Anda di halaman 1dari 3

IMPAK GLOBALISASI

Seni dan Kebudayaan



Kebudayaan merupakan cara hidup seharian manusia dalam sesebuah masyarakat
atau organisasi. Pada zaman dahulu manusia dalam sesebuah masyarakat itu
sanggup berperang kerana mempertahankan budaya hidup mereka yang dicemar
atau dicerobohi oleh pihak lain. Bagaimana pun cara hidup manusia hari ini sudah
banyak berubah dan menuju globalisasi.

Arus globalisasi tanpa sempadan mengakibatkan pengaruh global meresap masuk
terus ke dalam jiwa dan pemikiran generasi muda sekarang yang lebih memandang
dan mengagongkan budaya barat sebagai trend masa kini. Ia mengkibatkan
generasi muda mudah tersasat dan tergilicir dari landasan identiti budaya ketimuran
yang selama ini menjadi kebanggaan Malaysia yang bebilang kuam dan etnik.
Kesenian dan kebudayaan merupakan salah satu sumber ekonomi Negara dalam
sektor perlancongan, malah kebanyakkan pelancong datangnya dari eropah
ataupun barat kerana terpesona dengan keindahan warisan budaya dan kesenian
yang ada di Malaysia.

Sember Berita Harian 12 April 2007 menyatakan bahawa bekas Perdana Menteri
Malaysia Tun Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu wajah, jiwa dan semangat bangsa
yang dipertahankan selama ini bukan saja dapat diwariskan kepada generasi akan
datang, malah menjadi pencetus bagi mencapai kejayaan lebih besar berasaskan
identiti dan acuan kita sendiri sendiri. Kata beliua sewaktu merasmikan kampus
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) di Kuala Lumpur,
keperluan itu haruslah sejajar pembangunan modal insan yang bukan setakat
membekal pelbagai ilmu seperti sains dan teknologi kepada rakyat tetapi ke arah
melambangkan satu bangsa maju dan memiliki seni budaya yang cantik, halus dan
utuh.

Kita tidak perlu berasa malu dan curiga mempertahan keunikan dan kelebihan seni
budaya bangsa sendiri meskipun kita mahu pergi jauh dalam bidang ekonomi dan
material. Kelebihan yang kita ada ini harus dipertahankan dan saling hormat-
menghormati sesama kaum, bukannya mencabar atau mengundang sensitiviti kaum
lain sehingga mahu merubah apa yang dinikmati dan dihayati selama ini.

Jika masyarakat negara ini abaikan persoalan seni budaya, bangsa Malaysia akan
hilang identiti seperti kebanyakan negara lain yang tidak ada arah haluan mahupun
citra bangsa mereka. Kita boleh lihat banyak negara termasuk negara jiran kita yang
masyarakatnya hilang identiti, teraba-raba dalam kegelapan di sebalik sinar
kemewahan kehidupan sebagai negara maju.

Pelbagai pandangan, teori dan hujah dangkal sering diberikan atas alasan sejagat,
liberalisasi, globalisasi mahupun demokrasi, sedangkan hakikatnya mereka ada
agenda mahu memusnahkan apa yang kita banggakan selama ini. Sikap prejudis
terhadap kesenian dan kebudayaan bangsa Malaysia menyebabkan ada pihak
bagaikan tidak senang, malah ada yang cuba mencari jalan supaya Dasar
Kebudayaan Kebangsaan 1971 dihapuskan.

Rupa bangsa Malaysia berteraskan kaum Melayu, Cina dan India serta banyak lagi
sub-etnik lain yang ada keunikan itu harus diintegrasikan dengan mengekalkan ciri
dan kelas budaya berasaskan Nusantara yang sesuai dijadikan warisan generasi
baru dan akan datang. Jika dihilangkan seni, maka hilanglah budaya dan kita kelak
menjadi bangsa keliru dan kucar-kacir tamadunnya. Jika tidak ada jati diri, bangsa
Malaysia boleh hanyut dan menjadi pak turut kepada budaya asing bobrok, yang
ketika ini sedang menyerap sedikit demi sedikit.

Kita lihat sendiri mengapa masyarakat Barat yang cintakan seni budaya sebaliknya
pula menyukai suasana jati diri dan kebudayaan orang Asia kerana orang Asia
termasuk Malaysia masih ada keunikan seni budayanya yang bersifat eksotik,
spiritual, unik dan bukan sengaja diada-adakan.

Bangsa Malaysia harus terus berusaha menerapkan nilai murni dan semangat akal
budi untuk memulihara aset berharga yang kita miliki, sebab inilah kelebihan yang
kita ada. Keperibadian bangsa kita akan terus dihormati orang lain selagi bangsa
kita sendiri menghormati dan memuliharanya terlebih dulu.

Kita harus membangkitkan jiwa seni budaya bangsa sendiri. Kita kena bangga
dengan keunikan yang kita miliki kerana kita mempunyai bangsa yang ada kekuatan
jati diri dan rohani. Kita harus berhati-hati dengan anasir yang sengaja meremehkan
keperibadian kita. Marilah kita memanfaatkan seni budaya yang menjadi warisan
kita sekarang sebagai benteng memperkukuhkan lagi benteng nasionalisme dan
patriotisme kita.

Nilai apresiasi terhadap seni budaya akan menjadi lebih utuh jika pendidikan
berkaitan kesenian dan kebudayaan diterapkan dalam sistem pendidikan sekolah
rendah. Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan serta Kementerian
Pelajaran harus merangka pelan ke arah matlamat ini. Kita seperti membiarkan
kelompangan kerana pendidikan seni budaya sekadar menjadi kurikulum di
peringkat pengajian tinggi sedangkan jiwa anak bangsa yang sedang mengenal
alam sekeliling ketika berada di alam persekolahan dibiarkan kosong, lalu mudahlah
anasir budaya songsang dan negatif singgah di sanubari mereka. Maka meledaklah
seni budaya haru-biru dalam masyarakat dan remaja kita. Jika tidak dibentuk
kurikulum seni budaya di sekolah rendah lagi, selagi itulah kita tidak akan berjaya
membawa generasi kita menjadi pencinta seni budaya yang tulen, sebaliknya
mereka lebih cintakan budaya pop dan seni picisan.

Anda mungkin juga menyukai