Anda di halaman 1dari 4

Akhirnya, kita dapat mengambil iktibar daripada peristiwa lampau melalui mata pelajaran

Sejarah. Sarwajagat mengakui, kuasa-kuasa imperialis dunia menguasai Tanah Melayu silih
berganti selama 446 tahun. Maka, dalam tempoh itu, kita ditekan dan ditindas selayak binatang
oleh penjajah durjana. Justeru, apabila negara sudah merdeka, kita mula menyedari
Penutup:
Tuntasnya, kepentingan mempelajari mata pelajaran sejarah negara amat penting dalam
pembentukan masyarakat yang sentiasa menghayati dan menghargai jasa-jasa pejuang tanah
air yang berjuang untuk kebebasan kita pada hari ini. Jadi, pelajar terutamanya tidak
sewajarnya mengeluh untuk mempelajari matapelajaran kerana di dalamnya terkandung 1001
iktibar, teladan serta pengajaran untuk pedoman hidup
Secara tuntas, mata pelajaran Sejarah sangat penting bagi generasi muda. Selain itu, banyak
faedah boleh diperoleh melalui mata pelajaran Sejarah. Generasi muda tidak sepatutnya
mempunyai anggapan bahawa Sejarah sesuatu yang sudah lapuk dan ketinggalan zaman. Ibu
bapa memainkan peranan penting dalam memupuk minat anak dalam mata pelajaran Sejarah.
Minat tersebut harus dipupuk sejak mereka kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Namun, kerjasama semua pihak dituntut dalam usaha memastikan pelaksanaannya
mencapai matlamat yang telah ditetapkan kerana sikap seperti enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing hanya mendatangkan kerugian sebaliknya peribahasa bukit
sama didaki lurah sama dituruni wajar dijadikan panduan.
memberi pemahaman dan penghayatan mendalam kepada murid supaya menghayati sejarah
sejak awal usia di samping mengenali secara dekat tokoh terbilang yang berjasa kepada
negara.


Kaedah:
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, guru boleh memilih dan
menggunakan teknik-teknik pengajaran yang sesuai. Teknik-teknik itu haruslah berasaskan
kajian daripada bidang-bidang yang ada kaitannya dengan ilmu pendidikan, seperti bidang
psikologi, sosiologi, falsafah pendidikan dan pedagogi. Memang tidak dapat disangkal bahawa
pelbagai teknik boleh diaplikasikan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran, namun
demikian harus diingat bahawa tiada satu teknik pun yang dianggap sesuai dan dapat
digunakan untuk semua keadaan atau terbaik untuk semua situasi pengajaran. Oleh itu, teknik
yang digunakan itu harus bergantung pada peringkat umur, suasana bilik darjah dan
kemampuan serta minat murid terhadap bahan pengajaran yang akan disampaikan. Tegasnya,
seorang guru itu mestilah bijak memilih teknik-teknik yang akan digunakannya semasa
menyampaikan sesuatu pengajaran.

Kaedah dan teknik pengajaran ialah cara yang lebih khusus atau spesifik yang digunakan untuk
mengajar (atau menguji) sesuatu kemahiran atau aspek bahasa. Ia boleh wujud dalam bentuk
aktiviti, strategi atau taktik, dan bahan atau alat yang berkaitan dengan pelajaran tersebut.
Menurut Mengantar Simanjuntak dalam buku Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abd. Aziz
pula, teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk
mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa
tertentu. Berdasarkan definisi tersebut, dapat diringkaskan bahawa, teknik dan kaedah amat
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian adalah sama dengan
proses P&P sejarah.
Terdapat beberapa jenis alat bantuan mengajar yang boleh digunakan dalam proses P&P.
Antaranya bahan bergambar dan grafik seperti penggunaan fotograf, carta-carta, poster,
poskad dan glob, alat pandang tayang seperti transparensi, slaid, dan filem jalur, alat dengar
seperti radio dan pita rakaman dan alat pandang dengar seperti televisyen dan filem. Selain itu,
bahan-bahan sumber sejarah seperti artifak, dokumen sejarah dan tinggalan arkeologi turut
sesuai digunakan semasa pengajaran.
Walaupun terdapat banyak alat bantuan mengajar yang boleh digunakan semasa mengajar,
guru tidak seharusnya lupa akan perlunya memilih alat-alat yang sesuai dengan setiap topik
yang diajar. Alat yang dipilih mestilah menepati dengan objektif pelajaran. Perkara ini penting
dalam mencapai tujuan khusus. Contohnya guru boleh menggunakan gambar dan tayangan
bagi menambah kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik yang diajar. Selain itu, guru juga
perlu menentukan kesesuaian alat yang dipilih dan mengkaji dahulu minat pelajar dalam
sesuatu bilik darjah. Hal ini demikian bertujuan menarik perhatian pelajar dan menjadikan
sesuatu sesi P&P itu seronok dan pelajar dapat memahaminya dengan mudah. Dalam pada itu,
guru juga perlu melihat tahap kebolehan pelajar. Perkara ini penting untuk menentukan
kesesuaian bahan yang dipilih dengan tahap pemikiran pelajar. Contohnya dalam mengajar
pelajar yang pandai, guru hanya boleh menggunakan ABM yang ringkas sahaja seperti
penggunaan slaid dan jadual. Selain itu juga, guru perlu peka dengan faktor masa dan gerak
kerja susulan. Penggunaan alat haruslah disesuaikan dengan masa mengajar. Guru juga perlu
menjadi lebih kreatif dengan melibatkan aktiviti lain dengan hanya menggunakan satu ABM. Hal
ini demikian penting dalam membantu guru menjimatkan kos dan masa untuk menyiapkan
sesuatu ABM itu.
Teknik sebab dan akibat menerangkan bagaimana sesuatu tingkah laku, idea atau kejadian
mengakibatkan kesan-kesan berikutnya. Penekanan yang perlu diberikan ketika melaksanakan
teknik sebab dan akibat dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah
termasuklah, Memahami teks atau maklumat yang diberikan, mengenal pasti objektif
pengajaran dan pembelajaran (what to learn). Menentukan titik tolak atau permulaan peristiwa
(the begining event), mengenalpasti perkara-perkara penting yang terkandung dalam teks,
menyusun perkara-perkara tersebut mengikut turutan yang bermula dengan titik tolak peristiwa,
mengemukakan maklumat yang menyokong perkara-perkara penting (anggapan antara sebab
dan akibat) yang memperkembangkan higher-order thinking.
Teknik penyelesaian masalah pula satu teknik pengajaran yang bertujuan untuk memberi
peluang dan ruang kepada pelajar lebih produktif dan bertukar pandangan dalam usaha untuk
menyelesaikan persoalan yang dikemukakan kepada mereka. Teknik ini boleh digunakan bagi
merancang langkah-langkah dengan sistematik secara kolaboratif untuk menghadapi dan
mengatasi cabaran ke arah pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Terdapat beberapa
langkah yang perlu diberikan perhatian ketika melaksanakan teknik penyelesaian masalah
dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah. Antaranya, mengenal pasti matlamat yang diingini
dan matlamat tersebut mestilah jelas, mengenal pasti cabaran-cabaran yang akan dihadapi
sebelum pencapaian matlamat yang telah ditetapkan, mencadangkan langkah-langkah yang
boleh diambil untuk mengatasi cabaran dan menyusun langkah-langkah untuk mengatasi
cabaran mengikut keutamaan.
Selain menggunakan teknik tersebut, guru-guru juga boleh mengubah suai teknik-teknik yang
sedia ada kepada suatu teknik yang lebih kreatif. Contohnya dalam menggunakan pendekatan
penyelesaian masalah, guru boleh menggantikan pemberian masalah secara formal kepada
mengenalpasti masalah dalam pantun teka-teki (lihat lampiran). Para pelajar perlu
menyelesaikan masalah teka-teki tersebut. Seterusnya guru akan membimbing pelajar
mendalami persoalan teka teki tersebut dan mengadakan sesi perbincangan. Dengan itu, para
pelajar akan lebih faham dan berminat dengan pelajaran mereka. Dalam pada itu,
pengaplikasian teknik permainan dalam sesi pembelajaran juga boleh menjadikan proses P&P
menjadi lebih menarik. Contohnya mengaplikasikan teknik permainan poker dalam proses
pembelajaran koperatif. Teknik ini mengkehendaki guru menyuruh pelajar membentuk
kumpulan kecil seramai empat orang dengan satu set kad poker. Set poker dibahagikan kepada
dua bahagian iaitu bahagian yang mengandungi soalan dan bahagian yang mengandungi
jawapan. Kad yang mengandungi soalan dipilih dan dicabut terlebih dahulu oleh pelajar
sebelum memulakan permainan (prinsip terbuka). pelajar akan mencabut set kad yang
mengandungi jawapan secara bergilir. Kad jawapan yang tepat akan disimpan oleh pelajar
manakala kad yang mempunyai jawapan yang tidak tepat akan diletakkan semula pada kad di
bahagian bawah sekali. Setelah berjaya memadankan kad-kad soalan dengan kad-kad jawapan,
pelajar perlu membuat analisis atau deskripsi atas jawapan tersebut. Setelah itu, semua laporan
diselesaikan, atau setelah masa yang diperuntukkan telah tamat, setiap pelajar hendaklah
berkongsi laporan mereka dengan pelajar-pelajar yang lain. Laporan yang dikongsi akan
dilanjutkan dengan penambahbaikkan oleh pelajar-pelajar disertai dengan pendapat dan bukti
dengan dibantu oleh guru. Selepas itu pelajar membuat kesimpulan setelah mendapat
penjelasan daripada guru. Walau apapun kaedah atau teknik yang digunakan oleh guru dalam
proses P&P, perkara yang paling penting adalah kesediaan dan kekreatifan guru itu sendiri
dalam mengenal pasti kehendak dan kebolehan pelajar, suasana bilik darjah dan beberapa
faktor lain. Hal ini bukan sahaja memerlukan usaha yang gigih daripada kalangan guru-guru
bahkan juga memerlukan pengorbanan masa dan tenaga dalam memastikan kesesuaian
kaedah dalam bilik darjah.

Anda mungkin juga menyukai