Anda di halaman 1dari 3

SEMAI RASA CINTA DALAM BAKTI BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLI DI KG.

LALANG SIMPANG
PULAI, PERAK


SIMPANG PULAI, 18 Mei - Dengan objektif untuk mengeratkan silaturrahim dan menyemai rasa cinta
untuk memberi khidmat bakti bakti kepada masyarakat, Program Ramah Mesra bersama masyarakat
Orang Asli Kampung Lalang, Simpang Pulai, Perak telah dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia
(ISMA) Cawangan Ipoh dengan kerjasama Pembina Ipoh serta Ikatan Pegamal Perubatan dan
Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) Perak. Program ini juga melibatkan kerjasama Pejabat
Kesihatan Daerah (PKD) Kinta dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).
Seramai 7 orang aktivis Persatuan Belia Inovatif (Pembina) RCMP yang melibatkan diri secara
langsung dalam program tersebut dalam menjayakan slot pemeriksaan kesihatan dan sukaneka
bersama anak-anak orang asli. Slot pemeriksaan kesihatan telah dilaksanakan oleh I-Medik dan
Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, yang memberi bantuan peralatan pemeriksaan kesihatan. Wakil I-
Medik bagi Pembina RCMP iaitu Nurafiqah Binti Muhammad Ali Akbar, pelajar tahun akhir MBBS
RCMP dan Ketua Team Medical Check-Up juga dari aktivis Pembina RCMP, Nor farah Fatin Binti
Anuar, pelajar Tahun 3 MBBS RCMP telah berjaya mengumpulkan 14 pelajar MBBS RCMP sebagai
sukarelawan I-Medik bagi tujuan menjayakan slot pemeriksaan kesihatan.



Aktivis Pembina RCMP bersama sukarelawan I-Medik dari pelajar MBBS RCMP


Medical check-up


TB Screening

Selain itu, salah seorang aktivis Pembina RCMP, Aqilah Binti Roslan juga telah menjadi pengurus
acara sukaneka bersama anak-anak orang asli. Sambutan terhadap program tersebut amat
menggalakkan dan masyarakat orang asli Kampung Lalang berharap agar program ini berterusan.
Ternyata program khidmat bakti ini banyak memberi pengalaman yang berharga kepada aktivis
Pembina RCMP dan juga pelajar MBBS di RCMP dalam pelbagai aspek seperti kepimpinan, aktivisme
dan tarbiyyah. Semoga usaha ini dapat melahirkan mahasiswa yang terbuka mindanya dan berjiwa
murni dalam melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan. Ayuh sertai Pembina RCMP dan
bersama meneraju arus mahasiswa!
Disediakan Oleh,
Nurafiqah Binti Muhammad Ali Akbar,
Aktivis Pembina RCMP.

Anda mungkin juga menyukai