Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI PENGAJARAN MAKRO

Semasa menjalankan pengajaran makro, saya telah dapat mengesan beberapa kekuatan
dan kelemahan dalam pengajaran saya. Antara kekuatannya adalah saya dapat menyampaikan
kandungan pelajaran dengan baik. Persediaan yang rapi telah dibuat sebelum memulakan
pengajaran makro ini bagi mengelakkan sebarang masalah yang akan berlaku semasa sesi
pengajaran. Persediaan awal adalah sangat penting bagi membantu saya menjalankan isi
kandungan dengan baik, mematuhi masa yang telah ditetapkan dan menjalankan segala aktiviti
pengajaran yang dirancang dengan kemas dan teratur. Pemilihan kadedah yang sesuai dapat
menarik minat murid dan dapat memastikan murid-murid berada dalam keadaan terkawal
suapaya aktiviti pengajaran berjalan dengan lancar. Aktiviti menonton video pembuatan kek
dalam set induksi dapat menarik minat pelajar untuk bersedia menerima isi pelajaran yang akan
diajar pada hari tersebut.
Penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran saya dapat membantu mereka
memahami dengan lebih jelas isi pelajaran yang ingin saya sampaikan. Selain itu, kelantangan
suara guru juga memainkan peranan yang penting kerana suara yang lantang dan tegas akan
memudahkan murid mendengar dengan teliti dan sekaligus membantu pemahaman mereka
terhadap isi pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru. Segala arahan guru juga akan dipatuhi
oleh murid dan ini akan memudahkan guru untuk menjalankan aktiviti yang telah dirancang.
Ketegasan dalam menyampaikan pelajaran akan membuatkan pelajar lebih hormat kepada guru.
Kejelasan dalam memberikan arahan merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu ada
pada setiap guru. Hal ini adalah kerana kejalasan dalam menyampaikan isi pelajaran boleh
mempengaruhi peribadi pelajar agar lebih berkeyakinan untuk menimba ilmu. Selain itu,
pertuturan yang baik dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran iaitu dengan
menggunakan bahasa yang standard dan mudah difahami oleh pelajar. Arahan yang jelas akan
memudahakan murid-murid faham seterusnya dapat melakukan tugasan mengikut panduan yang
telah diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid
terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.

Anda mungkin juga menyukai