Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM

KEMPEN DERMA DARAH BERTEMPAT DI DEWAN HONE


PADA 27 FEBRUARI 2013

A. SEBELUM PROGRAM :
i. Senarai semak proses sebelum program
TARIKH PERKARA TINDAKAN
09 Januari 2013 Pembentukan AJK Pengerusi
13 Februari 2013 Mesyuarat AJK (Tugas-tugas AJK) AJK
20 Februari 2013 Tempahan Dewan Hone AJK Perhubungan
22 Februari 2013 Tempahan makanan untuk kakitangan
HQE
AJK Jamuan
24 Februari 2013 Mesyuarat AJK (Pembahagian masa
bertugas
Pengerusi
25 Februari 2013 Edar broser, pengumuman ke setiap kelas AJK Promosi
26 Februari 2013 Pemeriksaan akhir tugasan AJK, Surat
Pengecualian Kuliah
Pengerusi
27 Februari 2013 Mengurus pelan dewan dan mengambil
peralatan (pa sistem) sebelum program
bermula pada jam 9.30 pagi

AJK

*Perbincangan juga diadakan bersama guru pembimbing dari masa mengikut
keperluan
ii. Pembahagian Masa Bertugas Guru Pelatih :


MASA NAMA UNIT
8.30 9.30 am Semua ahli PBSM
9.30 10.30 am MOHD FAIZOL BIN AMAT (K)
PRINCETON ANAK JACK
LIM WEI CHUEN
JEMIMAH HIEW JAEL
NGU HUNG CHUONG
PISMP PARA
PISMP PARA
PISMP PC
PISMP PC
PISMP MATH
10.30 11.30 am UMMI MAISARA BINTI HASSAN (K)
JENNY BINTI BAILIN
ABIDIN BIN MADDE
MUHAMMAD IKMAL BIN ROSLI
YIZHAR EFENDY GIMIK
PISMP MATH
PISMP BM SJKT
PISMP PRA
PISMP PAI
PISMP MATH
11.30 12.30 pm NOR QAYUUM BINTI RUSLIN (K)
AERON LAMIRI
NURUL HIDAYAH BINTI WASLI
REXLY FREDY
PISMP PRA
PISMP MATH
PISMP MATH
PISMP MATH
12.30 13.30 pm EVYLIN YUTIS (K)
MUHAMMAD MUHIDIN BIN
SAMSUDIN
LESLIE WILLIAM CHIN
MOHD AZMIR BIN WANDY
PISMP BM SJKC
PISMP BM SJKT
PISMP BM SJKC
PISMP MATH
13.30 14.30 pm ABDUL RAHIM BIN AGUS (K)
MOHAMAD HAIRY BIN SAID
LEONG CHEE LIANG
LIM SUK PEI
PISMP PRA
PISMP BM SJKT
PISMP PC
PISMP PC
14.30 15.30 pm UMI NAQIAH HAMRUD (K)
ASLY MAJUBI
PAUL DING LAH
FHENYIUS DUASIN
PISMP BM SJKC
PISMP PRA
PISMP PRA
PISMP BM SJKT
15.30 16.30 pm Semua ahli PBSM.
B. SEMASA PROGRAM DILAKSANAKAN :

Masa Perkara
7.30 pagi Semua ahli BSMM seramai 26 orang membuat kawad kaki di Dataran
Kent
8.00 pagi Ahli BSSM selesai membuat persediaan dewan dan taklimat kepada
para petugas
8.30 pagi Kakitangan HQE tiba di Dewan Hone
9.30 pagi Program Derma Darah bermula
12.30 tengah hari Rehat dan makan tengah hari
2.00 petang Program disambung semula
2.30 petang Kakitangan HQE meninggalkan Dewan Hone

C. SELEPAS PROGRAM SELESAI :
Tarikh Perkara Tindakan
27 Februari
2013
Memastikan kebersihan dewan AJK
27 Februari
2013
Mengembalikan peralatan (Pa Sistem) AJK Peralatan
13 Mac 2013 Refleksi (post-mortem) Pengerusi

Laporan Penuh Semasa Program Dijalankan (Daripada Setiap Ketua) :

Tarikh : 27 Februari 2013
Masa : 9.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Dewan Hone, IPGM Kampus Kent

i. Masa : 8.00 pagi 10.30 pagi

Ahli BSMM berada di Dewan Hone sejak jam 8.00 pagi selepas menjalani
latihan kawad kaki di Dataran Kent. Semua ahli BSMM seramai 26 orang terlibat
dalam program dan berada di Dewan Hone sehingga jam 9.30 pagi. Kemudian ahli
BSMM menyediakan meja dan kerusi untuk kegunaan program. Sebanyak 7
bahagian meja diperuntukan; tempat pendaftaran, tempat mengisi borang,
pemeriksaan jenis darah, perkhidmatan kaunseling, pembahagian tabung darah,
peralatan kakitangan, dan tempat meletak makanan. Manakala di satu sudut
berhampiran kawasan yang dikosongkan untuk meletak kerusi pesakit, kerusi
disusun untuk penderma darah menunggu giliran. Sementara menunggu
kedatangan kakitangan HQE yang dijangka tiba pada jam 8.30 pagi, para ahli BSMM
telah mengadakan sesi bergambar dan beberapa orang ahli BSMM yang dijadualkan
bertugas telah diberi taklimat tugas ringkas oleh pengerusi program. Peengerusi
memaklumkan program dijangka bermula pada jam 9.30 pagi. Pendaftaran pelajar
untuk menderma darah dimulakan sebaik sahaja kakitangan HQE bersedia untuk
memulakan tugas pada jam 9.40 pagi. Seramai 21 orang pelajar telah layak sebagai
penderma. Seramai 10 orang ahli BSMM sahaja berada di Dewan Hone untuk
menunggu kerana kelas belum bermula manakala ahli yang lain terpaksa
menghadiri kuliah masing-masing.

Laporan Disediakan Oleh : Mohd Faizol Bin Amat



ii. 10.30 pagi 11.30 pagi

Seramai 5 orang ahli BSMM berada di Dewan Hone untuk membantu proses
pendaftaran dan menyediakan keperluan yang diminta oleh kakitangan HQE dari
masa ke masa. Sebanyak 6 kerusi (kerusi malas) telah disediakan oleh pihak HQE
untuk penderma darah. Suasana masih terkawal dan selesa kerana bekalan elektrik
masih berfungsi dengan baik. Seramai 12 orang terdiri dari guru pelatih, pensyarah
dan staf awam telah layak untuk menderma darah. Kerusi yang disediakan agak
terhad dan kakitangan HQE yang sedikit menyebabkan ramai penderma darah
terpaksa menunggu giliran sehingga lebih 10 minit memandangkan jumlah
penderma yang ramai. Walaubagaimanapun, para penderma masih mengikut giliran
dan bersabar duduk di tempat menunggu.

Laporan Disediakan Oleh : Ummi Maisara Binti Ashan @ Hassan

iii. 11.30 pagi 12.30 tengah hari

Seramai 5 orang ahli BSMM berada di Dewan Hone untuk membantu
melancarkan perjalanan program. Jumlah pelajar yang layak sebagai penderma
adalah seramai 6 orang. Kakitangan HQE rehat pada jam 12.30 tengah hari dan
menjamu selera di Kafeteria IPG Kampus Kent. Program disambung pada jam 2.00
petang kerana memberi laluan waktu makan tengah hari dan solat zohor.

Laporan Disediakan Oleh : Nor Qayuum Binti Ruslin

iv. 12.30 tengah hari 1.30 petang

Tepat jam 12.30 tengah hari, kakitangan HQE pergi ke Kafe IPGM Kampus
Kent untuk menjamu selera dan berehat sebelum program disambung pada jam 2
petang. Seramai 5 orang ahli BSMM berada di Dewan Hone. Beberapa pelajar
datang untuk mendaftar tetapi telah dimaklumkan bahawa program menderma darah
disambung pada jam 2 petang. Beberapa orang ahli BSMM yang masih berada di
Dewan Tun masih menjaga Dewan Hone sementara menunggu program dimulakan
pada jam 2 petang. Mereka juga telah menyusun semua kerusi agar lebih kemas
sebelum program bermula
Laporan Disediakan Oleh : Evylin Yutis

v. 1.30 petang 2.30 petang

Dalam jam 2 petang sehingga 2.30 petang terdapat sebanyak 11 orang yang layak
untuk menderma darah. Keadaan yang agak lenggang memudahkan kerja
kakitangan HQE. Seramai 5 orang ahli BSMM masih menunggu kehadiran
penderma dan menjalankan tugas masing-masing. Dalam jam 2.30, kakitangan HQE
telah menamatkan program. Semua AJK bekerjasama menyusun semula kerusi dan
meja di tempat asal setelah program selesai. Secara keseluruhannya terdapat
seramai 81 orang telah mendaftar untuk menderma darah, namun hanya seramai 50
orang sahaja yang layak untuk menderma. Antara punca peserta tidak layak
menderma darah adalah kerana masalah kesihatan seperti selesama, tekanan
darah tinggi, tekanan darah rendah serta masalah berat badan tidak mencukupi.

Laporan Disediakan Oleh : Abdul Rahim Bin Agus


Disediakan oleh :


_________________________
( NOR QAYUUM BINTI RUSLIN )
Setiausaha
Program Kempen Derma Darah
Anjuran BSMM PISMP Ambilan Januari 2012
IPGM Kampus Kent, Tuaran.

Anda mungkin juga menyukai