Anda di halaman 1dari 2

Cempaka dan sutera putih.

Pada zaman dahulu, ada sepasang suami isteri Pak Zaki dan Mak Siti. Mereka sudah lama berkahwin, tetapi tidak mempunyai anak. Akhirnya, mereka mengambil anak angkat bernama Cempaka. Pak Zaki dan Mak Siti sangat menyayangi Cempaka. Cempaka seorang gadis yang sangat rajin. Dia selalu membantu Pak Zaki di sawah dan di rumah. Pada suatu ketika, kampong mereka dilanda kemarau. Semua tanaman mereka mati. Sawah mereka menjadi kering kontang. Pak Zaki dan Mak Siti susah hati kerana mereka kehabisan beras. Mereka bimbang jika kemarau berterusan, mereka akan kelaparan. !iba tiba Cempaka menghampiri Pak Zaki dan Mak Siti. Cempaka memberitahu Pak Zaki dan Mak Siti supaya tidak bersedih. Cempaka akan membantu Pak Zaki dan Mak Siti tetapi mereka hendaklah berjanji tidak akan melihat apa yang "empaka lakukan. Pak Zaki dan Mak Siti pun bersetuju. Cempaka pun masuk ke biliknya untuk mengambil kain sutera. #emudian Cempaka memberikan kain sutera itu kepada pak Zaki dan menyuruh Pak Zaki menjualkannya di pe"an esok. Pak Zaki dan Mak Siti terkejut. Mereka pun membelek belek kain sutera itu. !enunannya sungguh halus. #eesokan harinya, Mak Siti pun pergilah ke pekan. Dia menjual kain sutera itu dengan harga yang mahal pada seorang peniaga. Peniaga itu meminta Mak Siti membawa kain sutera lagi. Mak Siti pun bersetuju. Setelah beberapa hari menjual kain sutera, Mak Siti dan Pak Zaki teringin melihat Cempaka menenun kain sutera. Mereka pun mengintai Cempaka melalui "elah "elah dinding biliknya. Mereka terperanjat melihat seekor bangau sedang tekun menenun kain. Mak Siti menjerit akibat kerana terperanjat. $angau jelmaan itu terdengar jeritan Mak Siti. $angau itu pun menangis teresak esak sambil menghulurkan kain sutera yang baru di tenunnya. %Mengapa mak dan ayah melanggar janji& tanya bangau jelmaan itu kepada Pak Zaki dan Mak Siti.

%'ika begitu, inilah kain sutera terakhir yang dapat saya tenun& kata bangau jelmaan itu lagi. Pak Zaki dan mak Siti memohon maa( daripada Cempaka. Cempaka memberitahu kepada Mak Siti mungkin inilah hari terakhir mereka dapat bersama. Mak Siti dan Pak Zaki merayu kepada Cempaka jangan meninggalkan mereka. Cempaka pun men"eritakan perkara yang sebenar kepada mereka. Cempaka telah terkena sumpahan. 'ika ada orang yang melihat Cempaka menjelma sebagai bangau, maka Cempaka akan kekal menjadi bangau. )leh itu, mereka terpaksalah berpisah. #eesokkan paginya, bangau jelmaan itu pun terbang jauh. Pak Zaki dan Mak Siti berasa sangat sedih. Selepas musim kemarau berlalu, mereka kembali ber"u"uk tanam. *alau bagaimanapun, pada setiap bulan purnama, bangau itu akan datang menjenguk Pak Zaki dan Mak Siti sambil membawa kain sutera putih.

Anda mungkin juga menyukai