Anda di halaman 1dari 22

AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976

PERINTAH SARAAN PEGUAM CARA 2005



PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 113(3) Akta Profesion
Undang-Undang 1976 [Akta 166], Jawatankuasa Kos Peguam Cara membuat
perintah yang berikut:

Nama dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Saraan Peguam Cara 2005.

(2) Perintah ini mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2006.

Saraan

2. Saraan seorang peguam cara berkenaan dengan urusan bukan berhujah
hendaklah -

(a) berkenaan dengan jualan, pembelian atau bentuk pemindahhakan lain
bagi menyelesaikan apa-apa transaksi yang melibatkan harta tak alih-

(i) saraan peguam cara yang menjalankan transaksi sama ada
bertindak bagi penjual, pembeli, pemindah atau penerima
pindahan hendaklah mengikut Jadual Pertama;

(ii) dalam hal apa-apa transaksi yang dokumen hakmilik individu
atau hakmilik strata tidak dikeluarkan pada masa transaksi itu
mula disempurnakan, saraan peguam cara yang menjalankan
penyediaan dan penyempurnaan surat cara pindah hakmilik
yang berikutnya hendaklah mengikut kaedah 2 atau 3 Jadual
Keenam, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan

2
(iii) dalam hal apa-apa transaksi yang tiada perjanjian jual beli
bertulis, atau perjanjian jual beli tidak disediakan oleh peguam
cara itu dan peguam cara itu tidak dikehendaki menerangkan
atau menasihatkan klien mengenai terma-terma dan
syarat-syarat dalam perjanjian itu, atau pindah hakmilik
dilaksanakan atas dasar kasih sayang atau tanpa balasan atau
menurut suatu pengisytiharan amanah atau surat cara lain yang
serupa, saraan peguam cara yang menjalankan penyediaan dan
penyempurnaan surat cara pindah hakmilik itu hendaklah
mengikut kaedah 4 Jadual Keenam;

(b) berkenaan dengan penyewaan atau pajakan, perjanjian bagi
penyewaan atau pajakan dan perjanjian bagi mengekhaskan sewa,
saraan bagi peguam cara yang menjalankan dan menyempurnakan
transaksi itu hendaklah mengikut Jadual Kedua;

(c) berkenaan dengan gadaian atau gadai janji, perjanjian bagi gadaian
atau gadai janji, perjanjian bagi pembiayaan di bawah perniagaan bank
Islam sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Perbankan Islam 1983
[Akta 276], debentur melalui gadaian tetap atau terapung, dan surat
cara lain yang dilaksanakan melalui cagaran-

(i) saraan peguam cara yang menjalankan dan menyempurnakan
transaksi itu sama ada bagi pembiaya, peminjam, pemegang
gadaian atau penggadai hendaklah mengikut Jadual Ketiga; dan

(ii) dalam hal apa-apa transaksi yang dokumen hakmilik individu
atau hakmilik strata tidak dikeluarkan pada masa transaksi yang
disebut dalam subperenggan (i) mula disempurnakan, saraan
peguam cara yang menjalankan penyediaan dan
penyempurnaan surat cara gadaian yang berikutnya hendaklah

3
mengikut kaedah 2 atau 3 Jadual Keenam, mengikut mana-
mana yang berkenaan;

(d) berkenaan dengan pelepasan gadaian atau surat ikatan
penyerahhakan semula mengenai harta yang digadai atau diserah hak,
saraan peguam cara yang menjalankan dan menyempurnakan
transaksi itu hendaklah mengikut Jadual Keempat;

(e) berkenaan dengan penyediaan, pemfailan atau penyaksian dokumen
pelbagai, saraan peguam cara yang mengendalikan perkara-perkara
sedemikian hendaklah mengikut Jadual Kelima; dan

(f) berkenaan dengan kerja-kerja bukan berhujah yang tiada peruntukan
dibuat untuk mengawal selia saraan peguam cara dengan cara skala
atau fi tetap, saraan peguam cara hendaklah mengikut kaedah 1
Jadual Keenam dan berkenaan dengan kerja-kerja bukan berhujah
yang tidak disempurnakan, saraan peguam cara hendaklah mengikut
kaedah 5 Jadual Keenam.

Komposisi saraan

3. (1) Saraan yang dinyatakan dalam Jadual-Jadual tidak termasuk apa-apa
yang berikut:

(a) fi yang kena dibayar bagi pendaftaran dokumen yang perlu
didaftarkan;

(b) duti setem atau fi;

(c) fi peguam, fi pelelong atau penilai;

(d) perbelanjaan perjalanan atau penginapan;

4
(e) fi yang dibayar bagi carian;

(f) kos bagi cabutan daripada mana-mana daftar atau rekod;

(g) perbelanjaan lain yang dibayar dan ditanggung dengan
munasabah dan wajar (yang hendaklah disenaraikan dalam
apa-apa bil kos yang diserahkan oleh peguam cara kepada
klien);

(h) kos bagi apa-apa kerja tambahan;

(i) fi yang berhubungan dengan apa-apa urusan berhujah;

(j) fi yang berhubungan dengan apa-apa prosiding di mana-mana
mahkamah; dan

(k) perbelanjaan pelbagai yang tidak melebihi RM50.

(2) Walau apa pun subperenggan (1), saraan yang dinyatakan dalam
Jadual-Jadual hendaklah termasuk

(a) elaun bagi masa peguam cara dan keraninya dan semua
kehadiran biasa dan perlu; dan

(b) caj bagi membuat salinan dan alat tulis yang lazim.


Usaha yang istimewa

4. Berkenaan dengan apa-apa urusan bukan berhujah yang dikehendaki
dilaksanakan dalam ruang masa yang luar biasa singkatnya dengan usaha yang

5
istimewa, seorang peguam cara boleh mengenakan saraan tambahan bagi usaha
yang istimewa itu mengikut hal keadaannya.

Bunga

5. Seorang peguam cara boleh mengenakan bunga sebanyak lapan peratus
setahun ke atas perbelanjaan dan finya, sama ada ditetapkan oleh skala atau
selainnya, mulai tamatnya tempoh satu bulan dari tuntutan yang dibuat terhadap
kliennya dan dalam hal yang perbelanjaan dan fi itu kena dibayar oleh seorang
budak atau daripada suatu kumpulan wang yang tidak ada sekarang ini, tuntutan itu
boleh dibuat ke atas ibu bapa, penjaga, pemegang amanah atau orang lain yang
bertanggungan.

Tiada diskaun

6. Diskaun tidak boleh diberi ke atas fi yang dinyatakan dalam Perintah ini.

Tidak boleh bertindak bagi lebih daripada satu pihak

7. (1) Dalam apa-apa transaksi yang disebut dalam Jadual Pertama, Kedua,
Ketiga dan Keempat, seorang peguam cara tidak boleh bertindak bagi lebih daripada
satu pihak dalam suatu transaksi tertentu.

(2) Walau apa pun subperenggan (1), seorang peguam cara boleh, jika
tiada percanggahan kepentingan, menyediakan, memfailkan atau menyaksikan
dokumen pelbagai yang dinyatakan dalam Jadual Kelima bagi pihak yang satu lagi
dalam transaksi itu.

Pembatalan

8. Perintah Saraan Peguamcara 1991 [P.U. (A) 475/1991] dibatalkan.


6
Peruntukan kecualian

9. Walaupun Perintah ini mula berkuat kuasa, apa-apa urusan bukan berhujah
yang bermula sebelum Perintah ini mula berkuat kuasa hendaklah tertakluk kepada
peruntukan Perintah Saraan Peguamcara 1991.


JADUAL PERTAMA
[Perenggan 2(a)]

Jualan dan Pindah Hakmilik


Balasan atau Nilai Yang Dihukumkan Skala Fi

Bagi RM150,000 yang pertama 1.0% (tertakluk kepada fi
minimum sebanyak RM300)

Bagi RM850,000 yang berikutnya 0.7%

Bagi RM2,000,000 yang berikutnya 0.6%

Bagi RM2,000,000 yang berikutnya 0.5%

Bagi RM2,500,000 yang berikutnya 0.4%

Jika balasan atau nilai yang dihukumkan Boleh dirundingkan atas
itu melebihi RM7,500,000 lebihan (tetapi tidak boleh
melebihi 0.4% daripada
lebihan itu)


7
Walau apa pun kadar di atas, dalam hal apa-apa transaksi yang tertakluk
kepada Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966
[Akta 118] atau apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta
itu, saraan peguam cara yang menjalankan dan menyempurnakan transaksi,
sama ada bertindak bagi penjual atau pembeli, adalah

(a) RM250, sekiranya balasan adalah RM45,000 atau kurang;

(b) 75% daripada skala fi berkenaan yang dinyatakan, jika balasan
melebihi RM45,000 tetapi tidak melebihi RM100,000;

(c) 70% daripada skala fi berkenaan yang dinyatakan, jika balasan
melebihi RM100,000 tetapi tidak melebihi RM500,000; atau

(d) 65% daripada skala fi berkenaan yang dinyatakan, jika balasan
melebihi RM500,000.


KAEDAH-KAEDAH DI BAWAH JADUAL PERTAMA

1. Seorang peguam cara hendaklah bertindak hanya bagi penjual/pemindah
atau pembeli/penerima pindahan dan saraan peguam cara itu hendaklah mengikut
skala fi berkenaan yang dinyatakan berdasarkan balasan, atau nilai yang
dihukumkan, bagi transaksi itu.

2. Seorang peguam cara yang bertindak bagi pembeli boleh juga bertindak bagi
kliennya dalam jualan yang berikutnya.

3. Seorang peguam cara yang bertindak bagi pembeli boleh juga bertindak bagi
kliennya dalam transaksi pembiayaan.


8
4. Dalam transaksi yang melibatkan harta yang ditawarkan oleh seorang
peguam cara untuk jualan secara lelong awam bagi pihak kliennya

(a) jika harta itu dijual-

(i) saraan peguam cara penjual bagi pengendalian jualan
(termasuk menggubal dan menyelesaikan syarat-syarat jualan)
hendaklah skala fi penuh yang dinyatakan berdasarkan harga
jualan harta itu;

(ii) jika peguam cara yang sama kemudiannya bertindak bagi
penjual untuk menyempurnakan transaksi (termasuk menyemak
hakmilik, menyediakan, meneliti dan menyempurnakan surat
cara pindah hakmilik), saraan tambahannya hendaklah 50%
daripada skala fi penuh yang dinyatakan berdasarkan harga
jualan harta itu;

(iii) saraan peguam cara pembeli hendaklah skala fi penuh yang
dinyatakan berdasarkan harga jualan harta itu; dan

(iv) jika harta yang dipegang di bawah hakmilik yang sama
dibahagikan kepada beberapa lot untuk memudahkan penjualan
dan pembeli yang sama membeli beberapa lot itu dan satu
pindah hakmilik dilakukan berkenaan dengan lot-lot itu, saraan
peguam cara yang dinyatakan dalam subperenggan 4(a)(i), (ii)
dan (iii) hendaklah berdasarkan harga agregat lot-lot itu;

(b) jika harta itu tidak dijual, saraan peguam cara penjual (termasuk
menggubal dan menyelesaikan syarat-syarat jualan) hendaklah

(i) 50% daripada skala fi penuh yang dinyatakan berdasarkan
harga rizab;

9

(ii) jika tidak ada harga rizab, 50% daripada skala fi penuh yang
dinyatakan berdasarkan tawaran yang tertinggi yang
diperakukan secara bertulis oleh pelelong; atau

(iii) jika tidak ada harga rizab atau tidak ada tawaran, mengikut
kaedah 1 Jadual Keenam;

(c) jika harta itu tidak dijual pada percubaan pertama tetapi dijual pada
percubaan berikutnya, saraan peguam cara penjual bagi percubaan
pertama hendaklah mengikut subperenggan 4(b)(i), (ii) atau (iii), dan
bagi percubaan berikutnya yang berjaya, saraan peguam cara penjual
hendaklah skala fi penuh berdasarkan harga jualan harta itu; dan jika
harta itu tidak dijual selepas dua percubaan atau lebih, saraan peguam
cara penjual bagi percubaan pertama hendaklah mengikut
subperenggan 4(b)(i), (ii) atau (iii) dan bagi setiap percubaan
berikutnya yang tidak berjaya, saraan peguam cara penjual hendaklah
mengikut kaedah 1 Jadual Keenam; dan

(d) jika sesuatu harta yang dipegang di bawah hakmilik yang sama
dibahagikan kepada beberapa lot untuk memudahkan penjualan,
saraan peguam cara penjual yang dinyatakan dalam subperenggan
4(b)(i) dan (ii) hendaklah berdasarkan agregat harga rizab, atau jika
tidak ada harga rizab, agregat tawaran tertinggi yang diperakukan
secara bertulis oleh pelelong.

5. Skala fi dalam Jadual ini hendaklah juga terpakai bagi pemindahan gadaian
dan pajakan, berdasarkan balasan bagi pemindahan sedemikian atau nilai yang
dihukumkan.


10
6. Sebagai tambahan kepada apa-apa fi lain yang kena dibayar kepada
seseorang peguam cara di bawah Perintah ini, seorang peguam cara yang
mengaturkan

(a) suatu jualan bagi penjual (selain jualan secara lelong awam yang
dalam keadaan itu kaedah 4 Jadual ini hendaklah terpakai); atau

(b) suatu belian oleh pembeli,

dan merundingkan harga dan terma-terma dan syarat-syaratnya, hendaklah berhak
kepada fi rundingan tambahan yang setara dengan skala fi penuh yang dinyatakan
dalam Jadual ini.

7. Saraan yang dinyatakan dalam Jadual ini hendaklah termasuk segala
kehadiran biasa dan perlu sehingga transaksi itu disempurnakan, termasuk
penyediaan perjanjian jual beli dan penyediaan dan pendaftaran surat cara pindah
hakmilik atau surat ikatan penyerahhakan sekiranya tiada dokumen hakmilik individu
atau hakmilik strata dikeluarkan.


JADUAL KEDUA
[Perenggan 2(b)]

Pajakan dan Penyewaan

Pajakan

Sewa bulanan Skala fi

Bagi RM10,000 yang pertama 50% (tertakluk kepada fi minimum
RM600)


11
Bagi RM90,000 yang berikutnya 20%

Jika sewa melebihi Boleh dirundingkan atas lebihan
RM100,000 (tetapi tidak boleh melebihi 20%
daripada lebihan itu)


Penyewaan

Sewa bulanan Skala fi

Bagi RM10,000 yang pertama 25% (tertakluk kepada fi
minimum RM300)

Bagi RM90,000 yang berikutnya 10%

Jika sewa melebihi Boleh dirundingkan atas lebihan
RM100,000 (tetapi tidak boleh melebihi 10%
daripada lebihan itu)


KAEDAH-KAEDAH DI BAWAH JADUAL KEDUA

1. Seorang peguam cara hendaklah bertindak hanya bagi pemberi pajak/tuan
tanah atau penerima pajak/penyewa dan saraan peguam cara itu hendaklah
mengikut skala fi yang berkenaan dalam Jadual ini.

2. Apa-apa balasan dalam perjanjian pajakan atau penyewaan itu yang
dinyatakan sebagai kena dibayar selain melalui sewa (misalnya caj perkhidmatan,
penyewaan perabot dan lekapan) hendaklah disifatkan sebagai sewa bagi maksud
Jadual ini.


12
3. Jika suatu sewa berubah kena dibayar, saraan peguam cara hendaklah
berdasarkan amaun sewa kena dibayar yang tertinggi.

4. Jika balasan bagi suatu perjanjian pajakan atau sewaan dinyatakan sebagai
sebahagiannya untuk bayaran wang atau premium dan sebahagiannya lagi untuk
sewa, saraan peguam cara hendaklah agregat

(a) skala fi bagi perjanjian jual beli berdasarkan amaun yang sama dengan
bayaran wang atau premium sebagaimana yang dinyatakan dalam
Jadual Pertama; dan

(b) skala fi berdasarkan sewa sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual
ini.

5. Jika seorang peguam cara mewakili pemberi pajak atau tuan tanah
berkenaan dengan pajakan atau penyewaan bagi sepuluh unit atau lebih di
dalam suatu bangunan atau sebahagaian daripada suatu bangunan yang
menggunakan bentuk perjanjian pajakan atau penyewaan yang standard,
atau jika suatu perjanjian pajakan atau penyewaan diperbaharui atas terma-
terma dan syarat-syarat yang sama pada sebahagian besarnya, saraan
peguam cara itu berkenaan dengan setiap pajakan atau penyewaan itu
hendaklah 50% daripada skala fi berkenaan yang dinyatakan dalam Jadual
ini, tertakluk kepada fi minimum sebanyak RM600 bagi pajakan dan RM300
bagi penyewaan.









13
JADUAL KETIGA
[Perenggan 2(c)]

Gadaian, Debentur dan Dokumen Cagaran atau Pembiayaan lain

Amaun dicagar atau dibiayai Skala Fi

Bagi RM150,000 yang pertama 1.0% (tertakluk kepada fi
minimum sebanyak RM300)

Bagi RM850,000 yang berikutnya 0.7%

Bagi RM2,000,000 yang berikutnya 0.6%

Bagi RM2,000,000 yang berikutnya 0.5%

Bagi RM2,500,000 yang berikutnya 0.4%

Jika amaun dicagar atau dibiayai Boleh dirundingkan atas
melebihi RM7,500,000 lebihan (tetapi tidak boleh
melebihi 0.4% daripada
lebihan itu)

Bagi surat cara utama Skala fi penuh

Bagi setiap surat cara subsidiari 10% daripada skala fi
mengikut pengertian (tertakluk kepada fi minimum
subseksyen 4(3) Akta Setem 1949 sebanyak RM200 dan
[Akta 398] fi maksimum sebanyak
RM1,000)


14
Walau apa pun kadar di atas, dalam hal apa-apa transaksi yang tertakluk
kepada Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 atau
mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta itu, saraan
peguam cara yang menjalankan dan menyempurnakan transaksi, sama ada
bertindak bagi pembiaya/pemegang gadaian atau peminjam/penggadai,
hendaklah-

(a) RM250, jika balasan dan juga jumlah pinjaman ialah RM45,000 atau
kurang;

(b) 75% daripada skala fi berkenaan yang dinyatakan, jika balasan dan
juga jumlah pinjaman melebihi RM45,000 tetapi tidak melebihi
RM100,000;

(c) 70% daripada skala fi berkenaan yang dinyatakan, jika balasan dan
juga jumlah pinjaman melebihi RM100,000 tetapi tidak melebihi
RM500,000; atau

(d) 65% daripada skala fi berkenaan yang dinyatakan, jika balasan dan
juga jumlah pinjaman melebihi RM500,000.


KAEDAH-KAEDAH DI BAWAH JADUAL KETIGA


1. Seorang peguam cara hendaklah bertindak hanya bagi pembiaya/pemegang
gadaian atau peminjam/penggadai dan saraan peguam cara itu hendaklah mengikut
skala fi berkenaan yang dinyatakan berdasarkan amaun yang dicagar atau dibiaya.

2. Jika kemudahan tambahan diberikan atas cagaran apa-apa gadaian atau
debentur sedia ada atau dokumen cagaran yang lain, yang disetemkan sebagai
tambahan untuk meliputi kemudahan sedemikian, saraan peguam cara itu

15
hendaklah mengikut skala fi berkenaan yang dinyatakan berdasarkan amaun
kemudahan tambahan itu.

3. Berkenaan dengan penyediaan dokumen cagaran dan/atau perjanjian untuk
perniagaan bank Islam sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Perbankan
Islam 1983-

(a) skala fi yang dinyatakan bagi surat cara atau dokumen utama
hendaklah berdasarkan amaun pokok yang diberikan atau dibiaya oleh
pembiaya (tertakluk kepada fi minimum sebanyak RM300); dan

(b) fi bagi setiap surat cara subsidiari atau surat cara lain yang disediakan
berhubung dengan transaksi pembiayaan itu (yang dibuat mengikut
prinsip Syariah), untuk menjamin pembayaran balik wang yang
diberikan atau dibiaya, hendaklah 10% daripada skala fi berkenaan,
tertakluk kepada fi minimum sebanyak RM200 dan fi maksimum
sebanyak RM1,000 bagi setiap surat cara subsidiari atau surat cara
lain.



JADUAL KEEMPAT
[Perenggan 2(d)]

Pelepasan Gadaian dan Surat Ikatan Penyerahhakan Semula

Pelepasan Gadaian

Hakmilik pertama RM300

Setiap hakmilik tambahan RM50
dalam surat cara yang sama


16
Surat Ikatan Penyerahhakan Semula

Harta pertama RM300

Setiap harta tambahan RM50
dalam surat ikatan yang sama

Jika Surat Ikatan Penyerahhakan Semula itu termasuk Pembatalan Surat
Kuasa Wakil, suatu fi tambahan sebanyak RM100 hendaklah kena dibayar
kepada peguam cara itu.


KAEDAH-KAEDAH DI BAWAH JADUAL KEEMPAT


1. Skala fi dalam Jadual ini hendaklah kena dibayar hanya kepada peguam cara
yang menjalankan dan menyempurnakan transaksi itu.

2. Dalam hal jika suatu pelepasan gadaian atau surat ikatan penyerahhakan
semula-

(a) disediakan oleh peguam cara pembiaya/pemegang gadaian dan
tandatangan wakil pembiaya/pemegang gadaian disaksikan oleh
peguam cara tersebut, dan surat cara itu kemudiannya dihantar
kepada peguam cara peminjam/penggadai untuk menyempurnakan
transaksi itu, saraan peguam cara pembiaya/pemegang gadaian dan
peguam cara peminjam/penggadai setiap satu hendaklah 50%
daripada skala fi berkenaan dalam Jadual ini; atau

(b) disediakan oleh peguam cara peminjam/penggadai dan surat cara itu
dihantar kepada peguam cara pembiaya/pemegang gadaian hanya
untuk pengakusaksian tandatangan wakil pembiaya/pemegang
gadaian, peguam cara pembiaya/pemegang gadaian hanya boleh

17
mengenakan fi bagi pengakusaksian seperti yang dinyatakan dalam
Jadual Kelima, dan saraan peguam cara peminjam/penggadai
hendaklah RM300.


JADUAL KELIMA
[Perenggan 2(e)]

Menyediakan, memfailkan atau menyaksikan dokumen pelbagai

(a) Bagi menyaksikan penyempurnaan RM50 bagi salinan
sesuatu dokumen pertama dan RM10
bagi setiap salinan
berikutnya

(b) Bagi menyaksikan penyempurnaan RM100 bagi salinan
sesuatu dokumen dan memberikan pertama dan RM10
perakuan pengakusaksian bagi setiap salinan
berikutnya

(c) Borang-borang di bawah seksyen 108-113 RM300 bagi setiap set
Akta Syarikat 1965 [Akta 125]

(d) Cukai Keuntungan Harta Tanah borang 1 RM300 setiap borang
(CKHT 1)

(e) Cukai Keuntungan Harta Tanah borang 2 RM200 setiap borang
(CKHT 2)

(f) Permohonan kepada Pihak Berkuasa/
Badan Berkanun Negeri untuk
mendapatkan keizinan bagi pemindahan

18
hakmilik/pajakan/gadaian

(i) bagi harta yang balasan atau RM200 setiap
jumlah pinjaman, mengikut permohonan
mana-mana yang berkenaan,
bernilai RM45,000 atau kurang

(ii) bagi harta yang balasan atau RM300 setiap
jumlah pinjaman, mengikut permohonan
mana-mana yang berkenaan,
melebihi RM45,000

(g) Memfailkan apa-apa borang lain RM100 setiap borang
dengan pihak berkuasa berkenaan

(h) Memasukkan kaveat susulan daripada RM200 bagi hakmilik
opsyen untuk membeli, perjanjian pertama dan RM50
jual beli atau transaksi pinjaman bagi setiap hakmilik
berikutnya

(i) Penarikan kaveat RM150 bagi hakmilik
pertama dan RM50
bagi setiap hakmilik
berikutnya


KAEDAH-KAEDAH DI BAWAH JADUAL KELIMA

1. Seorang peguam cara tidak berhak kepada fi penyaksian atau
pengakusaksian-


19
(a) dalam hal jika dia menyediakan, menyelesaikan atau meluluskan
dokumen berkenaan dan dia diberikan saraan mengikut Perintah ini;
atau

(b) dalam hal jika dia bertindak bagi satu pihak dalam sesuatu transaksi
dan menyaksikan atau mengakusaksikan tandatangan pihak yang lagi
satu yang tidak diwakilinya.

2. Jika peguam cara yang menyaksikan atau mengakusaksikan itu diminta
menerangkan atau memberikan nasihat mengenai kandungan apa-apa dokumen
yang tidak disediakan olehnya, dia berhak kepada saraan mengikut kaedah 1 Jadual
Keenam.


JADUAL KEENAM
[Perenggan 2(f)]

KAEDAH-KAEDAH DI BAWAH JADUAL KEENAM

1. Saraan seorang peguam cara bagi kerja-kerja bukan berhujah yang tiada
peruntukan dibuat secara skala fi atau fi tetap hendaklah suatu jumlah wang yang
patut dan munasabah dengan mengambil kira semua hal keadaan kes itu, dan
khususnya hal keadaan yang berikut:

(a) mustahaknya perkara itu kepada klien;

(b) kemahiran, tenaga, pengetahuan khusus dan tanggungjawab yang
terlibat di pihak peguam cara itu;

(c) kerumitan perkara itu atau kesukaran atau kebaharuan persoalan yang
dibangkitkan;


20
(d) jika wang atau harta terlibat, amaun atau nilainya;

(e) masa yang dihabiskan oleh peguam cara itu;

(f) bilangan dan mustahaknya dokumen yang disediakan atau diteliti oleh
peguam cara itu;

(g) tempat dan hal keadaan yang perkhidmatan atau urusan atau mana-
mana bahagiannya diberikan atau ditransaksikan.

2. Dalam hal jika seorang peguam cara telah mengendalikan sesuatu transaksi
dan tiada dokumen hakmilik individu atau strata dikeluarkan ketika transaksi itu
disempurnakan pada mulanya-

(a) jumlah saraan yang patut dan munasabah bagi peguam cara yang
menyediakan dan menyempurnakan surat cara pindah hakmilik atau
gadaian yang berikutnya hendaklah suatu fi yang tidak melebihi 25%
daripada skala fi berkenaan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama
atau Jadual Ketiga, mengikut mana-mana yang berkenaan, tertakluk
kepada fi minimum sebanyak RM200; dan

(b) jika surat cara pindah hakmilik atau gadaian tersebut melibatkan lebih
daripada satu dokumen hakmilik individu atau strata, saraan tambahan
yang patut dan munasabah bagi peguam cara itu hendaklah RM50
bagi setiap hakmilik tambahan yang terlibat.

3. Dalam hal jika seorang peguam cara mengendalikan sesuatu transaksi
setelah pengeluaran dokumen hakmilik individu atau strata, tetapi dia tidak
mengendalikan transaksi itu pada ketika transaksi itu disempurnakan sebelum
pengeluaran dokumen hakmilik individu atau strata itu-


21
(a) saraan yang patut dan munsabah bagi peguam cara yang
menyediakan dan menyempurnakan surat cara pindah hakmilik atau
gadaian yang berikutnya hendaklah fi yang tidak melebihi 50%
daripada skala fi berkenaan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama
atau Jadual Ketiga, mengikut mana-mana yang berkenaan, tertakluk
kepada fi minimum sebanyak RM200; dan

(b) jika surat cara pindah hakmilik atau gadaian tersebut melibatkan lebih
daripada satu dokumen hakmilik individu atau strata, peguam cara itu
hendaklah berhak kepada saraan tambahan sebanyak RM50 bagi
setiap hakmilik tambahan yang terlibat.

4. Dalam hal apa-apa transaksi yang tidak ada perjanjian jual beli bertulis, atau
perjanjian jual beli tidak disediakan oleh peguam cara itu dan peguam cara itu tidak
dikehendaki menerangkan atau menasihatkan klien mengenai terma-terma dan
syarat-syaratnya, atau pindah hakmilik itu dilaksanakan atas dasar kasih sayang
atau tiada balasan atau menurut suatu pengisytiharan amanah atau surat cara lain
yang seumpamanya

(a) saraan yang patut dan munasabah bagi peguam cara yang
menyediakan dan menyempurnakan surat cara pindah hakmilik itu
hendaklah fi yang tidak melebihi skala fi berkenaan yang dinyatakan
dalam Jadual Pertama, tertakluk kepada fi minimum sebanyak RM300;
dan

(b) jika surat cara pindah hakmilik tersebut melibatkan lebih daripada satu
dokumen hakmilik individu, peguam cara itu hendaklah berhak kepada
saraan tambahan sebanyak RM50 bagi setiap hakmilik tambahan yang
terlibat.

5. Dalam hal jika suatu transaksi itu tidak disempurnakan atau tidak diselesaikan
walau apa pun sebabnya, saraan yang patut dan munasabah bagi peguam cara itu

22
hendaklah fi yang tidak melebihi 50% daripada skala fi berkenaan, tertakluk kepada
fi minimum sebanyak RM200. Walau bagaimanapun, jika kerja yang perlu dibuat
oleh peguam cara itu telah disiapkan sepenuhnya atau sebahagian besar
daripadanya, peguam cara itu hendaklah berhak mengenakan skala fi penuh
sebagai saraannya.


Dibuat Disember 2005
[BC ; PN (PU2) 314/X]








Tan Sri Dato Siti Norma binti Yaakob Ragunath Kesavan
Hakim Besar Malaya Peguam Bela dan Peguam Cara




Dato Umi Kalthum binti Abd. Majid Sin Siew Kuen
bagi Peguam Negara Malaysia Peguam Bela dan Peguam Cara




Tengku Maimun binti Tuan Mat Cheah Poh Gek
Ketua Pendaftar Peguam Bela dan Peguam Cara




Woon Yeow Thong
Peguam Bela dan Peguam Cara

Anda mungkin juga menyukai