Anda di halaman 1dari 8

PENDIDIDKAN SENI

TINGKATAN 1

1. JALINAN
2. ANYAMAN
DISEDIAKAN OLEH :
PUAN RUHAIZAH BINTI RAHMAN
1. JALINAN
Definisi:
Jalinan merupakan kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda, seperti
kesan pada permukaan kulit durian, kulit rambutan, tapak kasut, kulit kayu, bulu
kucing, belang pada harimau dan lain-lain.
Jalinan pada benda buatan manusia dan benda ciptaan Tuhan memberi kesan
tampak yang berbeza. Dan setiap jalinan itu memberikan watak dan identiti
kepada setiap objek.
Setiap objek yang berjalinan, mempunyai fungsi dan nilai-nilai yang tersendiri.

2 Jenis jalinan:

1. JALINAN SENTUH
Merupakan kesan permukaan/CORAK yang dapat
dilihat dan dirasa melalui sentuhan seperti,
permukaan batu, kulit kayu, kulit kerang
Jalinan sentuh dapat dipindahkan ke permukaan
2 dimensi melalui beberapa teknik seperti capan,
cetakan, gosokan dan sebagainya
Teknik penghasilan - ukiran, kolaj, impasto, anyaman
dsb

2. JALINAN TAMPAK
merupakan kesan jalinan yang hanya dapat dilihat
tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan seperti,
sayap rama-rama, kulit tembikai, kertas pembalut
hadiah, kertas dinding, corak tekstil dan sebagainya.
Teknik penghasilan - lakaran, lukisan,sapuan pewarna,
cetakan, tiupan,bauran warna, gosokan dsb

2. ANYAMAN
Definisi :

Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-
tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan.
Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan,
mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan
lembut.

Tokoh anyaman:
1. Puan Aminah binti Ali
2. Cik Siah bt Jumaat berasal dari negeri Terengganu mencipta kelarai Sambas
3. Hajah Asiah bt. Salleh dari negeri Terengganu mencipta kelarai Tapak harimau
4. Hajah Semek dari negeri Terengganu mencipta kelarai Mak Mek
5. Esah bt Said dari negeri Kelantan mencipta kerai Sisik Kelah.
6. Dayang Aisah bt. Awang Husin dari negeri Sabah mencipta kelarai bunga
Jenis dan Bahan Anyaman:

1. Anyaman Mengkuang - Daun mengkuang -Tikar,
tudung salji, bekas pakaian dan lain-lain



2. Anyaman pandan - Daun pandan duri
Tikar sembahyang, hiasan dinding,





3. Anyaman Buluh - Jenis-jenis buluh yang sesuai
- Bakul, bekas pakaian, nyiru, beg dan lain-lain


4. Anyaman Rotan - Rotan yang telah diproses
Bakul, bekas pakaian, tempat buaian anak dan lain-lain



5. Anyaman Lidi - Lidi kelapa-Lekar,
bekas buah, bekas telor.






6. Anyaman ribu-ribu-Paku pakis ribu-ribu.-Tempat
tembakau, bekas sirih terbus, bakul, bekas
serba guna dan lain-lain.



Peralatan dalam mengayam
Parang
Penyisip Pelurut
Jangka Pisau

Anda mungkin juga menyukai