Anda di halaman 1dari 2

PERATURAN-PERATURAN BADMINTON

Gelanggang
Ukuran gelanggang badminton ialah 17 kaki
(5.18 m) lebar untuk permainan yang melibatkan dua
pemain. Manakala, 44 kaki (13.41 m) panjang dan 20
kaki (6.10 m) lebar bagi permainan yang melibatkan
empat pemain
Jaring diletakkan tetap di tengah gelanggang,
dengan ketinggian 5 kaki (1.52 m) dari tanah di
bahagian tengahnya. Manakala, ketinggian hujung
jaring berukuran 5 kaki 1 inci (1.55 m) semasa ia diikat
pada tiang
Pemain
Perseorangan lelaki
Perseorangan wanita
Beregu lelaki
Beregu wanita
Beregu campuran
Peralatan
Jaring
Raket
Bulu tangkis
Pengadil
Pengadil rasmi
Pembantu pengadil (mencatat pungutan mata)
Pembantu pengadil (penjaga garisan kanan
gelanggang)
Pembantu pengadil (penjaga garisan kiri
gelanggang)

Cara permainan
Dimainkan oleh dua atau empat orang pemain
dalam satu masa
Pemain akan memukul bulu tangkis ke belakang
dan depan melepasi jaring dengan raket. Hanya pemain
yang melakukan servis akan mendapat mata sekiranya
pemain lawan tidak dapat mengembalikan bulu tangkis
tersebut
Jika pemain yang melakukan servis gagal untuk
mengembalikan bulu tangkis, pemain tersebut akan
kehilangan servis. Jika dia gagal untuk menerima bulu
tangkis dari pemain lawan yang memegang servis,
pemain tersebut akan kehilangan mata dan mesti
menerima bulu tangkis sehingga memperoleh servis dan
pungutan mata
Permainan dimainkan sehingga ada di antara
pemain mendapai mata ke-15. Manakala bagi pemain
wanita, permainan dimainkan sehingga mata ke-11
sahaja
Jika pungutan mata di antara pemain yang
berlawan adalah sama di akhir permainan, maka
permainan tersebut akan ditentukan menerusi
prosedur tie breaking yang dikenali sebagai settingyang
merangkumi pelbagai peraturan yang berbeza di antara
pertandingan yang melibatkan pemain lelaki dan
wanita, serta ia bergantung kepada kedudukan pungutan
mata yang seri

Anda mungkin juga menyukai