Anda di halaman 1dari 8

1.

Permohonan Baru (Kelulusan KHEDN)


Mulai 1 Ogos 2005, permohonan dikemukakan ke Pusat Kelulusan Setempat di
KHEDN (ditempatkan di Tingkat 4, Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya)
Pegawai-pegawai dari agensi berkaitan seperti MITI, KSM, KPIAT, KPPK dan
CIDB ditempatkan sepenuh masa di pusat ini.
Surat kelulusan akan dikeluarkan hanya selepas majikan membuat bayaran levi
dalam tempoh dua hari.
2. Kemasukan Pekerja Asing di bawah Kelulusan Setempat
a. Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA
Pekerja asing hendaklah mendapatkan Visa dari pejabat perwakilan
Malaysia di luar negara. ATAU
Kemudahan Visa On Arrival dengan syarat pekerja menaiki pesawat MAS
, Air Asia atau syarikat penerbangan nasional negara asal .
b. Pintu Masuk Lain
Pekerja asing dari negara Thailand dan Indonesia hendaklah
mendapatkan visa dari Pejabat Perwakilan Malaysia di negara
berkenaan.
Bagi pekerja asing India, majikan adalah dibenarkan memohon
Multiple Entry Visa/Single Entry visa mengikut prosedur sedia ada
dari pejabat perwakilan Malaysia luar negara di India untuk
memasuki Malaysia melalui KLIA.
Alamat Pusat-pusat Kelulusan Setempat: (Kementerian Dalam
Negeri )
Bahagian Pengurusan Pekerja Asing
No.15, Tingkat 4 (Podium), Persiaran Perdana Presint 2,
62550 Putrajaya
Urusetia, Jawatankuasa Buruh Asing
Pejabat Imigresen
Wilayah Persekutuan Labuan
87007 Labuan
Tel: 088-412298
Urusetia, Jawatankuasa Tetap Buruh Asing Indonesia Di Sabah
Pejabat Imigresen SabahKompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Jalan UMS,
88300 Kota Kinabalu, Sabah
Tel: 088-488700
Pengarah
Jabatan Buruh Sarawak
Tingkat 13, Bangunan Sultan Iskandar
Jalan Simpang Tiga P.O. Box 1383
93532 Kuching SARAWAK
Tel: 082-242261
Telah Dikemaskini pada Isnin, 02 April 2012 01:13


Permohonan Pekerja Asing
1. Jenis-jenis Sektor:
i. Pembuatan
ii. Perladangan
iii. Pertanian
iv. Pembinaan
v. Perkhidmatan
Permohonan kelulusan kuota hendaklah dibuat di Pusat Kelulusan Setempat, Kementerian Dalam Negeri
kecuali Pembantu Rumah Asing, tukang masak warganegara Thailand dan penoreh getah di negeri-
negeri Utara dan Pantai Timur tidak memerlukan kelulusan tersebut.
2. Tatacara Permohonan Baru
a. Mendapatkan Surat Kelulusan dan membuat bayaran levi di Pusat Kelulusan Setempat, KDN.
b. Majikan memohon Visa Dengan Rujukan (VDR) dan Pas Lawatan (Kerja Sementara).
a. Dokumen yang diperlukan untuk memohon:
i. Surat permohonan dari majikan
ii. Borang perakuan permohonan visa dengan rujukan
iii. Surat kelulusan Kementerian Dalam Negeri
iv. Resit asal bayaran levi
v. Borang IMM.12
vi. Borang bayaran
vii. Borang permohonan VDR pekerja asing baru
viii. Bank draf (Bayaran PLKS, PROSES DAN VISA)
ix Wang cagaran / Insuran Guarantee / Bank Guarantee (sahlaku sekurang-kurangnya 18 bulan)
x. Salinan pasport pekerja
xi. Gambar pekerja (1 keping)
xii. Personal bond yang dimatikan setem
xiii. Laporan pemeriksaan perubatan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dari negara
sumber
b. Dokumen Tambahan:
i. Salinan borang pendaftaran syarikat (Borang 49/ Borang B&D) / Kad Wakil Syarikat (Kad kuning) untuk
Permohonan VDR Pekerja Asing (Majikan / Wakil Syarikat)
ii.Surat kelulusan outsourcing asal pengambilan pekerja asing dan salinan diakui sah sijil outsourcing
untuk Permohonan VDR Pekerja Asing (Syarikat Outsourcing)
c. Pekerja Asing hendaklah berada di luar negara sementara permohonan diproses. Pekerja tersebut
hanya akan dibenarkan masuk selepas permohonan VDR dan PL(KS) diluluskan. Pintu masuk yang
dibenarkan:
i. Melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
Pekerja asing hendaklah mendapatkan Visa dari Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara atau
Kemudahan Visa On Arrival (VOA)
ii. Melalui Pintu-pintu Masuk Lain
Pekerja asing dari negara Thailand dan Indonesia hendaklah mendapatkan Visa dari Pejabat Perwakilan
Malaysia di Negara berkenaan.

d. Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik/pusat kesihatan yang berdaftar dengan FOMEMA dan
disahkan sihat.
e. Mendapatkan Pelekat Pas Lawatan (Kerja Sementara) Di Pejabat Imigresen Negeri Atau Di Ibu
Pejabat Imigresen Malaysia, Putrajaya. Dokumen diperlukan:
i. Surat kelulusan asal dari Pusat Kelulusan Setempat, KDN
ii. Resit-resit asal bayaran yang telah dibuat
iii. Pasport pekerja
* Peringatan: Semua urusan di atas hendaklah dilakukan dalam tempoh sebulan daripada tarikh
kemasukan pekerja ke Negara ini.
3. Tatacara Permohonan Lanjutan
i. Permohonan dilakukan di Bahagian Pekerja Asing, Ibu Pejabat/Pejabat Imigresen Negeri. Majikan perlu
memohon 3 bulan sebelum tarikh tamat PL(KS).
ii. Pekerja asing perlu melakukan ujian pemeriksaan kesihatan dengan FOMEMA dan disahkan sihat
(bagi lanjutan tahun kedua dan ketiga sahaja).
iii. Permohonan perlu dihantar atau dimohon oleh majikan.
iv. Dokumen yang diperlukan :
v. Borang 49 / Borang B & D / kad wakil syarikat
vi. Borang bayaran
vii. Pasport pekerja asing yang masih sah tidak kurang 12 bulan
viii. Salinan resit bayaran wang cagaran /Jaminan bank/ Jaminan insuran (tidak kurang daripada 18
bulan)
4. Bentuk bayaran
i. Tunai
ii. Bank deraf atas nama "KETUA PENGARAH IMIGRESEN MALAYSIA" dan bagi negeri-negeri atas
nama "PENGARAH IMIGRESEN NEGERI" berkenaan. (Contoh : PENGARAH IMIGRESEN NEGERI
KEDAH)
5. Maklumat Tambahan
i. Syarikat outsourcing dibenarkan membuat penukaran pekerja-pekerjanya dari satu syarikat ke satu
syarikat di dalam sektor yang sama sahaja.
ii. Syarikat outsourcing hendaklah bertanggungjawab mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.
* Perhatian:
a. Pekerja Asing mestilah dalam lingkungan umur 18-45 tahun.
b. Pekerja Asing tidak dibenarkan membawa keluarga masuk dan tinggal di negara ini.
c. Pekerja Asing tidak boleh bertukar sektor pekerjaan atau bertukar majikan tanpa mendapat kebenaran
daripada Kementerian Dalam Negeri.
d. Pekerja asing hanya dibenarkan bekerja dalam tempoh tidak melebihi 5 tahun
e. Pekerja Asing dibenarkan tinggal di negara ini mengikut tarikh pas yang telah ditetapkan. Lanjutan
tempoh sah laku PL(KS) hendaklah dikemukakan kepada mana-mana Pejabat Imigresen 3 bulan
sebelum tarikh tamat PL(KS).
f. Majikan adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam segala hal pembayaran deposit, visa, pas dan
levi Pekerja Asing di Jabatan Imigresen Malaysia
g. Deposit hanya boleh dibayar balik jika majikan telah mengemukakan bukti bahawa Pekerja Asing telah
meninggalkan negara atau telah bertukar majikan dengan kebenaran Jabatan Imigresen.
h. Pekerja Asing hendaklah dihantar pulang ke negara asal sebaik sahaja tamat tempoh bekerja, dibuang
kerja atau apabila PL(KS) telah tamat tempoh atau telah dibatalkan atau disahkan tidak sihat.
i. Pekerja Asing tidak dibenarkan berkahwin dengan penduduk tempatan atau pekerja asing yang bekerja
di negara ini.
j. Majikan bertanggungjawab melaporkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia sekiranya Pekerja Asing
melarikan diri dari tempat sepatutnya dia bekerja.
Kelulusan PL(KS) boleh ditarik balik atau dibatalkan jika ianya bertentangan dengan syarat-syarat yang
telah ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
NOTA :
Untuk permohonan pekerja asing di Negeri Sabah dan Sarawak, sila rujuk Pejabat Imigresen Negeri
berkenaan.
Bil.
Negara
Sumber
Jumlah Pendapatan
majikan(Bersih)
Bayaran Sita (Personal
Bond)
1. Indonesia RM 3,000.00 RM 250.00
2. Filipina RM 5,000.00 RM 750.00
3. Sri Lanka RM 5, 000.00 RM 750.00
4. Thailand RM 3,000.00 RM 250.00
5. Cambodia RM 3,000.00 RM 250.00
6. India RM 5,000.00 RM 750.00
7. Laos RM 3,000.00 RM 1500.00
8. Vietnam RM 3,000.00 RM 1500.00
Posted by azmi at 7:48 AM No comments:



WAJIB AMBIK IG,FWCS DAN SPIKPA UTK PEKERJA ASING
Majikan yang mengaji pekerja asing/foreign worker diwajibkan mengambil Jaminan
Insuran atau Insurance Guarantee (IG), Skim Pampasan Insuran Pekerja Asing/Foreign
Workers Compensation Scheme (FWCS) dan Skim Pampasan Insuran Kesihatan Pekerja
Asing (SPIKPA). Insurance Guarantee atau IG dan SPIKPA diperlukan oleh Jabatan
Imigresen, manakala FWCS pula di bawah seliaan Jabatan Buruh.
Majikan yang mengaji pekerja asing/foreign workers secara permohonan biasa atau
permohonan di bawah program 6P diwajibkan mengambil ke tiga-tiga polisi tersebut. Di
bawah adalah penerangan ringkas berkenaan dengan ke tiga-tiga polisi tersebut.
IG @ Insurance Guarantee
Insurance Guarantee(IG) diperlukan oleh majikan apabila mereka hendak membuat
pembaharuan permit Kerja/work permit pekerja asing mereka (majikan juga perlukan
FWCS & SPIKPA)
IG hendaklah diberikan kepada Jabatan Imigresen di mana pembaharuan permit kerja
hendak dilakukan
Tempoh masa IG ialah 13 bulan/18 bulan/26 bulan/30 bulan & 36 bulan
Kebiasaannya majikan memerlukan tempoh IG selama 18 bulan
Jumlah guarantee/jaminan bagi pekerja asing adalah berbeza mengikut negara seperti
berikut: -
Wargenegara Jumlah Jaminan
1 Indonesia/Thailand RM250
2 Bangladesh RM500
3 India/Pakistan/Myanmar/Nepal RM750
4 Philipina RM1,000
5 Vietnam RM1,500
Jumlah premium untuk IG - bergantung kepada :
Wargenagara
Tempoh masa IG
Jumlah Pekerja

SPIKPA @ Skim Pampasan Insuran Kesihatan Pekerja Asing
Bermula 1hb. Januari 2011, kerajaan telah mewajibkan semua majikan supaya
mengambil SPIKPA untuk pekerja asing mereka.
Sekiranya tiada SPIKPA, maka majikan tidak boleh memperbaharui permit kerja
pekerja asing mereka
Manfaat SPIKPA seperti berikut: -
o Had Tahunan RM10,000
o Untuk kemasukan ke hospital (kemalangan/sakit)
o Hospital kerajaan - cashless. Hanya tunjukan pengenalan diri (passport) bagi
pengesahan di kaunter masuk hospital-hospital kerajaan (KKM)
o Hospital swasta - reimbursment (bayar dulu selepas itu klaim dengan insuran)
Jumlah premium - RM127.20 setahun (untuk seorang)
Tambah RM10 untuk setiap polisi bagi Duti Setem

FWCS @ Skim Pampasan Insuran Pekerja Asing
24 jam perlindungan
Untuk KEMALANGAN sahaja (waktu kerja/luar waktu kerja)
Penyakit akibat/kesan daripada kerja
Bil perubatan hospital (maksima RM750)
Kos penghantaran jenazah, jika meningal/hilang upaya kekal (maksima RM4,800)
Jumlah perlindungan (dalam waktu kerja):
o Kematian akibat kemalangan di tempat kerja - maksima RM25,000
o Kecacatan kekal akibat kemalangan(TPD) - maksima RM23,000
o Kecacatan separuh kekal/permanent partial disablement - ikut peratusan
(maksima RM23,000)
o Kecacatan kekal sementara(TTD)/Kecacatan separuh kekal sementara(TTPD) -
1/3 daripada gaji bulanan (maksima RM330)
o Kos/bil hospital - maksima RM750 (bagi setiap kes)
Jumlah perlindungan (di luar waktu kerja):
o Kematian akibat kemalangan di tempat kerja - maksimaRM23,000
o Kecacatan kekal akibat kemalangan(TPD) - maksima RM23,000
o Kecacatan separuh kekal/permanent partial disablement - ikut peratusan
(maksima RM23,000)
o Kecacatan kekal sementara(TTD)/Kecacatan separuh kekal sementara(TTPD) -
1/3 daripada gaji bulanan (maksima RM330)
o Kos/bil hospital - maksima RM750 (bagi setiap kes)
Jumlah premium ialah RM76.02 setahun (untuk seorang pekerja)
Tambah RM10 untuk setiap polisi bagi Duti Setem
Manfaat Waktu Bekerja Luar Waktu Bekerja
Kematian RM25,000 maksima RM23,000
Kecacatan Kekal RM23,000 maksima RM23,000
Kecacatan Separuh kekal
ikut peratusan drp
Rm23,000
ikut peratusan drp
Rm23,000
Kecacatan/separuh kekal
sementara
1/3 daripada gaji
bulanan (maksima
RM330)
1/3 daripada gaji
bulanan (maksima
RM330)
Bil perubatan RM750 maksima RM750 maksima
Penghantaran pulang
(meninggal/hilang upaya
kekal)
RM4,800 maksima RM4,800 maksima


Info ringkas berkenaan dengan tuntutan/klaim
SPIKPA
Sekiranya pekerja kemalangan/sakit dan dimasukan ke hospital kerajaan, maka tidak
perlu membayar apa-apa. Cuma tunjukan pengenalan diri iaitu passport untuk
pengesahan identiti di kaunter daftar masuk.
Sekiranya bil hospital melebihi had perlindungan iaitu RM10,000 - majikan atau pekerja
perlu membayar lebihan tersebut.
PENTING: Sekiranya didapati mana-mana pekerja asing mempunyai tunggakan bayaran
bil hospital, maka tunggakan itu mestilah dijelaskan - jika tidak permit kerja tidak
boleh diperbaharui untuk tahun yang berikutnya. Majikan juga akan disenarai hitam
kan dan mana-mana majikan yang telah disenarai hitam - tidak dibenarkan mengambil
pekerja asing baru.
FWCS
Sekiranya berlaku kemalangan kepada pekerja majikan perlu membuat laporan polis
dan seterusnya melaporkan kepada syarikat insuran & Jabatan Buruh negeri.
Jabatan Buruh akan memberikan beberapa dokumen untuk dilengkapkan oleh majikan.
Selepas pekerja keluar hospital dan Jabatan Buruh akan membuat penilaian jumlah
tuntutan yang akan dituntut kepada syarikat insuran
Syarikat insuran akan membayar jumlah tuntutan sepertimana yang dinyatakan oleh
Jabatan Buruh.
Nota:
Di atas adalah penerangan ringkas berkenaan dengan proses tuntutan untuk panduan.
Untuk yang lebih terperinci, anda boleh menghubungi syarikat insuran anda atau hubungi
agent insuran anda.
Sekiranya anda memerlukan quotation atau ingin membuat IG/SPIKPA/FWCS - sila berikan
info berikut:
Nama majikan/nama syarikat
No. daftar syarikat
Alamat majikan/syarikat
Maklumat pekerja
o Nama penuh
o No Passport
o Wargenegara
o Jantina
Untuk mendapatkan Quotation, Sekiranya anda mahukan IG/SPIKPA/FWCS di atas,
sila Email : mazmin2000@gmail.com

Anda mungkin juga menyukai