Anda di halaman 1dari 19

SUKAR MEMBAWA TUAH

Tema :
Kegigihan remaja orang Asli yang bercita-cita tinggi untuk mendapatkan ilmu kerana ingin
mengubah kehidupan dan pekerjaan tradisi keluarga.
Persoalan :
1. Sikap masyarakat orang Asli yang kurang mementingkan pendidikan anak mereka.
2. Masyarakat pedalaman yang miskin kerana hanya bergantung pada hasil alam sebagai
sumber pendapatan.
3. Sikap saling membantu yang ditonjolkan tanpa mengenal erti bangsa, agama dan
budaya.
4. Kepercayaan kepada mistik, kuasa jahat dan pawang.
Watak dan perwatakan :
1. Adit (Utama) : Anak Pak Katan, berusia 10 tahun, berbadan kurus, bersemangat kuat,
sangat rajin, menghormati orang tua, suka membantu, berani dan berfikiran luas.
2. Pak Katan : Ayah Adit, berusia, kuat dan rajin berusaha, mengambil berat terhadap
anaknya.
3. Mak Tawi : Ibu Adit, isteri Pak Katan, rajin, mengambil berat terhadap anaknya.
4. Akeh : Kawan baik Adit, bersekolah dan tinggal di asrama, pengawas, bercita-cita tinggi.
5. Tijah : anak Tok Batin, cantik, bijak dan matang. Kawan Baik Adit.
6. Ah Tong : Penyelia pekerja balak, suka membantu.
Latar Tempat :
1. Kampung Bakai, Bukit Lokan.
2. Rumah Pak Katan
3. Tepi sungai
4. Hutan
5. Di dalam gaung.
6. Sekolah
Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang kurang mementingkan pendidikan.
2. Masyarakat orang Asli yang percaya kepada alam mistik seperti roh jahat.
3. Masyarakat orang Asli yang bergantung pada hasil hutan.
4. Masyarakat orang Asli yang sudah semakin terbuka minda mereka.
Nilai
1. Kasih saying
2. Kerajinan
3. Bekerjasama
4. Tolong-menolong
5. Bercita-cita tinggi
SINOPSIS BAB 1 NOVEL SUKAR MEMBAWA TUAH
Bab 1 Inilah Dunia Kami
Sebaik sahaja sang suria memancarkan sinarnya, Pak Katan sudah bersiap sedia untuk ke
hutan bagi memulakan pekerjaan rutinnya, iaitu mencari rotan di hutan. Adit turut bersama-
sama ayahnya mencari rotan di hutan pada pagi itu. Adit sudah lali dengan kerja-kerja
mencari dan menyediakan tali untuk mengikat rotan yang bakal dikutip dari hutan. Sebelum
itu, Adit pergi ke sungai terlebih dahulu untuk mengangkat belat yang dipasang oleh
ayahnya dengan harapan mereka mendapat banyak ikan. Nasib menyebelahinya kerana
belat yang dipasang dipenuhi dengan ikan-ikan yang terlekat. Setelah itu, dia meletakkan
kembali belat tersebut dan mendayung sampannya pulang ke rumah, serta bersiap-siap
untuk menemani ayahnya ke hutan selepas sarapan pagi.
Nota:
Bab 1 ini mengisahkan penduduk orang asli kaum Jahut yang tinggal dikawasan hutan di
Bukit Lokan. Mereka mengamalkan kepercayaan anemisme yang masih tidak mempunyai
agama. Pak Katan ialah ayah kepada Adit. Isterinya Mak Tawi. Mereka tinggal di rumah
yang beratapkan rumbia. Mereka menyara diri dengan mengutip hasil hutan seperti rotan,
memburu binatang dan bercucuk tanam.
Bab 2 Rutin Harian Adit Bermula
Adit dan ayah ke hutan. Adit berpakaian lusuh tidak menghiraukan keadaannya itu, lantaran
kehidupannya miskin. Mereka mendamar dan mengutip hasil hutan untuk membeli makanan
dan keperluan harian, tetapi kurang mampu untuk membeli pakaian baru.
Masyarakat menjual hasil mereka kepada tauke Cina. Tahap pendidikan yang rendah dan
kemudahan infastruktur yang sangat menyedihkan menyebabkan kehidupan mereka
terhimpit. Pekan terhampir kira-kira 30km dan barang keperluan hanya diperolehi melalui
pekerja balak yang berulang-alik ke sana. Agensi kerajaan ada membantu, tetapi mereka
selesa di sini.
Masyarakat di situ masih berpegang teguh pada kepercayaan nenek moyang dan sanggup
bermati-matian demi warisan hutan nenek moyang mereka. Namun, penerokaan
menghimpit kehidupan mereka. Adit tidak bersekolah biarpun sudah berusia hampir 11
tahun, sementelahan ayahnya yang mementingkan ilmu hutan sebagai pendidikan asas
kepada Adit.
Persoalan ditimbulkan Adit mengenai kepupusan hasil hutan dan nasib mereka, akan tetapi
dinafikan oleh ayahnya yang sedar akan realiti itu. Seraya, Adit teringatkan akan Akeh, satu-
satunya rakannya bersekolah,tinggal di asrama dan ditanggung oleh Jabatan Hal Ehwal
Orang Asli. Bercita-cita menjadi jurutera, Akeh ingin berbakti kepada masyarakat orang asli.
Minat Adit untuk bersekolah timbul dengan ajakan dan cerita-cerita Akeh, tetapi, tidak
dinyatakan kepada ayahnya.
Bab 3 Impian Adit
Dalam bab ini memfokuskan Adit yang terlalu ingin ke sekolah. Hasratnya itu akhirnya
diluahkan semasa berakit membawa rotan. Namun, permintaannya itu dibalas dengan
pendirian ayahnya yang mementingkan tradisi sedangkan tujuannya mengubah nasib
keluarga. Biarpun Pak Katan memahami, tetapi dia mahukan Adit mengikut jejak
langkahnya. Pak Katan akhirnya tidak memberi repons terhadap permintaan yang masih
berdegil.
Adit berubah sikap dan Mak Tawi berasa hairan lalu bertanyakan pada Pak Katan. Teknik
imbas kembali dalam bab ini ialah Adit teringat kedatangan pegawai penerangan dan sikap
endah tak endah oleh masyarakat mereka terhadap dasar kerajaan.
Mak Tawi cuba memujuk Adit, tetapi Adit sudah lena tertidur. Pada pagi seterusnya, Pak
Katan tidak ke hutan sebalik ke pekan. Niat Pak Katan ke pekan tidak diketahui kerana dia
enggap menjawab pertanyaan Adit.
Bab 4 Dugaan untuk Adit
Adit berurusan dengan tauke Cina yang membeli hasil hutan sebelum memeriksa belut di
sungai untuk hasil tangkapan ikan. Ayah Adit, Pak Katan yang baharu sahaja pulang dari
pekan membawa khabar mengenai kemasukannya ke sekolah, namun gagal mendapatkan
asrama. Masalah timbul di sini ialah pengangkutan akibat jarak yang jauh dari kediamannya.
Kekecewaan terpancar pada diri Adit yang akan menghadapi kesukaran ke sekolah. Namun,
semasa memenangkan diri di sungai, dia dipujuk Tijah, rakan baiknya, dan berjanji
berbincang dengan bapanya (Tok Batin) mengenai masalah Adit.
Hujan lebat malam itu merisaukan Pak Katan tentang hasil hutan dan belat di sungai yang
tidak dapat di ambil. Tambah lagi kebuntuannya untuk menyelesaikan masalah Adit, yang
termenung sendiri memikirkan impiannya itu.
Bab 5 Riak ceria buat Adit.
Hujan masih lebat menyebabkan sebahagian rumah terkena tempias. Adit diarah ayahnya
mencari guni untuk menutup dinding dan ruang terbuka. Walau bagaimanapun, hujan
berhenti pada pagi itu. Rezeki tanpa diduga, seekor rusa cedera terbaring di bawah rumah,
dijualnya kepada Ah Tong, penyelia pekerja balak.
Ah Tong agak pelik kerana Adit tidak ke sekolah biarpun sudah mendaftar, namun
diterangkan oleh Pak Katan. Dia mempelawa Adit menumpang kenderaannya dan Adit
begitu gembira dengan bantuan Ah Tong.



Bab 6 Adit mula ke sekolah
Esoknya, Adit mendaftarkan diri dan keperluannya dibeli oleh Pak Katan di pekan. Dia
gembira dengan suasana sekolah dan berazam untuk berusaha bersungguh-sungguh.
Setelah pulang, dia memberitahu Tijah mengenainya. Tijah berminat untuk ke sekolah tetapi
akur akan kehendak ayahnya yang akan mencarikan jodoh buatnya beberapa tahun kelak.
Adit ingin memberitahu kepada semua orang mengenai persekolahannya, namun, atas
sikap negatif penduduk di situ mengenai pendidikan, dia membatalkan hasratnya.
Ayah dan ibunya gembira melihat Adit yang mencuba pakaian baru. Malah, ayahnya juga
memberitahu bahawa dia sudah bekerja sebagai pembantu balak dengan upah lebih baik
daripada memungut hasil hutan. Adit begitu gembira dan dinasihati ibu bapanya supaya
menjaga diri dan tidak menimbulkan masalah di sekolah.
Bab 7 Hari Pertama ke Sekolah
Hari pertama ke sekolah, Adi mandi pukul 4 pagi di sungai untuk pertama kalinya, dan
dijemput oleh Ah Tong dengan jipnya. Dia tiba terlalu awal dan tertidur di depan pintu pagar
sekolah. Pak Kassim, pengawal sekolah yang terkejut melihat Adit tertidur, mengajak Adit
bersarapan sambil berbicara tentang kesudian Pak Kassim membantu serta hal Akeh.
Di kelas, dia jauh lebih tua berbanding rakan-rakannya dan sering diberi perhatian oleh
gurunya kerana tidak tahu membaca dan menulis. Tamat persekolahan, dia bertemu Akeh
dan pulang menaiki lori balak Pak Atan.
Adit mula mengejar masa ke sekolah dan meningkatkan prestasi persekolahannya. Adit
berpeluang untuk lompat kelas dan menggembirakan gurunya. Walaupun begitu, Adit sering
keletihan, kesihatannya terganggu dan semakin kurus, namun, tidak pernah mengeluh.
Bab 8 Dugaan Terus Menimpa
Sudah dua bulan Adit bersekolah, tidak pernah ponteng dan masih menumpang Ah Tong.
Namun, pagi itu, Mak Tawi berasa tidak sedap hati. Menjelang petang, Adit tidak pulang lagi
sedangkan ayahnya sudah kembali ke rumah. Menjelang hari semakin gelap, Pak Katan
mengadu kepada Tok Batin mengenai hal Adit yang tidak pulang-pulang lalu diarahnya
orang-orang kampung mencari Adit. Lima jam pencarian, rupa-rupanya, jip Ah Tong
terbabas ke dalam gaung. Adit cedera parah sementara Ah Tong mati di tempat kejadian.
Adit dihantar ke hospital dengan menaiki lori balak, mengalami kehilangan darah yang
banyak serta kakinya patah. Di rumah, Mak Tawi yang tertunggu-tunggu bersama Mak Ca
didatangi Bong yang memberitahu Adit ditemui dan berada di hospital. Pak Katan
menunggu di hospital, menantikan keadaan Adit yang dirawat di bilik ICU. 2 jam kemudian,
doktor mengatakan bahawa keadaan Adit yang kian stabil.

Bab 9 Mendung Berarak Pergi.
Dua bulan Adit terlantar di hospital, dijaga ibu bapanya yang dibenarkan tinggal di asrama
jururawat. Adik-adiknya dijaga isteri Tok Batin. Dia sembuh, namun kakinya tempang, tidak
mematahkan semangatnya untuk meneruskan persekolahan. Kesungguhan Adit ini
mendapat perhatian pihak sekolah dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli yang memberi
bantuan dengan menawarkan tempat di asrama, berkongsi katil dengan Akeh. Adit bersetuju
dan menumpukan perhatian dalam pelajaran sehingga mendapt tempat pertama.
Enam tahun berlalu, ramai anak orang asli mengikut jejak langkah Adit, rajin bersekolah.
Adit melangkah ke sekolah menengah dengan keputusan 3A dalam UPSR. Walaupun
ditawarkan ke sekolah berasrama penuh, Adit enggan menerimanya kerana situasi
keluarga, sebaliknya berpendapat di mana sahaja boleh berjaya asalkan berusaha.

Sinopsis Novel Tingkatan 1 : Sukar Membawa Tuah
Novel Sukar Membawa Tuah mengisahkan kehidupan Adit sebagai seorang anak Orang
Asli yang mundur dari segi pelajaran. Kampung Bakai di kaki Bukit Lokan merupakan
penempatan masyarakat Orang Asli suku Jahut. Terdapat kira-kira 25 keluarga yang
menghuni penempatan ini. Masyarakat Orang di sini masih berpegang kuat pada
kepercayaan tradisi dan kurang berhubung dengan dunia luar. Mereka hidup dalam
kemiskinan dan rumah yang didiami hanyalah bangsal yang sempit dan daif, sekadar untuk
berteduh siang dan malam.
Pak Katan merupakan ketua keluarga yang masih bergantung hidup pada
hasil hutan untuk menyara keluarganya. Awal-awal pagi, Pak Katan telah bersedia untuk ke
hutan bersama-sama anaknya, Adit. Isterinya, Mak Tawi menyediakan ubi kayu rebus dan
air kopi pahit sebagai sarapan dan bekalan mereka ke hutan. Sebelum ke hutan, Adit pergi
ke sungai dahulu untuk melihat belat yang dipasang untuk menangkap ikan.
Dalam perjalanan ke hutan, Adit cuba menyatakan hasratnya untu
bersekolah demi membela nasib keluarga dan masyarakat Orang Asli. Adit juga menyatakan
hasil hutan semakin berkurangan akibat pembalakan. Adit teringat akan cerita kawannya,
Akeh yang menyatakan keseronokan bersekolah dan timbul keinginan di hati Adit untuk turut
bersekolah. Namun begitu, hasrat Adit ditentang oleh ayahnya dengan alasan Adit perlu
meneruskan tradisi keluarga dengan mencari hasil hutan, menyebabkan Adit berasa kecewa
dan berdiam diri semasa berada di rumah.
Perubahan Adit disedari oleh ibu bapanya. Akhirnya Pak Katan memahami hasrat anaknya
untuk bersekolah lalu pergi ke pekan untuk mendaftarkan persekolahan Adit. Adit diterima
oleh pihak sekolah tetapi malangnya Adit tidak dapat tinggal di asrama kerana tiada
kekosongan. Adit berasa kecewa lalu pergi ke tebing sungai. Di situ, dia berjumpa dengan
Tijah. Tijah berjaya memujuk Adit supaya bersabar.
Suatu malam, ketika hujan lebat, Pak Katan menjumpai seekor rusa dara yang
cedera berteduh di bawah bangsal mereka. Pak Katan menjual rusa tersebut kepada Ah
Tong dan wang yang diperolehi digunakan untuk menampung perbelanjaan persekolahan
Adit dan keluarganya. Ah Tong turut menawarkan bantuan untuk menumpangkan Adit ke
sekolah pada setiap hari. Walaubagaimanapun, Adit terpaksa berkorban kerana harus
bangun seawal empat pagi dan pulang dengan menumpang lori balak. Adit rela demi
menuntut ilmu.
Pak Katan menasihati Adit supaya belajar bersungguh-sungguh. Adit terpaksa belajar
bersama murid darjah satu walaupun usianya sudah menjangkau sepuluh tahun. Namun,
Adit tidak berasa malu. Selama dua bulan Adit perlu bangun awal pagi dan pulang lewat
petang kerana menumpang lori balak Pak Atan. Lama-kelamaan, kesihatan Adit semakin
merosot akibat kepenatan kerana menempuh perjalanan sejauh empat jam untuk pergi dan
pulang dari sekolah tetapi Adit tidak pernah bersunggut.
Pada suatu hari, Mak Tawi berasa berdebar-debar dan berasa seperti
sesuatu yang buruk akan berlaku. Sehingga lewat senja, Adit masih tidak pulang ke rumah.
Mak Tawi dan Pak Katan berasa sangat risau lalu meminta bantuan Tok Batin Ahboi dan
orang kampung untuk mencari Adit. Setelah empat jam mencari, akhirnya mereka
menjumpai Adit di dalam gaung dengan kecederaan parah pada kaki dan kepalanya
manakala Ah Tong pula telah meninggal dunia.
Adit terlantar selama dua bulan di hospital dan akibat kemalangan itu,
kakinya menjadi tempang. Namun, keadaannya itu tidak melemahkan semangat Adit untuk
belajar. Akhirnya, Adit diterima untuk tinggal di asrama dan berkongsi katil dengan Akeh.
Adit telah memperolehi 3A dalam peperiksaan UPSR dan ditawarkan ke sekolah berasrama
penuh. Walaubagaimanapun, Adit menolak tawaran itu kerana memikirkan keadaan ibu dan
bapanya. Adit dan Akeh telah membuktikan bahawa dengan mempunyai ilmu, hidup mereka
akan lebih bermakna. Mereka tidak mahu lagi tertinggal dalam arus pembangunan.
Tema
Tema novel ini ialah tentang kegigihan remaja berketurunan Orang Asli yang bercita-
cita tinggi untuk mendapatkan ilmu kerana ingin mengubah kehidupan dan pekerjaan
tradisi keluarganya. Buktinya, Adit anak Pak Katan yang berusia 10 tahun dapat
melangkah ke sekolah menengah dengan keputusan 3A dalam UPSR, walaupun
menghadapi kesukaran dalam kehidupan. Walaupun dia ditawarkan untuk belajar di
sekolah berasrama penuh, namun begitu, Adit enggan menerimanya kerana keadaan
keluarganya yang susah. Dalah hal ini, Adit berpendapat bahawa sekolah tempat tidak
penting, bagi Adit asalkan seseorang itu berusaha pasti dia boleh berjaya.

Persoalan
Antara persoalan yang dikemukakan dalam novel Sukar Membawa Tuah ialah persoalan
tentang pentingnya kemajuan dalam pelajaran untuk mengubah nasib keluarga.
Contohnya, Adit mempunyai semangat dan kesedaran untuk bersekolah kerana menyedari
betapa pentingnya ilmu untuk mengubah kehidupan keluarganya yang miskin dan
ketinggalan arus pembangunan.
Selain itu terdapat juga persoalan tentang kemiskinan masyarakat Orang Asli yang
tinggal di kawasan pedalaman kerana mereka hanya bergantung pada hasil alam
sebagai sumber pendapatan. Misalnya, masyarakat Orang Asli di kaki Bukit Lokan yang
hidup dalam kemiskinan dan kemunduran. Rumah mereka dalam keadaan daif dan pada
waktu malam rumah mereka hanya diterangi dengan pelita minyak. Sumber air mereka
ialah dari sungai.
Di samping itu, persoalan tentang sikap saling membantu dalam kalangan masyarakat
merentasi sempadan bangsa, agama dan budaya. Contohnya, Ah Tong yang berbangsa
Cina menolong Adit dengan menumpangkan Adit pergi ke sekolah dan balik ke rumah
setelah tamat masa persekolahan.
WATAK UTAMA.
ADIT
-Anak sulung Pak Katan dan Mak Tawi.
-berketurunan Orang Asli yang tinggal di Kampung Bakai yang terletak di kaki bukit lokan.
PERWATAKAN
Perwatakan Adit Huraian dan contoh
Ringan tulang Pada waktu pagi,Adit menolong ayahnya,Pak Katan mencari hasil
hutan seperti damar,gaharu,rotan, dan tumbuhan ubat-ubatan.Pada
waktu petang pula,dia pergi ke sungai untuk menjenguk belat yang
dipasang untuk mendapatan ikan.
Bercita-cita tinggi Adit bercita-cita tinggi hendak mengubah nasib keluarganya dan
masyarakat Orang Asli.Oleh itu,langkah pertama yang mesti
dilakukan adalah dengan menuntut ilmu.
Berani Adit budak yang berani kerana dia mendayung perahu di sungai
seorang diri untuk mengambil belat yang dipasang


WATAK SAMPINGAN.
PAK KATAN.
-Ayah kepada Adit dan suami kepada Mak Tawi.
-Orang Asli berketurunan Jahut yang tinggal di Kg Bakai ,kawasan hutan BukitLokan.
PERWATAKAN.
Perwatakan Pak Katan Huraian dan contoh
Berani Pak Katan berani masuk ke dalam kawasan hutan bersama
anaknya Adit untuk mencari dammar, gaharu dan rotan.
Prihatin Pak Katan sangat prihatin terhadap Adit. Dia sanggup berjumpa
dengan pihak sekolah untuk mendaftarkan anaknya bersekolah
walaupun sudah lewat.
Penyayang Pak Katan sangat sayang akan anaknya, Adit. Dia sanggup
mencari Adit yang tidak pulang selepas waktu persekolahan. Dia
juga sanggup menunggu Adit yang terlantar di hospital selama
dua bulan.

LATAR
LATAR HURAIAN DAN CONTOH


Latar
Masyarakat
Masyarakat
yang bekerja
sebagai
pembalak
Masyarakat yang terdiri daripada pekerja balak.Mereka
kebanyakannya tinggal di rumah kongsi yang dibina di tepi
hutan.
Masyarakat
pelajar
Masyarakat pelajar yang terdiri daripada anak Orang Asli yang
sedang belajar di sebuah sekolah di pekan.Antaranya ialah
Akeh dan Adit.
Masyarakat
Cina
Masyarakat Cina yang terdiri daripada Ah Tong yang bekerja
sebagai penyelia balak dan tauke Cina yang membeli hasil
hutan daripada Orang Asli.



Tempat
Kg Bakai Kg Bakai terletak di kaki bukit Lokan.Rata-rata penduduknya
ialah masyarakat orang asli berketurunan Jahut.
Rumah
Orang Asli
Rumahnya terdiri daripada bangsal yang sempit dan
daif.Tiangnya daripada kayu bulat,berlantaikan nibung belah,
berdindingkan kulit bayas dan buluh, dan beratapkan rumbia.
Asrama
Jururawat
Terletak di kawasan hospital.Pihak hospital membenarkan Pak
Katan dan Mak Tawi tinggal di asrama ini untuk menjaga Adit
yang terlantar di hospital.




Masa
Petang Adit pergi ke sungai untuk mengangkat belat yang
dipasangnya.Dia akan mengambil ikan di dalam belat dan
memasukkannya ke dalam bakul. Semua ikan itu diserahkan
kepada ibunya untuk dimasak.
Musim
Kemarau
Pada musim ini laluan balak akan berdebu. Keadaan ini
menyebabkan pakaian Adit menjadi kotor kerana dia menaiki
lori balak untuk pulang ke rumah.
Lima pagi Setiap hari pada pukul lima pagi, Ah Tong keluar ke pekan
dengan jipnya untuk mengambil minyak dan membawa Adit ke
sekolah.


NILAI DAN PENGAJARAN.
HURAIAN DAN CONTOH



NILAI
Kasih sayang Kasih saying anak terhadap ibu bapa.Adit sangat
menyayangi ibu bapanya.Dia sanggup menolak
tawaran belajar di sekolah berasrama penuh.
Rasional Adit berfikiran rasional kerana menganggap pelajaran
sangat pentng.Orang Asli perlu mengalami
perubahan dalam pendidikan.
Berani Berani seorang bapa,Pak Katan berani ke hutan
seorang diri walaupun sudah tua demi mencari rezeki
bagi menyara kehidupan keluarganya.


PENGAJARAN
Kita hendaklah
menghormati ibu
bapa
Adit selalu menghormati kedua-dua ibu bapanya.
Kita hendaklah
sentiasa tabah
Adit tabah menghadapi ujian dan kesukaran dalam
hidupnya demi mengejar cita- citanya untuk maju
dalam pelajaran.
Kita hendaklah
bersyukur
Kita hendaklah bersyukur apabila terselamat
daripada malapetaka seperti kemalangan dan apabila
Berjaya dalam pelajaran.




NOTA RINGKAS NOVEL SUKAR MEMBAWA TUAH ( Sila kemukakan tiga isi dan tulis dalam tiga perenggan )

RANGKA JAWAPAN :
Novel yang telah saya kaji ialah novel Sukar Membawa Tuah, hasil karya M.Z.
Erlysha. Terdapat beberapa _______ kehendak / kata kunci soalan _________dalam
novel Sukar Membawa Tuah

PERSOALAN
PENTING
PERWATAKAN
WATAK
UTAMA
LATAR
MASYARAKAT
NILAI
MURNI
PENGAJARAN CONTOH PERISTIWA
Antara
persoalan
tersebut
termasuklah
persoalan tabah
menghadapi
cabaran hidup

Watak utama,
iaitu Adit
merupakan
seorang yang
tabah
menghadapi
cabaran hidup.
Satu daripada
latar masyarakat
yang digambarkan
dalam novel ini
ialah masyarakat
yang tabah
menghadapi
dugaan hidup
Antara nilai
murni yang
dipaparkan
dalam novel
ini ialah
ketabahan
dan
kecekalan.
Antara
pengajaran yang
diperoleh
daripada novel
ini ialah kita
hendaklah tabah
menghadapi
cabaran hidup.
Sebagai bukti, Adit tabah
dalam menghadapi
rintangan semasa pergi dan
balik dari sekolah sehingga
kesihatannya terjejas.
Namun demikian, dia tidak
pernah bersungut tentang
kesusahan yang
dihadapinya.
Selain itu,
persoalan
kesedaran
tentang
kepentingan
ilmu juga
diselitkan dalam
novel tersebut.
Selain itu, Adit
juga
digambarkan
sebagai
seorang yang
mempunyai
sikap cinta akan
ilmu dan
berpandangan
jauh.
Selain itu, novel ini
juga
mencerminkan
masyarakat yang
menyedari
kepentingan ilmu
demi masa depan
yang lebih
terjamin.
Selain itu,
nilai rajin
menuntut
ilmu juga
diselitkan
dalam novel
tersebut.
Selain itu, kita
haruslah
mempunyai
sikap cinta akan
ilmu demi
kemajuan diri.
Contohnya, watak utama
iaitu Adit yang ingin belajar
bersungguh-sungguh dan
berhasrat untuk mengubah
nasib diri, keluarga sekali
gus membawa kemajuan
kepada masyarakat Orang
Asli.

Seterusnya,
persoalan kasih
sayang dalam
keluarga
terhadap ahli
keluarga juga
merupakan
persoalan
penting dalam
novel tersebut.
Seterusnya,
Adit juga
merupakan
seorang yang
menyayangi ahli
keluarganya.
Seterusnya, novel
ini
jelas memperlihat
kan masyarakat
yang bersifat
penyayang.
Seterusnya,
nilai murni
yang tidak
kurang
pentingnya
ialah kasih
sayang.
Seterusnya, kita
patut
mempraktikkan
nilai kasih
sayang dalam
kehidupan.
Sebagai contoh, Adit sangat
menyayangi kedua-dua ibu
bapanya. Dia tidak sanggup
bersekolah di sekolah
berasrama penuh kerana
memikirkan keadaan ibu
bapanya yang semakin tua.

Akhir sekali,
persoalan
bersopan
santun dan
menghormati
orang lain turut
dipaparkan
dalam
novel ini.
Akhir sekali,
Adit juga sangat
menghormati
orang lain dan
bersopan
santun.
Akhir sekali,
masyarakat yang
menghormati
orang lain
juga digambarkan
dalam novel ini.
Akhir kata,
nilai
menghormat
i orang lain
juga
diterapkan
dalam novel
ini.
Akhir kata, kita
wajar
mengamalkan
budaya
bersopan santun
dalam
kehidupan.
Hal ini dapat dilihat melalui
tutur kata Adit yang
mengucapkan terima kasih
kepada Pak Atan, iaitu
pemandu lori balak yang
sudi menumpangkan Adit
ketika pulang dari sekolah.




ANALISIS KOMSAS CERPEN KASUT KELOPAK JANTUNG Oleh: DR. GHAZALI LATEH

SINOPSIS
Cerpen ini mengisahkan Cikgu Harun yang menerima bungkusan hadiah setiap tahun, terutamanya
pada Hari Guru teringat semula peristiwa yang berlaku tiga puluh tahun dahulu sewakta beliau
bertugas sebagai guru di kawasan pedalaman. Cikgu Harun sememangnya seorang guru yang tegas
dalam soal keceriaan pelajar dan kelas. Beliau memarahi Ahmad yang tidak memakai kasut sekolah
walaupun sudah tiga minggu sesi pesekolahan bermula. Di padang sekolah, Ahmad sekali lagi
dimarahi Cikgu Harun kerana tidak membawa pakaian sukan. Oleh sebab itu, Cikgu Harun mendenda
Ahmad dengan menyuruhnya mancari tali rafia untuk mengikat kelopak jantung pisang pada
bahagian kakinya untuk dijadikan kasut. Ahmad merupakan murid yang patuh akan arahan
gurunya terus mengikat kelopak jantung pisang. Dia berasa malu atas denda yang dikenakan oleh
Cikgu Harun yang sebenarnya mahu Ahmad membeli kasut sekolah demi keselamatan kakinya.
Selepas hari persekolahan tamat, Ahmad berlari ke rumah supaya kasut kelopak jantungnya tidak
dikesan oleh kawan-kawan. Sejak hari itu, Ahmad tidak hadir ke sekolah. Cikgu Harun hairan akan
perkara tersebut dan mengetahui bahawa Ahmad ingin berhenti sekolah. Cikgu Harun yang berasa
kesal atas dendanya terhadap Ahmad pula mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Ahmad untuk
mengetahui perkara yang sebenar. Akhirnya, dia mengetahui bahawa Ahmad tinggal bersama ibunya
yang uzur dan tua tidak mampu membeli kasut sekolah dan terpaksa mengambil upah memetik cili di
kebun orang lain. Cikgu Harun yang tersentuh akan kedaifan Ahmad telah membelikannya sepasang
kasut dan sepasang uniform sekolah. Ahmad yang berterima kasih atas pemberian Cikgu Harun telah
belajar dengan gigih dan menjadi seorang pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut
terkemuka. Sejak itu, Ahmad menghadiahkan kasut kepada Cikgu Harun sebagai membalas jasa
gurunya, Cikgu Harun.

TEMA
Penghargaan seorang murid terhadap jasa guru yang ikhlas membantunya sewaktu murid itu miskin
dengan menekankannya kepentingan memakai kasut.

PERSOALAN
1. Ketegasan guru di sekolah demi mendisiplinkan pelajar.
Buktiya, Cikgu Harun yang tegas menyebabkan Ahmad takut untuk merenung wajahnya tepat-tapat.
Selain itu, Ahmad dimarahi Cikgu Harun kerana tidak memakai kasut dan tidak membawa pakaian
sukan.
2. Keprihatinan guru terhadap masalah murid.
Buktinya, Cikgu Harun yang prihatin akan kemiskinan keluarga Ahmad telah membelikannya
sepasang kasut dan sepasang uniform sekolah.
3. Keikhlasan murid membalas jasa guru.
Buktinya, walaupun Ahmad sudah besar dan berjawatan tinggi, namun dia tetapi mengingati jasa
Cikgu Harun dengan menghadiahinya sepasang kasut pada setiap Hari Guru.
4. Kepentingan memakai kasut di sekolah.
Buktinya, Cikgu Harun tegas memastikan pelajar memakai kasut supaya muridnya tidak mengalami
kecederaan kaki.
5. Penghargaan murid terhadap jasa guru.
Buktinya, setiap Hari Guru, Cikgu Harun akan menerima hadiah berupa kasut berjenama mahal
daripada anak muridnya yang mengingati jasa gurunya itu walaupun sudah 30 tahun berlalu.

WATAK DAN PERWATAKAN
CIKGU HARUN
Cikgu Harun sudah bersara daripada pekerjaan guru. Beliau pernah mengajar di kawasan pedalaman
30 tahun yang lalu. Dia yang prihatin akan kebajikan murid telah menghadiahkan sepasang pakaian
sekolah dan sepasang kasut kepada Ahmad. Beliau yang pernah bertegas dengan anak muridnya itu
mendapat balasan baik daripada anak muridnya yang menghadiahinya sepasang kasut berjenama
mahal pada setiap sambutan Hari Guru.
AHMAD
Ahmad merupakan seorang murid miskin yang tinggal di hujung kampung, kawasan pedalaman. Dia
terpaksa mengambil upah memetik cili hanya untuk mengumpulkan wang demi membeli kasut
sekolah lantaran ibunya yang tua dan uzur. Ahmad tidak pernah ponteng sekolah malah sentiasa
mengikut arahan gurunya, Cikgu Harun. Walaupun Cikgu Harun mengarahkannya memakai kasut
yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang, dia tetap menurut perintah tersebut. Ahmad
akhirnya menjadi seorang yang berjawatan tinggi di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka di
bandar masih mengingati jasa gurunya dengan menghadiahi Cikgu Harun sepasang kasut pada Hari
Guru.

IBU AHMAD
Ibu Ahmad seorang wanita separuh umur yang sudah uzur. Dia tinggal bersama anaknya, Ahmad di
sebuah pondok usang di hujung kampung. Walaupun miskin harta, ibu Ahmad amat menghormati
tetamu kerana menjemput Cikgu Harun masuk ke rumah sementara menunggu Ahmad pulang ke
rumah. Ibu Ahmad tidak bekerja lagi kerana sudah uzur. Oleh sebab itu, Ahmad terpaksa mengambil
upah memetik cili demi menampung perbelanjaan keluarga di samping membeli kasut sekolah.

PLOT
PERMULAAN
1. Pada 16 Mei, Hari Guru, Cikgu Harun menerima sebungkus hadiah yang tidak dipos.
2. Cikgu Harus tahu benar pengirim hadiah itu dan bertanya kepada diri sendiri sama akan hadiah itu
dihantar dengan ikhlas atau sindir atau kedua-duanya.

PERKEMBANGAN
1. Cikgu Harun mengingati peristiwa yang telah berlaku 30 tahun yang lalu apabila menerima
bungkusan hadiah daripada salah seorang anak muridnya.
2. Cikgu Harun masih ingat bahawa dia pernah menegur Ahmad kerana tidak memakai kasut dan
tidak membawa pakakian sukan ke sekolah.
3. Cikgu Harun telah mendenda Ahmad memakai kasut yang diperbuat daripada kelopak jantung
pisang.
4. Ahmad berasa malu dan sedih. Dia terasa seperti disindir oleh Cikgu Harun dan banyak murid yang
mengetawakannya.

PERUMITAN
1. Ahmad tidak hadir ke sekolah selama seminggu.
2. Kawan Ahmad menyampaikan khabar bahawa Ahmad ingin berhenti sekolah.
3. Cikgu Harun tersentuh dan berasa menyesal atas tindakannya mendenda Ahmad.
4. Cikgu Harun mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Ahmad dan mendapati ibunya sudah
uzur dan Ahmad bekerja sebagai pemetik cili untuk menampung kehidupan keluarga.

PUNCAK
1. Ahmad memberitahu punca sebenar dia tidak ke sekolah, yakni tidak mampu membeli kasut
sekolah sebagaimana yang diarahkan oleh Cikgu Harun.
2. Cikgu Harun membuat keputusan untuk membelikannya sepasang kasut sekolah baharu dan
sepasang pakaian sekolah baharu serta mengarahkan Ahmad supaya kembali ke sekolah.
3. Ahmad hanya mampu mengucapkan terima kasih atas bantuan Cikgu Harun.
PELERAIAN
1. Cikgu Harun sudah bersara tetapi jasanya tetap dikenang oleh Ahmad.
2. Ahmad menghadiahi Cikgu Harun sepasang kasut berjenama pada setiap Hari Guru.
3. Cikgu Harun sedar bahawa hadiah itu diberikan oleh Ahmad dengan hati yang ikhlas sebagaimana
ditulis dalam surat yang disertai bersama bungkusan kasut itu. Amad sudah berjaya menjawat
jawatan tinggi.

TEKNIK PLOT
1. Dialog pertuturan antara watak yang dapat menghidupkan cerita.
Bukti: Ahmad, mana kasut? tanya Cikgu Harun dengan suara yang keras.

2. Monolog watak bercakap sendiri tanpa didengar atau disedari oleh sesiapa.
Bukti: Jauh juga rumah Ahmad, bisik hati kecil Cikgu Harun.

3. Monolog dalaman kata-kata seseorang watak di dalam hati yang tidak diketahui oleh sesiapa.
Bukti: Mana ada guru yang mahu muridnya gagal dalam pelajaran. Mana ada guru yang mahu murid-
murid berhenti sekolah. Jika tidak ada murid, dari mana datangnya kerjaya seorang guru. Murid dan
guru itu saling melengkapi. Kini, seorang murid hendak berhenti sekolah. Jika itu terjadi, negara akan
kehilangan seorang warga yang berpendidikan. Cikgu Harun mula disapa penyesalan yang bukan
sedikit ketika itu.

4. Kejutan peristiwa yang tidak disangka-sangka oleh pembaca.
Bukti: Ahmad terkejut dengan kehadiran Cikgu Harun di rumahnya dan Cikgu Harun terkejut melihat
Ahmad masih memakai kasut yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang yang didenda oleh
Cikgu Harun.

5. Saspens peristiwa yang menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pembaca
Bukti: Besok, tempat duduk Ahmad kosong. Cikgu Harun sedar bahawa Ahmad tidak datang. Selama
ini, Ahmad tidak pernah ponteng sekolah. Dia rajin ke sekolah walaupun terpaksa berjalan tanpa
kasut.
Hari berikutnya juga Ahmad tidak datang. Hari selepasnya pun begitu. Kini, seminggu sudah Ahmad
tidak hadir. Cikgu Harun berasa ada sesuatu yang tidak kena. Dia cuba mendapatkan maklumat
daripada murid-murid yang lain.

6. Pemerian gambaran suasana atau keadaan oleh penulis.
Bukti: Sebaik sahaja sampai si sebuah rumah, tidak ada penghuni dilihat oleh Cikgu Harun dalam
rumah yang layak disebut pondok itu. Cikgu Harun memandang sekeliling. Suasana sepi sekali. Dia
pasti itulah rumah Ahmad seperti yang diberitahu oleh anak-anak muridnya yang lain.

7. Imbas kembali teknik watak mengingati peristiwa yang sudah berlaku.
Bukti: Cikgu Harun mengingati peristiwa yang sudah berlaku lebih 30 tahun, kejadian beliau
mendenda anak muridnya memakai kasut yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang

LATAR TEMPAT
1. Rumah Cikgu Harun di bandar
Bukti: Cikgu Harun menerima bungkusan kasut baharu di rumahnya.

2. Kawasan pedalaman
Bukti: Cikgu Harun pernah bekerja sebagai guru di kawasan pedalaman lebih tiga puluh tahun yang
lalu.

3. Bilik darjah
Bukti: Cikgu Harun pernah menegur Ahmad kerana tidak berkasut ke sekolah. Selain itu, Cikgu
Harun juga bertanya kepada pelajar-pelajarnya tentang sebab Ahmad tidak hadir ke sekolah.
4. Padang sekolah
Bukti: Di kawasan padang, murid-murid melakukan aktiviti sukan dan bersenam kecuali Ahmad. Di
situlah juga Ahmad didenda memakai kasut yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang.

5. Rumah Ahmad
Bukti: Cikgu Harun pergi ke rumah Ahmad untuk menjenguknya dan mengenal pasti sebab dia tidak
hadir ke sekolah.

6. Kebun sayur
Bukti: Ahmad bekerja sebagai pemetik cili di kebun sayur untuk menampung perbelanjaan keluarga.

7. Pekan
Bukti: Cikgu Harun pergi ke pekan untuk membeli sepasang kasut sekolah baharu dan sepasang
uniform sekolah baharu kepada Ahmad supaya dia dapat ke sekolah semula.

LATAR MASA
1. Zaman moden
Bukti: Cikgu Harun sudah bersara dan tinggal di bandar pada zaman moden ini. Selain itu, Ahmad
sudah menjadi pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka.

2. 30 tahun yang lalu
Bukti: Cikgu Harun masih ingat bahawa dia pernah menegur Ahmad kerana tidak memakai kasut dan
tidak membawa pakakian sukan ke sekolah. Cikgu Harun telah mendenda Ahmad memakai kasut
yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang. Ahmad berasa malu dan sedih. Dia terasa seperti
disindir oleh Cikgu Harun dan banyak murid yang mengetawakannya.

3. Tempoh seminggu
Bukti: Selepas didenda oleh Cikgu Harun, Ahmad tidak hadir ke sekolah selama seminggu dan
kawannya memberitahu Cikgu Harun bahawa Ahmad ingin berhenti sekolah.

4. Waktu pagi tiga minggu selepas sekolah dibuka
Bukti: Ahmad dimarahi oleh Cikgu Harun kerana tidak memakai kasut sekolah dan tidak membawa
pakaian sukan untuk aktiviti pendidikan jasmani di padang.

5. Suatu petang selepas seminggu Ahmad tidak hadir ke sekolah.
Bukti: Cikgu harun pergi ke rumah Ahmad untuk mengetahui sebab dia mahu berhenti sekolah.

6. 16 Mei
Bukti: Cikgu Harun mendapat hadiah berjenama mahal daripada muridnya setiap sambutan Hari
Guru.

7. Selepas sekolah tamat / tengah hari
Bukti: Ahmad yang malu selepas didenda memakai kasut kelopak jantung telah lari ke rumah.

LATAR MASYARAKAT
1. Masyarakat guru
Bukti: Cikgu Harun yang sudah bersara mengingati peritiwa yang berlaku lebih 30 tahun yang lalu.

2. Masyarakat pelajar
Bukti: Ahmad merupakan pelajar sekolah yang belajar dalam tahun tiga di kawasan pedalaman. Dia
pernah dimarahi oleh Cikgu Harun kerana tidak memakai kasut ke sekolah dan tidak membawa
pakaian sukan.
3. Masyarakat miskin
Bukti: Ahmad dan ibunya tinggal di sebuah pondok kecil kerana hidup dalam kesederhaan. Lagipun,
Ahmad terpaksa mengambil upah memetik cili dalam usia yang muda.

4. Masyarakat yang mengenang jasa guru
Bukti: Ahmad seorang murid yang amat mengenang jasa Cikgu Harun. Setiap kali sambutan Hari
Guru, dia akan menghantar bungkusan berisi kasut berjenama mahal untuk dihadiahkan kepada
Cikgu Harun. Hal ini membuktikan bahawa dia amat menghargai jasa gurunya walaupun sudah
berjaya dalam kehidupan.

5. Masyarakat yang tabah menghadapi kemiskinan
Bukti: keluarga Ahmad tabah menghadapi kemiskinan hidup. Dia dan ibunya tinggal di sebuah
pondok di hujung kampung.

GAYA BAHASA
1. Paradoks gabungan antara unsur positif dan negatif dalam satu ayat.
Bukti: Atau sindiran dan keikhlasan yang telah bergumpal menjadi satu.

2. Penggunaan ayat yang ringkas dan pendek.
Bukti: Soalan itu bukan yang pertama.
Waktu rehat Ahmad tidak keluar.
Dia tidak bercakap banyak.
Dia telah pun menduga.

3. Simile unsur perbandingan secara langsung oleh penulis.
Bukti: -Suara anak kecil itu tidak mahu keluar bagai ada sesuatu yang tersengkang pada batang
tenggoraknya.
-Ahmad pun datang terkebil-kebil, tertunduk-tunduk seperti ayam kalah menyabung.
-Ahmad memandang kosong ke wajah Cikgu Harun seperti mahu meminta sesuatu.
-Selepas sebelah, sebelah lagi dipasangkan seperti memakai kasut sekolah.
-Kadang-kadang dilihatnya Ahmad seperti lurus bendul.
-Ahmad berjalan macam lembu sakit kaki.
-Terasa ketika itu kasutnya macam kaki gajah yang untut dan tidak cantik. Seperti kaki ayam yang
mencakar najis. Terasa kakinya seperti kaki monyet, kaki itik, dan kaki tiang rumahnya yang usang.
Malah Ahmad terasa dirinya seperti tidak berkaki langsung.

4. Peribahasa ungkapan menarik yang digunakan oleh pengarang
Buktinya: berkaki ayam, budak hingusan, lurus bendul, angkat muka, berkecil hati, dan separuh
umur.

5. Personifikasi penggunaan unsur kemanusiaan dalam unsur bukan manusia.
Bukti: Rasa bersalah mula mengerang perasaannya.

6. Sinkof penggunaan singkatan kata
Buktinya: tak, dah, nak, ni

7. Repitasi pengulangan kata.
Bukti: Mana ada guru yang mahu muridnya gagal dalam pelajaran. Mana ada guru yang mahu murid-
murid berhenti sekolah.

8. Gaya bahasa dialog
Bukti: Ahmad, mana kasut? tanya Cikgu Harun dengan suara yang keras.
NILAI MURNI DAN PENGAJARAN
1. Nilai murni Menghormati orang yang lebih tua
Pengajaran : Kita mestilah menghormati orang yang lebih tua dan yang lebih berpengalaman
daripada kita.
Bukti: Ahmad amat menghormati Cikgu Harun dan tidak pernah mengingkari arahannya.

2. Nilai murni -Keinsafan
Pengajaran : Kita mestilah sedar akan kesilapan yang kita lakukan supaya tidak mengulanginya.
Bukti: Cikgu Harun sedar bahawa dendanya agak keterlaluan dan dia tersentuh dengan keputusan
Ahmad yang mahu berhenti sekolah kerana tidak mampu membeli kasut sekolah.

3. Nilai muri -Keikhlasan
Pengajaran : Kita mestilah ikhlas semasa memberikan hadiah kepada seseorang.
Bukti: Cikgu Harun tahu bahawa anak muridnya, Ahmad ikhlas memberikannya hadiah berupa
sepasang kasut berjenama demi menghargai jasa gurunya.

4. Nilai muri -Ketabahan
Pengajaran :Kita mestilah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan demi mematangkan diri.
Bukti: Ahmad dan ibunya tabah menghadapi kemiskinan dan dia sanggup mengambil keputusan
untuk berhenti sekolah demi bekerja memetik cili untuk menampung perbelanjaan keluarga.

5. Nilai muri -Kesabaran
Pengajaran : Kita mestilah sabar menghadapi segala masalah dalam kehidupan.
Bukti: Cikgu Harun sabar menghadapi masalah anak muridnya, Ahmad yang tidak membawa kasut
dan pakaian sukan.

6. Nilai muri -Kegigihan
Pengajaran : Kita mestilah gigih belajar supaya menjadi manusia yang berjaya.
Bukti: Ahmad gigih belajar tidak pernah ponteng sekolah walaupun miskin sehingga berjaya menjadi
seorang pengurus besar syarikat kasut berjenama.

7. Nilai muri -Bertanggungjawab
Pengajaran :Kita mestilah memikul tugasan yang diberikan dengan penuh bertanggungjawab.
Bukti: Cikgu Harun seorang guru yang bertanggungjawab kerana dia memastikan semua anak
muridnya memakai pakaian sekolah yang sesuai untuk menjalankan aktiviti bersenam di padang.

8. Nilai muri -Kesungguhan
Pengajaran : Kita mestilah belajar bersungguh-sungguh demi mengubah kehidupan keluarga yang
miskin.
Bukti: Ahmad belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya menjawat jawatan tinggi dalam sebuah
syarikat kasut berjenama.

9. Nilai muri -Baik hati
Pengajaran : Kita mestilah menghulurkan bantuan kepada sesiapa yang memerlukannya mengikut
kemampuan kita demi mengurangkan beban mereka.
Bukti: Cikgu Harun membelikan Ahmad sepasang kasut sekolah dan sepasang uniform sekolah.

Analisis komsas baharu
Antologi Kasut Kelopak Jantung
Disediakan oleh: Cikgu Tan CL.

Anda mungkin juga menyukai