmatan.
2. Apakah elemen yang digunakan pakai untuk pergerakan gaji biasa tahunan?
 Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; dan
 Diperakukan oleh Ketua Perkhidmatan

Jawapan Tambahan

 3 peringkat gaji untuk gred lantikan(sama seperti Jadual Gaji Matriks Sistem Saraan Baru)
 2 peringkat gaji untuk gred kenaikan pangkat (P1 sedia ada dikekalkan, P2 dimansuhkan dan P3 sedia ada dijadikan
P2 yang baru)
3. Apakah jawatan-jawatan yang di ‘Up-Gred’ kan.

Di bawah Sistem Saraan Malaysia beberapa penambahbaikan dilakukan. Salah satu penambahbaikan tersebut ialah
penambahan lapisan gred dalam skim-skim perkhidmatan berdasarkan peranan dan fungsi bidang tugas setiap skim
perkhidmatan.

Skim perkhidmatan dalam Kumpulan Pengurusan Dan Profesional ditambah satu atau dua lapisan gred.
Skim perkhidmatan dalam kumpulan sokongan berkelayakan Diploma/Sijil Tinggi Persekolahan dan Sijil Pelajaran Malaysia
yang mempunyai kurang daripada 3 lapisan gred ditambah satu lapisan gred.

Skim-skim perkhidmatan dalam kumpulan Sokongan berkelayakan Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran dan
ke bawah, lapisan gred baru diperuntukan hanya kepada perkhidmatan yang mempunyai satu lapisan gred.

Selaras dengan tambahan lapisan gred itu, jawatan sedia ada perlu digredkan semula. Penggredan semula ini akan dilakukan
sebelum atau pada 30 Mac 2002 dan akan berpandukan kepada beberapa prinsip tertentu. Salah satu prinsip yang dipakai
ialah faktor tanggungjawab dan kompleksiti tugas jawatan yang akan digredkan semula.

4. Adakah Elaun Perkhidmatan Kritikal diberi hanya kepada 4 jawatan yang disebut sahaja. Sedangkan banyak
jawatan lain juga sama keperluannya. Contohnya Pembantu Makmal C7.

Pada masa ini Elaun Perkhidmatan Kritikal telah diberikan kepada 22 skim perkhidmatan dan dalam Sistem Saraan Malaysia
ditambah 4 lagi skim perkhidmatan menjadikan 26 kesemuanya.

Sistem Saraan Malaysia Siri 3

Perjawatan

1. Adakah gred N11 akan dijumudkan dan dinaikkan taraf ke gred N9?
2. Dalam lampiran B17, didapati bahawa mukasurat 2/2 tidak dilampirkan. Baru-baru ini telah diumumkan bahawa Pegawai
Pergigian dan Pegawai Farmasi telah dimasukkan ke dalam senarai perkhidmatan krikital tetapi dalam lampiran B17 tidak
terdapat kedua-dua jawatan ini dalam Sistem Saraan Malaysia.
3. Kedudukan Guru DG3?
4. Bagi Perkhidmatan Pendidikan dalam Sistem Saraan Malaysia adalah sistem “ time base” (kenaikan ke DG2 apabila
mencapai tahap gaji tertentu) masih dikekalkan.

Elaun & Kemudahan

1. Definisi mengenai Imbuhan Tetap Keraian yang diberi kepada Pengurusan Atasan? Adakah imbuhan ini untuk perbelanjaan
keraian penerima dan boleh di tuntut semula?
2. Adakah terdapat perubahan pada Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) kakitangan?
3. Adakah kadar elaun sewa hotel/lojing kakitangan sokongan akan dinaikkan?
4. Apakah struktur baru untuk elaun dan kemudahan dalam Sistem Saraan Malaysia?
5. Adakah perubahan terhadap Imbuhan Tetap Khidmat Awam dan Imbuhan Tetap Perumahan bagi DG3 dan apakah faedah
dan kemudahan terbaru bagi gred tersebut?
6. Adakah Imbuhan Tetap Perumahan berubah jika masuk DG3A untuk gaji guru?
7. Bagaimanakah struktur elaun bagi pegawai yang berkhidmat dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Perkhidmatan
Kewangan)?
Kenaikan kadar Imbuhan Tetap Perumahan dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam?
Adakah semakan kadar Imbuhan Tetap Perumahan dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam?
8. Penetapan gaji, elaun dan lain-lain kemudahan?
9. Sila maklumkan kepada kami tentang kedudukan gaji/ elaun/ kemudahan yang diperolehi di bawah Sistem Saraan Malaysia
bagi pegawai dan Penolong Pegawai Pertanian (G3 dan G5)?
10. Peningkatan matagaji dan bayaran Khas Sistem Saraan Malaysia dibayar pada setiap bulan atau bagaimana?
11. Jika tidak memilih Sistem Saraan Malaysia, layakkah Bayaran Khas Sistem Saraan Malaysia?
12. Bagaimanakah kadar elaun dan kemudahan diselaraskan menjadi satu kadar?
13. Perkiraan gaji, penetapan elaun-elaun dan kemudahan lain?
Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia mengenai gaji dan penetapan elaun dan kemudahan?
14. Sekiranya saya ada di DG3A, berapakah ITP, EKA dan elaun keraian?
15. Adakah elaun perumahan dan khidmat awam akan dinaikkan dan berapakah jumlah kenaikannya?
16. Apakah elaun-elaun yang dinyatakan dalam Sistem Saraan Malaysia?
17. Adakah Elaun Perkhidmatan Kritikal diberi hanya kepada 4 jawatan yang disebut sahaja. Sedangkan banyak jawatan lain
juga sama keperluannya. Sebagai contoh Pembantu Makmal C7?
18. Apakah kadar Imbuhan Tetap Perumahan yang baru bagi pegawai awam gred 3 contohnya Gred DG3?

Perjawatan

1. Adakah gred N11 akan dijumudkan dan dinaikkan taraf ke gred N9?

Tidak, sebaliknya Gred N11 dikekalkan dan begitu juga Gred N9. Dalam Sistem Saraan Malaysia, Gred N11 kekal dengan
N11 manakala Gred N9 akan menjadi Gred N17.

2. Dalam lampiran B17, didapati bahawa mukasurat 2/2 tidak dilampirkan. Baru-baru ini telah diumumkan bahawa
Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi telah dimasukkan ke dalam senarai perkhidmatan krikital tetapi dalam
lampiran B17 tidak terdapat kedua-dua jawatan ini dalam Sistem Saraan Malaysia.

Untuk makluman tuan, perkhidmatan kritikal sememangnya disenaraikan dalam lampiran B17, Sehubungan itu skim
perkhidmatan Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi, masing-masing tersenarai dalam bilangan 28 dan 30 di muka surat
2/2. Bahawa dengan ini disahkan kedua-dua Skim Perkhidmatan ini adalah tergolong sebagai Perkhidmatan Kritikal dan
layak menerima elaun kritikal.

Kembali ke atas

3. Kedudukan Guru DG3?

Berikut ialah di antara penambahbaikan yang dibuat bagi guru-guru DG3;

i. kod gaji DG3 diubah kepada DG41


ii. Gred DG3 dibekalkan dengan “Time base” ke Gred DG44 setelah perkhidmatan lebih 10 tahun di atas Gred DG41
dan dari DG44 anggota boleh dinaikkan pangkat secara “Time base” ke DG48 apabila berkhidmat lebih 10 tahun di
gred DG44. Selain syarat tempoh perkhidmtan 10 tahun masing-masing di Gred 41 dan 44. Syarat-syarat lain juga
perlu dipenuhi (Rujuk Skim Perkhidmatan dalam Lampiran C kepada PP 4/2002.
iii. Anggota DG3 juga layak mendapat dua anjakan gaji daripada P1 ke P2 dan P2 ke P3 setelah memenuhi syarat-
syarat yang ditetapkan (Sila rujuk perenggan 51 PP 4/2002).
iv. Peningkatan matagaji sebanyak RM65.00 diperuntukkan bagi setiap mata gaji Gred DG3.
v. Satu matagaji tambahan diperuntukkan kepada matagaji maksimum iaitu P1 T27 (matagaji maksimumj sekarang
ialah P1 T26)
4. Bagi Perkhidmatan Pendidikan dalam Sistem Saraan Malaysia adalah sistem “time base” (kenaikan ke DG2 apabila
mencapai tahap gaji tertentu) masih dikekalkan.

Dalam Sistem Saraan Malaysia kenaikan pangkat secara time base masih dikekalkan dengan pengubahsuaian dibuat ke atas
syarat-syarat berkaitan. Time base adalah daripada Gred DG41 ke DG44 (tempoh perkhidmatan ialah 10 tahun atas DG41)
dan daripada DG44 ke DG48 (tempoh perkhidmatan ialah 10 tahun atas DG44).

Elaun & Kemudahan

1. Definisi mengenai Imbuhan Tetap Keraian yang diberi kepada Pengurusan Atasan? Adakah imbuhan ini untuk
perbelanjaan keraian penerima dan boleh di tuntut semula?

Imbuhan Tetap Keraian yang diberikan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai tertentu dalam
Kumpulan Pegurusan dan Profesional merupakan elaun yang dibayar atas kadar tetap secara bulanan. Tujuan pemberian
Imbuhan Tetap Keraian adalah sebab jawatan dan tanggungjawab pegawai memerlukan mereka meraikan tetamu bagi
mewujudkan suasana ramah mesra.
2. Adakah terdapat perubahan pada Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) kakitangan?

Tiada, disebabkan Sistem Saraan Malaysia bukan satu semakan gaji atau semakan kadar elaun.

3. Adakah kadar elaun sewa hotel/lojing kakitangan sokongan akan dinaikkan?

Tiada, disebabkan Sistem Saraan Malaysia bukan semakan gaji atau semakan kadar elaun

4. Apakah struktur baru untuk elaun dan kemudahan dalam Sistem Saraan Malaysia?

Pemberian elaun dan kemudahan mengikut kategori dan batasan gaji akan diubah mengikut gred. Misalan, pembayaran
Imbuhan Tetap Khidmat Awam sebanyak RM 170 sebulan bagi pegawai dalam Kategori V di bawah Sistem Saraan Baru
diubah kepada pegawai Gred 35 hingga Gred 40 dengan kadar yang sama.

5. Adakah perubahan terhadap Imbuhan Tetap Khidmat Awam dan Imbuhan Tetap Perumahan bagi DG3 dan apakah
faedah dan kemudahan terbaru bagi gred tersebut?

Tiada perubahan terhadap kadar Imbuhan Tetap Khidmat Awam dan Imbuhan Tetap Perumahan. Walau bagaimanapun,
pembayaran Imbuhan Tetap Khidmat Awam bagi pegawai Gred DG3 yang mengikut Kategori dan batasan gaji telahpun
diubah kepada Gred DG41 dan mengikut tempoh perkhidmatan. Pegawai Gred DG41 yang berkhidmat dalam tempoh satu
hingga sembilan tahun akan menerima kadar Imbuhan Tetap Khidmat Awam sebanyak RM 170 sebulan, manakala pegawai
DG41 yang berkhidmat pada tahun ke sepuluh dan ke atas dalam gred yang sama, dibayar kadar RM300 sebulan.

6. Adakah Imbuhan Tetap Perumahan berubah jika masuk DG3A untuk gaji guru?

Tiada perubahan kepada kadar Imbuhan Tetap perumahan yang dibayar kepada pegawai Gred DG3A iaitu satu Gred baru di
bawah Sistem Saraan Malaysia. Walau bagaimanapun, gred baru itu ialah Gred DG44 dan pegawai layak ImbuhanTetap
Keraian sebanyak RM400 sebulan, tetapi tidak lagi layak Imbuhan Tetap Khidmat Awam.

7. Bagaimanakah struktur elaun bagi pegawai yang berkhidmat dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional
(Perkhidmatan Kewangan)?
Kenaikan kadar Imbuhan Tetap Perumahan dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam?
Adakah semakan kadar Imbuhan Tetap Perumahan dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam?

Tiada perubahan. Ini tiada perubahan terhadap kadar Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) dan Imbuhan Tetap
Perumahan (ITP)

8. Penetapan gaji, elaun dan lain-lain kemudahan?

Elaun dan kemudahan yang dibayar mengikut kategori dan batasan gaji di bawah Sistem Saraan Baru diubah kepada bayaran
mengikut Gred di bawah Sistem Saraan Malaysia.

9. Sila maklumkan kepada kami tentang kedudukan gaji/ elaun/ kemudahan yang diperolehi di bawah Sistem Saraan
Malaysia bagi pegawai dan Penolong Pegawai Pertanian (G3 dan G5)?

Tiada kemudahan dalam kadar elaun dan kemudahan. Elaun dan kemudahan yang dibayar mengikut Kategori dan batasan
gaji di bawah Sistem Saraan Malaysia diubah kepada bayaran mengikut Gred di bawah Sistem Saraan Malaysia. Walau
bagaimanapun, pembayaran Imbuhan Tetap Khidmat Awam bagi gred G3 diubah kepada Gred G41 dan mengikut tempoh
perkhidmatan. Pegawai G41 yang berkhidmat dalam tempoh satu hingga sembilan tahun akan menerima kadar Imbuhan
Tetap Khidmat Awam sebanyak RM170 sebulan, manakala pegawai G41 yang berkhidmat pada tahun ke 10 dan ke atas
dalam gred yang sama, dibayar kadar RM300 sebulan.
10. Peningkatan matagaji dan bayaran Khas Sistem Saraan Malaysia dibayar pada setiap bulan atau bagaimana?

Peningkatan matagaji merupakan peningkatan kepada matagaji yang disediakan untuk Sistem Saraan Malaysia akan dibayar
secara bulanan, manakala Bayaran Khas Sistem Saraan Malaysia dibayar sekali sahaja kepada pegawai yang memilih terima
Sistem Saraan Malaysia.

11. Jika tidak memilih Sistem Saraan Malaysia, layakkah Bayaran Khas Sistem Saraan Malaysia?

Tidak, kerana bayaran Khas Sistem Saraan Malaysia adalah bayaran


khusus yang dibayar kepada anggota perkhidmatan awam yang memilih terima opsyen Sistem Saraan Malaysia.

12. Bagaimanakah kadar elaun dan kemudahan diselaraskan menjadi satu kadar?

Sejauhmana boleh berdasarkan keupayaan kerajaan, elaun yang mempunyai dua kadar bagi satu gred diselaraskan kepada
kadar yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, pembayaran Imbuhan Tetap Khidmat Awam bagi pegawai dalam Kumpulan
Pengurusan dan profesional masih dikekalkan dengan dua kadar dan dibayar mengikut tempoh perkhidmatan pegawai berada
dalam Gred yang sama.

13. Perkiraan gaji, penetapan elaun-elaun dan kemudahan lain?


Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia mengenai gaji dan penetapan elaun dan kemudahan?

Elaun dan kemudahan yang dibayar mengikut kategori dan batasan gaji di bawah Sistem Saraan Baru diubah kepada
pembayaran mengikut Gred. Misalannya, pembayaran Imbuhan Tetap Khidmat Awam kepada pegawai dalam kategori V di
bawah Sistem Saraan Baru iaitu, sebanyak RM170 sebulan diubah kepada pegawai Gred 35 hingga gred 40 dengan bayaran
kadar yang sama. Begitu juga bagi kemudahan Cuti Rehat untuk pegawai dalam kategori V diubah kepada pagawai Gred 35
hingga Gred 40 dengan kelayakan cuti rehat yang sama.

14. Sekiranya saya ada di DG3A, berapakah ITP, EKA dan elaun keraian?

Tiada perubahan kepada kadar Imbuhan Tetap Perumahan yang dibayar kepada pegawai gred DG3A, iaitu satu Gred baru di
bawah Sistem Saraan Malaysia. Walau bagaimanapun, gred baru itu ialah Gred DG44 dan pegawai layak Imbuhan Tetap
Keraian sebanyak RM400 sebulan, tetapi tidak lagi layak Imbuhan Tetap Khitmat Awam.

15. Adakah elaun perumahan dan khidmat awam akan dinaikkan dan berapakah jumlah kenaikannya?

Tiada perubahan terhadap kadar Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) dan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) disebabkan
Sistem Saraan Malaysia bukan satu semakan gaji atau semakan kadar elaun.

16. Apakah elaun-elaun yang dinyatakan dalam Sistem Saraan Malaysia?

Elaun-elaun yang berada di Sistem Saraan Baru masih diteruskan di bawah Sistem Saraan Malaysia.

17. Adakah Elaun Perkhidmatan Kritikal diberi hanya kepada 4 jawatan yang disebut sahaja. Sedangkan banyak
jawatan lain juga sama keperluannya. Sebagai contoh Pembantu Makmal C7?

Bagi membolehkan sesuatu skim perkhidmatan layak dibayar Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal ianya perlu memenuhi
kreteria yang telah ditetapkan. Daripada kajian penilaian, hasil kajian menunjukkan bahawa senarai skim perkhidmatan yang
layak dibayar Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal semasa Sistem Saraan Malaysia masih diteruskan. Disamping itu,
sebanyak empat skim perkhidmatan ditambah kepada senarai sedia ada.

18. Apakah kadar Imbuhan Tetap Perumahan yang baru bagi pegawai awam gred 3 contohnya Gred DG3?
Tiada perubahan kepada kadar Imbuhan Tetap Perumahan bagi pegawai awam Gred 3

Sistem Saraan Malaysia Siri 4

Prinsip Pemindahan Gaji

1. Apakah prinsip yang digunakan dalam pemindahan gaji Sistem Saraan Baru ke gaji Sistem Saraan Malaysia?

Kaedah Pemindahan Gaji

1. Bagaimanakah kaedah pemindahan gaji Sistem Saraan Baru ke Sistem Saraan Malaysia dilaksanakan?
2. Bagaimanakah kaedah pemindahan gaji anggota yang sedang memangku?
3. Bagaimanakah kaedah pemindahan gaji anggota yang dipinjamkan?
(Perenggan 46 P.P Bil. 4 Tahun 2002)
4. Adakah tarikh pergerakan gaji anggota yang memilih Sistem Saraan Malaysia berubah?
5. Bagaimanakah kedudukan gaji anggota yang berada di jadual gaji Khas Untuk Penyandang (KUP)?
6. Apakah Bayaran Khas Sistem Saraan Malaysia?
7. Adakah Bayaran Khas Sistem Saraan Malaysia diberi kepada anggota yang tidak memilih terima Sistem Saraan Malaysia
tetapi apabila dinaikkan pangkat akan diselaraskan kepada gred Sistem Saraan Malaysia yang setaraf?
8. Apakah kadar Bayaran Khas Sistem Saraan Malaysia bagi anggota yang memangku Jawatan Utama C?
9. Adakah Bayaran Khas Sistem Saraan Malaysia dikenakan caruman KWSP?
10. Apakah yang dimaksudkan dengan Peningkatan Matagaji?
11. Bagaimanakah kedudukan gaji anggota Sistem Saraan Baru yang tidak memilih terima Sistem Saraan Malaysia?
12. Bagaimanakah pemindahan gaji Jawatankuasa Kabinet 1976 kepada Sistem Saraan Malysia dilaksanakan?
13. Adakah tarikh pergerakan gaji anggota Jawatankuasa Kabinet 1976 yang memilih terima Sistem Saraan Baru akan berubah
apabila memilih terima Sistem Saraan Malaysia?
14. Adakah tarikh pergerakan gaji anggota Jawankuasa Kabinet 1976 yang berada di matagaji berubah apabila memilih terima
Sistem Saraan Malaysia?
15. Adakah anggota Jawankuasa Kabinet 1976 layak menerima Peningkatan Matagaji dan Bayaran Khas Sistem Saraan Malaysia
seperti anggota Sistem Saraan Baru yang memilih terima Sistem Saraan Malaysia?

Prinsip Pemindahan Gaji


(Perenggan 40 P.P Bil.4 Tahun 2002)

1. Apakah prinsip yang digunakan dalam pemindahan gaji Sistem Saraan Baru ke gaji Sistem Saraan Malaysia?

Prinsip pemindahan gaji Sistem Saraan Baru ke gaji Sistem Saraan Malaysia adalah dari matagaji ke matagaji iaitu di tangga
yang sama dengan mengekalkan Peringkat gaji sedia ada.

Kaedah Pemindahan Gaji


(Perenggan 39 & 41 P.P.Bil. 4 Tahun 2002)

1. Bagaimanakah kaedah pemindahan gaji Sistem Saraan Baru ke Sistem Saraan Malaysia dilaksanakan?

Kaedah pelaksanaan pemindahan gaji Sistem Saraan Baru ke Sistem Saraan Malaysia adalah seperti berikut:

i. bagi gred lantikan, gred Jawatan Utama dan Gred Khas:

a. diberi pergerakan gaji Sistem Saraan Baru mengikut tarikh pergerakan gaji masing-masing iaitu 1 Januari, 1 April, 1 Julai
atau 1 Oktober; dan
b. dipindahkan daripada matagaji Sistem Saraan Baru pada 31 Oktober 2002 kepada matagaji Sistem Saraan
Malaysia pada 1 November 2002.
ii. bagi gred kenaikan pangkat:

a. diberi pergerakan gaji Sistem Saraan Baru mengikut tarikh pergerakan gaji masing-masing iaitu 1 Januari, 1 April, 1
Julai atau 1 Oktober 2002;
b. dilaksanakan pengubahsuaian Jadual Gaji Matriks Sistem Saraan Baru daripada tiga Peringkat kepada dua
peringkat; dan
c. dipindahkan kepada matagaji Sistem Saraan Malaysia pada 1 November 2002.
2. Bagaimanakah kaedah pemindahan gaji anggota yang sedang memangku?

Pemindahan gaji anggota dibuat berdasarkan gred dan gaji hakiki anggota.

3. Bagaimanakah kaedah pemindahan gaji anggota yang dipinjamkan?


(Perenggan 46 P.P Bil. 4 Tahun 2002)
i. Gaji anggota yang dipinjamkan hendaklah dipindahkan ke gaji Sistem Saraan Malaysia berdasarkan gred dan gaji
hakikinya.
ii. Pemindahan gaji pinjamannya adalah seperti berikut:

a. gred gaji hakiki dan gred pinjaman adalah sama. Contohnya, anggota di gred hakiki M2 dipinjamkan ke gred M2.
Pemindahan gaji adalah seperti di (i) di atas.
b. Gred gaji pinjaman adalah setaraf dengan gred gaji hakiki. Contohnya, anggota di gred hakiki M2
dipinjamkan ke gred N2. Pemindahan gaji gred hakiki adalah seperti di (i) di atas. Pemindahan gaji gred
pinjaman adalah di atas gred N2 (N48 Sistem Saraan Malaysia).
c. Gred gaji pinjaman adalah lebih tinggi daripada gred hakiki. Contohnya anggota di gred hakiki M2
dipinjamkan ke gred M1. Perpindahan gaji gred hakiki adalah seperti di (a) di atas. Pemindahan gaji gred
pinjaman adalah di atas gred M1 (M54 Sistem Saraan Malaysia)
d. Gaji pinjaman di atas jadual gaji Khas Untuk Penyandang. Contohnya, anggota di gred hakiki M2
dipinjamkan ke gred N2-2. Pemindahan gaji gred hakiki adalah seperti di (i) di atas. Ketua Jabatan
hendaklah merujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Gaji dan Elaun untuk mendapatkan
jadual gaji Sistem Saraan Malaysia N2-2 KUP (N48-2 KUP Sistem Saraan Malaysia.
2. Adakah tarikh pergerakan gaji anggota yang memilih Sistem Saraan Malaysia berubah?

Tarikh pergerakan gaji anggota yang memilih Sistem Saraan Malaysia tidak berubah kecuali:

i. Tarikh pergerakan gaji anggota yang berada di matagaji maksimum pada 31 Oktober 2002 berubah mengikut
tempoh anggota berada di matagaji maksimum seperti yang dijelaskan di Jadual 5 P.P. Bil 4 Tahun 2002 (muka
surat 11) iaitu seperti berikut:

Perubahan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Anggota Yang Berada Di Matagaji


Maksimum Pada 31 Oktober 2002
Tempoh masa Di Matagaji Maksimum Pergerakan Gaji Pada Tahun 2003
Satu tahun dan ke atas 1 Januari
Lapan bulan dan ke atas tetapi kurang daripada satu tahun 1 April
Empat bulan dan ke atas tetapi kurang daripada lapan bulan 1 Julai
Kurang daripada empat bulan 1 Oktober
ii. tarikh pergerakan gaji anggota yang berada di peringkat 3 gred kenaikan pangkat (tidak termasuk anggota di
Peringkat gaji P2 yang dipindahkan ke P3) diubah kepada 1 Januari mulai tahun 2003.
3. Bagaimanakah kedudukan gaji anggota yang berada di jadual gaji Khas Untuk Penyandang (KUP)?
i. Sekiranya gaji anggota boleh ditampung oleh jadual gaji Sistem Saraan Malaysia, anggota berkenaan tidak lagi
berada di jadual gaji KUP.
ii. Jika tidak dapat ditampung oleh jadual gaji Sistem Saraan Malaysia:

a. pemindahan gaji hendaklah dilaksanakan dengan menggunakan jadual gaji KUP SSM; dan
b. sekiranya masih tidak dapat ditampung oleh jadual gaji KUP Sistem Saraan Malaysia, Ketua Jabatan
hendaklah merujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Gaji dan Elaun.
2. Apakah Bayaran Khas Sistem Saraan Malaysia?

Bayaran Khas Sistem Saraan Malaysia adalah bayaran yang diberi sekali sahaja pada 1 November 2002 apabila anggota tetap
membuat opsyen memilih terima Sisten Saraan Malaysia.

3. Adakah Bayaran Khas Sistem Saraan Malaysia diberi kepada anggota yang tidak memilih terima Sistem Saraan
Malaysia tetapi apabila dinaikkan pangkat akan diselaraskan kepada gred Sistem Saraan Malaysia yang setaraf?

Bayaran Khas Sistem Saraan Malaysia tidak diberi kepada anggota yang tidak memilih terima Sistem Saraan Malaysia
apabila memasuki Sistem Saraan Malaysia melalui kenaikan pangkat.

4. Apakah kadar Bayaran Khas Sistem Saraan Malaysia bagi anggota yang memangku Jawatan Utama C?

Anggota layak dibayar kadar mengikut jawatan yang dipangku iaitu RM650.00 (kadar bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi)

Kembali ke atas

5. Adakah Bayaran Khas Sistem Saraan Malaysia dikenakan caruman KWSP?

Bayaran Khas Sistem Saraan Malaysia yang diberikan kepada anggota yang memilih terima Sistem Saraan Malaysia bukan
merupakan upah seperti yang ditakrifkan di bawah akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 dan dengan itu ianya tidak
wajib dicarumkan ke KWSP.

Kembali ke atas

6. Apakah yang dimaksudkan dengan Peningkatan Matagaji?

Peningkatan matagaji ialah tambahan kepada matagaji yang diberi berasaskan Kumpulan Perkhidmatan iaitu Kumpulan
Pengurusan Tertinggi RM110.00, kumpulan Pengurusan dan Profesional RM65.00 dan Kumpulan sokongan RM15.00.
Contoh Peningkatan Matagaji adalah seperti di jadual berikut:

Contoh Peningkatan Matagaji


Sistem Saraan
Skim Perkhidmatan Sistem Saraan Baru Catatan
Malaysia
Peningkatan Matagaji RM65.00 bagi
Pegawai Pertanian RM1408.44(P1TI) RM 1473.44(PITI) Kumpulan Pengurusan dan
Profesional

Kembali ke atas

7. Bagaimanakah kedudukan gaji anggota Sistem Saraan Baru yang tidak memilih terima Sistem Saraan Malaysia?

Gaji anggota Sistem Saraan Baru yang tidak memilih terima Sistem Saraan Malaysia akan kekal atas gaji sedia ada dan tidak
layak menerima Peningkatan Matagaji, tambahan satu matagaji maksimum dan pengubahsuaian Jadual Gaji Matriks gred
kenaikan pangkat.

Kembali ke atas

8. Bagaimanakah pemindahan gaji Jawatankuasa Kabinet 1976 kepada Sistem Saraan Malysia dilaksanakan?
Pemindahan gaji Jawatankuasa Kabinet 1976 kepada Sistem Saraan Malaysia dilaksanakan berdasarkan kepada gaji yang
diselaraskan, sebelum dipindahkan kepada matagaji yang sama atau tertinggi berhampiran di jadual gaji Sistem Saraan
Malaysia mengikut klasifikasi dan gred jawatan yang berkaitan. Gaji yang diselaraskan merangkumi gaji pokok hakiki
Jawatankuasa kabinet 1976, pemberian Pendahuluan Kenaikan Gaji 8%, peningkatan gaji 10% pada tahun 2000 dan 2002.
Contoh pemindahan gaji Jawatankuasa Kabinet 1976 kepada Sistem Saraan Malaysia adalah seperti di jadual berikut:

Contoh Pemindahan Gaji Jawatankuasa Kabinet 1976 Kepada Gaji Sistem Saraan
Malaysia
Gaji Pokok Hakiki Gaji Yang
Matagaji Sistem Saraan Malaysia
Skim Perkhidmatan Jawatankuasa Kabinet Diselaraskan Pada
Gred G41
A19 31.10.2002
Pegawai Pertanian RM2050.00 RM2678.94 2731.84 (P1T17)

Kembali ke atas

9. Adakah tarikh pergerakan gaji anggota Jawatankuasa Kabinet 1976 yang memilih terima Sistem Saraan Baru akan
berubah apabila memilih terima Sistem Saraan Malaysia?

Tarikh pergerakan gaji anggota Jawatankuasa Kabinet 1976 yang memilih terima Sistem Saraan Malaysia akan berubah
kepada salah satu daripada empat tarikh dalam setahun iaitu 1 Januari, 1 April, 1 Julai atau 1 Oktober. Penetapan tarikh
pergerakan gaji bagi anggota Jawatankuasa Kabinet 1976 yang berpindah ke Sistem Saraan Malaysia adalah seperti di Jadual
berikut:

Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Di bawah Sistem Saraan Malaysia


Tarikh Pergerakan gaji Sistem Saraan
Tarikh Kenaikan Gaji Jawankuasa Kabinet 1976
Malaysia
1 Jan, 1 Feb dan 1 Mac 2002 1 Januari 2003
1 April, 1 Mei dan 1 Jun 2002 1 April 2003
1 Julai, 1 Ogos dan 1 Sept.2002 1 Julai 2003
1 Okt, 1 Nov dan 1 Dis 2002 1 Oktober 2003

Kembali ke atas

10. Adakah tarikh pergerakan gaji anggota Jawankuasa Kabinet 1976 yang berada di matagaji berubah apabila memilih
terima Sistem Saraan Malaysia?

Tarikh pergerakan gaji anggota Jawankuasa kabinet 1976 yang berada di matagaji maksimum pada 31 Oktober 2002 dan
memilih terima Sistem Saraan Malaysia akan berubah seperti di jadual berikut:

Tarikh Pergerakan Gaji Anggota Yang Berada Di Matagaji Maksimum Pada 31


Oktober 2002.
Tarikh Pergerakan Gaji Sistem Saraan
Tempoh masa Di Matagaji Maksimum
Malaysia Mulai Tahun 2003
Satu tahun dan ke atas 1 Januari
Lapan bulan dan ke atas tetapi kurang daripada satu tahun 1 April
Empat bulan dan ke atas tetapi kurang daripada lapan bulan 1 Julai
Kurang daripada empat bulan 1 Oktober

Kembali ke atas
11. Adakah anggota Jawankuasa Kabinet 1976 layak menerima Peningkatan Matagaji dan Bayaran Khas Sistem Saraan
Malaysia seperti anggota Sistem Saraan Baru yang memilih terima Sistem Saraan Malaysia?

Anggota Jawatankuasa Kabinet 1976 yang memilih Sistem Saraan Malaysia layak menerima semua faedah di bawah Sistem
Saraan Malaysia termasuk Peningkatan Matagaji dan Bayaran Khas Sistem Saraan Malaysia. Bagi mereka yang kekal dalam
Jawatankuasa Kabinet 1976 tidak layak menerima sebarang faedah Sistem Saraan Malaysia.

Sistem Saraan Malaysia Siri 5

Perkhidmatan: Urusan Pemangkuan

1. Pegawai S2 yang sedang memangku untuk tujuan naik pangkat, apabila disahkan dalam jawatan selepas November 2002,
apakah akan ditawarkan dalam gred 48?
2. Jika ditawarkan dalam gred 48, apakah pegawai yang berkenaan perlu mengambil sebarang peperiksaan di bawah Sistem
Saraan Malaysia sebagai syarat pengesahan jawatan dalam gred 48 itu?
3. Sehingga bilakah pegawai dalam gred S2 dibenarkan terus memangku gred 48, sebab ada maklumat yang menyatakan
pemangkuan dalam gred SSB dibenarkan sehingga bulan Mac 2003 sahaja, jika memilih Sistem Saraan Malaysia. Selepas itu
pegawai yang berkenaan akan diletakkan dalam gred 41?
4. Kedudukan status memangku saya serta elaun elaun yang dinikmati oleh saya selepas 1-11-2002 sekiranya saya menerima
opsyen Sistem Saraan Malaysia yang ditawarkan.
5. Adakah saya perlu mematuhi syarat meluluskan Penilaian Tahap Kecekapan yang ditentukan sebelum saya boleh disahkan
dalam Gred Kenaikan Pangkat?
6. Saya masih belum mengikuti kursus kenaikan pangkat. Gred Kenaikan Pangkat yang akan diberi apabila disahkan nanti -
samada M44 atau M48?

Gaji dan Elaun

1. Saya telah berkhidmat selama 16 tahun sebagai seorang guru: 9 tahun dalam gred DG6 dan 7 tahun dalam gred DG3.
Bolehkah tempoh perkhidmatan saya diambil kira bagi kelayakan 10 tahun perkhidmatan?
2. Mengikut surat tawaran opsyen saya pergerakan gaji baru adalah pada 1/1/2003. Saya telah berada tahap maksimum 8 tahun.
Dalam jadual gaji Sistem Saraan Malaysia tiada penambahan satu mata gaji pada gaji maksimum. Dengan itu pada tahun
2003 tiada apa-apa pergerakan gaji. Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 tahun 2002, Sistem Saraan Malaysia muka
surat 10, 34.2 dan 36 menunjukkan akan diberi tambahnan satu matagaji pada gaji maksimum untuk semua jadual gaji.
Berdasarkan pada SSB jadual gaji DM1-1 adalah lebih tinggi dari DM1, tetapi dalam SSM DM1-1 di masukkan dibawah
DM1. Jadi saya akan kehilangan seniority. DM1-1 diujudkan oleh sebab gaji saya pada skim lama DT1 telah sampai
maksimum P2T8, dimana jadual gaji DM1 biasa tidak boleh menampung. Soalnya bagaimana pergerakan gaji saya pada
1/1/2003.
3. Saya ingin penjelasan yang lebih jelas mengenai gaji khas untuk penyandang yang boleh ditampung dan yang tidak boleh
ditampung oleh jadual gaji Sistem Saraan Malaysia.
4. Saya adalah pemegang jawatan gred F3 (dari F4 melalui KPSL) bermula dari 16/4/1999 dan kini di bawah SSB pada tangga
gaji P1T17 (RM 2,970.55), tarikh kenaikan gaji saya ialah pada bulan April. Mengikut SSB kenaikan gaji yang akan datang
iaitu 4/2003 pada tangga P1T18 (lebih kurang 6 bulan dari sekarang) saya adalah layak menerima ITKA sebanyak RM
300.00. Mengikut Sistem Saraan Malaysia “Kadar ITKA RM 300 diberi kepada anggota yang berkhidmat pada tahun ke 10
dan ke atas dalam gred yang sama atau setaraf. Tempoh perkhidmatan yang diambilkira tidak termasuk tempoh cuti tanpa
gaji.” Dari pemahaman saya, saya adalah layak untuk menerima ITKA RM 300 tersebut kerana telah berada pada tangga T17
(tahun 17), apakah benar pemahaman saya ini?. Sekiranya saya menandatangani opsyen memilih Sistem Saraan Malaysia,
adakah saya layak untuk menerima ITKA berjumlah RM300 tersebut?.
5. Merujuk kepada lampiran C8 m/s 1/13. Semasa SSB Pensyarah Gred DS2 dengan gaji RM 3905.88 keatas mendapat
Imbuhan Tetap Keraian sebanyak RM 500, tetapi semasa Sistem Saraan Malaysia mereka digolongkan dalam dalam gred
DS45 yang mana mendapat ITK RM 500 jika mereka berkhidmat pada tahun ke 10 dan keatas dalam gred yang sama.
Masalahnya pensyarah ini baru dilantik pada tahun 1997 dan pada ketika itu beliau mendapat ITK sebanyak RM 500 dan kini
semasa Sistem Saraan Malaysia hanya layak ITK sebanyak RM300 kerana berkhidmat kurang dari 10 tahun
6. Dibawah SSB: Q7P1T11. Dapat cemerlang Q7P2T11 pada 1.4.2002. Kenaikan gaji yang akan datang ialah 1.4.2003.
Dibawah Sistem Saraan Malaysia, P2 naik keP3 otomatik. Bolehkah saya mendapat tunggakan dari 1.4.2002 ke 31.10.2002?
Dalam Sistem Saraan Malaysia 1.4.2003 sudah menjadi 1.7.2003. Kenapa tunggu 15 bulan bukan 12 bulan yang selalunya?

Perkhidmatan: Urusan Pemangkuan

1. Pegawai S2 yang sedang memangku untuk tujuan naik pangkat, apabila disahkan dalam jawatan selepas November
2002, apakah akan ditawarkan dalam gred 48?

Urusan pengesahan kenaikan pangkat sedang berjalan dan dibuat secara pentadbiran. Ianya berlanjutan hingga bulan Mac
2003 dan jika disahkan
kenaikan pangkat , anggota akan ditawarkan pada gred S48 kecuali dinyatakan sebaliknya oleh lembaga Kenaikan Pangkat
berkenaan.

2. Jika ditawarkan dalam gred 48, apakah pegawai yang berkenaan perlu mengambil sebarang peperiksaan di bawah
Sistem Saraan Malaysia sebagai syarat pengesahan jawatan dalam gred 48 itu?

Setakat ini, PTK bukanlah salah satu syarat pengesahan kenaikan pangkat. Walau bagaimanapun anggota di gred 48 yang
ingin mendapat anjakan gaji atau layak dipertimbangkan untuk dinaikkan pangkat ke gred seterusnya perlu lulus Penilaian
Tahap Kecekapan.

3. Sehingga bilakah pegawai dalam gred S2 dibenarkan terus memangku gred 48, sebab ada maklumat yang
menyatakan pemangkuan dalam gred SSB dibenarkan sehingga bulan Mac 2003 sahaja, jika memilih Sistem Saraan
Malaysia. Selepas itu pegawai yang berkenaan akan diletakkan dalam gred 41?

Opsyen akan ditawarkan pada gred hakiki iaitu gred 41 dan pemangkuan berterusan sehingga disahkan kenaikan pangkat atau
dinyatakan sebaliknya oleh Lembaga Kenaikan Pangkat berkenaan. Gred Kenaikan pangkat seterusnya ialah gred 44.

4. Kedudukan status memangku saya serta elaun elaun yang dinikmati oleh saya selepas 1-11-2002 sekiranya saya
menerima opsyen Sistem Saraan Malaysia yang ditawarkan.

Pemangkuan dan elaun memangku tidak berubah kecuali dinyatakan sebaliknya oleh Lembaga Kenaikan Pangkat berkenaan.

5. Adakah saya perlu mematuhi syarat meluluskan Penilaian Tahap Kecekapan yang ditentukan sebelum saya boleh
disahkan dalam Gred Kenaikan Pangkat?

Setakat ini, PTK bukan merupakan salah satu syarat pengesahan kenaikan pangkat.

6. Saya masih belum mengikuti kursus kenaikan pangkat. Gred Kenaikan Pangkat yang akan diberi apabila disahkan
nanti - samada M44 atau M48?

Gred M48 kecuali dinyatakan sebaliknya oleh Lembaga Kenaikan Pangkat berkenaan.

Gaji dan Elaun

1. Saya telah berkhidmat selama 16 tahun sebagai seorang guru: 9 tahun dalam gred DG6 dan 7 tahun dalam gred DG3.
Bolehkah tempoh perkhidmatan saya diambil kira bagi kelayakan 10 tahun perkhidmatan?

Kadar ITKA RM 300 sebulan diterima oleh anggota yang telah masuk tahun ke10 dan ke atas berkhidmat dalam gred atau
jawatan yang setaraf. Bagi kes tuan, tempoh perkhidmatan selama 9 tahun di dalam DG6 tidak boleh dikira dalam 10 tahun
perkhidmatan dalam DG3 kerana ia berada dalam gred yang berlainan.
2. Mengikut surat tawaran opsyen saya pergerakan gaji baru adalah pada 1/1/2003. Saya telah berada tahap maksimum
8 tahun. Dalam jadual gaji Sistem Saraan Malaysia tiada penambahan satu mata gaji pada gaji maksimum. Dengan
itu pada tahun 2003 tiada apa-apa pergerakan gaji. Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 tahun 2002, Sistem
Saraan Malaysia muka surat 10, 34.2 dan 36 menunjukkan akan diberi tambahnan satu matagaji pada gaji
maksimum untuk semua jadual gaji. Berdasarkan pada SSB jadual gaji DM1-1 adalah lebih tinggi dari DM1, tetapi
dalam SSM DM1-1 di masukkan dibawah DM1. Jadi saya akan kehilangan seniority. DM1-1 diujudkan oleh sebab
gaji saya pada skim lama DT1 telah sampai maksimum P2T8, dimana jadual gaji DM1 biasa tidak boleh
menampung. Soalnya bagaimana pergerakan gaji saya pada 1/1/2003.

Jadual Gaji DM1 SSB hanyalah sehingga T9. Dalam hal ini tuan telah diberi Jadual Gaji KUP DM1-1 SSB untuk
membolehkan tuan menerima Jadual Gaji sehingga T10. Walau bagaimanapun, di bawah Sistem Saraan Malaysia, Kerajaan
telah memberikan tambahan satu matagaji kepada matagaji maksimum bagi semua jadual gaji termasuk jadual gaji DM1
yang kini mengandungi T10 di bawah DM54 Sistem Saraan Malaysia. Dalam hal ini kedudukan gaji tuan yang tidak boleh
ditampung oleh jadual gaji DM1, kini boleh ditampung di bawah jadual gaji DM54 Sistem Saraan Malaysia. Dengan ini tuan
tidak lagi berada di jadual gaji Khas Untuk Penyandang. Memandangkan tuan telah berada di matagaji maksimum, tidak ada
lagi pergerakan gaji biasa tetapi masih berpeluang untuk anjakan gaji.

3. Saya ingin penjelasan yang lebih jelas mengenai gaji khas untuk penyandang yang boleh ditampung dan yang tidak
boleh ditampung oleh jadual gaji Sistem Saraan Malaysia.

Bagi anggota yang berada di jadual gaji SSB Khas Untuk Penyandang (KUP) dan gajinya boleh ditampung oleh jadual gaji
Sistem Saraan Malaysia, pemindahan gaji hendaklah dilaksanakan dengan menggunakan jadual gaji Lampiran C3. Ini
bermaksud anggota berkenaan tidak lagi berada di jadual gaji Khas Untuk Penyandang. Bagi anggota yang berada di jadual
gaji SSB Khas Untuk Penyandang dan gajinya tidak dapat ditampung oleh jadual gaji Sistem Saraan Malaysia seperti di
Lampiran C3, pemindahan gaji hendaklah dilaksanakan menggunakan jadual gaji Lampiran C4. Sekiranya pemindahan gaji
anggota yang berada di jadual gaji KUP masih tidak dapat ditampung oleh jadual gaji Sistem Saraan Malaysia, Ketua Jabatan
hendaklah merujuk kepada Jabatan perkhidmatan Awam (Bahagian Gaji dan Elaun).

4. Saya adalah pemegang jawatan gred F3 (dari F4 melalui KPSL) bermula dari 16/4/1999 dan kini di bawah SSB pada
tangga gaji P1T17 (RM 2,970.55), tarikh kenaikan gaji saya ialah pada bulan April. Mengikut SSB kenaikan gaji
yang akan datang iaitu 4/2003 pada tangga P1T18 (lebih kurang 6 bulan dari sekarang) saya adalah layak menerima
ITKA sebanyak RM 300.00. Mengikut Sistem Saraan Malaysia “Kadar ITKA RM 300 diberi kepada anggota yang
berkhidmat pada tahun ke 10 dan ke atas dalam gred yang sama atau setaraf. Tempoh perkhidmatan yang
diambilkira tidak termasuk tempoh cuti tanpa gaji.” Dari pemahaman saya, saya adalah layak untuk menerima
ITKA RM 300 tersebut kerana telah berada pada tangga T17 (tahun 17), apakah benar pemahaman saya ini?.
Sekiranya saya menandatangani opsyen memilih Sistem Saraan Malaysia, adakah saya layak untuk menerima ITKA
berjumlah RM300 tersebut?.

Mengikut Sistem Saraan Malaysia, kadar ITKA sebanyak RM300 diberi kepada anggota yang berkhidmat pada tahun ke-10
dan ke atas dalam gred yang sama atau setaraf. Kiraan 10 tahun perkhidmatan adalah mulai tarikh perlantikan pegawai
tersebut. Perlantikan melalui KPSL dikira sebagai perlantikan baru. Oleh yang demikian, tempoh perkhidmatan sebagai F4
sebelum ini tidak boleh dikira kerana ia tidak dikira sebagai ’satu gred yang sama’ seperti tafsiran di dalam Lampiran C8,
Pekeliling Perkhidmatan bilangan 4/2002.

Untuk makluman pihak tuan, melalui pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia, kaedah penetapan kelayakan serta kadar elaun
dan kemudahan berdasarkan Kategori dan batasan gaji telah diganti berdasarkan gred. Ini bermaksud kelayakan kadar elaun
dan kemudahan yang diterima adalah berdasarkan gred pegawai tersebut.

5. Merujuk kepada lampiran C8 m/s 1/13. Semasa SSB Pensyarah Gred DS2 dengan gaji RM 3905.88 keatas mendapat
Imbuhan Tetap Keraian sebanyak RM 500, tetapi semasa Sistem Saraan Malaysia mereka digolongkan dalam dalam
gred DS45 yang mana mendapat ITK RM 500 jika mereka berkhidmat pada tahun ke 10 dan keatas dalam gred yang
sama. Masalahnya pensyarah ini baru dilantik pada tahun 1997 dan pada ketika itu beliau mendapat ITK sebanyak
RM 500 dan kini semasa Sistem Saraan Malaysia hanya layak ITK sebanyak RM300 kerana berkhidmat kurang dari
10 tahun
Sistem Saraan Malaysia merupakan satu penambahbaikan secara keseluruhan. Oleh yang demikian, sekiranya semasa SSB
pegawai telah menerima ITK sebanyak RM500, maka dalam Sistem Saraan Malaysia, ia akan tetap diteruskan. Dalam kes
yang dirujuk, pegawai akan menerima ITK sebanyak RM500 walaupun berkhidmat kurang dari 10 tahun, dan bukan ITKA
RM300

6. Dibawah SSB: Q7P1T11. Dapat cemerlang Q7P2T11 pada 1.4.2002. Kenaikan gaji yang akan datang ialah 1.4.2003.
Dibawah Sistem Saraan Malaysia, P2 naik keP3 otomatik. Bolehkah saya mendapat tunggakan dari 1.4.2002 ke
31.10.2002? Dalam Sistem Saraan Malaysia 1.4.2003 sudah menjadi 1.7.2003. Kenapa tunggu 15 bulan bukan 12
bulan yang selalunya?

Dijelaskan bahawa bagi anggota yang berada di tanggagaji maksimum di bawah Sistem Saraan Baru akan diberi satu
tambahan matagaji di bawah Sistem Saraan Malaysia. Sekiranya tuan memilih terima Sistem Saraan Malaysia, pada 1
November 2002 gaji P2T11 (SSB) akan dipindahkan kepada P2T11 (Sistem Saraan Malaysia). Bagi tahun 2003, tarikh
pergerakan gaji tuan akan berubah kepada 1 Julai 2003. Penentuan tarikh pergerakan gaji ini adalah berdasarkan kepada
tempoh anggota berada di matagaji maksimum pada 31 Oktober 2002. Dijelaskan juga perubahan tanggagaji di bawah Sistem
Saraan Malaysia ini hanya berkuatkuasa pada 1 November 2002, dan ianya tidak boleh dikebelakangkan tarikhnya.

Sistem Saraan Malaysia Siri 6

Penggredan Semula Jawatan / Skim Perkhidmatan

1. Kenapa skim Pembantu Kesihatan Awam tidak diletakkan U13 sedangkan Pembantu Kesihatan Kanan U14.
2. Mengikut Sistem Saraan Malaysia, skim jawatan J3 kini telah ditukar ke J41 - J44. Apakah kedudukan J3 sedia ada
sekarang? Apakah di kedudukan J41? Adakah seseorang J3 yang sedia ada sekarang layak diupgrade secara automatik ke J42
atau J43 atau J44?. Apakah kriteria yang melayakkannya? Jika tidak, mengapa J2 sekarang boleh di”upgrade”kan secara
automatik ke J48?
3. Sekiranya seorang pegawai dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional (Peg.Latihan Vokasional dalam Skim Kejuruteraan)
itu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Master atau Phd.digred manakah pegawai itu akan berada
sekiranya pegawai tersebut memilih Sistem Saraan Malaysia?
4. Saya dilantik sebagai Pegawai Pertanian tetapi menjalankan tugas seorang Jurutera Pertanian sejak tahun 1985. Adakah saya
layak diberi Elaun Perkhidmatan Kritikal dalam Sistem Saraan Malaysia?
5. Saya seorang guru berada di tangga gaji P1 T26 dan gaji saya telah maksimun lebih daripada setahun (kalau sistem SSB
sudah berada dalam zon nak masuk DG2) ingin mengetahui samada saya berpeluang memasuki DG2 dan menerima
keistimewaan sebelum ini?

Penggredan Semula Jawatan / Skim Perkhidmatan

1. Kenapa skim Pembantu Kesihatan Awam tidak diletakkan U13 sedangkan Pembantu Kesihatan Kanan U14.

Kaedah penggelaran semula gred-gred skim perkhidmatan bagi kesemua 274 skim perkhidmatan di bawah Sistem Saraan
Malaysia adalah berdasarkan kelayakan masuk, gred gaji serta kelayakan elaun dan kemudahan. Bagi skim-skim
perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan masuk diperingkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran dan ke
bawah gred baru Sistem Saraan Malaysia adalah dari angka 1-16. Berdasarkan penjelasan di atas, maka penggelaran baru
bagi skim perkhidmatan Pembantu Kesihatan Awam yang mensyaratkan kelayakan di peringkat PMR/SRP diselaraskan ke
Gred U11, U14 Sistem Saraan Malaysia.

2. Mengikut Sistem Saraan Malaysia, skim jawatan J3 kini telah ditukar ke J41 - J44. Apakah kedudukan J3 sedia ada
sekarang? Apakah di kedudukan J41? Adakah seseorang J3 yang sedia ada sekarang layak diupgrade secara
automatik ke J42 atau J43 atau J44?. Apakah kriteria yang melayakkannya? Jika tidak, mengapa J2 sekarang boleh
di”upgrade”kan secara automatik ke J48?
Berdasarkan pertanyaan tuan, tidak dijelaskan dalam skim perkhidmatan mana tuan berada. Walau bagaimanapun, secara
umumnya bawah penggelaran semula gred skim perkhidmatan dalam Sistem Saraan Malaysia, Gred J3 (SSB) telah
diselaraskan kepada gred baru iaitu Gred J41. Sehubungan dengan itu, semua anggota yang berada di Gred J3 akan diberi
opsyen untuk diselaraskan kepada Gred J41 (SSM). Manakala bagi Gred J2, J1 telah diberi penggelaran semula kepada Gred
J48, J54. Oleh yang demikian, seperti juga anggota di Gred J3 (SSB), anggota yang berada di Gred J2 (SSB) akan diberi
opsyen kepada gred baru SSM iaitu Gred J48. Sehubungan itu, sukacita dijelaskan anggota yang berada di Gred J2 tersebut
bukanlah diupgrade secara automatik, sebaliknya diberi pelarasan berdasarkan gred baru SSM. Berhubung dengan soalan
tuan, sama ada anggota yang berada di Gred J3 atau J41 layak dinaikkan ke Gred J44 atau J48 adalah berdasarkan syarat-
syarat kenaikan pangkat seperti mana yang ditetapkan oleh skim perkhidmatan di mana tuan berada. Untuk makluman juga,
Gred J42 atau Gred J43 yang dimaksudkan oleh tuan hanyalah terpakai bagi anggota dalam skim perkhidmatan Pembantu
Pegawai Latihan Vokasional/Penolong Pegawai Latihan Vokasional/Pegawai Latihan vokasional iaitu skim perkhidmatan
bersepadu dalam Klasifikasi Perkhidmatan Kejuruteraan.

3. Sekiranya seorang pegawai dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional (Peg.Latihan Vokasional dalam Skim
Kejuruteraan) itu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Master atau Phd.digred manakah
pegawai itu akan berada sekiranya pegawai tersebut memilih Sistem Saraan Malaysia?

Skim perkhidmatan Pegawai Latihan Vokasional adalah skim perkhidmatan bersepadu dan seseorang calon boleh dilantik ke
mana-mana gred lantikan(gred angka ganjil) mengikut kelayakan masuk akademik) yang ditetapkan. Bagaimanapun,
seseorang pegawai sedang berkhidmat yang memperolehi kelayakan akademik yang lebih tinggi seperti Ijazah Sarjana
ataupun Phd. tidak secara otomatik akan ditukar lantik ke gred yang lebih tinggi. Peningkatan ke gred yang lebih tinggi
adalah melalui proses kenaikan pangkat.

4. Saya dilantik sebagai Pegawai Pertanian tetapi menjalankan tugas seorang Jurutera Pertanian sejak tahun 1985.
Adakah saya layak diberi Elaun Perkhidmatan Kritikal dalam Sistem Saraan Malaysia?

Sukacita dimaklumkan bahawa merujuk kepada keputusan Tribunal Perkhidmatan Awam bertarikh 4 Jun 1996, telah
memutuskan supaya Pegawai Pertanian (Jurutera Pertanian) yang menjalankan tugas kejuruteraan pertanian di Jabatan
Pertanian dibayar Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) berkuat kuasa mulai 1 Januari 1992. Sehubungan dengan
itu, tuan dinasihatkan supaya berhubung dengan Ketua Jabatan/Perkhidmatan tuan mengenai perkara ini. Sekiranya terdapat
sebarang kemusykilan tuan boleh berhubung dengan Cawangan Skim Perkhidmatan, Bahagian Pembangunan Organisasi,
JPA.

5. Saya seorang guru berada di tangga gaji P1 T26 dan gaji saya telah maksimun lebih daripada setahun (kalau sistem
SSB sudah berada dalam zon nak masuk DG2) ingin mengetahui samada saya berpeluang memasuki DG2 dan
menerima keistimewaan sebelum ini?

Perbincangan dan pertimbangan telah pun dibuat oleh pihak atasan JPA mengenai kedudukan PPPS dan PPPLD yang sudah
mencapai time-based. Keputusannya telah dimaklumkan kepada Kementerian Pendidikan. Tuan bolehlah menghubungi
Kementerian Pendidikan bagi mendapatkan perkembangan terkini.

Soalan Lazim Perolehan

Perolehan

1. Bagaimana untuk mendapatkan perolehan melalui sebut harga / tender di JPA?


2. Bagaimana untuk mendaftar dalam urusan waran perjalanan udara?
3. Bagaimana untuk mendapatkan perolehan secara pembelian terus di JPA?

Perolehan

Bagaimana untuk mendapatkan perolehan melalui sebut harga / tender di JPA?


Sebelum sebut harga / tender dibuka, ia akan diiklankan seperti berikut:-

i. Sebut harga diiklankan di papan kenyataan Seksyen Perolehan dan yang mengandungi perkara-perkara berikut:-

a. Jabatan yang memanggil sebut harga;


b. tajuk sebut harga;
c. syarat kelayakan penyebut harga;
d. Bidang/Kelas/Kepala Pendaftaran; dan
e. Tempat, tarikh dan waktu sebut harga diterima dan ditutup.
ii. Untuk tender, publisiti yang secara meluas hendaklah dibuat supaya pembekal yang bona fide berpeluang
menyertainya. Tender tempatan diiklankan dan sekurang-kurangnya satu (1) akhbar harian utama berbahasa Melayu
dibuat. Untuk tender antarabangsa sekurang-kurangnya dilakukan dalam dua (2) akhbar, di mana satu berbahasa
Melayu dan satu berbahasa Inggeris. Sesalinan iklan tender tersebut akan dihantar kepada Dewan Perniagaan dan
Perusahaan Bumiputera Malaysia (DPPBM), MAMPU dan JPM untuk dimasukkan ke dalam laman web Malaysian
Civil Service Link (MCSL). Bagi tender untuk projek pembinaan pula, maklumat iklan tender akan dimasukkan ke
dalam laman web Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
iii. Maklumat ini juga akan dimasukkan dalam portal ePerolehan (www.eperolehan.com.my). Mana-mana syarikat yang
berdaftar dengan Sistem ePerolehan akan dapat mencapai maklumat tersebut dan boleh menyertai sebut harga secara
atas talian (on-line).

Untuk masa akan datang, perolehan sebut harga secara atas talian (online) melalui Sistem ePerolehan akan
dilaksanakan. Walau bagaimanapun, perolehan secara tender masih dibuat secara manual mengikut prosedur yang
telah berkuat kuasa.

Bagaimana untuk mendaftar dalam urusan waran perjalanan udara?

Wakil syarikat perlu datang sendiri ke Seksyen Perolehan, Aras 9, Blok C1 dengan membawa profil syarikat dan dokumen-
dokumen berkaitan dan menandatangani Buku Lawatan Agensi ke JPA dengan menurunkan cop syarikat dan tandatangan;

Maklumat syarikat akan didaftarkan dalam sistem SISKET di Seksyen Perolehan dan syarikat akan dihubungi berdasarkan
maklumat kekerapan lawatan syarikat dalam Buku Lawatan;
Prestasi syarikat akan dinilai dan dimasukkan dalam sistem SISKET.

Bagaimana untuk mendapatkan perolehan secara pembelian terus di JPA?

Wakil syarikat perlu datang ke Seksyen Perolehan, Aras 9, Blok C1 dengan membawa profil syarikat dan dokumen-dokumen
berkaitan untuk tujuan pendaftaran;

Maklumat syarikat akan didaftarkan dalam Sistem SEPADU; dan

Syarikat akan dihubungi untuk mendapatkan sebut harga berdasarkan kod bidang

Berkaitan.

Soalan Lazim Yang Selalu Dibangkitkan Dalam Mesyuarat MBJ

Pentadbiran

Apakah tindakan yang boleh diambil sekiranya tarikh lahir pegawai tersilap catat dalam buku perkhidmatan ?
Pegawai boleh memohon kepada Ketua Jabatan dengan mengemukakan Sijil Kelahiran
dan salinan Kad Pengenalan yang disahkan mengikut perenggan 3 & 4, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2002

Apakah yang dimaksudkan dengan perkhidmatan kaunter yang berkualiti?

Perkhidmatan kaunter yang berkualiti adalah seperti di Bahagian III perenggan 4, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
(PKPA) Bilangan 10 Tahun 1991 dan Bahagian V perenggan 5.1, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007

Adakah menjadi kesalahan sekiranya pegawai meminta orang lain tolong mengetik kad perakam waktu?

Ya seperti di perenggan 2.3, Surat Pekeliling Am Bil. 11 Tahun 1981.

Siapakah yang perlu menjalani tapisan keselamatan kasar dan tapisan keselamatan halus?

Mengikut Bahagian II perenggan 80, Buku Arahan Keselamatan, (Keselamatan Peribadi), menjelaskan iaitu:-

 Tapisan Kasar ialah proses yang asas digunakan bagi menapis penjawat-penjawat awam yang dikehendaki melihat
perkara-perkara terperingkat setakat peringkat sulit; dan
 Tapisan Halus ialah proses yang teliti digunakan bagi menapis penjawat-penjawat awam yang sentiasa dikehendaki
melihat perkara
terperingkat Rahsia atau Rahsia Besar.

Perlukah pegawai yang dibekalkan dengan pakaian seragam memakai baju batik pada hari yang telah ditetapkan
oleh Kerajaan?

Tidak Perlu seperti di perenggan 5, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2008.

Mengapa Manual Prosedur Kerja (MPK) dan Fail Meja(FM) perlu disediakan?

MPK dan FM perlu disediakan kerana ia merupakan rujukan utama Jabatan dan individu yang membantu Jabatan/pejabat
berfungsi dengan cekap dan berkesan seperti di perenggan 2 & 3, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 8 Tahun
1991.

Apakah garis panduan yang boleh membantu pihak pengurusan dan urus setia mesyuarat sesebuah
jabatan/organisasi?

Garis panduan mengenainya telah pun dikeluarkan oleh Kerajaan iaitu Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA)
Bilangan 2 Tahun 1991.

Bolehkan pegawai yang meletakkan kenderaan di tempat letak kereta berbayar menuntut bayaran letak kereta?

Boleh menurut syarat yang ditetapkan di dalam perenggan 3, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 1992.

Apakah tindakan yang perlu diambil kepada kakitangan yang datang lewat ke pejabat tanpa alasan munasabah dan
tidak mematuhi waktu bekerja yang telah ditetapkan?

Ketua Jabatan perlu melaporkan ketidakhadiran pegawai tersebut kepada Pihak Berkuasa Tatatertib seperti yang dinyatakan
di dalam perenggan 25, Bahagian III, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 - Pindaan 2002-
P.U.(A) 246.

Apakah langkah bagi memastikan pakaian seragam yang dibekalkan Jabatan kepada pegawai adalah berkualiti dan
menepati tempoh waktu tempahan?
Kerajaan telah menaikkan kadar bayaran upah jahit pakaian seragam mengikut harga seperti yang dinyatakan di dalam
perenggan 2 (iii), Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 2002.

Apakah tujuan penyenggaraan aset Jabatan dibuat dan bagaimanakah proses penyenggaraan ini dapat dilakukan?

Penyenggaraan aset bertujuan supaya ia mematuhi undang-undang, peraturan dan prosedur seperti yang ditetapkan di
perenggan 19 hingga 22, Bab D, Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007. Proses penyenggaraan dapat dilakukan
mengikut garis panduan yang dinyatakan di perenggan 10.7, Panduan Pengurusan Pejabat Bahagian X, Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2007.

Apakah yang perlu dilakukan terhadap aset/ peralatan pejabat yang tidak boleh digunakan/ tidak diperlukan?

Dilupuskan mengikut perenggan 10.10, Bahagian X Pelupusan, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2007. Kaedah
pelupusan adalah seperti yang tercatat pada perenggan 23 hingga 36, Bab E Pelupusan,
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007.

dengan orang luar/ pelawat?

Tindakan perlu diambil mengikut peraturan seperti yang tercatat di perenggan 25, Bahagian IV, Buku Arahan Keselamatan.

Apakah faedah yang diperolehi dari pelaksanaan Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) di sesebuah Jabatan?

Faedah yang diperolehi seperti di perenggan 6, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 7 Tahun
1991.

Apakah yang dimaksudkan dengan aset alih?

Seperti di perenggan 3, Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007.

Agensi manakah yang perlu dirujuk sekiranya Jabatan ingin melupuskan aset secara hadiah?

Perlu mendapat kelulusan Perbendaharaan mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007, Perenggan 15, Bab
E, 33.9.

Dimanakah dokumen-dokumen terperingkat perlu disimpan?

Mengikut perenggan 58, Buku Arahan Keselamatan, (Keselamatan Dokumen), menjelaskan iaitu:-

a. Dokumen terperingkat Rahsia Besar hendaklah disimpan di dalam bilik kebal atau peti besi yang seelok-eloknya dipasang
dengan kunci tatakira. Dokumen-dokumen yang di dalam tindakan penjawat-penjawat awam boleh disimpan untuk sementara waktu
dalam kabinet fail keluli atau almari keluli yang dipasang dengan palang besi berkunci tetapi jika bangunan yang diduduki itu tidak
mempunyai kawalan keselamatan yang rapi, dokumen-dokumen tersebut hendaklah dikembalikan untuk disimpan dalam bilik kebal
atau peti besi;
b. Dokumen terperingkat Rahsia hendaklah disimpan sama seperti dokumen terperingkat Rahsia Besar atau dalam
kabinet keluli atau almari keluli yang dipasang dengan palang besi berkunci;
c. Dokumen-dokumen terperingkat Sulit dan Terhad hendaklah disimpan dalam kabinet keluli atau almari keluli dan
untuk simpanan sementara dalam lain-lain peti yang berkunci seperti dibenarkan oleh Pegawai Keselamatan Jabatan.

Bolehkah seseorang pegawai Kerajaan melihat Buku Rekod Perkhidmatannya?

Boleh seperti di Bahagian II perenggan 2.4 (d) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007.
Berapa bahagiankah tatacara pengurusan Aset Hidup Kerajaan?

Mengikut perenggan 3, Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 6 Tahun 2008, Aset Hidup Kerajaan terbahagi kepada tiga (3)
bahagian iaitu:-

i. Pengurusan Aset Hidup Ikan;


ii. Pengurusan Aset Hidup Haiwan; dan
iii. Pengurusan Aset Hidup Tumbuhan.

Apakah yang dimaksudkan dengan espionaj?

Buku Arahan Keselamatan Bahagian II, perenggan 8, menjelaskan espionaj ialah kegiatan untuk memperolehi perkara
terperingkat dengan cara tersembunyi atau salah di sisi undang-undang bagi tujuan-tujuan yang memudaratkan keselamatan
atau kepentingan-kepentingan Malaysia.

Agensi manakah yang boleh meluluskan hapus kira untuk semua kehilangan peralatan elektronik, komunikasi dan
ICT?

Perbendaharaan Malaysia yang boleh meluluskan hapus kira seperti di perenggan 38.I (b) Bab F, Kehilangan dan Hapus Kira,
Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007.

Bolehkah Bilik Rekod digunakan sebagai tempat untuk merokok, makan dan minum?

Tidak Boleh seperti di perenggan 8.6, Bahagian VIII, Penyelenggaraan, Pemeliharaan dan Pelupusan Rekod Awam,
Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007.

Apakah ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh seorang Pegawai Khidmat Pelanggan?

Pegawai Khidmat Pelanggan perlu memiliki ciri-ciri seperti di perenggan 13, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
Bilangan 1 Tahun 2005.

Apakah tindakan yang perlu dilakukan sekiranya anak kunci keselamatan hilang dari simpanan?

Buku Arahan Keselamatan Bahagian VI, perenggan 32 dan 33 menjelaskan tindakan yang perlu diambil adalah seperti
berikut:-

iv. Kehilangan anak kunci keselamatan hendaklah dilaporkan segera kepada Pegawai Keselamatan Jabatan atau Ketua Jabatan
yang akan menyiasat dan mengemukakan laporannya kepada Pegawai Keselamatan Kerajaan dalam masa 24 jam. Laporan tersebut
hendaklah mengandungi pandangan dan taksiran bahayanya terhadap keselamatan. Pejabat atau peti keselamatan itu hendaklah
dianggap sebagai tidak selamat selagi kuncinya tidak digantikan kecuali dalam keadaan yang tertentu sahaja apabila dibuktikan
bahawa anak kunci yang hilang itu tidak mungkin jatuh ke tangan orang yang tidak dibenarkan.
v. Jika anak kunci keselamatan terbukti hilang, Ketua Jabatan hendaklah menimbang sama ada atau tidak tindakan
tatatertib diambil atau penyiasatan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 patut dijalankan. Laporan kepada Balai Polis
yang terdekat hendaklah dibuat sekiranya difikirkan sesuatu kesalahan jenayah telah berlaku.

Mengapa pemeriksaan aset perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun?

Tujuannya adalah seperti di perenggan 18.2, (a) hingga (c) Bab C – Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan, Pekeliling
Perbendaharan Bilangan 5 Tahun 2007.
Apakah tindakan yang perlu diambil oleh Jabatan bagi mencegah kebakaran?

Ketua Jabatan perlu mengambil tindakan seperti di perenggan 1.21 (a) hingga (e), Bahagian I, Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 5 Tahun 2007.

Bolehkah Jabatan meluluskan pelupusan aset yang nilai asalnya tidak melebihi RM50,000 setiap satu atau jumlah
keseluruhannya tidak melebihi RM500,000?

Boleh seperti di perenggan 25.2, (a) Bab E – Pelupusan, Pekeliling Perbendaharan Bilangan 5 Tahun 2007.

Apakah tindakan yang perlu dilakukan sekiranya kandungan sesuatu fail melebihi 100?

Fail tersebut perlu ditutup dan fail baru perlu dibuka seperti di perenggan 7.9, Bahagian VII, Pengurusan Fail, Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007.

Berapa lamakah tempoh yang membolehkan pegawai kerajaan menuntut elaun perpindahan dari rumah yang disewa
ke rumah sendiri yang dibeli melalui skim pinjaman perumahan Kerajaan?

Tempoh yang dibenarkan ialah tidak lewat daripada 3 bulan selepas tarikh perpindahan seperti di perenggan 3.2 (iii), Surat
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 1989. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007.

Apakah yang dimaksudkan dengan Pencen Hilang Upaya?

Pencen hilangupaya ialah seperti yang dijelaskan di perenggan 17 (1) dan (2), Akta Pencen 1980 (Akta 227).

Siapakah yang dimaksudkan sebagai ‘anak’ bagi maksud rawatan percuma yang boleh diberikan kepada keluarga
seseorang pegawai?

Tafsiran anak bagi maksud ini adalah seperti di perenggan I (iii), Perintah Am Bab F.

Perkhidmatan

Apakah faedah-faedah persaraan yang dibayar kepada pegawai yang menerima Persaraan Demi Kepentingan
Perkhidmatan Awam (PDKPA)?

Pegawai akan dibayar faedah seperti pencen bulanan, ganjaran, pemberian wang tunai sebagai Gantian Cuti Rehat seperti di
perenggan 3, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 23 Tahun 2007, dan kemudahan rawatan dan perubatan dalam persaraan
untuk pesara dan ahli keluarga tanggungannya seperti di perenggan 5, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2001.

Apakah jawatan-jawatan yang tidak boleh diperakukan untuk penanggungan kerja?.

Jawatan yang tidak dibenarkan untuk penanggungan kerja ialah seperti di perenggan 9, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 17
tahun 2007.

Bolehkah seorang pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional bergiat cergas dalam parti politik?

Tidak boleh seperti di perenggan 21, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) (Pindaan) 2002, P.U. (A)
246.

Kenapa pegawai yang lulus PTK Aras IV (Umum dan Khusus) tidak mendapat Anjakan Gaji? (bagi gred lantikan
dan kenaikan pangkat)
Pegawai hendaklah memenuhi syarat yang ditetapkan dalam perenggan 52 dan 53, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun
2002 seperti berikut:

 Bagi gred lantikan perlulah disahkan dalam perkhidmatan, lulus PTK yang ditentukan, berkhidmat tidak kurang 3
tahun, tahap prestasi baik serta diperakukan Ketua Jabatan.
 Bagi gred kenaikan pangkat perlulah lulus PTK yang ditentukan, berada di gred kenaikan pangkat tidak kurang dari
satu tahun,
prestasi baik serta perakuan Ketua Jabatan.

Siapakah pegawai yang layak diperakukan menanggung kerja jawatan lain?

Perenggan 6, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 17 Tahun 2007 menyatakan pegawai yang layak diperakukan menanggung kerja
iaitu:

 telah disahkan dalam perkhidmatan;


 jika belum disahkan, telah berkhidmat sekurang-kurangnya
setahun;
 pegawai yg paling kanan, kelulusan dan kemahiran; dan
 berprestasi baik.

Apakah kriteria pemberian taraf Perkhidmatan Kritikal kepada sesebuah perkhidmatan?

Perenggan 17, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991 dan perenggan 30, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002
telah menggariskan beberapa kriteria yang perlu dipenuhi sebelum ditetapkan sebagai Perkhidmatan Kritikal iaitu:

 peranan dan sumbangan ke arah pertumbuhan dan perkembangan


ekonomi negara;
 persaingan dalam pasaran buruh bagi anggota terlatih;
 kelayakan dan kebolehan yang perlu ada pada perkhidmatan
tersebut; dan
 keadaan persekitaran tempat kerja

Apakah jenis harta yang tidak boleh dimiliki oleh pegawai awam?

Pegawai Awam tidak boleh memiliki lesen kenderaan perniagaan, lesen kenderaan perkhidmatan awam, lesen perniagaan
hiburan atau memohon dan memiliki tanah Kerajaan untuk tujuan pembalakan dan perlombongan seperti di perenggan 26,
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002.

Adakah tempoh cuti tanpa gaji kerana mengikut pasangan bertugas di luar negara boleh diambilkira untuk faedah
pencen?

Tidak boleh seperti di perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2005.

Apakah yang perlu direkodkan dalam Buku Rekod Perkhidmatan Pegawai?

Semua maklumat mengenai pegawai seperti Bahagian II, perenggan 2.3 (a) hingga (e) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5
Tahun 2007.

Bolehkah pegawai yang mengambil kemudahan cuti menjaga anak membuat kerja-kerja sambilan yang dibayar
upah?

Tidak boleh, seperti di perenggan 3, iii Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2007.
Apakah yang dimaksudkan dengan pegawai-pegawai berpencen?

Pegawai-pegawai berpencen ialah seperti di perenggan 8, Akta Pencen 1980 (Akta 227).

Adakah pegawai yang diisytiharkan bankrap atau muflis layak dibayar pencen?

Tidak, seperti di perenggan 20 (1) dan (2), Akta Pencen 1980 (Akta 227).

Apakah tindakan yang boleh diambil ke atas pegawai awam yang melakukan gangguan seksual di pejabat?

Tindakan tatatertib boleh diambil seperti di perenggan 4.3 dan 4.4, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 22 Tahun 2005 dan
peraturan 38, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993 Pindaan 2002.

Bilakah Lembaga Perubatan boleh ditubuhkan?

Lembaga Perubatan boleh ditubuhkan mengikut peraturan-peraturan di perenggan 19, Perintah Am Bab F 1974.

Perlukah Pegawai Penilai Pertama memaklumkan kepada Pegawai Yang Dinilai (PYD) markah yang diperolehi
supaya tidak timbul sebarang ketidakpuasan hati?

Tidak perlu. Walau bagaimanapun Pegawai Penilai Pertama hendaklah memaklumkan kepada PYD mengikut cara yang
sesuai seperti di perenggan 26.17 Bahagian VIII Lampiran A, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002.

Bolehkah seseorang pegawai yang tidak berpuas hati dengan tarikh kenaikan pangkatnya membuat rayuan?

Boleh seperti di perenggan 19, dan 20(1) Peraturan-peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam 1986 di
mana rayuan boleh dibuat dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh keputusan Lembaga Kenaikan Pangkat itu disampaikan
kepada pegawai yang berkenaan.

Siapakah anggota yang layak untuk dipertimbangkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang?

Anggota yang layak seperti di perenggan 5 dan 6, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 2002.

Berapakah umur persaraan wajib bagi pegawai Perkhidmatan Awam yang dilantik selepas 1 Julai 2008?

Umur persaraan wajib ialah 58 tahun seperti para 3 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2008.

Apakah tindakan yang perlu dibuat sekiranya pegawai ingin meletakkan jawatan?

Pegawai perlu mengemukakan notis perletakkan jawatan seperti di perenggan 51 (a) hingga (c), Peraturan-peraturan Pegawai
Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.

Apakah tindakan yang boleh diambil ke atas pegawai kerajaan yang menjadi penagih dadah?

Tindakan boleh diambil mengikut perenggan 7 (2) dan (3), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
(Pindaan) 2002

Berapa lamakah tempoh hukuman tatatertib turun gaji yang boleh dikenakan ke atas pegawai?
Tempoh hukuman tidak boleh kurang daripada dua belas bulan tetapi tidak boleh lebih daripada tiga puluh enam bulan pada
mana-mana satu masa seperti di perenggan 41. (1) (c), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
(Pindaan) 2002

Elaun dan Kemudahan

Bolehkah Anggota Perkhidmatan Awam mendapat cuti tanpa rekod kerana kematian ahli keluarga terdekat?

Boleh seperti di perenggan 3 (b) dan 4, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 2002.

Bolehkah pegawai dalam kumpulan sokongan yang menerima bintang atau pingat kebesaran menuntut elaun
pakaian?

Boleh seperti di perenggan 6, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2007 dan perenggan 3. ii, Surat Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007.

Siapakah yang layak dibayar elaun tugas memandu kenderaan?

Pegawai yang memenuhi syarat-syarat di perenggan 3, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2007.

Apakah jenis rawatan perubatan secara percuma untuk ibu bapa yang sah bagi pegawai yang menerima opsyen
Sistem Saraan Baru (SSB)?

Rawatan perubatan secara percuma yang diberikan kepada ibu bapa yang sah adalah seperti di perenggan 8 (a) Perintah Am
Bab F (1974) dan perenggan 3.3, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1993.

Bolehkah pegawai yang menghadiri temuduga bagi tujuan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) menuntut
elaun perjalanan?

strong>Boleh seperti di perenggan 3.1, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1990 dan di perenggan 4, Pekeliling
Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 2003.

Bolehkah pegawai perkhidmatan awam yang menjadi jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
diluluskan cuti tanpa rekod?

Boleh seperti di perenggan 4, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2004.

Bolehkah pegawai yang memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumpul cuti rehat bagi
tujuan Gantian Cuti Rehat (GCR)?

Boleh seperti di perenggan 3 dan 4, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2004, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4
Tahun 2003 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2003.

Apakah nama skim-skim perkhidmatan yang layak dibayar Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal?

Sebanyak 36 skim perkhidmatan layak dibayar Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal seperti di perenggan 4, Surat
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2007.

Bolehkan pegawai Kerajaan mendapatkan rawatan secara percuma di Institut Jantung Negara Sdn. Bhd.?

Boleh seperti di perenggan 4, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2007.


Siapakah pegawai yang layak dibayar elaun Bahasa Asing?

Pegawai yang memiliki Sijil Kemahiran Bahasa Arab, Mandarin, Perancis, Rusia atau Sepanyol layak dibayar Elaun Bahasa
Asing seperti di perenggan 3, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 30 Tahun 2007.

Adakah pegawai boleh diperuntukkan telefon bimbit secara ‘pool’ untuk kegunaan rasmi?

Boleh mengikut perenggan 2.2, Pekeliling Perbendaharaan 2 Tahun 2002 yang memperuntukkan bahawa, pegawai boleh
diperuntukkan telefon bimbit secara pool basis untuk kegunaan rasmi dengan kelulusan Pegawai Pengawal. Kriteria
pemberian adalah seperti yang dinyatakan di perenggan 3, Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2001.

Adakah Pegawai Kumpulan Sokongan yang bertugas di luar kawasan ibu pejabat/negara dan diarah membuat kerja
lebih masa layak dibayar bayaran lebih masa?

Layak mengikut Perintah Am 14, Bab G dan perenggan (ii). surat Jabatan Perkhidmatan Awam JPA(S)63/31(SV12) bth. 15
November 2001. Di samping itu, pegawai juga layak menuntut elaun bertugas rasmi di luar pejabat seperti Elaun Makan,
Elaun Harian, Bayaran Sewa Hotel, Elaun Perjalanan Kenderaan dan sebagainya.

Siapakah yang layak memohon Cuti Gantian?

Cuti Gantian boleh diberi apabila Pegawai diarah oleh Ketua Jabatan untuk bertugas lebih masa dan Pegawai tidak
berkelayakan mendapat Bayaran Lebih Masa atau Bayaran Khas Lain seperti di dalam Perintah Am 40, Bab H.

Adakah pegawai yang menghadiri kursus pada hari Sabtu / Ahad / Kelepasan Am layak memohon Cuti Gantian?

Tidak layak

Senaraikan jenis cuti kerana perkhidmatan yang layak di pohon oleh pegawai Kerajaan?

Ada TIGA (3) jenis cuti iaitu Cuti Rehat, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji seperti di perenggan 6, Perintah-perintah
Am, Bab C (1974) Cuti.

Bolehkah pegawai yang telah berkhidmat dengan Kerajaan melebihi satu tahun tetapi belum disahkan dalam
jawatan mengambil cuti tanpa gaji kerana urusan persendirian?

Boleh seperti di perenggan 14 (a) hingga (c), Perintah Am Bab C (1974) Cuti.

Bolehkah Pembantu Tadbir (P/O) yang menjalankan tugas pengurusan stor sepenuh masa dibayar Bayaran Insentif
Tugas Pengurusan Stor (BITPS)?

Boleh, seperti di perenggan 3, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 1999.

Apakah yang dimaksudkan dengan cuti kerantina?

Cuti Kerantina ialah apabila seseorang pegawai yang dalam perjalanan balik ke Malaysia dari luar negeri ditahan di mana-
mana stesyen kerantina oleh pihak berkuasa kesihatan pelabuhan atau lapangan terbang kerana disebabkan oleh
perjalanannya melalui sesebuah pelabuhan atau lapangan terbang atau di dalam sebuah kapal terbang yang ada berlaku wabak
penyakit merebak, maka tempoh penahanan sedemikian akan dianggap sebagai cuti kerantina bergaji penuh yang tidak boleh
dipotong dari cuti rehat yang ia berkelayakan seperti yang dijelaskan di perenggan 24(a), Perintah Am Bab C 1974.

Apakah kriteria pemberian Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK)?


Kriteria BITK adalah seperti di perenggan 3, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1999.

Bolehkah elaun basikal dibayar kepada Pembantu Am Pejabat yang menggunakan basikal sendiri untuk
menjalankan tugas rasmi?

Boleh seperti di perenggan 4.10.1, Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 2003.

1. Penilaian: +8

Adakah pegawai yang menerima Bayaran Insentif Wilayah layak dibayar Bantuan Sara Hidup (COLA)?

Tidak Layak seperti di perenggan 4.(c), Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 28 Tahun 2005.

Bolehkah pegawai perundangan yang bertugas di mahkamah dibekalkan baju kot?

Boleh seperti surat JPA(S)1852/2A/Klt.6(58) bertarikh 9 September 1996.

Bolehkah pegawai yang akan menunaikan fardhu haji kali kedua diluluskan cuti haji?

Cuti haji hanya diluluskan sekali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan pegawai seperti di perenggan 2(ii), Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1984.

Siapakah yang layak dibayar Bayaran Pakaian Panas Bilik Komputer?

Pegawai yang layak ialah seperti di perenggan 3.1, (i) Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam bilangan JPA (S)(BGE)
63/38/2 Klt. 2 (22) bertarikh 1 Disember 2005 dan JPA(S)63/38/2(30) bertarikh 22 Mei 1995.

Apakah kriteria kawasan pendalaman bagi melayakkan seseorang anggota perkhidmatan awam dibayar Bayaran
Insentif Pendalaman?

Kriteria kawasan pendalaman bagi melayakkan seseorang anggota perkhidmatan awam dibayar Bayaran Insentif Pendalaman
adalah seperti di perenggan 3, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2000.

Bolehkah seorang Penyelenggara Stor Rendah Gred N11 yang menjalankan tugas pengurusan stor sepenuhnya di
sesuatu Jabatan/Agensi dibayar Bayaran Insentif Tugas Pengurusan Stor (BITPS)?

Tidak Layak kerana BITPS khusus kepada PT(P/O) yang menjalankan tugas pengurusan stor sepenuh masa seperti di
perenggan 3, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 1999.

Berapakah Kadar Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal untuk pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan
Profesional?

Kadar yang dibayar ialah sebanyak 5% daripada gaji pokok kecuali bagi Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian, Pegawai
Farmasi, Pensyarah Perubatan, Pensyarah Pergigian, Pensyarah Universiti(Farmasi) dan Pensyarah UiTM(Farmasi) adalah
sebanyak RM750 sebulan tanpa mengikut gred seperti di perenggan 14,(a), Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17
Tahun 2007.

Adakah pegawai yang diluluskan cuti belajar bergaji penuh di luar negara melebihi satu tahun layak menuntut
Bantuan Sara Hidup?

Tidak Layak seperti di perenggan 4 (g), Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2007.
Skim Perkhidmatan & Perjawatan

Bolehkah Pembantu Am Pejabat (PAP) Gred N1 yang telah lulus Peperiksaan PTK dan telah berkhidmat melebihi 10
tahun dinaikkan pangkat ke Gred N4 secara “time based“?

Tidak bolehkerana urusan kenaikan pangkat sesuatu jawatan adalah berdasarkan


kepada syarat-syarat kenaikan pangkat yang telah ditetapkan dalam skim perkhidmatan seperti di Lampiran A, Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2006.

Apakah jawatan- jawatan kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL) yang boleh dipohon oleh Pembantu Am
Pejabat ?

Terdapat lapan (8) jawatan memperuntukkan kenaikan pangkat secara lantikan(KPSL) kepada Pembantu Am Pejabat seperti
di Lampiran A1, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2006.

Apakah yang dimaksudkan dengan Perkhidmatan Jumud?

Buku Istilah Perkhidmatan Awam yang boleh dilayari di http://www.jpa.gov.my/daftar/d1.htm merujuk Perkhidmatan Jumud
sebagai Perkhidmatan yang tidak diperlukan lagi dan semua perlantikan baru diberhentikan kecuali pengisian jawatan
kenaikan pangkat yang dikosongkan oleh penyandang dalam perkhidmatan yang dijumudkan.

Bolehkah seseorang pegawai awam dipinjamkan ke perkhidmatan awam Negeri, pihak berkuasa berkanun, pihak
berkuasa tempatan atau mana-mana organisasi di dalam atau di luar Malaysia?

Boleh, seperti di Bahagian II, perenggan 12 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan
Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan perenggan 4, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2007.

Jabatan manakah yang perlu dirujuk sekiranya agensi ada keraguan dalam mana-mana skim perkhidmatan
mengenai maksud kelulusan yang setaraf?

Agensi boleh merujuk kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam seperti di perenggan 16, Peraturan-peraturan Pegawai
Awam (Pelantikan, Kenaikan
Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.

Catatan: Perkara ini hendaklah disalurkan ke Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA.

Apakah perkara yang perlu dinyatakan dalam iklan kekosongan jawatan untuk tujuan pengambilan ?

Perkara-perkara yang perlu dinyatakan seperti di Bahagian III, perenggan 14 (2), Peraturan-peraturan Pegawai Awam
( Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan ) 2005.

Bolehkah seseorang pegawai yang telah ditamatkan perkhidmatan atau dibuang kerja dilantik semula ke dalam
perkhidmatan awam?

Boleh dengan kebenaran khas Suruhanjaya seperti di perenggan 9 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan
Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.

Kebajikan

Siapakah pegawai yang diarah mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan?


Pegawai yang sedang menduduki Rumah Biasa Kerajaan dan memiliki rumah melalui Skim Pinjaman/ Pembiayaan Rumah
Kerajaan dalam lingkungan jarak 20 KM dari mercu tanda yang ditetapkan seperti perenggan 7, Pekeliling Perkhidmatan Bil.
13 Tahun 2007 yang berkuatkuasa mulai 1 September 2007.

Siapakah yang layak mendapat subsidi Kerajaan bagi kos penjagaan bayi di nurseri jabatan?

Kakitangan yang mempunyai pendapatan isi rumah RM 2000.00 ke bawah layak mendapat subsidi sebanyak RM 180.00
seperti perenggan 2 & 6, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2007.

Bolehkah diwujudkan satu kawasan merokok di Jabatan bagi membendung perokok-perokok daripada
menggunakan dan mengotorkan tandas pejabat?

Tidak boleh seperti yang tercatat di perenggan 11 (1) (h), Bahagian IV P.U (A) 324, Akta Makanan 1983 - Peraturan-
Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Adakah Kerajaan melantik mana-mana syarikat insurans bagi memberi perlindungan kesihatan kepada pegawai
Kerajaan yang ingin ke luar negara atas urusan persendirian?

Ya, seperti perenggan 2, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2006.

Bolehkah pegawai yang mendiami rumah Kerajaan memelihara binatang ternakan?

Tidak boleh, seperti di perenggan 10, Perintah Am Bab E (1974) Rumah dan Bangunan Pejabat Kerajaan.

Bolehkah Ketua Jabatan memberi kebenaran kepada pegawai awam yang mempunyai anak kurang upaya
menggunakan waktu bekerja untuk menguruskan anak-anak mereka?

Boleh dengan menggunakan masa-masa tertentu yang diperlukan dalam Waktu Bekerja biasa mengikut kesesuaian masing-
masing seperti surat JPA(S) 1619 Klt. 11(29) bertarikh 30 Ogos 2004.

Bolehkah Jabatan menganjurkan program-program kebajikan untuk kakitangannya?

Boleh seperti di perenggan 1.24, Bahagian 1 Pengurusan Am Pejabat, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007.

Berapa lamakah tempoh seseorang ahli MBJ bagi pihak pekerja boleh memegang jawatan?

1 atau 2 tahun seperti di perenggan 5, Lampiran D, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1992.

Kewangan

Bolehkah kadar tuntutan kerja lebih masa pegawai melebihi gaji pokok?

Boleh sekiranya menepati syarat-syarat di perenggan 2, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 1977 dan Surat
Jabatan Akauntan Negara ANM/CWP/02/01 Jld. 3 (157) bertarikh 2 Mac 2001.

Adakah pemandu boleh menuntut bayaran balik telefon bimbit (talian pasca bayar / pra bayar)?

Boleh atas kadar tuntutan sehingga RM30 sebulan mengikut surat Kementerian Kewangan Kewangan KK/BP (8.01) 105/6-1
JLD.2 (SK 1/2007)(5) bertarikh 27.6.2007 dengan kelulusan Ketua Jabatan.

Bolehkah penceramah sambilan dibayar bayaran saguhati?


Boleh mengikut syarat seperti di perenggan 3, Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2005.

Bolehkah pegawai yang bertugas rasmi di luar ibu pejabat selama lima hari menuntut bayaran dobi?

Boleh seperti di perenggan 4.12.1 (b), Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 2003 (Dipinda: Pekeliling
Perbendaharaan Bil 2/2003).

Apakah elaun yang boleh dituntut oleh pegawai yang dikehendaki hadir ke mahkamah sebagai saksi Kerajaan?

Pegawai layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran lain seolah-olah ia bertugas rasmi seperti di perenggan 9, Pekeliling
Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 2003.

Siapakah yang boleh memberi kelulusan perbelanjaan bagi perjalanan tugas rasmi pegawai ke luar negara?

Pegawai Pengawal seperti di perenggan 4, Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 2008.

Bolehkah seseorang pegawai yang pertama kali dilantik ke dalam Perkhidmatan Kerajaan menuntut tambang
perjalanan dari rumah kediamannya ke tempat beliau diarah bertugas?

Boleh seperti di perenggan 13, Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 2003.

Bolehkah pegawai membuat tuntutan kerana mengiringi keluarga (isteri/suami/anak-anak) mendapatkan rawatan di
hospital luar kawasan?

Boleh sekiranya Pegawai Perubatan mengesahkan bahawa keluarganya memerlukan rawatan atau nasihat perubatan yang
tidak boleh diperolehi di tempat ia bertugas seperti di perenggan 42. (a) Perintah Am Bab B 1974.

Berapakah kadar yang boleh dituntut untuk Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi?

Kadar bayaran yang boleh dituntut adalah sebanyak RM650.00 (pegawai) dan RM450.00 (pasangan) seperti di perenggan 10,
(3) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2007.

Berapakah kadar elaun gangguan yang boleh dituntut oleh pegawai yang bertukar wilayah?

Elaun Gangguan yang boleh dituntut ialah sebulan gaji hakiki pegawai seperti di perenggan 4.1, Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 4 Tahun 1988.

Adakah pegawai yang memohon untuk menduduki Rumah Kerajaan layak menuntut bayaran perpindahan?

Tidak Layak seperti perenggan 3, Surat Kementerian Kewangan KK/BP10/687/698/656/2 Jld. 9 (97) bertarikh 26 Julai 2006.

Hal-Hal Lain

Perlukah perlembagaan / pindaan perlembagaan diedarkan kepada semua ahli?

Perlu seperti yang tercatat dalam perenggan 15, Lampiran D, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1992 iaitu sekurang-
kurangnya sebulan sebelum tarikh mesyuarat.

Apakah isu yang boleh dan tidak boleh dibangkitkan/dibincangkan dalam Mesyuarat MBJ?
Menurut perenggan 9, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2002, isu yang boleh dibincangkan adalah berkaitan
dengan syarat perkhidmatan, perjalanan organisasi serta pentadbiran kecuali yang menyentuh dasar Kerajaan dan hal-hal
perseorangan. Walau bagaimanapun, isu dasar boleh dijelaskan dengan tujuan kemudahan pelaksanaannya.

Siapakah yang bertanggungjawab memasukkan dan mengemaskini rekod peribadi di dalam Sistem Pengurusan
Sumber Manusia Sektor Awam (Human Resource Management Information System - HRMIS)?

Perenggan 8 (a), Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 2007 menyatakan bahawa semua Pemilik Kompetensi
(Competency Owner - CO) atau penjawat awam adalah bertanggungjawab memasukkan sendiri maklumat peribadi masing-
masing sebaik sahaja melaporkan diri bertugas. CO juga bertanggungjawab mengemas kini data jika berlaku sebarang
perubahan pada rekod peribadi.

Siapakah yang bertanggungjawab memasukkan dan mengemaskini rekod peribadi di dalam Sistem Pengurusan
Sumber Manusia Sektor Awam (Human Resource Management Information System - HRMIS)?

Perenggan 8 (a), Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 2007 menyatakan bahawa semua Pemilik Kompetensi
(Competency Owner - CO) atau penjawat awam adalah bertanggungjawab memasukkan sendiri maklumat peribadi masing-
masing sebaik sahaja melaporkan diri bertugas. CO juga bertanggungjawab mengemas kini data jika berlaku sebarang
perubahan pada rekod peribadi.

Anda mungkin juga menyukai