Anda di halaman 1dari 35

LENCANA KEAHLIAN

Suhizulhisam Bin Keliwon Pemimpin Kumpulan 22 SMK PEKAN NANAS

1. Peraturan Pakaian Seragam Pengakap

1. Peraturan Pakaian Seragam Pengakap (samb)

2. Prinsip Rukun Negara


BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

2. Prinsip Rukun Negara(samb)


MAKA KAMI, rakyar Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsipprinsip yang berikut: Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada raja dan negara, Keluhuran perlembagaan, Kedaulatan undang-undang, Kesopanan dan kesusilaan.

3. Lambang Pengakap

1. 2. 3.

Pecahan tiga kelopak melambangkan Persetiaan Pengakap Warna kuning, hijau dan merah unit dalam pengakap, kuning (PKK), hijau (PM) dan merahh (PR). Dua buah bintang pecah lima berwarna hijau pada kelopak kiri dan kelopak kanan undang-undang pengakap yang sepuluh.

3. Lambang Pengakap (samb)


4. 5. 6. Ikatan hijau ikatan persaudaraan pengakap. Anak bulan dan bintang agama rasmi Malaysia, iaitu agama islam. Lingkaran tali berwarna biru tua perpaduan rakyat Malaysia dan persaudaraan Pengakap Sedunia. Warna kuning pada anak bulan dan bintang warna diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja. Bintang pecah 14 (warna kuning) 14 buah negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) terkandung dalam Malaysia.

7.
8.

4. Persetiaan Pengakap
Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya saya akan: Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara; Menolong orang setiap masa; Menurut Undang-undang Pengakap.

4. Persetiaan Pengakap (samb)

5. Undang-undang Pengakap
1. 2. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai, bermaruah dan mempunyai kehormatan diri. Pengakap adalah seorang yang taat kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong serta raja-raja dan kepada pemimpin pengakapnya, ibu bapanya, majikannya dan orang-orang di bawahnya. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa. Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada pengakap lain walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.

3.

4.

5. Undang-undang Pengakap(samb)
5. Pengakap adalah seorang yang baik dab sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi. 6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang. 7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu bapanya, ketua patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya tanpa apa-apa soalan. 8. Pengakap adalahseorang yang sentiasa sabar dan manis air mukannya walau dalam masa kesusahan. 9. Pengakap adalah seorang yang berjimat dan bercermat. 10. Oengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.

6. Hormat Pengakap
Seorang pengakap memberi hormat dengan tangan kanannya. Tiga jari yang digunakan dalam hormat mengingatkan ketiga-tiga bahagian Persetiaan Pengakap seperti berikut: 1. Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara. 2. Menolong orang pada setiap masa. 3. Menurut Undang-undang Pengakap.

*Semua pemakai lencana pengakap mesti memberi hormat antara satu sama lain.

6. Hormat Pengakap (samb)


Bila Hormat Pengakap Digunakan 1. Menemui pengakap lain, menandakan persaudaraan dan penghormatan. 2. Menemui pemimpin, penolong pemimpin pengakap dan ketua patrol. 3. Selepas upacara menaikkan bendera. 4. Dalam istiadat menerima anugerah, watikah, sijil dan sebagainya.

6. Hormat Pengakap (samb)

6. Hormat Pengakap (samb)

7. Cogan Kata Pengakap


1. Pengakap Kanak-kanak BUAT HABIS BAIK 2. Pengakap Muda SELALU BERSEDIA 3. Pengakap Remaja PANDANG LUAS 4. Pengakap Kelana - BERKHIDMAT

8. Sejarah Pengakap Malaysia


Ditubuh pada tahun 1909 di Selangor tetapi tidak bergerak cergas sehingga tahun 1926. 1910 ditubuhkan di Singapura oleh F.C. Sands mengandungi 30 ahli. Pengakap melayu ditubuhkan pada 1919 di Singapura oleh Kapten N.M. Hashim dan A.Z. Alsagoff. Penubuhan seterusnya : Pahang (1912), Sabag (1913), Pulau Pinang dan Negeri Sembilan (1925), Selangor dan Terengganu (1926) Kelantan (1927) dan Johor (1928). 1964, Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia (PBPM) ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM).

8. Sejarah Pengakap Malaysia (samb)


1965 Singapura berpisah dengan Malaysia. PPM terdiri daripada 14 buah Majlis Pengakap Negeri, iaitu, Johor, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang, Perlis, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. PPM tertakluk kepada Akta Parlimen No. 38 Tahun 1968 dengan pindaan Undang-undang Akta 143, Akta Persekutuan Pengakap Malaysia 1974. Akta 409, Tahun 1989 (Kaji Semak):

9. Sejarah Pengakap Dunia

9. Sejarah Pengakap Dunia (samb)


Diasaskan oleh Lord Baden Powell atau nama penuhnya Robert Stephenson Smyth Baden Powell. Dilahirkan pada 22 Februari 1857, di Hyde Park London. 1870 memulakan persekolahan di Sekolah Charterhouse dan menamatkan pengajian ketika berumur 19 tahun. Menjadi peawai tentera dan ditempatkan di India dalam pasukan Hussar Ke-13 pada tahun 1876. 1887 dihantar ke Afrika menentang kaum Zulu. Bangsa Ashanti menggelarnya serigala yang tidak pernah tidur kerana keberanian dan kecekapannya. 1899 beliau dinaikkan pangkat sebagai Kolonel.

9. Sejarah Pengakap Dunia (samb)


13 Oktober 1899 -18 Mei 1900 mempertahankan bandar Mafeking. Menggunakan kanak-kanak sebagai utusan dan pemberitahu untuk menggantikan askar di medan perperangan. Hasil dari itu, 1906 beliau merangka penubuhan pengakap. 1907 buku Aids to Scouting siap ditulis. 1907 perkhemahan pertama diadakan di Pulau Brownsea. 1908 buku Scouting For Boys diterbitkan. 1912 beliau mengelilingi dunia untuk bertemu pengakap.

9. Sejarah Pengakap Dunia (samb)


1916 menubuhkan pengakap kanak-kanak. Sebelum ini hanya remaja. 1919 perkhemahan pengakap pertama diadakan di Gilwell Park, London. 1920 jamboro dunia pertama di London dan LBP diisytiharkan sebagai Pengakap Agung Dunia. 1937 berhijrah bersama isterinya ke Kenya, Afrika ketika berusia 80 tahun. Meninggal dunia di Paxtu, Kenya pada 8 Januari 1941. Tuhan Memimpin dan Membantu di dalam Kerjakerjamu Lord Baden Powel.

10. Simpulan

Buka Sila (Reef Knot)

Buka Sila (Reef Bend)


Buka sila adalah simpulan yang kerap digunakan bagi menyambung dua utas tali yang sama besarnya. Simpulan ini tegap dan tidak boleh terlucut. Simpulan ini digunakan untuk mengikat benda-benda kecil dengan menggunakan tali yang keil, mematikan simpulan dalam balutan (bandage) dan untuk mengikat khemah yang sudah dilipat atau mengikat layar.

10. Simpulan (samb)

Bunga Geti (Sheet Bend)

Simpul Bunga Geti (Sheet Bend)


Digunakan untuk menyambungkan dua tali yang sama besar dan tali yang tidak sama besar. Digunakan juga untuk mengikat tali ke suatu tanjul.

10. Simpulan (samb)

Simpul Manuk (Clove Hitch)

Simpul Manuk (Clove Hitch)


Simpul manuk digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak. Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik atau diangkat ke trmpat yang dikehendaki. Simpulan ini juga digunakan juga semasa memulakan atau mematikan ikat seraya, ikat silang gunting dan lilit kacang/ular.

10. Simpulan (samb)

Tindih Kasih (Bowline)

Simpul Tindih Kasih (Bowline)


Simpul ini digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut. Simpul ini sangat berguna dalam kerja-kerja menyelamat dan diikat pada pinggang mangsa.

10. Simpulan (samb)

Lilit Dua Simpul (Round Turn Two Half Hitches)

Lilit Dua Simpul (Round Turn Two Half Hitches)


Lilit dua simpul digunakan bagi mengikat hujung tali kepada tiang, pokok, kayu, gelung atau tali lain supaya ia tidak terlucut.. Simpulan ini juga digunakan untuk mengikat hujung tali khemah.

10. Simpulan (samb)

Lilit Pemati Biasa (Common Whipping)

Lilit Pemati Biasa (Common Whipping)


Simpulan ini digunakan untuk mematikan hujung tali supaya hujung tali itu nampak kemas dan tidak terburai.

SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai