Anda di halaman 1dari 11

BAHAGIAN PENGURUSAN LATIHAN

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN

PROGRAM LATIHAN PRA PERKHIDMATAN


BAGI PEGAWAI – PEGAWAI KERAJAAN
PERSEKUTUAN
SYARAT – SYARAT TAWARAN KURSUS PRA PERKHIDMATAN
BAGI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN PERSEKUTUAN

Pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan yang ditawarkan untuk mengikuti Kursus


Pra Perkhidmatan adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan kemudahan-
kemudahan yang telah ditetapkan sepanjang tempoh kursus seperti berikut :-

1. KEMUDAHAN

i) Cuti Belajar
Pegawai akan ditawarkan dengan salah satu satu kemudahan Cuti
Belajar berikut berdasarkan jenis latihan yang diikuti :-

a) Cuti Belajar Bergaji Penuh tanpa Biasiswa (CBBPTB)

Pegawai akan mengikuti latihan secara sepenuh masa di


Institusi Latihan dan sekiranya pegawai mengikuti latihan yang
berkaitan dengan tugas semasa, pegawai akan menerima
kemudahan CBBPTB
Contoh jawatan yang terlibat adalah seperti berikut :-

Jawatan Jururawat Masyarakat ke Jawatan Jururawat


Jawatan Pembantu Kesihatan Awam ke Jawatan
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
Jawatan Pembantu Pembedahan Pergigian ke Jawatan
Jururawat Pergigian / Juruteknologi Pergigian

b) Cuti Belajar Tanpa Gaji dengan Biasiswa (CBTGDB)

Pegawai akan mengikuti latihan secara sepenuh masa di


Institusi Latihan dan sekiranya pegawai mengikuti latihan yang
TIDAK berkaitan dengan tugas semasa, pegawai akan
menerima kemudahan CBTGDB
Contoh jawatan yang terlibat adalah seperti berikut :
Jawatan Pembantu Tadbir ke Jawatan Penolong Pegawai
Perubatan
Pembantu Perawatan Kesihatan ke Jawatan
Juruteknologi Makmal Perubatan

ii) Penginapan (Asrama) dan Penyediaan Makanan


Bayaran asrama yang dikenakan adalah mengikut kadar yang
ditetapkan oleh pihak Kerajaan. Pegawai juga dikehendaki membayar
di atas kadar yang ditetapkan oleh pihak Institusi Latihan bagi
penyajian makanan di asrama tersebut (sekiranya ada).

iii) Tuntutan Tambang Perjalanan


Pegawai layak membuat tuntutan tambang perjalanan sekali semasa
lapor diri dan sekali lagi apabila tamat latihan.

iv) Tambang Kapal Terbang ( Sabah & Sarawak sahaja)


Pegawai daripada Sabah dan Sarawak yang menerima tawaran ini
dan ditempatkan di mana-mana Institusi Latihan KKM samada di
Sabah ataupun di Sarawak hendaklah menghubungi Jabatan
Kesihatan masing-masing bagi urusan tiket penerbangan seperti
berikut :-
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah di talian 088-265960
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak di talian 082-256566

Walaubagaimanapun pegawai masih lagi tertakluk kepada tuntutan


perjalanan seperti di para (iii)

v) Pakaian Seragam
Pegawai akan dibekalkan pakaian seragam mengikut kelayakan-
kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia di sepanjang
tempoh latihan seperti berikut :-
Tahun pertama - 3 pasang
Tahun kedua - 2 pasang
Tahun ketiga - 2 pasang
vi) Rawatan Perubatan
Pegawai layak mendapat rawatan perubatan percuma di Hospital-
hospital kerajaan di sepanjang tempoh latihan ini dan sekiranya
dikehendaki mendapatkan rawatan di wad, calon berkelayakan Wad
Kelas Dua.

vii) Cuti
Pegawai adalah tertakluk kepada cuti semester yang ditetapkan oleh
Institusi Latihan masing-masing.

2 ELAUN

i) Pegawai yang mengikuti latihan dengan kelulusan Cuti Belajar Bergaji


Penuh Tanpa Biasiswa (CBBPTB) layak menerima gaji dan elaun tetap
sahaja (seperti sedia ada) sepanjang tempoh latihan. Pembayaran ini
akan dilakukan oleh Ketua Jabatan tempat bertugas masing-masing.

ii) Pegawai yang mengikuti latihan dengan kelulusan Cuti Belajar Tanpa
Gaji dengan Biasiswa (CBTGDB) layak menerima elaun sepanjang
tempoh pengajian. Pembayaran elaun ini akan dilakukan oleh
Institusi Latihan masing-masing. Elaun yang terlibat adalah seperti
berikut : -

Peringkat Elaun Jumlah


Pengajian
Diploma Gaji Pokok (tangga mata
akhir gaji )

Buku (sekali setahun) RM250.00


Perkakas (sekali sepanjang pengajian) RM25.00
Kertas Projek(sekali setahun) RM90.00
Jahitan Pakaian Seragam RM45.00
(sepasang)
Sijil Gaji Pokok (tangga mata
akhir gaji )

Buku (sekali setahun) RM240.00


Perkakas (sekali sepanjang pengajian) RM25.00
Kertas Projek(sekali setahun) RM80.00
Jahitan Pakaian Seragam RM45.00
(sepasang)

3. PERGERAKAN GAJI TAHUN (PGT)

i) Pegawai yang diluluskan CBBPTB akan menerima PGT seperti biasa


setiap tahun dimana penilaian markah LNPT akan dilakukan oleh
Ketua Jabatan masing-masing di setiap akhir tahun.

ii) Pegawai yang diluluskan CBTGDB, PGT setiap tahun hanya bergerak
secara isyarat sepanjang tempoh pengajian. Penilaian markah LNPT
masih lagi dilakukan oleh di peringkat Institusi Latihan masing-masing
di setiap akhir tahun.

4. LANTIKAN KE PERKHIDMATAN AWAM

Pegawai yang telah lulus dengan jayanya latihan ini adalah layak
dipertimbangkan jika dikehendaki untuk dilantik ke dalam Perkhidmatan
Awam.

5. PERJANJIAN

Pegawai yang menjalani Kursus Pra Perkhidmatan adalah dikehendaki


untuk menandatangani ikatan perjanjian dengan Kerajaan. Tempoh ikatan
perjanjian untuk berkhidmat dengan Kerajaan adalah seperti berikut :-
Peringkat Jenis Kemudahan Tempoh Ikatan Perjanjian
Pengajian Atau Gantirugi
Sijil CBTGDB 2 tahun 2 tahun
atau
RM50,000.00

2 tahun 6 bulan 3 tahun


atau
RM60,000.00
Diploma CBBPTB 1 tahun 1 tahun
(KPSL Jururawat sahaja) atau
RM25,000.00

CBBPTB 3 tahun 4 tahun


CBTGDB atau
RM110,000.00

6. MENARIK DIRI ATAU MENOLAK TAWARAN DARI LATIHAN

i) Pegawai yang menolak tawaran sebelum mengikuti latihan perlu


mengemukakan surat melalui Ketua Jabatan
ii) Pegawai yang menarik diri daripada mengikuti latihan setelah kursus
bermula perlu mengemukakan surat melalui Pengarah Institusi
Latihan untuk mendapat kelulusan Bahagian Pengurusan Latihan
KKM

7. PENERIMAAN TAWARAN BAGI PENJAWAT AWAM

i) Belum Disahkan Dalam Jawatan


Pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia dan
belum disahkan di dalam perkhidmatan sewaktu menerima tawaran
ini maka pegawai tersebut hendaklah meletakkan jawatan mengikut
peraturan dan syarat-syarat perkhidmatan masing-masing. Sesalinan
notis peletakan jawatan hendaklah dikemukakan ke Bahagian
Pengurusan Latihan, KKM.
ii) Pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan
Pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan adalah terdiri
daripada :-

a) Anggota Kumpulan Sokongan KKM


Pegawai yang berjaya akan diberikan kelulusan Cuti Belajar
Tanpa Gaji Dengan Biasiswa (CBTGDB) atau Cuti Belajar Bergaji
Penuh Tanpa Biasiswa (CBBPTB) melalui Ketua Jabatan masing-
masing

b) Anggota Kumpulan Sokongan Selain Daripada KKM/di bawah


skim Perkhidmatan Gunasama / Jawatan Kader
Pegawai yang berjaya hendaklah memohon terlebih dahulu
kelulusan Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG) daripada Pihak
Berkuasa Melulus (Kementerian Asal) dan seterusnya baru
pegawai dibenarkan memohon Cuti Belajar Tanpa Gaji Dengan
Biasiswa (CBTGDB) di bawah KKM dengan mengemukakan
bersama sesalinan kelulusan tersebut (yang diakui sah) ke
Bahagian Pengurusan Latihan, KKM melalui Kementerian
masing-masing untuk diluluskan bayaran biasiswa.

8. MELAPOR DIRI SELEPAS TAMAT LATIHAN

Pegawai perlu melapor diri kepada Ketua Jabatan masing-masing sebaik


sahaja tamat latihan di Institusi Latihan.
9. PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN TAWARAN DENGAN
SENDIRINYA

i) Gagal mengemukakan dokumen-dokumen yang berkaitan seperti di


Lampiran I ke Bahagian Pengurusan Latihan bagi tujuan
mendapatkan kelulusan Cuti Belajar dalam tempoh masa yang
ditetapkan;
ii) Gagal melaporkan diri pada tarikh dan tempat yang ditetapkan;
iii) Disahkan mengidap sakit jiwa, Epilepsy (Sawan), penyakit berjangkit
seperti Hepatitis B, Hepatitis C dan HIV/AIDS oleh Pengamal
Perubatan Berdaftar walaupun pengesahan tersebut diterima selepas
melapor diri atau sedang berkursus;
iv) Didapati terlibat dengan penyalahgunaan dadah;
v) Didapati masih terikat dengan mana-mana perjanjian latihan dan
menerima `award’ daripada mana-mana pihak kecuali telah
mendapat persetujuan pelepasan secara bertulis daripada penganjur
latihan tersebut;
vi) Adalah anggota perkhidmatan Kerajaan yang dibuang kerja/
ditamatkan kerja kecuali dengan kebenaran khas secara bertulis
daripada Suruhanjaya Perkhidmatan berkaitan;
vii) Memberikan maklumat palsu untuk mendapatkan tempat latihan
dan
viii) Didapati mengandung semasa melapor diri ataupun pengesahan
tersebut diterima selepas melapor diri atau sedang berkursus
LAMPIRAN 1

SENARAI SEMAK DOKUMEN-DOKUMEN YANG PERLU DIHANTAR


KE BAHAGIAN PENGURUSAN LATIHAN BAGI TUJUAN KELULUSAN CUTI BELAJAR

1. KKM(BPL)LDP 2008(II) Sokongan - 2 salinan

2. Perjanjian CBBP tanpa Biasiswa - 3 salinan

(sila matikan setem perjanjian di mana-mana pejabat LHDN)

3. Salinan kenyataan perkhidmatan yang - 1 salinan

dikemaskini dan diakui sah

4. Salinan senarai tugas yang diakui sah - 1 salinan

5. Salinan Asal surat ulasan kepentingan kursus kepada - 1 salinan

Jabatan / Pekhidmatan oleh Ketua Jabatan

6. Salinan Asal Borang Penerimaan Tawaran - 1 salinan


atau
7. Salinan Asal Borang Menolak Tawaran - 1 salinan
(Sekiranya pegawai menolak tawaran mengikuti latihan yang ditawarkan)

PERHATIAN:-

Sila kembalikan kesemua borang seperti di atas ke ke Bahagian Pengurusan


Latihan dalam tempoh 7 hari bekerja daripada tarikh penerimaan. Kegagalan
tuan untuk mengemukakan dokumen-dokumen ini dalam tempoh yang
ditetapkan akan menyebabkan tawaran ini terbatal dengan sendirinya.
LAMPIRAN II

SENARAI SEMAK DOKUMEN-DOKUMEN YANG PERLU DISEDIAKAN


SEMASA LAPOR DIRI DI INSTITUSI LATIHAN

1. Salinan Asal Surat tawaran daripada KKM - 1 salinan

2. Salinan Asal Surat Akuan Sumpah - 1 salinan


Pegawai dikehendaki mengangkat sumpah dan menurunkan tandatangan
pegawai di hadapan Pesuruhjaya Sumpah di dalam Surat Akuan Sumpah
yang dikepilkan.

3. Salinan Asal Borang Pemeriksaan Kesihatan - 1 set


Pegawai boleh menjalankan pemeriksaan kesihatan di Hospital/Klinik
kerajaan atau swasta. Sekiranya pemeriksaan dilakukan di Hospital/Klinik
swasta, bayaran adalah di bawah tanggungan pegawai sendiri. Salinan
pemeriksaan kesihatan ini hendaklah dikemukakan di Institusi Latihan
semasa lapor diri.

4. Salinan Surat Beranak - 1 salinan


5. Salinan Kad Pengenalan - 1 salinan
6. Enam keping gambar warna berukuran passport - 6 keping
LAMPIRAN III

KEPERLUAN DAN KELENGKAPAN ASAS YANG PERLU DIBAWA SEMASA HARI


PENDAFTARAN

1. Cadar - 1 helai

2. Bantal dan Sarung Bantal - 1 biji / 1 helai

3. Selimut - 1 helai

4. Pakaian Sukan dan Kasut Sukan - 1 pasang

5. Wang saku secukupnya untuk kegunaan sendiri sebelum mendapat

biasiswa / elaun

6. Wang pendahuluan untuk bayaran ( sekiranya ada) :

a) Asrama dan makanan dianggarkan sebanyak RM200.00

b) Pakej Program Orientasi dan Ko-kurikulum sebanyak RM100.00

c) Insuran Perlindungan bagi 3 tahun pengajian sebanyak RM90.00

Anda mungkin juga menyukai